You are on page 1of 2

Kesimpulan

Penguasaan terhadap teori-teori perkembangan kognitif dan Bahasa guru membantu untuk
menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dengan lebih sistematik. Proses
pengajaran dan pembelajaran seharusnya bermula daripada konkrit kepada abstrak, daripada dekat
kepada jauh, daripada pengalaman sedia ada kepada pengalaman baharu, daripada kasar kepada halus
mengikut perkembangan fizikal seseorang individu tersebut. Guru hendaklah menggalakkan murid –
murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana proses
akomodasi bertunjangkan kepada motivasi intrinsik individu.

Guru tidak boleh melangkau sesetengah topik dalam pembelajaran. Sebaliknya perlu mengikut
perancangan yang telah ditetapkan iaitu mengikut kebolehan dan tahap murid itu sendiri. Ringkasnya,
penguasaan terhadap teori perkembangan kognitif membantu guru untuk melakasanakan proses
pengajaran dan pembelajaran secara lebih sistematik mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak.
Teori perkembangan kognitif penting dikuasai oleh guru untuk dijadikan panduan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Penguasaan guru terhadap teori perkembangan kognitif adalah penting
dalam membantu guru melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai mengikut
kemampuan kanak-kanak dalam mengembangkan kognitif mereka.

Penguasaan terhadap teori-teori perkembangan kognitif juga membantu guru untuk memainkan
peranan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Guru dapat mengetahui bahawa
perkembangan diri kanak-kanak adalah tidak serupa dengan menguasai teori-teori perkembangan
tersebut. Berlandaskan pernyataan tersebut, kanak-kanak harus dilayan mengikut keperluan psikologi
mereka yang sebenar. Perancangan yang melibatkan aktiviti, kandungan, pemilihan bahan, teknik
pengajaran dan sebagainya haruslah signifikan dengan perkembangan diri kanak-kanakpada masa
tersebut (nnnnnnnnn, 2009). Guru seharusnya memikirkan berkenaan dengan thapa kemampouan
berfikir, pembinaan konsep, keperluan mewujudkan suasana konkrit daya ingatan dan sebgasinya
yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajarn. Hal ini bermaksud, kemampuan dan
kematangan kanak – kanak dalam pembelajran adalah penting. Intihanya, penguasaan guru terhadap
teori perkembangan kognitif membantu guru memainkan peranan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dengan memahami keperluan psikologi kanak-kanak mengikut tahap perkembnagn
tertentu.

Di samping itu, kepentingan penguasaan teori perkembangan kognitif ialah guru dapat membuat
intervensi untuk mengatasi masalah pembelajaran pelajar dengan berpandukan kepada teori
perkembangan kognitif tersebut. Menurut mentakrifkan intervensi dalam konteks pengajaran dan
pembelajaran sebgai penglibatan individu yang mempunyai kemahiran dalam bidang tertentu untuk
meningkatkan daya kognitif murid. Penguasaan terhadap teori perkembangan kognitif adalah penting
bagi guru untuk membuat intervensi dalam meningkatkan daya kognitif murid.
Personality dan tingkah laku kanak-kank adalah berbeza mengikut peringkat umur (thmas, 2002.).
Penguasaan gur terhadap teori perkembanagan kognitif dapat membantu guru dalam meramal tingkah
laku, kegemaran dan apa yang tidak disenangi pelajar pada peringkat umur tertentu. Menuut…tingkah
laku seorang kanak-kanak adalah berbeza mengikutrtahap perkembangan kognitif tertentu seperti
mana yang dinyatakan dalam teori perkembangan kognitif Jean Piaget iaitu proses praoperasi, operasi
konkrit, operasi formal. Menurut menyatakan bahawa factor utama yang mempengaruhi perubahan
personality seseorang remaj aspek persekitaran seperti pengaruh rakan sebaya keran asetiap rakan
sebaya mempunyai nilai yang tersendiri. Dalam hal ini, guru sewajarnya menggalakkan pelajar
menggunakan pemikiran kritikal dengan memastikan pelajar mempunyai pengetahuan yang luas,
dapat berfikir secar terbuka serta membuat rumusan tentang sikap perlakuaanya. Tegasnya,
penguasaan teori perkembangan kognitif membantu guru untuk meramal tingkah laku, kegemaran dan
perkara yang tidak disukai oleh peljar pada peringkat umur tertentu sebgai nma yang dinyatakan oleh
kedua-dua teoi perkembanga kognitif tersebut.

Secara keseluruhannya, teori perkembanagn kognitif yang dipelopori oleh tokoh-tokoh pembeljaran
adalah penting untuk dikuasai olrh guru dalam merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran. Teori-teori perkembangan kognitif tersebut menekankan agar guru melaksabnakan
proses pengajran dan pembelajaran mengikut tahap perkembangan dan kemmapuan pelkajara pada
masa tertentu agar mereka dapat memahami kandungan pembeljaran yang disampaikan oleh gruu.
Perkara tersebut adalah penting bagi memastikan perkembangan kognitif murid berda pada tahap
yang sepatutnya. Teori perkembangan kognitif tersebut sepatutnya dijadikan panduan oleh guru dalam
melaksanakan proses pengajran dan pembeljaran.

You might also like