You are on page 1of 3
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Tesdon Jalan Diplomacik, Off Jalan Bako, ts Peera Jaya, oral Ras 93050 Kuching, Sarawak Ed ipesanmakamee go. Ruj. Kami: JPNSW.SPS.PP.100-21/1/1 (34 ) Tarikh 23 November 2021 Semua Pegawai Pendidikan Daerah, ‘Sarawak Tuan, PERMOHONAN UNTUK MENGGUNAKAN DEWAN SEKOLAH SEBAGAI PUSAT PENAMAAN CALON DAN PUSAT PENJUMLAHAN RASMI UND! BAGI MENGHADAPI PILIHAN RAYA UMUM DEWAN UNDANGAN NEGERI SARAWAK KE-12 Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas dan surat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia ruj. KPM.200-4/3/4 JId.13 (56) bertarikh 9 November 2021 adalah berkaitan 2. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil makium permohonan daripada pihak Pejabat Pilihan Raya Negeri, Sarawak untuk menggunakan dewan sekolah di negeri Sarawak sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi bagi menghadapi Pillhan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-12. 3. Melihat kepada keperluan ini, KPM tiada halangan terhadap permohonan tersebut dan menyokong usaha pelaksanaannya. KPM juga tiada halangan untuk membenarkan guru dan kakitangan KPM terlibat sebagai petugas pada PRU kali ini 4. Walau bagaimanapun, bagi tujuan keselamatan warga sekolah dan mengelakkan berlaku kesesakan, KPM mencadangkan agar penggunaan premis bagi tujuan tersebut dilaksanakan di luar waktu persekolahan atau pada hari Sabtu yang dibenarkan sahaja. Dengan yang demikian, masa pengajaran dan pembelajaran (PdP) murid juga tidak akan terjejas. 2I- MERJOLANG FEN DIDIRAN NEGERTSARAWAR™ JPNSW.SPS.PP.100-21/1/1 (34) 5. Pihak Pejabat Pilihan Raya Negeri, Sarawak juga dimohon untuk memastikan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia dan KPM yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa dipatuhi sepanjang masa penggunaan premis tersebut. KPM_ turut menyarankan agar aspek keselamatan dan kesihatan guru serta kakitangan KPM diutamakan sepanjang tempoh mereka bertugas sebagai petugas pillhan raya 6. Sehubungan dengan itu, kerjasama pihak tuan dimohon untuk memaklumkan isi kandungan surat ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Pejabat Pendidikan Daerah dan semua Pengetua dan Guru Besar bawah seliaan masing-masing. Segala perhatian dan kerjasama tuan berhubung perkara ini amat dihargai dan saya dahulukan ucapan terima kasih. Sekian, salam hormat. “WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, FE 7 (Dr. NORISAH BINTI SUHAILI ) Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak JPNSW.SPS.PP.100-21/1/1 (34) sk Fail Timbul Pengarah Pendidikan Sarawak Timbalan Pengarah 2.1. Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD 2.3. Sektor Pengurusan Sekolah 2.2. Sektor Pembelajaran 2.3. Sektor Pembangunan Murid Ketua Nazir Negeri Jemaah Nazir Negeri Sarawak Ketua Penolong Pengarah Kanan 4.1. Sektor Pendidikan Islam 4.2. Sektor Pendidikan Khas 4.3. Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan 4.4, Sektor Pengurusan 4.5. Sektor Sumber Manusia 4.6. Sektor Infrastruktur dan Perolehan Ketua Penolong Pengarah : 5.1. Sektor Sumber Teknologi Pendidikan 5.2. Sektor Pengurusan Maklumat 5.3. Sektor Integr Ketua Kaunselor Pendidikan Negeri Sektor Psikologi dan Kaunseling

You might also like