You are on page 1of 2

ISU BERKAITAN ELEMEN KBAT DALAM PENTAKSIRAN

KBAT

Kemahiran berfikir aras tinggi merupakan keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan,


kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah,
membuat keputusan, berinovasi dab berupaya mencipta sesuatu.

ISU 1: Guru tidak bersedia dalam melakukan petaksiran KBAT.

Ketidaksediaan ini adalah disebabkan oleh pengetahuan dan kemahiran guru yang terhad
dalam strategi pengintegrasian KBAT dalam P&P. Ini menyebabkan item pentaksiran KBAT
tidak ditadbir dengan sempurna oleh guru. Contohnya, guru menyediakan item pentaksiran
KBAT yang hanya menilai tahap pengetahuan murid sahaja sehingga hasil objektif
pembelajaran tidak dapat dicapai oleh murid. Ketidaksediaan ini mungkin berpunca daripada
kurangnya pendedahan tentang penerapan elemen KBAT dalam pentaksiran ketika berada
di institut penguruan atau di universiti dahulu ataupun guru mempunyai perancangan
pentaksiran yang lemah untuk menilai keperluan murid.

ISU 2: Kesusahan membina item soalan beraras tinggi

Selain itu, terdapat juga isu kesukaran menentukan instrumen pentaksiran dan membina item
yang mempunyai elemen KBAT yang mengambil kira kesediaan dan aras kebolehan pelajar.
Ini menyebabkan item pentaksiran tidak dapat menilai prestasi murid secara menyeluruh.
Contohnya, item soalan yang dibina hanya menguji pengetahuan murid sahaja dan tidak
menguji tahap aplikasi murid tidak akan dapat menilai sejauh mana kefahaman murid
mengenai mata pelajaran. Oleh yang demikian, penggubal item pentaksiran yang
mengandungi item KBAT perlulah mempunyai pengetahuan dan kemahiran tentang KBAT
serta juga amalan pembinaan item pentaksiran yang standard agar hasil pentaksiran
pembelajaran melalui item dan instrumen yang dibina dapat memenuhi tujuan dan objektif
pentaksiran dilakukan.

ISU 3: Pentaksiran yang masih terikat dengan kaedah tradisional

Terdapat guru yang masih menggunakan kaedah pentaksiran tradsional iaitu penggunaan
kaedah yang hanya berfokus kepada proses pengumpulan maklumat dan hafalan semata-
mata. Sedangkan usaha meningkatkan daya berfikir, analisis, sintesis, kreatif dan pemikiran
tinggi kurang diberikan perhatian malah mungkin diabaikan. Contohnya, item pentaksiran
yang disediakan tidak mendorong murid untuk befikir secara mendalam tetapi mendorong
murid untuk memberikan maklumat itu semula. Pentaksiran KBAT seharusnya perlu
memcabar murid untuk menyelesaikan suatu masalah kehidupan sebenar dengan
menggunakan pembelajaran daripada pelbagai disiplin ilmu.

ISU 4: Pengulangan Item Pentaksiran KBAT

Hal ini kerana soalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) sering berulang-ulang dan arahan
sama setiap tahun, soalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) juga dibuat secara terhad
dan menggunakan rangsangan asas, soalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) mengikut
struktur yang ditetapkan dan biasa membimbing murid ke arah jawapan dan kebanyakannya
soalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) terhad kepada kata arah berimpak rendah.

ISU 5: Kekurangan sumber rujukan sebagai panduan dan latihan untuk membina item
soalan beraras tinggi.

You might also like