You are on page 1of 3

ARAHAN TUGASAN

Pak Omar, seorang nelayan mempunyai dua buah bot yang sering digunakan untuk melakukan aktiviti
menangkap ikan. Sebuah bot digunakan untuk menangkap ikan di laut dalam manakala sebuah bot lagi
digunakan untuk menangkap ikan di muara sungai. Sebulan sekali Pak Omar akan memeriksa keadaan
sauh ( anchor ) bot-bot beliau dan didapati bot yang digunakan di laut akan mengalami pengaratan
berbanding bot yang digunakan di sungai.

Berdasarkan pernyataan di atas, rangka dan jalankan satu eksperimen mengkaji perbezaan ketahanan
terhadap kakisan antara aloi dengan logam tulen.

Anda diminta menulis satu laporan bagi eksperimen tersebut.

Laporan amali anda hendaklah mengandungi :

(a) Pernyataan masalah


(b) Tujuan
(c) Hipotesis
(d) Pemboleh ubah
(e) Radas dan bahan
(f) Prosedur
(g) Pemerhatian
(h) Mentafsir data
(i) Membuat kesimpulan

Anda juga dikehendaki menjawab soalan-soalan berikut :

1. Nyatakan inferens bagi dapatan eksperimen tersebut.


2. Berdasarkan dapatan eksperimen, tuliskan satu hubungan antara pemboleh ubah dimanipulasi
dan pemboleh ubah bergerak balas.
3. Nyatakan definisi secara operasi bagi aloi.
4. Cadangkan penambahbaikan untuk mengelakkan berlakunya pengaratan pada anchor (sauh) bot
Pak Omar.

Semasa anda menjalankan eksperimen, kemahiran manipulatif dan amalan sikap saintifik dan nilai murni
akan dinilai.
CONTOH LAPORAN AMALI PELAJAR
Pernyataan masalah : Adakah aloi lebih tahan terhadap kakisan berbanding dengan logam tulen?

Tujuan : Mengkaji perbezaan ketahanan terhadap kakisan antara aloi dengan logam

tulen.

Hipotesis : Aloi lebih tahan terhadap kakisan berbanding dengan logam tulen.

Pemboleh ubah

a) Dimanipulasi : Jenis paku


b) Bergerak balas : kehadiran lapisan perang pada paku
c) Dimalarkan : saiz paku, jenis larutan, jangka masa eksperimen

Bahan : paku besi, paku keluli, air

Radas : tabung uji, rak tabung uji

Prosedur

1. Labelkan tabung uji sebagai P dan Q.


2. Masukkan 10 ml air ke dalam tabung uji P dan Q.
3. Masukkan paku besi ke dalam tabung uji dan paku keluli ke dalam tabung uji Q
4. Letakkan kedua-dua tabung uji di rak tabung uji di atas meja makmal dan biarkan selama
seminggu.
5. Selepas seminggu, rekodkan pemerhatian anda.

Pemerhatian :

Jenis Paku Kehadiran lapisan perang pada paku


Paku besi Ada
Paku keluli Tiada

Kesimpulan:

Aloi lebih tahan kakisan berbanding logam tulen.


1. Paku keluli tiada kehadiran lapisan perang kerana aloi tahan kakisan.
2. Jika paku keluli digunakan maka tiada kehadiran lapisan perang pada paku.
3. Aloi ialah bahan yang ditunjukkan dengan kehadiran lapisan perang pada paku setelah direndam
dalam air selama seminggu.
4. Pak Omar boleh menggantikan bahan yang digunakan untuk membuat sauh dengan bahan aloi
(mild steel dan stainless steel)

You might also like