You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA  06-9764970

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT KASAN, Fax : 06-9764970


84800 BUKIT GAMBIR TANGKAK, KodSekolah : JBA9035
JOHOR DARUL TAKZIM. e-mail : ptkasan@gmail.com
KOD SEKOLAH : JBA9035
Ruj. Kami : SMKSU 800-2/5/1(11)
Tarikh : 27 Januari 2020
KEPADA;
..............................................................
..............................................................
..............................................................
..............................................................

Y.Bhg. Datuk/Dato’/ Datin/Tuan/ Puan,

MEMOHON SUMBANGAN BAGI MENAIKTARAF PENGHAWA DINGIN MAKMAL KOMPUTER


SEKOLAH
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Dengan penuh rendah hati kami ingin memohon sumbangan dari syarikat Y.Bhg. Datuk/Dato’/
Datin/Tuan/ Puan untuk menaiktaraf penghawa dingin maklam komputer di sekolah kami.

3. Untuk makluman Y.Bhg. Datuk/Dato’/ Datin/Tuan/ Puan, terdapat seramai 70 orang pengawas
di sekolah kami yang berkongsi sebuah bilik gerakan yang hanya mempunyai satu unit kipas siling.
Maka pihak sekolah ingin menaiktaraf bilik tersebut dengan memasang 3 unit penghawa dingin di
samping pelbagai kerja-kerja keceriaan yang lain.

4. Sehubungan itu, pihak sekolah ingin meminta sumbangan kewangan ataupun satu unit
penghawa dingin daripada pihak Y.Bhg. Datuk/Dato’/ Datin/Tuan/ Puan, bagi menjayakan projek
naiktaraf tersebut. Pihak sekolah menaruh harapan yang tinggi agar Y.Bhg. Datuk/Dato’/
Datin/Tuan/ Puan, tidak keberatan untuk memberi sumbangan untuk keselesaan pengawas-
pengawas kami yang telah banyak berjasa kepada sekolah. Sumbangan kewangan dalam bentuk
cek/ pindahan wang boleh dibuat ke ALRAJHI BANK bernombor 1080171399 (atas nama PIBG
SMK SENTUL UTAMA), manakala jika Y.Bhg. Datuk/Dato’/ Datin/Tuan/ Puan sudi menaja satu
unit penghawa dingin, sila hubungi Puan Azma di talian 016 4114617.

5. Sumbangan daripada pihak Y.Bhg. Datuk/Dato’/ Datin/Tuan/ Puan, kami dahului dengan
ucapan terima kasih.

Sekian.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menjalankan amanah

..............................................................
(NORSIAH BT YAHYA)
Pengetua,
SMK Sentul Utama,
Jalan Sultan Azlan Shah,
51200 Kuala Lumpur.

You might also like