You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BERUNTUNG .

Jalan Melati, Bukit Beruntung,


48300 Rawang,
Selangor Darul Ehsan

Tel : 03 60284424 Fax : 03 60284425


Email : bba5023@btpnsel.edu.my
skbukitb@yahoo.com.my

En. Bakari Bin Abu Bakar


Yang Dipertua Pibg
Sk Bukit Beruntung

Melalui,
Ruj Kami : SKBB 700-11/1/1 ( )
Guru Besar
Tarikh : 26 Julai 2018
SK Bukit Beruntung,
Jalan Melati,
48300 Rawang, Selangor.

Tuan ,

MEMOHON SUMBANGAN MEMBELI SET PAKAIAN KUMPULAN KALAM SYA’BI SEKOLAH

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuki.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung telah menyertai pertandingan
Kalam Syabi . Kumpulan Kalam Syabi sekolah telah menjadi johan peringkat daerah Hulu Selangor pada tahun ini
dan berjaya melayakkan penyertaan ke peringkat negeri.

3. Untuk makluman pihak tuan, pasukan Kalam Syabi sekolah telah mencapai beberapa kejayaan
antaranya telah menjadi Johan peringkat daerah pada tahun 2014 dan mewakili daerah ke peringkat negeri serta
mendapat hadiah saguhati peringkat daerah pada tahun 2016.

4 Selain itu sumbangan pakaian Kalam Syabi ini juga akan digunakan untuk pasukan nasyid sekolah,
pasukan nasyid Karnival Dakwah Orang Asli serta pasukan Kalam Jamai.

5. Oleh yang demikian, amat besar harapan kami jika pihak tuan dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru dapat
memberikan sumbangan kewangan bagi membantu pihak sekolah untuk membeli set pakaian setiap ahli
kumpulan kalam syabi (20 orang), sebagai pembakar semangat untuk terus berjaya dalam setiap pertandingan.
Butiran set pakaian disertakan pada helaian lampiran untuk rujukan dan tindakan pihak tuan. Keprihatinan dan
jasa baik tuan amatlah kami hargai.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,


...............................................
(NOR HASLINDA BT HASHIM)
Ketua Panitia Pend. Islam
SK Bukit Beruntung.
LAMPIRAN

Jumlah sumbangan yang diperlukan adalah seperti berikut :

BIL PERKARA KUANTITI RM

1. SEPASANG BAJU MELAYU Rm 60 X 20 orang = RM 1200 RM 1200.00

2. TANJAK RM 10 X 20 Orang =RM 200 RM 200.00

3. VEST RM 15 X 20 Orang =RM 300 RM 300.00

4. BENGKUNG
RM 10 X 20 Orang = RM 200 RM 200.00
AKSESORI
5. RM 100.00 RM 100.00

JUMLAH RM 2000.00

You might also like