You are on page 1of 15

SIJILTINGGIPERSEKOLAHANMALAYSIASIJILTINGGIPERSEKOLAHANMALAYSIA

STPM 2018
SIJILTINGGIPERSEKOLAHANMALAYSIASIJILTINGGIPERSEKOLAHANMALAYSIA
940/3
SIJILTINGGIPERSEKOLAHANMALAYSIASIJILTINGGIPERSEKOLAHANMALAYSIA
SIJILTINGGIPERSEKOLAHANMALAYSIASIJILTINGGIPERSEKOLAHANMALAYSIA
OKT 2018
SIJILTINGGIPERSEKOLAHANMALAYSIASIJILTINGGIPERSEKOLAHANMALAYSIA
SIJILTINGGIPERSEKOLAHANMALAYSIASIJILTINGGIPERSEKOLAHANMALAYSIA
PEPERIKSAAN PERCUBAAN II STPM
SIJILTINGGIPERSEKOLAHANMALAYSIASIJILTINGGIPERSEKOLAHANMALAYSIA
SIJILTINGGIPERSEKOLAHANMALAYSIASIJILTINGGIPERSEKOLAHANMALAYSIA
PENGGAL TIGA
SIJILTINGGIPERSEKOLAHANMALAYSIASIJILTINGGIPERSEKOLAHANMALAYSIA
SMK KAPIT
SIJILTINGGIPERSEKOLAHANMALAYSIASIJILTINGGIPERSEKOLAHANMALAYSIA
SIJILTINGGIPERSEKOLAHANMALAYSIASIJILTINGGIPERSEKOLAHANMALAYSIA
Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara
SIJILTINGGIPERSEKOLAHANMALAYSIASIJILTINGGIPERSEKOLAHANMALAYSIA
SIJILTINGGIPERSEKOLAHANMALAYSIASIJILTINGGIPERSEKOLAHANMALAYSIA
1800-2000
SIJILTINGGIPERSEKOLAHANMALAYSIASIJILTINGGIPERSEKOLAHANMALAYSIA
Masa : 2 Jam
SIJILTINGGIPERSEKOLAHANMALAYSIASIJILTINGGIPERSEKOLAHANMALAYSIA
SIJILTINGGIPERSEKOLAHANMALAYSIASIJILTINGGIPERSEKOLAHANMALAYSIA
SIJILTINGGIPERSEKOLAHANMALAYSIASIJILTINGGIPERSEKOLAHANMALAYSIA

9
4
0 SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
3 (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN


BERBUAT DEMIKIAN.

1. Calon dikehendaki menjawab empat soalan sahaja, iaitu dua daripada


Bahagian A dan dua daripada Bahagian B.

2. Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kertas soalan ini terdiri daripada 2 halaman bercetak
© Guru Sejarah Tingkatan Enam 2018

STPM 940/3 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT*

Bahagian A: Sejarah Malaysia


[40 markah]

1. Jelaskan perubahan yang berlaku dalam peranan pembesar di negeri-negeri Melayu selepas
kedatangan British. [20]

2. Pengaruh luar memainkan peranan penting dalam kebangkitan nasionalisme di Tanah


Melayu. Bincangkan. [20]

3. Bincangkan langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi ancaman Parti Komunis


Malaya. [20]

9
4
Bahagian B: Sejarah Asia Tenggara 0
[40 markah] 3

4. Huraikan peranan pembesar di Vietnam sebelum campur tangan Barat. [20]

5. Bincangkan perkembangan Sarekat Islam di Indonesia dalam gerakan nasionalisme


sehingga tahun 1920-an. [20]

6. Jelaskan sumbangan Presiden Macapagal di Filipina ketika zaman pentadbirannya dari


tahun 1961 hingga 1965. [20]

DISEDIAKAN OLEH: DISAH DAN DILULUSKAN OLEH:

(TEOH SAY BENG) (JARGALIA ANAK LIDEK)


Guru Akademik Ting. Enam Penolong Kanan Tingkatan Enam
SMK KAPIT SMK KAPIT

940/3
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

SULIT*
SKEMA JAWAPAN PERCUBAAN II PENGGAL 3 2018
BAHAGIAN A: SEJARAH MALAYSIA

SOALAN 1
Jelaskan perubahan yang berlaku dalam peranan pembesar di negeri-negeri Melayu
selepas kedatangan British.

Pendahuluan
 Sistem pembesar merupakan sebahagian daripada struktur pemerintahan di Negeri-negeri
Melayu yang dibentuk berdasarkan sistem pentadbiran yang diwariskan dari kerajaan
Kesultanan Melayu Melaka iaitu Sistem Pembesar Empat Lipatan.
 Pembesar merupakan golongan kedua yang penting selepas Sultan. Mereka merupakan
sekumpulan pegawai yang membantu sultan atau raja menjalankan pentadbiran di
peringkat negeri dan daerah.
 Sebelum 1874, Sultan mengeluarkan surat tauliah pelantikan pembesar, tetapi selepas 1874
fungsi ini tiada lagi kerana diambilalih oleh sistem birokrasi Barat British.
 Selepas kedatangan British, campurtangan British dan pengenalan Sistem Residen
menjelang tahun 1870an menyebabkan peranan pembesar mengalami perubahan dari
pelbagai segi dan menjejaskan kedudukan politik, ekonomi dan sosial pembesar Melayu. 
 Sebahagian golongan pembesar Melayu tradisional dikekalkan
d a n digunakan oleh British untuk membantu pegawai-pegawai British dalam sistem
birokrasi Barat yang diperkenalkan.

Isi Jawapan
- Perubahan yang paling ketara di bawah Sistem Residen ialah kuasa dan hak memungut
cukai masyarakat Melayu tradisional yang selama ini dijalankan oleh Sultan dan pembesar
telah diambil alih oleh pegawai British iaitu Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil
melalui sistem pungutan cukai secara berpusat yang dikelolakan oleh pegawai Eropah.
- Ini menjejaskan kedudukan dan pendapatan Sultan dan pembesar kerana sesiapa yang
memungut cukai akan didenda. Mereka kehilangan sumber pendapatan utama.
- Sebaliknya British hanya memberi elaun/ gaji sebagai ganti rugi.
- Di Pahang misalnya kekuasaan tradisi Dato’ Bahaman tergugat apabila beliau pernah
diberi amaran kerana memungut cukai di kawasan Semantan.
- Beliau hanya diberi elaun tahunan sebanyak $840.00 yang lebih rendah daripada
pendapatan asal. Beliau meminta elaun ini dinaikkan tetapi permintaannya ditolak.
- Selain dari itu, pembesar daerah tidak lagi berkuasa menjalankan perbicaraan. Hakim dan
majistret British mengambilalih peranan Sultan dan pembesar dalam mengadili kes-kes
jenayah dan sivil di daerah mereka. Sistem kehakiman digubal berdasarkan undang-
undang jenayah British dengan keputusan muktamad terletak di tangan majistret dan
Residen.
- Kuasa pembesar daerah diambilalih oleh Pegawai Daerah seperti dalam hal ehwal kutipan
hasil, pentadbiran kehakiman, penempatan tanah, amalan ke atas penghulu dan
pengawasan kegiatan jabatan kerajaan. Walaupun ada yang dikekalkan tetapi mereka tidak
mempunyai sebarang kewibawaan dan hanya digelar Majistret Tempatan.
- Pembesar turut hilang kuasa politik dan peranan sebagai penasihat Sultan dalam Majlis
Penasihat Sultan.
- Pembesar hilang kuasa mentadbir wilayah yang ditauliahkan kepada mereka oleh Sultan
kerana kuasa tersebut diambil alih oleh Pegawai Daerah British.
- Mereka juga tidak lagi dibenarkan mengerah tenaga rakyat di bawah sistem kerah untuk
kepentingan peribadi.
- Di bawah sistem birokrasi Barat yang baru, Penghulu kini merupakan pegawai bergaji dan
boleh dinaikkan pangkat dan ditukarkan ke kampung lain. Hak dan tanggungjawab
penghulu tertakluk di bawah undang-undang negeri.

Kesimpulan
- Pembesar meru pakan  aset yang sangat penting dalam sistem politik tradisional di
Negeri-negeri Melayu namun kedudukan dan peranan mereka semakin terhakis selepas
campur tangan British pada pertengahan abad ke-19.
- Sistem birokrasi Barat di bawah Sistem Residen yang diperkenalkan menyebabkan fungsi
dan peranan pembesar mulai berubah dan kedudukan terjejas. Ini telah menimbulkan rasa
tidak puas hati pembesar disebabkan British tidak lagi menganggap mereka elemen penting
dalam sistem pentadbiran seperti sebelumnya.
- Beberapa peristiwa penentangan terhadap British seperti penentangan Dato’ Maharaja Lela
di Perak, Dato’ Bahaman di Pahang, Tok Janggut di Kelantan dan lain-lain berlaku kerana
golongan pembesar ini tidak puas hati dengan dasar dan pembaharuan yang diperkenalkan
oleh British. Namun begitu, walaupun kehilangan hak dan kuasa dalam politik, mereka
masih lagi berpengaruh, dihormati dan menjadi sumber rujukan utama para pengikut dan
masyarakat Melayu tradisional.
SOALAN 2
Pengaruh luar memainkan peranan penting dalam kebangkitan nasionalisme di Tanah
Melayu. Bincangkan.

Pengenalan
Gerakan nasionalisme di Tanah Melayu bermula pada awal abad ke-20 disebabkan British
telah memperkenalkan pelbagai perubahan dalam sistem politik, ekonomi dan sosial.
Gerakan ini turut dipengaruhi oleh pengaruh luar terutamanya dari Timur Tengah, Indonesia,
Filipina, India dan China yang juga memainkan peranan penting dalam membangkitkan
gerakan nasionalisme. Pengaruh luar ini telah membangkitkan semangat nasionalisme rakyat
untuk bersatu dan mengkritik penjajah melalui akhbar, majalah dan persatuan.

Isi-Isi Penting:
1. Golongan yang menganjurkan Gerakan Islah.
 Golongan kesedaran Melayu dipelopori oleh golongan yang menganjurkan gerakan Islah
Islamiah dari Timur Tengah pada tahun 1906.
 Gerakan Islah Islamiah perjuangkan Konsep Pan-Islamisme, iaitu satu gerakan menyatukan
semua umat Islam di seluruh dunia dalam penentangan mereka terhadap perluasan Barat.
Gerakan ini juga mendesak umat Islam supaya kembali kepada ajaran al-Quran dan hadis.
2. Gerakan Pan-Islamisme
 Gerakan Pan-Islamisme diperkenalkan oleh Sultan Turki yang dianggap sebagai Khalifah
sangat dihormati oleh seluruh dunia Islam. Pada tahun 1876 hingga 1909, Sultan Abdul
Hamid merupakan penyokong kuat gerakan Pan-Islamisme.
 Gerakan ini merebak di kebanyakan negara Islam termasuk Tanah Melayu. Dunia Islam
diseru supaya bersatu-padu di bawah satu naungan empayar Turki Uthmaniyah untuk
menyekat perluasan kuasa Barat di negara-negara Islam.
3. Gerakan Turki Muda
 Gerakan Turki Muda pimpinan Mustapha Kamal Attaturk mempengaruhi golongan
intelektual di Tanah Melayu yang menganggapnya sebagai satu gerakan nasionalisme Islam
yang berjaya mengatasi kelemahan dan kemunduran rakyat Turki.
 Pengaruh Gerakan Turki Muda tersebar dalam politik Tanah Melayu pada tahun 1930.
4. Pengaruh dari Indonesia
 Pengaruh dari Indonesia mempunyai impak yang sangat besar kepada orang Melayu.
Golongan intelektual di Tanah Melayu telah membaca akhbar dan majalah dari Indonesia.
Sarekat Islam yang diketuai oleh Sayid Muhammad yang berasal dari Johor meluaskan
pengaruh di Tanah Melayu.
 Parti Komunis Indonesia dan Parti Nasional Indonesia telah berjaya mempengaruhi
golongan nasionalis Tanah Melayu.
5. Pengaruh dari negara lain
 Pengaruh dari negara lain seperti India dan China masuk ke Tanah Melayu. Pengaruh dari
India bertujuan membebaskan India daripada penjajahan British.
 Manakala, perkembangan di China seperti Revolusi China yang berjaya menggulingkan
kerajaan Manchu telah membangkitkan kesedaran nasionalisme di Tanah Melayu.

Kesimpulan
Pengaruh luar memainkan peranan penting dalam membangkitkan kesedaran nasionalisme
dalam kalangan orang Melayu selain faktor dalaman lain di Tanah Melayu. Pengalaman negara
luar tersebut yang pernah dijajah dan memperolehi kemerdekaan telah mempengaruhi gerakan
nasionalisme di Tanah Melayu untuk berjuang mencapai kemerdekaan.
SOALAN 3
Bincangkan langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi ancaman Parti Komunis
Malaya.

Pendahuluan 
 1948-1960 berlaku pemberontakan bersenjata PKM.
 Komunis telah membunuh tiga orang Eropah berhampiran Sungai Siput pada 16 Jun 1948.
 Sir Edward Gent mengisytiharkan Darurat di Perak dan Johor pada 16 Jun 1948.
 17 Jun 1948 seluruh Tanah Melayu diisytiharkan Darurat.
 23 Julai 1948 PKM dan parti berhaluan kiri seperti Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Ikatan
Pemuda Tanah Air Melayu (PETA), Pemuda Radikal Melayu (PERAM), Parti Kebangsaan
Melayu Malaya (PKMM) dan Parti Hizbul Muslimin diharamkan secara rasmi.
 Kerajaan melancarkan beberapa langkah menentang komunis.

ISI-ISI
Pengisytiharan Darurat 1948.
o Memberi kuasa luas kepada kerajaan (tentera dan polis) untuk menangkap dan menahan
sesiapa yang disyaki terlibat dalam kegiatan subversif tanpa bicara. Ramai ahli dan
penyokong PKM ditangkap serta-merta.
o Pasukan keselamatan dibenarkan menggeledah rumah kediaman, memindah penduduk ke
penempatan baru atau memagar kampung yang penduduknya disyaki membantu PKM.
o Peraturan perintah berkurung menghadkan pergerakan rakyat dan ahli PKM.
o Sekatan jalan raya – kerajaan dapat menyekat dan mengawal pergerakan ahli PKM.
o Catuan makanan – mengelakkan bahan makanan dan perubatan jatuh ke tangan PKM.
Komunis sukar mendapat bekalan makanan dan ubat-ubatan.
o PKM menghasut kesatuan sekerja melancarkan mogok seluruh negara. Kerajaan meluluskan
penubuhan “Trade Union Amendment Ordinance 1948” untuk memastikan mereka yang
menentang kerajaan tidak diambil bekerja.
o Sistem Pendaftaran Kebangsaan mewajibkan setiap penduduk berumur 12 tahun atau lebih
didaftarkan & diberi kad pengenalan untuk membezakannya dengan pengganas komunis.
Tujuan – mudah mengawal dan mengesan pergerakan penduduk.

Rancangan Briggs
Perkampungan Baru
o Seramai 400,000 orang penduduk setinggan Cina dipindahkan ke lebih 400 buah
penempatan semula setinggan yang digelar kampung baru di seluruh Tanah Melayu.
o Kampung-kampung dipagari dengan kawat berduri & dikawal ketat oleh Special Constables
(SC) – diberi perlindungan dari ancaman PKM dan untuk menyekat bekalan makanan,
wang, maklumat dan ubat-ubatan jatuh ke tangan Min Yuen.
o Hubungan Min Yuen dengan PKM terputus memaksa komunis keluar dari hutan.

Gerakan Kelaparan
o Kerajaan melaksanakan program “Gerakan Kelaparan” – tujuan memastikan pihak komunis
tidak mendapat sebarang bekalan makanan, senjata, maklumat & ubatan.
o Setiap ketua keluarga diberi kad catuan makanan bagi memastikan setiap anggota keluarga
memperoleh bekalan makanan secukupnya untuk mengawal bekalan makanan dari sampai
ke tangan komunis.
o Kesannya, komunis sukar mendapat bekalan makanan. Tanpa barang keperluan ini
pengganas komunis terpaksa keluar dari tempat persembunyian mereka di hutan. Ia
memudahkan pasukan keselamatan menggempur pengganas komunis.

Penubuhan Jawatankuasa Kerja Perang


o Meliputi peringkat negeri dan daerah.
o Bertujuan mewujudkan persefahaman antara kerajaan negeri dengan Persekutuan bagi
menangani ancaman komunis.

Rancangan Templer
Ketenteraan
o Menaikkan semangat dan kekuatan tentera kerajaan menentang PKM.
o Menambah kekuatan tentera - 13 batalion askar British, Gurkha dan Melayu kepada 23
batalion termasuk dari negara Komanwel spt Australia, New Zealand, Fiji dan Rhodesia.
o “Home Guard” terdiri daripada kaum lelaki & wanita ditubuhkan di peringkat kampung
untuk membantu pasukan polis & tentera menjaga keselamatan – bilangan ditambah kepada
210,000 pada akhir 1953.
o Pasukan polis disusun semula. Bilangan anggota polis ditambah dari 24,000 kepada 67,000
pada 1952.
o Seramai 24,000 orang Mata-mata Khas Melayu (Special Constables) telah dilatih &
dihantar mengawal ladang & kawasan lombong yang terpencil.
o Pasukan keselamatan mengebom & melakukan serangan hendap ke atas kawasan yang
menjadi sarang komunis dengan bantuan Tentera Udara British untuk melemahkan
pengganas komunis.

Pengenalan Konsep ’Kawasan Hitam dan Kawasan Putih’


 ’Kawasan Hitam’ merupakan kawasan yang terdapat kegiatan komunis yang aktif dan
dikenakan banyak sekatan dan perintah berkurung. Perintah berkurung melarang setiap
individu daripada keluar rumah bermula jam 6 petang hingga 6 pagi.
 ’Kawasan Putih’ ialah kawasan bebas daripada ancaman komunis dan penguatkuasaan
peraturan Darurat dilonggarkan. Ia bertujuan menggalakkan kawasan hitam lain untuk
memastikan kawasan mereka menjadi kawasan putih.
o Ia merupakan langkah penting kerana maklumat yang diberi oleh penduduk memudahkan
komunis ditangkap.
o Kawasan Putih pertama diisytiharkan ialah Melaka pada September 1952.

Perang Psikologi
 Sir Gerald Templer dilantik menjadi Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu dan
Pengarah Gerakan pada 1952 menggantikan Sir Henry Gurney yang mati dibunuh dalam
serangan hendap oleh komunis di Bukit Fraser.
 Templer menyedari penggunaan kekerasan & senjata semata-mata tidak akan berjaya
menghapuskan pengaruh komunis. Kempen kerajaan untuk “memenangi hati dan fikiran
rakyat” dilaksanakan.
 Kempen “Bulan Penduduk Tanah Melayu Menentang Komunis”: Penduduk pelbagai kaum
bersama-sama membawa sepanduk mengutuk keganasan komunis. Penduduk membakar
patung-patung yang melambangkan anggota komunis.
 Risalah Menentang Komunis diedarkan ke seluruh Tanah Melayu untuk menimbulkan
kebencian penduduk terhadap kekejaman komunis. Kerajaan berusaha menimbulkan
kebencian rakyat terhadap komunis dengan menggelar mereka sebagai pengganas komunis.
 Sultan & Menteri Besar setiap negeri sering mengingatkan rakyat tentang langkah kerajaan
menentang komunis.
o Syarat kewarganegaraan dilonggarkan melalui Pindaan Undang-undang 1952 untuk menarik
sokongan orang Cina kepada kerajaan.
o Bilangan kaum Cina dan India yang layak menjadi warganegara meningkat mendorong
mereka menyokong British dan melemahkan perjuangan komunis.
o Tawaran hadiah wang kepada pemberi maklumat yang membawa kepada penangkapan
anggota komunis: Contoh $250,000 jika berjaya menangkap Chin Peng hidup atau mati.
o Tawaran pengampunan beramai-ramai: Risalah dan pas pengampunan digugurkan dari
udara ke kawasan komunis dalam hutan oleh Tentera Udara British.
 Pada tahun 1955 sebanyak 40 juta risalah & 12 juta pas pengampunan diedarkan dalam
bahasa Cina, Melayu & Tamil. Setiap hari Radio Malaya menyiarkan syarat tawaran
pengampunan itu. Poster berkaitan ditampal di serata tempat. Iklan dan wayang gambar
digunakan untuk membantu penduduk memujuk pengganas komunis menyerah diri.
o Tawaran ini berjaya menarik ahli PKM keluar dari hutan untuk menyerah diri.
o Membangunkan sosio-ekonomi penduduk – Kerajaan bantu perkembangan orang
Melayu/Cina dalam sistem pendidikan untuk mengawal fahaman komunis.
o Menggalakkan perkembangan politik – Parti politik seperti UMNO, MIC dan MCA
dibenarkan menjalankan aktiviti. Briggs menyokong penubuhan Malayan Chinese
Association (MCA) pada tahun 1949 untuk membantu setinggan Cina di kampung baru.
o Pilihanraya Majlis Tempatan diperkenalkan. Dalam Pilihan Raya Majlis Perundangan
Persekutuan tahun 1955, Parti Perikatan mengemukakan manifesto yang menjanjikan
kemerdekaan segera dan menamatkan Darurat. Tunku Abdul Rahman berjanji jika diberi
mandat akan berunding dengan pihak komunis.
o Kerajaan British membayangkan untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu.
o Penduduk Tanah Melayu terus bersikap anti-komunis sehingga pilihanraya umum pertama
diadakan pada 1955.
o Pada Oktober 1955, Chin Peng menulis surat kepada Tunku Abdul Rahman untuk
mengadakan rundingan. Rundingan Baling diadakan pada 28-29 Disember 1955 tetapi gagal
kerana kerajaan enggan mengiktiraf PKM serta perjuangannya.

KESIMPULAN
· Pemberontakan komunis menyebabkan rakyat menderita.
· Penderitaan yang dirasai dan kebencian mendorong rakyat menyokong kerajaan.
· Langkah berkesan pihak kerajaan telah berjaya menghapuskan pemberontakan komunis.
· Pada tahun 1960, Darurat diisytiharkan tamat secara rasmi.
BAHAGIAN B: SEJARAH ASIA TENGGARA

SOALAN 4
Huraikan peranan pembesar di Vietnam sebelum campur tangan Barat.

Pengenalan
Golongan pembesar memainkan peranan yang penting dalam tampuk pemerintahan sesebuah
negara. Merupakan tulang belakang dalam sistem politik sesebuah negara kerana mereka
bertanggungjawab dalam membantu pemerintahan yang dijalankan oleh raja atau maharaja.
Golongan pembesar di Vietnam merupakan pegawai kerajaan yang dilantik oleh maharaja
untuk melaksanakan tugas-tugas tertentu. Sistem pembesar di Vietnam terbahagi kepada
beberapa kelas atau peringkat dan mempunyai gelaran tertentu. Pembesar kanan merupakan
golongan yang paling rapat dengan maharaja dan mendapat kepercayaan. Ini diikuti oleh
pembesar wilayah atau daerah dan akhir sekali pembesar peringkat kampung.

Isi-isi Penting
 Terdapat perbezaan yang agak ketara antara pembesar Vietnam berbanding dengan
pembesar tempatan di negara lain di Asia Tenggara. Vietnam di bawah Maharaja Gia Long
merupakan sebuah kerajaan pusat dan segala urusan kerajaan berpusat di Hue. Mereka tidak
berhak memungut cukai, manakala gaji mereka dibayar oleh Maharaja. Kuasa pemerintahan
dan kutipan cukai terletak pada golongan Mandarin atau Quan yang mendapat pangkat
dalam ajaran Confucius. Golongan Mandarin mengetuai setiap birokrasi di Vietnam.

 Kelayakan pendidikan penting dalam melantik seorang pembesar. Hanya pemilik ijazah
‘kedoktoran’ Confucius dalam sistem pelajaran Confucius yang mementingkan daya
ingatan dan hafalan sahaja diberikan jawatan dalam perkhidmatan awam Vietnam.

 Sistem pembesar pada zaman Dinasti Nguyen merupakan satu sistem pentadbiran yang
sistematik dan efisien. Maharaja Gia Long dibantu oleh enam Kementerian atau Quan yang
diketuai oleh golongan Mandarin. Kementerian tersebut ialah Kementerian Hal Ehwal
Awam, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Upacara, Kehakiman, Kewangan dan
Peperangan. Kesemua Quan mempunyai kedudukan istimewa dalam sistem pentadbiran
kerajaan.

 Terdapat sebuah Noi Cac atau Majlis Tertinggi yang dipengerusikan oleh Maharaja dan
Enam orang Ketua Quan. Ia bertanggungjawab memberi pandangan kepada Maharaja dalam
semua hal berkaitan dengan pemerintahan dan pentadbiran. Majlis ini juga medan dalam
menyelesaikan masalah dan perkara yang tidak dapat diselesaikan di peringkat kementerian.

 Di peringkat daerah, golongan pembesar menjalankan tugas demi melicinkan pentadbiran


daerah.Tugas utama mereka ialah menjaga keselamatan dan ketenyeraan wilayah serta
mengutip cukai. Tugas utama ialah menjaga keselamatan dan ketenteraan wilayah serta
mengutip cukai. Mereka juga wajib menjalankan upacara keagamaan dan adat istiadat.
Mereka perlu menyelesaikan hal-hal berkaitan dengan kehakiman. Pembesar wilayah
mengambil dan melatih tentera untuk mempertahankan negara.

 Golongan pembesar yang paling rendah kuasa ialah pembesar peringkat kampung atau
Komun. Mereka mendapat kepercayaan daripada kerajaan pusat untuk menjaga keamanan,
urusan pentadbiran dan penguatkuasaan undang-undang di kampung masing-masing.

Kesimpulan
Sistem pembesar di Vietnam sebelum campur tangan Perancis merupakan satu sistem yang
tersusun dan sempurna. Kuasa mereka adalah terhad dan di bawah kawalan Maharaja Vietnam.
Dalam corak pentadbiran di bawah penjajahan Perancis kemudiannya, Mandarin yang tidak
berkhidmat dengan penjajah akan dipindahkan ke Annam. Pentadbiran peringkat tertinggi
diambil alih oleh pegawai Perancis. Jawatan rendah diisi penduduk tempatan yang menerima
pendidikan Perancis. Kesannya golongan Mandarin kehilangan kuasa.
SOALAN 5
Bincangkan perkembangan Sarekat Islam di Indonesia dalam gerakan nasionalisme
sehingga tahun 1920-an.

Pengenalan
Pada tahun 1909, R.M. Tirjoadisurjo telah menubuhkan Sarekat Dagang Islam. Tujuan asal
Sarekat Dagang Islam adalah untuk melindungi kepentingan pedagang batik Islam supaya
mereka dapat bersaing dengan pedagang batik Cina. Agama Islam menjadi alat penyatuan,
persefahaman dan persaudaraan dalam kalangan pedagang batik di Jawa. Pada tahun 1912,
nama Sarekat Dagang Islam ditukar kepada Sarekat Islam. Omar Said Tjokroaminoto menjadi
Presiden Sarekat Islam.
§ Antara matlamat asal penubuhan Sarekat Islam ialah mengukuhkan agama Islam bagi
menyaingi perkembangan agama Kristian dan mengembangkan kebudayaan Indonesia. Sarekat
Islam juga bermatlamat memajukan ekonomi dan kebajikan masyarakat tempatan khususnya
bidang pendidikan.
§ Keanggotaan Sarekat Islam meningkat daripada 12,000 orang pada tahun 1913 kepada
800,000 orang pada tahun 1916. Sarekat Islam berperanan penting dalam gerakan nasionalisme
di Indonesia. Mulai tahun 1916, Sarekat Islam menunjukkan perjuangan politik secara terbuka.
Pada tahun 1917, Sarekat Islam menuntut kemerdekaan mutlak. Sarekat Islam telah
mengemukakan beberapa tuntutan dari aspek politik, sosial dan ekonomi kepada kerajaan
Belanda.

Isi-isi penting:
Dalam aspek politik
 Sarekat Islam merupakan parti pertama yang memperjuangkan tuntutan berkerajaan sendiri
daripada Belanda. Sarekat Islam mendesak Belanda membentuk Majlis Daerah dan
memberikan kuasa yang lebih luas kepada Volksraad supaya menjadi satu badan perwakilan
yang mempunyai kuasa legislatif.
 Bagi pemilihan ahli Majlis Kampung, Sarekat Islam menuntut hak mengundi diberikan
kepada kaum lelaki yang berumur 18 tahun ke atas dan bagi majlis-majlis lain, hak
mengundi diberikan kepada kaum lelaki yang berumur 21 tahun ke atas.

Dalam aspek ekonomi


 Sarekat Islam mendesak kerajaan Belanda memiliknegarakan industri-industri penting
seperti besi, tekstil, kertas, pengangkutan dan elektrik. Sarekat Islam menuntut supaya
dihapuskan buruh kanak-kanak serta buruh paksa.
 Mereka menuntut Belanda mengadakan lebih banyak klinik yang memberikan rawatan
percuma kepada rakyat Indonesia. Pada tahun 1918, Sarekat Islam mendesak Belanda
menetapkan gaji minima dan tempoh masa kerja maksima bagi pekerja.
 Mereka mendesak Belanda membaiki dan meluaskan kemudahan pertanian dan tali air.

Dalam aspek sosial


 Sarekat Islam menuntut undang-undang yang menghalang perkembangan agama Islam
dibatalkan.
 Mereka mahukan hari kebesaran Islam diisytiharkan sebagai hari cuti dan pemberian gaji
tetap kepada kiyai serta penghulu.
 Dalam bidang pendidikan, Sarekat Islam mendesak Belanda menghapuskan diskriminasi
terhadap kemasukan pelajar-pelajar tempatan ke sekolah.
 Mereka meminta pendidikan percuma untuk kanak-kanak Indonesia yang berumur 15 tahun
ke bawah. Kerajaan Belanda didesak supaya mengadakan lebih banyak biasiswa untuk
membolehkan pelajar Indonesia menuntut di luar negara. Mereka menuntut institusi
pendidikan Islam diberi subsidi.
 Mereka juga menuntut Maktab Undang-undang dan Maktab Perubatan dinaik taraf sebagai
universiti.

Penutup
Sarekat Islam yang berkecenderungan terhadap keagamaan mampu berjuang atas isu-isu
politik yang membolehkannya muncul sebagai organisasi massa pertama yang terlibat dalam
gerakan nasionalisme di Indonesia.
Walaubagaimanapun pada tahun 1920-an, Sarekat Islam mulai merosot. Ini disebabkan oleh
perselisihan antara golongan Reformis Islam dengan golongan ortodoks dalam parti itu sendiri.
Pemimpin Sarekat Islam seperti Semaun dan Darsono telah dipengaruhi oleh komunis dan
mengakibatkan perpecahan dalam Sarekat Islam.
Pada tahun 1926, Belanda mengambil tindakan menindas Sarekat Islam kerana dituduh terlibat
dalam beberapa pemberontakan yang berlaku. Pemimpin Sarekat Islam iaitu Omar Said
Tjokroaminoto ditangkap dan dipenjarakan.
SOALAN 6
Jelaskan sumbangan Presiden Macapagal di Filipina ketika zaman pentadbirannya dari
tahun 1961 hingga 1965.

Pengenalan
Presiden Macapagal atau Diosdado Pangan Macapagal dilahirkan di Lubao, Pampanga pada 28
September 1910. Bapanya ialah Urbano Macapagal manakala ibunya ialah Romana Pongan.
Beliau berasal daripada keluarga yang miskin dan berpeluang melanjutkan pelajaran ke
University of Santos Tomas dan memperoleh ijazah dalam bidang perundangan pada tahun
1936. Beliau menjadi Presiden Filipina yang ke-9 bermula pada tahun 1961-1965 bagi
menggantikan Presiden Carlos P. Garcia. Presiden Macapagal meninggal dunia pada 21 April
1997 ketika berusia 86 tahun di Makati City, Metro Manila. Semasa hayat Presiden Macapagal,
rakyat Filipina menggelarkannya “The Incorruptable” (Orang Jujur). Sepanjang
pemerintahannya terdapat pelbagai sumbangan yang telah dilaksanakan oleh beliau dalam
pembangunan politik, ekonomi dan sosial Filipina.

Menukar Tarikh Kemerdekaan Filipina


Antara sumbangan Presiden Macapagal dalam bidang politik ialah pada tahun 1962, beliau
bertindak mengubah tarikh perayaan rasmi Hari Kemerdekaan Filipina yang telah ditetapkan
oleh Amerika Syarikat dari 4 Julai kepada 12 Jun. Tarikh 12 Jun dipilih kerana pada tarikh
itulah tarikh Emilio Aquinaldo mengumumkan kemerdekaan Filipina daripada penjajah
Sepanyol pada tahun 1898.
Sebagai contohnya, pada 12 Mei 1962, Presiden Macapagal telah menandatangani proklamasi
yang mengisytiharkan 12 Jun setiap tahun sebagai cuti umum khas untuk memperingati
pengisytiharan hari kemerdekaan daripada Sepanyol pada 12 Jun 1898.
Tegasnya, Presiden Macapagal berjaya mengubah tarikh tersebut bagi mengingati perjuangan
untuk mendapatkan kemerdekaan daripada Sepanyol.

Meningkatkan Keluaran Bahan Makanan


Salah satu sumbangan yang dilaksanakan oleh Presiden Macapagal dalam bidang ekonomi
ialah bertindak meningkatkan pengeluaran bahan makanan untuk menampung keperluan
penduduk dan mengelakkan mengimport makanan daripada luar. Ini bertujuan mengelakkan
pengaliran Peso Filipina ke luar negara dengan banyak.
Sebagai contohnya, untuk memberi pekerjaan kepada penduduk Filipina, Presiden Macapagal
memperkenalkan program sosioekonomi. Dalam program ini, reformasi tanah melalui Kod
Reformasi Tanah Pertanian diperkenalkan pada tahun 1963. Macapagal juga melaksanakan
Program Pembangunan Bersepadu Lima Tahun yang bermatlamat memulihkan kestabilan
ekonomi, membela nasib rakyat dan mewujudkan asas kukuh untuk pertumbuhan masa depan.
Presiden Macapagal tidak dapat melakukan pembaharuan dasar ekonomi kerana mendapat
tentangan daripada Parti Nasionalis.
Jelaslah usaha yang dilakukan oleh Presiden Macapagal dapat meningkatkan pertumbuhan
ekonomi sebanyak 5.15 peratus bagi tahun 1962 hingga tahun 1965.

Pembaharuan Undang-undang Tanah


Presiden Macapagal juga telah memansuhkan penyewaan dan program reformasi tanah yang
disertakan dalam Kanun Tanah Pertanian Pembaharuan 1963. Program ini bertujuan untuk
memerangi kemiskinan secara besar-besaran dan menghapuskan perhambaan terhadap
penyewa tanah kepada kebebasan dan keselamatan petani di tanah milik mereka.
Beliau telah menandatangani pemansuhan tersebut pada 8 Ogos 1963 bagi menghapuskan
perhambaan.
Namun begitu, beliau telah gagal dalam melaksanakan reformasi tanah tersebut.

Mewujudkan Pentadbiran Pekerjaan Asas (EEA)


Di bidang sosial pula, beliau telah berusaha untuk menyelesaikan masalah pengangguran yang
merupakan masalah utama semasa pentadbirannya. Oleh itu, beliau telah mewujudkan
pentadbiran Pentadbiran Pekerjaan Asas (EEA). Beliau berharap usaha ini dapat memberi
peluang rakyat mendapatkan pekerjaan dan mengatasi masalah pengangguran.
Contohnya, bantuan ini telah menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk
Filipina.
Tegasnya, usaha Presiden Macapagal ini mampu mengatasi masalah kemiskinan dan
meningkatkan ekonomi negara.

Penggunaan Bahasa Filipina


Selain itu, Presiden Macapagal juga membuat pembaharuan dari segi penggunaan bahasa.
Beliau telah memulakan penggunaan Bahasa Filipina dalam semua urusan rasmi kerajaan .
Sebagai contohnya, semua dokumen, kelayakan diplomatik, diploma serta sijil semuanya
menggunakan Bahasa Filipina. Beliau menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan mereka
sebagai bahasa rasmi yang digunakan dalam semua acara komunikasi dan dokumen.
Oleh itu, usaha yang dilakukan bagi memartabatkan Bahasa Filipina telah meningkatkan lagi
semangat kebangsaan dalam kalangan rakyat Filipina.

Kesimpulan
Presiden Macapagal merupakan negarawan ulung Filipina. Beliau telah banyak membawa
perubahan sama ada dari segi politik mahupun ekonomi. Beliau juga bijak dalam menjalin
hubungan dengan negara jiran. Semasa pentadbirannya, Filipina telah menjalin hubungan yang
lebih rapat dengan Malaysia dan Indonesia melalui pembentukan MAPHILINDO. Terdapat
beberapa projek ekonomi beliau yang tidak dapat dilaksanakan kerana mendapat penentangan
daripada Parti Nasionalis di bawah pimpinan Ferdinand Marcos yang telah menguasai Dewan
Perwakilan dan Dewan Senat Filipina. Presiden Macapagal telah dikalahkan oleh Ferdinand
Marcos dalam pertandingan pemilihan presiden pada tahun 1965.
SKEMA PEMARKAHAN TAMAT

You might also like