You are on page 1of 7

FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN

MANUSIA

DINAMIKA KELOMPOK
(KKG 2013)

MODUL TEAM BUILDING (KERJASAMA KUMPULAN)

DISEDIAKAN UNTUK:
EN. MOHD NOOR BIN IDRIS

DISEDIAKAN OLEH:
ABDUL RAHMAN BIN AHMAD D20051020938
NORFARHAH BT. ABU BAKAR D20051020919

MAKMAL : 5
KUMPULAN : 16
MASA : JUMAAT, 8 A.M – 10 A.M
1.0 TOPIK MODUL
Titian Harapan

2.0 SASARAN

Peserta yang terlibat dalam menjalankan aktiviti modul ini ialah para
pengawas tingkatan 1,2,3,4 dan 5. Mereka merupakan pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan Tanjung Gemok, Rompin, Pahang. Selain itu, modul ini juga sesuai
dipraktikkan untuk semua lapisan masyarakat terutamanya kepada para pelajar
sekolah rendah sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi.

3.0 SINOPSIS

Kerjasama kumpulan adalah merupakan satu usaha untuk membentuk


semangat kerjasama antara ahli kumpulan atau peserta yang terlibat. Dengan
adanya kerjasama yang erat di dalam setiap kumpulan, maka semua aktiviti yang
dilakukan akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan seperti mana
yang dirancangkan. Kerjasama yang erat di dalam sesebuah kumpulan akan
membentuk perpaduan dan kesepakatan yang erat antara peserta.
Kerjasama di dalam kumpulan juga di kenali sebagai “Team Building”.
Antara langkah untuk memupuk semangat kerjasama yang erat antara peserta di
dalam kumpulan ialah dengan mengadakan aktiviti-aktiviti yang memerlukan
usaha yang padu antara ahli kumpulan. Jika tiada kerjasama yang padu, maka
aktiviti berkenaan tidak akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

2
4.0 OBJEKTIF
Selepas menjalani sesi ini, diharapkan para peserta akan dapat:
3.1 Memupuk semangat tolong-menolong dan bantu-membantu di antara ahli
kumpulan.
3.2 Supaya pelajar lebih saling mengenali ahli-ahli dan kelompok mereka.
3.3 Menggalakkan kerjasama sepenuhnya daripada ahli kelompok.
3.4 Mengeratkan hubungan silaturrahim dan bertukar-tukar fikiran di
antara ahli kumpulan dalam menjayakan aktiviti yang dijalankan.
3.5 Melahirkan semangat kekitaan dikalangan peserta.
3.6 Meningkatkan kesedaran bahawa perlunya semangat kerjasama.

5.0 KAEDAH
Antara kaedah yang dipraktikkan dalam pelaksanaan modul ini ialah:
5.1 Permainan
5.2 Perbincangan
5.3 Pembentangan

6.0 ALAT DAN BAHAN


Antara peralatan yang digunakan untuk melaksanakan modul ini ialah:
6.1 Straw
6.2 Sailor tape
6.3 Gunting

3
7.0 MASA
Masa yang diperuntukkan untuk menyelesaikan kandungan di dalam modul ini
ialah dalam anggaran tempoh 1 jam 30 minit sahaja.

8.0 PELAKSANAAN AKTIVITI


8.1 Sebagai permulaan aktiviti, fasilitator akan memperkenalkan diri masing-
masing.
8.2 Kemudian, fasilitator akan membuat sesuatu aktiviti yang dapat
meregangkan ketegangan para peserta seperti nyanyian lagu, teka teki dan
sebagainya.
8.3 Selepas meregangkan ketegangan dan mencetuskan kembali semangat
para peserta, peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
8.4 Setiap kumpulan dikehendaki melantik seorang ketua.
8.5 Kemudian, fasilitator akan menyerahkan sebungkus straw dan segulung
sailortape kepada setiap kumpulan beserta gunting..
8.6 Kemudian, peserta dikehendaki membina sebuah jambatan yang kukuh
mengikut kreativiti mereka tersendiri menggunakan bahan-bahan yang
telah diberikan..
8.7 Akhir sekali, peserta dikehendaki membentangkan jambatan yang telah
disiapkan dengan menyatakan rasional dan sebab jambatan itu dibina
berdasarkan reka bentuk dan struktur yang telah dipersembahkan
8.8 Kemudian, fasilitator akan menguji kekukuhan jambatan yang telah dibina
itu.
8.9 Seterusnya sebagai mengakhiri aktiviti berkenaaan, para fasilitator akan
menerangkan kepada para peserta berkenaan rasional aktiviti berkenaan di
adakan.
8.10 Fasilitator akan menerangkan kepada peserta berkenaan kebaikan
melakukan sesuatu aktiviti secara kumpulan.
8.11 Akhir sekali, fasilitator mengajak ahli bersama-sama menyanyikan lagu
akrab persahabatan.

4
9.0 FALSAFAH DAN PENGAJARAN DALAM MODUL
Falsafah dan pengajaran yang ingin ditonjolkan melalui modul ini ialah agar :
9.1 Peserta lebih berfikiran kreatif dan inovatif.
9.2 Para peserta mampu menjana idea-idea yang bernas, padat dan jitu
walaupun dalam masa yang singkat.
9.3 Menyedarkan peserta bahawa yang berat sama dipikul, dan yang ringan
sama dijinjing.
9.4 Untuk membentuk semangat kerjasama yang erat dan merapatkan
hubungan silaturahim di antara peserta-peserta dalam kumpulan dan di
antara kumpulan-kumpulan yang lain.
9.5 Supaya dapat mencungkil bakat yang terpendam dalam menjana idea-idea
yang bernas terhadap peserta-peserta yang terlibat.
9.6 Menggalakkan semua peserta agar sentiasa bersikap tolong-menolong di
antara satu sama lain dalam melakukan sesuatu perkara.

10.0 BIBBLIOGRAFI
Tiada

5
11.0 LAMPIRAN

AKRAB PERSAHABATAN

(c/o) Sesegar kicau daunan


Begitulah… kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua (2X)

Seerat simpulan yang tidak terduga


Seteguh langit tinggi menungkah dunia
Kita mengharung badai atas nama
Kasih insan bersaudara

(Ulang c/o)

Buang yang keruh ambil yang jernih


Tetap hasrat, mungkir… mestilah dijauhi
Marilah kita contohi rasullullah
Dan para sahabat di dalam bersahabat
Ukhuwah dan marhabat kita jalinkan
Bina…keharmonian…

(Ulang c/o)

FARAHMAN 85 -UPSI-

6
FIKIRKAN BOLEH

Jika kau fikirkan kau boleh,


Kau hampir boleh melakukan,
Jika kau fikirkan ragu-ragu,
Usaha mu tidak menentu.

Jika kau fikirkan kekalahan,


Kau hampiri kegagalan,
Jika kau fikirkan kemenangan,
Kau hampiri kejayaan.

Engkaulah apa kau fikirkan,


Terkandung dalam pemikiran,
Berfikir boleh melakukan,
Fikirkan boleh,

Percaya apa kau lakukan,


Tabah apa kau usahakan,
Bertindak atas kemampuan,
Engkau boleh…

FARAHMAN 85 -UPSI-

“UNGGUL SOKMO”

You might also like