You are on page 1of 57

PERBANDINGAN DI

ANTARA TEORI REALITI


DAN TEORI KEWUJUDAN

DI SEDIAKAN OLEH :
MUHAMMAD MASWADI BIN
HAJI FADLI
PENGENALAN TERAPI
REALITI
* DI UTARAKAN OLEH WILLIAM GLASSER
* TR MENOLAK FAHAMAN DITERMINISTIK

*KNSLR BERTINDAK SECARA AKTIF,


MENGARAH,DIDAKTIF DAN KOGNITIF

*KNSLR MENGIKAT KONTRAK DENGAN


KLIEN

*KNSLR BERPERANAN SEBAGAI GURU /


CONTOH / TELADAN
PENGENALAN T.REALITI
*KNSLR MENCABAR KLIEN
*KNSLR TIDAK PEDULIKAN PERISTIWA
LAMPAU, SIKAP, CELIK AKAL ATAU
MOTIVASI TIDAK SEDAR
*KNSLR YAKIN KLIEN MEMPUNYAI
KEUPAYAAN UNTUK MERUBAH TINGKAH
LAKU
*KNSLR YAKIN KLIEN ADA KOMITMEN
UNTUK MELAKUKAN TINDAKAN YANG
DIRANCANG
*TR MENOLAK KONSEP SAKIT JIWA /
MENTAL ILLNESS
PENGENALAN T.REALITI
*TR MENGUTAMAKAN TINGAKAH LAKU
*TR BOLEH DI GUNAKAN DLM KAUN. INDV. /
KERJA 2 SOSIAL / PENDIDIKAN / T KLMPK /
KAUN. KLRG. / KAUN. PEMULIHAN / INTRV.
KRISIS / PNGRSN. INSTITUSI
*TR CATAT KEJAYAAN TOLONG BELIA YG.
SALAH LAKU
*TR UTAMAKAN KEWIBAWAAN INDV. UTK
MENENTU KEHIDUPAN
PENGENALAN T. KEWUJUDAN

* BERPUNCA DARI SUATU BENTUK


FALSAFAH YANG MENEKANKAN KEBEBASAN
INDIVIDU
* TK MEMBERI MARUAH, P’HORMATAN DAN
KEDUDUKAN KPD. M’SIA
* TCC OLEH ROGERS DAN GESTALT OLEH
PERLS DI P’RUHI OLEH TK
* TK B’LTR BLKNGKAN FLSH KIERKEGARD,
JASPER, HEIDEGGER, MARCEL, SATRE DAN
HUSSERL
* BYK. PNDKTN YG. P’RUHI TK, T’FOKUS
TEKNIK ATAU KAEDAH TERTENTU
PENGENALAN T. KWJDN

* NAMUN TRDPT. ASPEK 2 UMUM YG. M’JADI


ASAS KPD. TK SPT :

a) CIRI UTAMA KWJDN. M’SIA IALAH DASEIN

b) M’SIA WJD DLM DUNIA UMWELT( DUNIA


BIO./ TANPA KSDRN KENDIRI), WITMEL
(DUNIA PERHBNG DGN ORG LAIN), DAN
EIGENWELT (DUNIA IDENTITI KENDIRI)

c) M’SIA BKN SUATU ENTITI YG STATIK


PENGENALAN T. KWJDN

d) M’SIA TAHU BHW AKAN LUPUT (MATI)

e) ANCMN MATI M’BABKAN KERISAUAN

f) M’SIA B’UPAYAAN UTK M’GEMBELENG


MASA LAMPAU / MASA HDPN DGN MASA KINI

g) M’SIA SERING MERUNGUT TTG. KESEPIAN,


KESEORGN, KETIADAAN PERIBADI DAN
P’ASINGAN
PNDGN T.R TRHDP M’SIA

* TR PERCAYA BHW. SETIAP INDV.


MEMPUNYAI KEPERLUAN KPD. IDENTITI
*IDENTITI INI DPT DILIHAT DR. SEGI T.
LAKU, PRSN, PMKRN, DESTINI DLL.
*M’SIA PERLU UBAH T. LAKU JIKA INGIN
UBAH IDENTITI
*M’SIA MEMPUNYAI TENAGA UTK.
BERKEMBANG
* M’SIA INGIN MENGASIHI DAN DIKASIHI
*EMOSI M’SIA T’GANGGU KERNA T. LAKU T’
SESUAI
*MASALAH TIMBUL KERNA M’SIA GAGAL
PENUHI KEPERLUAN
PNDGN. T.KWJDN MENGENAI
M’SIA
* M’SIA B’UPAYA MENGENALI DAN
MENYEDARI KWJDNNYA

*M’SIA M’PUNYAI K’BEBASAN DAN T’JWB

* M’SIA M’PUNYAI K’UPAYAAN UTK M’BUAT


PILIHAN

* M’SIA B’SEDIA UTK M’ROKA DAN


MENGENALI MAKNA KWJDN, NILAI 2,
TUJUAN 2 HIDUP DAN MTLMT YG INGIN
DICAPAI
PNDGN T.KWJDN MENGENAI
MANUSIA

* M’SIA M’PUNYAI KOMITMEN


* M’SIA MERASA RISAU
* M’SIA BOLEH M’TAHUI / MERASAI
KEMATIAN / KEFANAAN
* M’SIA BOLEH MEMAHAMI ORG LAIN
* M’SIA BOLEH B’SENDIRIAN
* M’SIA YAKIN BOLEH B’KMBNG
* M’SIA PERLU B’USAHA UTK MEMILIH
MASA DEPANNYA
M’SIA SEDAR PROSES B’KMBNG B’JLN
B’TERUSAN
KONSEP-KONSEP UTAMA
T.REALITI
* TR TIDAK MEMPUNYAI KONSEP TERTENTU
* TR KEMUKA CIRI 2 TERTENTU SPT :

- MENOLAK KONSEP ‘SAKIT JIWA’


- BERI PERHATIAN PD T.LAKU T’SIUMAN
- FOKUS PD T.LAKU BKN PD. PRSN DAN SIKAP
- FOKUS PD. PRSTW TERKINI
- MENEKAN PD. ASPEK 2 POSITIF KLIEN
- MELIHAT KLIEN ADA BYK. POTENSI
- GALAK KLIEN MENILAI T.LAKU T’KINI
KONSEP-KONSEP UTAMA
T.REALITI
- TIDAK M’GUNA DENDA ATAU DERA
- MENEKAN T’JWB SBG. KEBOLEHAN
- B’PERANAN MGJR. KLIEN
- PERATURAN YG DITETAP PERLU DI PATUHI
- KEJAYAAN T’CAPAI M’LUI TINDAKAN
B.JWB DAN REALISTIK
- MENEKAN PD. ASPEK SEDAR PERSONALITI
- T’MENEKAN PD. PEMINDAHAN
KONSEP-KONSEP UTAMA
T.KWJDN
* TK TIDAK M’PUNYAI KONSEP KHAS

* TK M’GUNA TEMA 2 YG DI UTAMA OLEH


NIETZSCHE, KIERKEGARD, SATRE,
HEIDEGGER,, JASPER, CASMUS DLL

* SHAFFER (1978) TERDPT 6 TEMA PUSAT YG


M’JADI PRINSIP TK :

a) M’SIA SERING BERHDPN DGN


KETIDAKTENTUAN DUNIA DAN AKAN
BERHDPN DGN MATI
KONSEP-KONSEP UTAMA
T.KWJDN
b) M’SIA BEBAS MEMILIH SIKAP 2 DAN
TINDAKAN 2 YG AKAN KITA LAKUKAN

c) TRDPT BTSN DAN SEKATAN TRHDP M’SIA,


NAMUN M’SIA MASIH PUNYA PILIHAN

d) M’SIA B’JWB ATAS PILIHAN

e) KESEDARAN M’SIA TTG KEBEBASAN DAN


T.JWB M’BABKAN KERISAUAN

f) KERISAUAN B’KAITAN DGN IDENTITI DIRI


MATLAMAT T. REALITI

*KLIEN SENDIRI YG. MENENTUKAN MTLMT.

* KLIEN HRS. B’UPAYA MRNCG. STRATEGI

* KNSLR. BOLEH KEMUKA SYOR 2 DAN


SARANAN 2 KPD. KLIEN TP. KLIEN YG
TENTUKAN.
MATLAMAT TERAPI KWJDN

* INDV DI BANTU AGAR SEDAR K’BEBASAN


DAN T.JWB DIRINYA BG MEMANDU
HIDUPNYA

* INDV DI BANTU M’HADAPI KERISAUAN

* INDV DI BANTU M’HADAPI NATIJAH HSL


DR PEMILIHAN

* INDV DI BANTU AGAR M’JADI LEBIH AKTIF


M’HADAPI KEHIDUPAN
PERANAN KNSLR T.REALITI

* M’WJD. P’HBNG. KAUN. DGN. KLIEN


* M’BIMBING KLIEN MENILAI SENDIRI
T.LAKU SECARA REALISTIK
* BYK. M’GUNA PENEGUHAN SPT. MEMUJI
* MENERIMA KLIEN TANPA BYK. KRITIKAN
* IKAT KONTRAK BERSYARAT DGN. KLIEN
SPT. MELAPORKAN K’JAYAAN DAN
K’GAGALANNYA
* GALAK KLIEN CURAH SEGALANYA DGN.
JUJUR
PERANAN KNSLR T.KWJDN

* MENGENALI KLIEN LEBIH DEKAT,


M’TAHUI DUNIA SUBJEKTIF DAN BANTU
UTK MENEROKA P’LESAIAN 2 BARU

* M’CBR KLIEN DAN M’DORONG KLIEN


CABAR DIRI SENDIRI AGAR SEDAR
TINDAKAN MEREKA SELAMA INI

* KLIEN DI BANTU AGAR DPT MELIHAT


ALTERNATIF 2 YG ADA DIHADAPANNYA
DAN MENCUBANYA
PERANAN KLIEN
T.REALITI

* DI GALAK FOKUS DAN NILAI T.LAKU YG.


M’HLNG MTLMT.

* DI GALAK FIKIR DAN RNCNG. STATEGI 2


UTK UBAH T.LAKU GAGAL

* HRS. KOMITED M’LAKSANA STRATEGI YG


DI RNCNG.

* HRS. REALISTIK NILAI T.LAKU SENDIRI,


IAITU SECARA SEDERHANA.
PERANAN KLIEN T.KWJDN

* M’CUBA M’ROKA ALTERNATIF 2 BARU DGN


BANTUAN KNSLR

* M’CUBA M’BUAT PILIHAN DGN GESAAN,


DORONGAN DAN GALAKAN DARI KNSLR

* HRS B’SEDIA UTK M’BIL KEPUTUSAN


KEHIDUPAN BARU
PERHBNGAN ANTARA KNSLR.
DGN KLIEN T.REALITI
* KNSLR. HRS. TUNJUK SIFAT MESRA DAN
YAKIN KLIEN BOLEH CAPAI IDENTITI
BERJAYA
* RNCNG. TINDAKAN YG. SELARAS DGN.
UPAYA KLIEN.
* KLIEN HRS. KOMITED DGN. RNCNG.
TINDAKAN
* KNSLR T’HRS PEDULI ALASAN 2 DAN
HUJAH 2 BELA DIRI KLIEN
* JIKA GAGAL RNCNG. , RANGKA TINDAKAN
BARU
PRHBGN KNSLR DGN KLIEN
T.KWJDN

* KNSLR B’SIKAP JUJUR , IKHLAS DAN LAIN


2 SIFAT BAIK AGAR DPT DICONTOHI KLIEN

* KNSLR GUNA EMPATI REFLEKSI DAN


TEKNIK 2 BUKAN ARAHAN AGAR KLIEN
MUDAH MESRA DAN M’CURAHKAN
PERASAAN
TEKNIK DAN TATACARA
T.REALITI
- PERMAINAN ROL
- KELUCUAN
- B’DEPAN DAN M’CBR. KLIEN, T’TERIMA
ALASAN 2
- BANTU KLIEN RNCNG. TNDKN
- KNSLR. M’JADI MODEL/CONTOH/GURU
KPD. KLIEN
- M’TETAP BATASAN. DLM. KONTRAK
- GUNA CEMUHAN DAN KRITIKAN KPD.
KLIEN
- K’SAMA DGN. KLIEN M’CARI JLN. BR. UTK.
LEBIH B’JAYA
TEKNIK DAN TATACARA T.
KWJDN

* TEKNIK DAN TATACARA B’SIFAT UMUM


DAN B’GNTNG PD ASPEK YG DITEKANKAN

* TEKNIK T.KWJDN B’BENTUK EKLEKTIK


MENURUT MAY 6 CIRI UTAMA TEKNIK
T.KWJDN :
a) T.K M’GUNA TEKNIK YG BERBEZA.
TERAPIS FLEKSIBEL DAN B’KEBOLEHAN

b) KNSLR BANTU KLIEN BINA SIKAP


KOMITMEN
TEKNIK DAN TATACARA T.
KWJDN
c) T.K YG B’LTRBLKNG PSIKOANALISA
AKAN GUNA DINAMISMA P’ANALISA SPT
PEMINDAHAN DAN REPRESI

d) KNSLR CUBA FAHAMI PGLMN DAN


PERASAAN KLIEN S’CARA SUBJEKTIF
BUKAN MENDIAGNOSIS

e) KNSLR M’HINDARI T.LAKU YG


MENGHALANG KESEDARAN KWJDN KLIEN
KESIMPULAN
T.REALITI
KELEBIHAN 2
1. TR SESUAI DI GUNA DI DALAM :
a)KAUN. INDV.
b) BG. M’ATASI MASALAH T’LAKU DAN
EMOSI
c) BG. MENOLONG BELIA/B’WANIS YG
SALAHLAKU

2. BERI P’HORMATAN DAN MARUAH KPD.


INDV. SPT. P’GUHAN DAN MOTIVASI

3. TR BERI PENEKANAN KPD. PRBHN. T.LAKU


YG DPT DI LIHAT DAN DI UKUR OLEH KLIEN
KELEMAHAN 2
T.REALITI

1. KONSEP DAN PENDEKATAN TR T’LALU


MUDAH DAN OVERSIMPLISTIC

2. TERAPIS TR B’SIFAT SERBA TAHU

3. TERAPIS TR KRNG FAHAMI KLIEN


KERNA TOLAK PRSTW LAMPAU
KESIMPULAN
T.KWJDN
1. T.K M’JUKKAN KEPENTINGAN M’SIA

2. M’SIA SENTIASA BERUBAH MENUJU


NIRWANA KENDIRI

3. M’SIA M’PUNYAI K’UPAYAAN, KEBEBASAN


T’JWB DLM M’CORAK MASA DEPAN

4. KESEDARAN TTG MATI M’DORONG


M’SIA M’GUNA WAKTU YG T’BATAS UTK
MASA DEPAN YG LEBIH BAIK

5. PENDEKATAN T.K B’SIFAT EKLEKTIK


KESIMPULAN T.KWJDN

6. WUJUD HBNG YG PENUH DGN JIWA


DAN TENAGA ANTARA TERAPIS DAN KLIEN

7. KEBEBASAN ADA BATASANNYA SPT


RISIKO DAN KERISAUAN

8. T.K TIADA PRINSIP 2, TEKNIK 2,


PENDEKATAN 2 YG BERSISTEM DAN
KHUSUS SPT TERAPI LAIN

9. T.K SESUAI DI GUNA TRHDP KLIEN YG


BELUM M’JADI PSIKOTIK DAN
SKIZOFERNIK
ANALISA KES BERDASARKAN
TEORI

Kes John
Ketika berumur 25 tahun, saya bekerja di dalam
bidang pembinaan. Saya suka membina rumah,
tetapi saya begitu yakin bahawa saya tidak mahu
menghabiskan seluruh hidup saya di dalam bidang
pembinaan. Saya selalu menghadapi kesukaran
didalam bergaul dengan orang ramai. Saya bersifat
penyendiri. Saya suka akan kehadiran orang ramai
tetapi saya tidak tahu cara bergaul dengan orang
ramai. Mungkin salah satu sebabnya ialah kerana
saya seorang yang kuat minum arak dan juga kerana saya
terlalu takut untuk bergaul dengan orang ramai. Walaupun
sukar untuk mengakuinya, apabila saya mulai minum
segalanya tampak hilang. Apabila saya berada bersama
orang ramai, saya merasakan diri saya nampak bodoh. Saya
khuatir orang ramai akan merasa bosan dengan saya apabila
mereka mengenali saya. Sudah tentu saya ingin mengubah
diri saya, saya mencuba, tetapi kadangkala saya tidak tahu
dimana hendak bermula. Itulah sebabnya saya kembali
semula belajar. Di samping bekerja di dalam bidang
pembinaan, saya juga adalah seorang pelajar kolej separuh
masa dalam bidang psikologi. Saya mahu memperbaiki diri
saya. Di dalam matapelajaran yang saya ambil iaitu Psikologi
Penyesuaian Peribadi, kami membincangkan berkenaan diri
kami dan bagaimana untuk berubah, kami juga harus
menulis kertas autobiografi diri. Saya juga turut menulis
autobiografi diri saya seperti berikut :
Autobiografi John
Di manakah sekarangnya saya didalam kehidupan
saya kini. Ketika berumur 25 tahun saya merasakan
telah banyak mensia-siakan waktu saya. Sekarang
saya sepatutnya telah tamat belajar di kolej dan
memperolehi kerja yang baik dan menjaminkan,
akan tetapi sebaliknya berlaku. Saya masih muda,
saya tidak mampu belajar secara sepenuh masa.
Oleh itu saya terpaksa bekerja untuk menampung
hidup saya. Walaupun saya melakukan kerja saya
sekarang sebagai satu hobi, tetapi saya inginkan
satu profesion yang membolehkan saya bekerja
bersama dengan orang ramai. Jika boleh saya ingin
melenyapkan ketakutan di dalam diri saya tentang
apa orang lain fikirkan tentang diri saya.
Satu hari, saya berharap untuk beroleh sekeping ijazah
Sarjana dalam bidang kaunseling dan bekerja sebagai
seorang kaunselor bagi membantu kanak-kanak yang
didalam masalah.
Pada saat ini, saya hidup sendirian, mempunyai sedikit
kawan, dan merasa takut dengan orang yang sebaya dengan
saya atau yang lebih tua. Saya merasa selesa apabila bersama
kanak-kanak kerana mereka terlalu jujur. Tetapi
kadangkala saya merasa sangat bimbang adakah saya
mampu memperoleh sekeping ijazah. Selain itu, masalah
lainnya ialah saya seorang kaki minum dan seringkali
mabuk. Ini berlaku terutamanya apabila saya merasa
kesepian dan terpinggir sepertimana yang saya rasakan
sekarang.
Pada pertama kali saya minum saya rasa lebih lega, akan
tetapi kemudiannya saya berasa bersalah. Saya juga pernah
menagih dadah apabila saya berkemampuan. Manusia amat
menakutkan saya dan saya seringkali terkalah apabila
dikelilingi oleh wanita-wanita yang menawan
Saya merasa seluruh badan saya kaku, berpeluh-peluh dan
gemuruh yang agak teruk ketika bersama wanita. Mungkin
ini adalah kerana saya sangkakan mereka sedang
menghakimi diri saya dan saya tahu bahwa lambat laun
mereka akan tahu bahwa saya bukanlah lelaki sejati
sepertimana yang mereka idamkan iaitu mempunyai ciri-ciri
lelaki yang kuat, lasak dan sempurna.
Saya merasa khuatir sepanjang masa, lebih-lebih lagi pada
waktu malam. Kadangkala saya merasa sungguh takut
sehinggakan saya ingin saja melarikan diri, tetapi saya tidak
dapat bergerak. Ini sungguh menyedihkan, kerana saya
selalu merasa sekiranya saya mati pada saat-saat sebegini.
Kemudian saya berkhayal tentang bagaimana hendak
melakukan bunuh diri dan saya tertanya-tanyakan siapakah
yang akan peduli.
Kadangkala saya melihat keluarga saya datang menziarahi
ke tempat persemadian saya sambil mengatakan rasa kesal
kerana tidak melayan saya dengan baik selama ini. Saya
sentiasa merasa bersalah kerana tidak bekerja keras
mengembangkan potensi diri saya hinggakan saya menemui
kegagalan kerana menghabiskan masa saya dan juga kerana
saya telah mengecewakan ramai orang. Saya tenggelam di
dalam kesalahan saya dan merasa amat terhina. Ketika itu
saya merasa sungguh kotor, bagaimanakah caranya untuk
saya berubah dan alangkah bagusnya sekiranya saya mati
sahaja. Dgn. itu saya tidak akan menyakiti sesiapapun lagi.
Adalah sukar bagi saya untuk mendekati sesiapapun. Saya
mengakui bahwa saya tidak pernah menyayangi sesiapa pun
dan saya tahu bahwa saya tidak pernah merasa disayangi
atau diperlukan, segalanya suram. Saya pernah mempunyai
keberanian untuk meninggalkan kecurigaan yang lalu dan
memang saya telah berjaya memasuki kolej. Saya sukakan
ketetapan saya sekarang .
Bagaimanakah keadaan hidup saya yang lalu ? Isteri saya
telah meninggalkan saya beberapa tahun yang lalu. Peristiwa
ini telah membuatkan saya berfikir , manusia jenis apakah
saya ini ? Bekas isteri saya adalah seorang wanita yang cekal
dan bersifat menguasai. Beliau selalu mencerca bahwa saya
adalah seorang lelaki yang tidak berguna. Ibu bapa saya
tidak pernah bercerai, namun saya berharap mereka
bercerai. Mereka seringkali bertengkar. Saya tidak
menafikan bahwa ibu sayalah yang selalu memulakan
pertengkaran. Ibu saya bersifat menguasai dan juga sering
mengutuk ayah saya. Ayah saya pula pada pengamatan saya
adalah seorang lelaki yang lemah, pasif dan penakut apabila
berada disamping ibu. Ayah tidak sehaluan dengan ibu.
Saya mempunyai empat orang adik beradik. Ibu bapa saya
sering membandingkan saya secara tidak adil dengan kakak
dan abang saya. Mereka berdua adalah anak-anak yang
sempurna dan pelajar yang terhormat. Adik saya dan saya
seringkali bertengkar dan dialah orangnya yang selalu
dimanjakan oleh orang tua saya
Saya tidak tahu apa yang telah terjadi pada saya dan
bagaimanakah saya sebagai satu-satunya anak yang malang
dilahirkan di dalam keluarga ini.
Semasa di sekolah menengah saya telah bergaul dengan
kawan-kawan yang salahlaku dan telah mengambil dadah.
Saya telah pernah dimasukkan ke pusat pemulihan akhlak
atas kesalahan mencuri. Tidak lama kemudian saya telah
dibuang sekolah kerana bergaduh dan kemudiannya saya
telah memasuki sekolah persendirian.
Berbalik kepada keluarga saya pula, saya masih lagi
ingatkan kata-kata ayah saya terhadap saya katanya “Kau
adalah seorang yang bodoh! Kenapa kau tidak seperti kakak
dan abang kau ? Kau tidak akan berjaya di dalam hidup !
Kenapa kau tidak pernah mencapai kejayaan ? Begitu juga
dengan ibu saya yang melayan saya sepertimana beliau
melayan ayah.
Beliau selalu berkata “ Kenapa kau selalu suka menyakiti
hati saya ? Kenapa kau tidak dewasa ? Saya harap saya tidak
pernah melahirkan kau ! Segalanya lebih baik jika kau tiada
disini ! Saya selalu menangis di waktu malam, berasa amat
keseorangan dan begitu marah serta benci. Saya bencikan
diri saya dan kelurga kami. Keluarga kami kurang
mengamalkan agama.
Dari itu saya berfikir. Apakah yang akan terjadi pada saya
dalam masa lima tahun dari sekarang ? Manusia jenis
apakah yang ingin saya jadi ? Dan perubahan macamanakah
yang perlu saya lakukan ? Pertamanya saya mahu merasai
kegembiraan di dalam kehidupan saya. Saya ingin
membuang tabiat minum saya selamanya dan merasa sihat.
Saya mempunyai sikap rendah diri. Saya ingin merasa diri
saya sebenarnya lebih daripada sekarang. Saya berharap
untuk belajar mengasihi orang lain khasnya wanita. Saya
mahu menghilangkan ketakutan bahwa wanita boleh
memusnahkan diri saya.
Saya mahu merasa sama taraf sepertimana orang lain dan
saya tidak mahu diri saya merasa selalu bersalah diatas
kewujudan saya ini. Saya tidak mahu menderita akibat
daripada kebimbangan dan rasa bersalah saya ini. Dan saya
berharap bahwa saya boleh menganggap bahwa saya ini
adalah manusia yang o.k. Saya sangat ingin menjadi seorang
kaunselor yang baik terhadap anak-anak kecil, dan untuk
berbuat begini saya tahu bahwa saya perlu berubah. Saya
tidak begitu pasti bagaimana untuk berubah dan perubahan
yang bagaimanakah yang saya dambakan. Tetapi yang pasti
saya tahu bahwa saya mahu bebas dari kecenderungan
perasaan yang memusnahkan diri saya dan mulai belajar
untuk lebih mempercayai orang lain. Mungkin apabila saya
mulai menyukai diri saya maka saya akan mampu
mempercayai orang lain serta melihat diri saya dari sudut
yang lebih baik
ANALISIS KES BERDASARKAN
TERAPI KEWUJUDAN
Kaunselor yang berorientasikan pendekatan
kewujudan melihat kes John, bahwa beliau seorang
yang berkeupayaan untuk meningkatkan kesedaran
diri dan berupaya membuat keputusan untuk
menentukan masa depannya. Kaunselor perlu
menyedarkan John bahwa dia tidak perlu untuk
menjadi mangsa kepada peristiwa yang lalu, akan
tetapi ia boleh merekabentuk masa depannya. Dia
boleh membebaskan dirinya dari belenggu yang
kuat dan menerima tanggungjawab untuk
menentukan hidupnya sendiri dan berupaya
membuat pilihan. Melalui empati, refleksi dan
teknik bukan arahan yg digunakan,
John akan m’jadi mesra dgn terapis serta bersedia
mencurahkan perasaan, isi hati dan pengalaman
Terapis akan cuba mengenali John dgn lebih dekat,
mengetahui dunia subjektifnya dan seterusnya
membantunya meneroka
peluang 2 baru agar hidupnya lebih lancar.
Pendekatan TR ini bukannya teknik tekanan akan
tetapi menekankan kepentingan kaunselor
memahami dunia kehidupan John, terutamanya dgn
cara memantapkan perhubungan yang boleh
dipercayai dalam rangka memenuhi pemahaman
diri dengan lebih mendalam.
Menurut Satre, John menunjukkan sikap percaya
kpd takdir buruk, merujuk kpd sikapnya yg tidak
mahu menerima tanggungjawab diri contohnya kpd
kenyataan yang membabitkan takdir buruk ialah :
- keluarga saya tidak memperdulikan saya, ini yang
membuatkan saya merasa susah hati setiap masa
- itulah diri saya sebenarnya, saya tidak dapat
membantu diri saya.
- lumrahnya, saya seorang yang lemah, kerana saya
telah banyak kali tidak diterima.
- terapis mengemukakan John dgn cara bagaimana
ia mencuba membebaskan diri melalui cara minum
arak dan mengambil dadah.
Kaunselor menegaskan bahwa tanggungjawab
sepenuhnya dalam kehidupannya, dalam
tindakannya dan di dalam kegagalan tindakannya.
Kaunselor melakukannya dengan cara yang baik,
tetapi berkeras didalam mencabar John agar ia
sedar akan tindakannya yg negatif.
Kaunselor tidak melihat kebimbangan John sebagai
sesuatu yang perlu diubati, malah John perlu untuk
mempelajari bahwa kebimbangan yang realistik
adalah sebahagian dari kehidupan yang penting
untuk mencapai kebebasan dan kejayaan.
Terapis menyiasat lebih lanjut untuk mengenal pasti
tentang adakah kenyataan John mengenai bunuh
diri merupakan ancaman bagi dirinya. Merujuk
kepada penilaian terhadap ancaman itu, terapis
memandangnya anacaman itu sebagai simbolik.
Ahli terapis yang berorientasikan kewujudan akan
mendatangi John dengan penuh pengertian dan
bermaksud dalam kehidupannya. Terapis bersikap
jujur, ikhlas dan boleh dipercayai, berani dan lain 2
personaliti baik yg dpt dicontohi oleh John.
Terapis m’wjdkan hbgn fizikal dan psikologi dan
menyelami pengalaman 2 John secara subjektif.
Terapis membantu John menemukan penemuannya
sendiri dan hidup dengan nilai-nilai yang dipilihnya
sendiri dan ciptaannya. Dengan berbuat demikian,
John akan menjadi org yg lebih teguh pendiriannya
dan dpt belajar utk menghargai dirinya.
Jika dia berbuat demikian, peluang pergantungan
untuk memperoleh keyakinan persetujuan dari
orang lain akan berkurang. Selain daripada
menghindari perhubungan yang bergantung, John
boleh memilih untuk berbaik dengan orang lain
dengan bersungguh-sungguh. Hanya dengan cara
itulah akan dapat peluang baginya untuk mengatasi
masalah keterasingan dan terpinggirnya.
Terapis akan membantu John untuk lebih
menyedari dan merasai kebebasan dan
tanggungjawab yg ada padanya dan yg boleh
digunakannya di dlm memandu hidupnya. John
juga dibantu untuk menghadapi kerisauan 2 nya yg
timbul kerana adanya kesedaran bhw John
mempunyai kebebasan untuk memilih dan
seterusnya bertangungjawab utk memimpin diri dan
hidupnya. Jika perasaan John ini tidak diatasi, John
akan menghadapi kesulitan untuk berfungsi didlm
hidupnya. Seterusnya John akan akan dibantu bg
menghadapi apa juga natijah yang diperolehinya
hasil dari pemilihan yang dibuatnya.
Melalui pendekatan ini, terapis berharap John akan
sedar bahwa ia bukan lagi organisma yg pasif, yg
menjadi mangsa kepada ketentuan- ketentuan
biologi atau alam persekitaran semata-mata. Malah
ia merupakan organisma yg mempunyai keupayaan
2 tertentu di dalam menentukan identitinya, cara
hidupnya dan masa depannya.
ANALISIS KES BERDASARKAN
TERAPI REALITI
Ahli terapi realiti dipimpin oleh konsep utama teori
pilihan untuk mengenal pasti tingkah laku John
yang dinamik, untuk menghasilkan petunjuk
kepadanya untuk bekerja maju kehadapan, dan
untuk mengajanya tentang pilihan yang lebih baik
baginya untuk mencapai apa yang dia mahu. Selama
ini John telah memilih berbagai gejala yang
menyakitkan yang langsung tidak membantunya
mencapai apa yang ia perlukan, iaitu perhubungan
yang menyenangkan
Pilihan John ialah untuk membantunya menahan
kemarahannya dan untuk menjauhkannya daripada
berhadapan dengan masalahnya yang sebenar iaitu
kekurangan perhubungan yang menyenangkan.
John sebelum ini telah memilih untuk menjadi
mangsa kepada peristiwa lampaunya dan
menyalahkan penderitaan yang telah menimpanya.
John hidup didalam kehidupan seperti seorang
mangsa, menyalahkan orang lain dan memandang
ke belakang daripada memandang ke hadapan.
Terapis realiti menunjukkan kepada John bahwa
dia tidak perlu menjadi mangsa kepada masa
lampaunya melainkan dia sendiri yang memilih
untuk menjadi mangsa. Terapis akan
memperlihatkan sifat mesra, understanding, sedia
menerima dan yakin terhadap John.
Sungguhpun terapis kasihankan diatas penderitaan
John dan kesukaran-kesukaran yang silih berganti
menimpanya, namun terapis mahu John sedar iaitu
jika ia membuat keputusan untuk berubah, dia
mempunyai banyak pilihan.
Terapis mempunyai gerak hati yang mahukan John
menfokus bercakap mengenai masa lampaunya
kerana itu adalah lebih mudah baginya berbanding
berhadapan dengan masa depan yang mana
melibatkan banyak kerja. Terapis membenarkan
bahwa semua tingkah laku John adalah usahanya
yang terbaik dalam mencapai kemahuannya dan
lagi terapis membantu John melihat bahwa apa
yang dilakukannya adalah tidak berjalan lancar
sebagaimana seharusnya.
Di dalam kemajuan terapis realiti, John pelajari
bahwa kebanyakan masalahnya bermula semasa ia
masih kanak-kanak, sedikit sahaja peluang yang ia
dapat lakukan terhadap apa yang telah berlaku.
Kesudahannya John sedar bahwa dia mempunyai
sedikit wewenang untuk mengubah orang lain, akan
tetapi ia mempunyai banyak peluang wewenang
untuk berbuat sesuatu pada masa sekarang.
Pada mulanya, John mahu memberitahu
kaunselornya bagaimana teruk perasaannya. Dia
melakukannya dengan cara menfokus terhadap
gejala-gejala utama seperti tekanan, kebimbangan,
kesukaran tidur dan gejala-gejala psikomatik yang
lainnya.
John amat memerlukan seseorang untuk mendengar
perasaannya dan tidak mengkritik apa yang ia
ucapkan. Sebahagian besar didalam hidupnya,
banyak orang telah mengkritiknya. Ketikamana
John mengemukakan kisah hidupnya kepada
terapis, beliau mengharapkan kritikan dan
mengalu-alukannya. Pada peringkat awal sesi
kaunseling, terapis mendengar padanya dan
menegaskan bahwa terapis tidak akan sesekali
mengkritik beliau. Malah terapis akan mengunakan
peneguhan terhadap tingkah laku John yang baik.
Terapis bekerja dengan cara melibatkan John bagi
tujuan menghasilkan permulaan yang baik bagi
mneyokong terapi masa depan. Dari masa kes
semasa John akan mempelajari bahwa dia dapat
membina perhubungan yang baik dengan terapis
dan mulai sekarang perhubungan ini, dia mengakui
bahwa dia memerlukan satu perhubungan yang
baik didalam kehidupannya. John akan belajar
bahwa kesemua gejala-gejala yang dihadapinya
telah menghalangnya daripada mendapatkan apa
yang ia perlukan. Gejala-gejala yang dihadapinya
akan tetap menghalang kehidupannya melainkan ia
mendapat dan mengekalkan satu perhubungan yang
berjaya di masa depan. Terapis menekankan bahwa
John perlu mempelajari tangungjawab. Walaupun
terapis mendengar, ia juga mencabar John
terutamanya apabila ia berfokus kepada
penderitaan dan gejala-gejala yang dihadapinya.
Terapis menolak pendapat bahwa John menghadapi
“sakit jiwa” atau mental illness. Terapis menolak
sikap mendiagnosis jiwa John.
Terapis menjelaskan kepada John bahwa dia
mempunyai satu gambaran yang baik tentang apa
yang ia mahukan didalam hidupnya agar terjadi
namun John tidak memiliki tingkah laku efektif bagi
mencapai keperluannya. Terapis bercakap
kepadanya tentang keperluannya dan bagaimana
terapi realiti akan mengajarnya agar berpuas hati
terhadap dirinya didalam berbagai cara. Terapis
juga menerangkan bahwa seluruh tingkah lakunya
adalah berpunca dari cara pemikirannya,
perbuatannya, perasaannya dan fisiologi. Tumpuan
terapis sekarang adalah untuk mengubah tingkah
lakunya yang salah kepada yang benar dan realistik,
seterusnya diyakini sikap dan perasaan John juga
akan turut berubah.
Terapis akan memberikan perhatian pada aspek-aspek
positif yang pada John, seperti potensi 2 dalaman John,
kejayaan 2 nya, kelebihan 2 nya, serta kualiti 2 positif yang
ada padanya, namun terapis juga tidaklah akan
mengabaikan harapan, kebimbangan dan nilai-nilai John. T
Sungguhpun John mengatakan beliau benci merasa cemas
pada kebanyakan masa, John akan belajar bahwa segala
yang dilakukan dan difikirkannya adalah mendorong kepada
perasaan yang tidak dikehendakinya. Ketika John seringkali
merungut apabila merasa tertekan dan bimbang pada waktu
malam, dan bagaimana hendak mengatasi serangan
ketakutan, terapis memberitahunya bahwa ia lebih tertarik
untuk mengetahui apa yang sedang ia lakukan dan fikirkan.
Ini adalah komponen-komponen yang boleh diubah
secara langsung, iaitu melalui perubahan tingkah laku.
Terapis akan menggalakkan John meneliti dan menilai jenis
2 tingkah lakunya yang merosak dan menggagalkan dan
menukarkannya kepada tingkah laku yang membina.
Tanpa bersikap mendenda, mendera dan mengkritik, terapis
mengajarnya bahwa perasaan tertekannya itu adalah akibat
tindakan yang telah dipilihnya. Terapis yakin bahwa jauh
didalam hati John, beliau mempunyai keazaman yang kuat
untuk mencapai identiti berjaya. Identiti berjaya ini akan
memberikan rasa kepuasan dan keselesaan bagi John.
Walaupun John merasa bahwa ia mempunyai wewenang ke
atas apa yang dirasainya, terhadap gerak sensasi badannya,
terhadap pemikirannya, namun terapis mahukan John
memahami bahwa dia boleh mengambil langkah yang
berlainan, dimana dapat mengubah perasaan
pengalamannya yang tertekan.
Melalui terapi, John telah sedar serta membuat rumusan dan
penilaian bahwa apa yang ia lakukan selama ini tidaklah
membawa ia dekat dengan gambaran-gambaran itu ataupun
membantu ia mencapai apa yang ia cita-citakan.
Setelah ia membuat keputusan bahwa ia sanggup berkerja
keras untuk berubah. Sebahagian besar daripada masa sessi
digunakan bagi merangka perancangan dan membincangkan
pelaksanaan rencana yang bakal mereka laksanakan. John
bersama terapis menfokus kepada jalan-jalan yang dapat ia
ambil sekarang untuk membuat perubahan terhadap dirinya.

Selain daripada menunggu orang lain untuk memulakan


perhubungan. John mulai berlatih mencari sesiapa yang
ingin mengenalinya dengan lebih dekat. Dia mungkin akan
melibatkan diri dengan kerja-kerja sukarela. John telah
diberi dorongan untuk berbuat lebih daripada apa yang ia
ingin dikerjakannya dan mencapai kejayaan 2 yang dicita-
citakannya. Selain daripada menfokus pada apa yang ia
nampak untuk mengatasi kekurangan dirinya, dalam masa
yang sama ia manyambung rancangannya di dalam dunia
sebenar, dia dapat secara beransur-ansur mula merasai
kejayaan.
Apabila dia melakukan kembali sikap lamanya, terapis tidak
menghampakan ia, akan tetapi membantunya untuk
melakukan yang lebih baik. Bersama –sama mereka
membina rancangan baru yang mana mereka merasakan
lebih yakin didalam mencapainya. John digesa agar komited
didalam melaksanakan rancangan 2 yang telah dipersetujui.
Terapis juga tidak akan membiarkan John untuk menyerah
begitu sahaja, dimana ianya akan dapat memberikan
inspirasi untuknya agar berusaha keatas dirinya
Gabungan hasil kerjasamanya dengan terapis realiti dan
kemahuannya untuk mempraktikkan apa yang telah ia
pelajari dengan cara menerapkannya di dalam tingkah laku
baru didalam dunia sebenar akan membantu John menukar
self-destructive dengan pilihan self-affirming. John akan
dengan rasa berat hati menerima hakikat bahwa hanya
dialah satu-satunya individu yang boleh mengawal dan
merubah tingkah lakunya sendiri.

You might also like