You are on page 1of 4

MODUL 13

 
EDU 3112
 
PERUNDINGAN KAUNSELING KEIBUBAPAAN
©copyright othmanmohamed
 
 

Tujuan

Pada akhir modul ini, pelajar akan dapat memahami konsep dalam perundingan
kaunseling serta pentingnya penggunaan perundingan dalam pengurusan
kaunseling.
 

Sumber pembelajaran:

Pandangan umum tentang kandungan modul

1. Konsep penting dalam perundingan kaunseling keibubapaan


2. Bahan bacaan

Tajuk pembelajaran:

Modul yang berikut akan membantu pelajar memahami secara umum tentang
penerapan pendekatan teori Gestalt dalam perundingan kaunseling.

Kaedah belajar:

Membaca, memikir kembali dan menganalisis nota modul.

Penilaian:

Soalan uji sendiri:

"Berdasarkan kepada prinsip teras pendekatan perundingan psikologi individu,


bincang bagaimana anggapan matlamat yang salah boleh membantui perunding
dalam menangani masalah konsulti".
 
Teks wajib:

Othman Mohamed (2000). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan


dalam Kaunseling. Serdang, Selangor: Penerbit Universiti Putra
Malaysia.

Othman Mohamed, Rahil Mahyuddin & Abd. Majid Isa (1995).


Asas Pendidikan IV. Kuala Lumpur: Longman Malaysia.

Topik 1: Perundingan Pendekatan Teori Gestalt

Pengenalan

Pendekatan teori Gestalt memberi fokus terhadap kesedaran secara keseluruhan


dalam usahanya bagi memahami personaliti seorang individu. Individu secara
menyeluruh diandaikan sebagai mengandungi bahagian yang saling
berhubungan antara satu dengan yang lainnya. Manusia dilihat sebagai saling
memerlukan antara fizikal, emosi, pemikiran, kederiaan serta persepsi. Individu
juga dilihat sebagai sebahagian daripada alam persekitarannya (Othman
Mohamed, 1999). Perundingan mengikut pendekatan teori psikologi Gestalt
memberi kepenting kepada konsulti supaya dapat satu kepelbagaian kesedaran
sealiran dengan kitaran Gestalt yang wajar dicapainya. Kitaran Gestalt adalah
inti di dalam perundingan mengikut pendekatan ini. Kefahaman tentang kitaran
Gestalt ini penting di dalam pendekatan perundingan mengikut teori Gestalt.

Kitaran Gestalt

Kitaran Gestalt yang dimaksudkan mempunyai empat fasa yang tersendiri.


Ianya merupakan satu kesedaran baru tentang tenaga yang selama ini terserap,
terpendam dan mula menyerlah ke tahap kesedaran. Kesedaran ini wajar
dilahirkan dengan bantuan perunding yang boleh memainkan perananyan bagi
membantu konsulti memangkinkan daya tenaganya yang selama ini terabai.

Pada fasa pertama, kesedaran perlu berlaku di dalam diri seorang individu dan
kesedaran tersebut pula wajar dapat dilahirkan secara pelbagai corak polanya.
Lambang Gestalt yang dahulunya terabai mula diberi kesedaran semula, di
samping muncul lambang-lambang Gestalt yang baru. Ini memberi nafas ke
arah suatu kesedaran yang pelbagai model dan pelbagai penjuru dalam
pengertian Gestalt. Fasa ini boleh ditakrifkan sebagai fasa kesedaran.
Pada fasa kedua, Gestalt yang baru itu dapat mewajarkan lambang tadi sebagai
satu kenyataan. Keadaan ini disusul dengan menghasilkan satu pengaliran
tenaga baru yang dapat mewujudkan pemerosesan dan aliran penerokaan. Pada
tahap ketiga, ia-itu fasa pengaliran tenaga, lambang itu dapat dirasai, disedari
dari segi kontak kognitif dan juga emosi. Kontak yang sedemikian rupa juga
membolehkan seseorang itu mendefinisikan dan meneroka kawasan-kawasan
kontak yang dahulunya tidak disedari. Kawasan yang dimaksudkan di sini
adalah perhubungan atau interaksi di antara dirinya dengan orang lain.

Matlamatnya adalah bagi seseorang itu bekerja untuk meluaskan kawasan


kontak ini. Hakikatnya, seseorang itu harus sentiasa bergerak bagi
mendapatkan kesedaran, mendapatkan kontak yang baru dan terus meneroka ke
arah persediaan terhadap penghalangan yang berlaku sehubungan dengan
pengalamannya di alam dunia ini.

Fasa ketiga sebagai fasa penerokaan penting oleh kerana seseorang individu itu
diharapkan berupaya dengan segala pengetahuan dan kepekaan kognitif serta
emosinya dapat menangani kerumitan yang dihadapi. Fasa keempat merupakan
fasa penutup dan resolusi. Di dalam fasa ini semua lambang lambang Gestalt
yang terdapat di dalam fasa terdahulunya telah dapat dialami dan diproses.

Mengikut fahaman Gestalt, manusia tidak hidup di dalam kekosongan. Oleh


itu, sistem yang dilalui oleh manusia dan pengalaman kitaran kehidupan itu
bertimbal tindih dan sentiasa berinteraksi. Ini telah dapat melahirkan satu
sistem yang unik dan tersendiri. Sebagai contoh, pengalaman seseorang itu
boleh melahirkan kesedaran sinergi ke atas orang lain dan sebaliknya. Namun,
kitaran sistem seperti ini juga boleh menyebabkan kepincangan, sekatan selain
dari pertumbuhan yang sihat. Keseluruhannya amat bergantung daripada
apakah lambang (figures) dan apakah yang telah menjadi asasnya (ground)
mengikut kefahaman Gestalt.

 
Topik 2: Matlamat Perundingan Pendekatan Teori Gestalt
 

Matlamat utama perundingan pendekatan teori Gestalt adalah bagi membantu


konsulti menyedari kitaran pengalaman dan membantu konsulti mengguna
pengalaman tersebut sebagai alat menyelesaikan masalah. Sudah tentunya ini
bergantung kepada pengalaman yang sering dilalui oleh perunding dengan
konsulti. Sebagai contoh, perhubungan interaksi di antara perunding dengan
konsulti juga merupakan sebagai satu pengalaman baru yang wajar diproses
oleh kedua pihak. Bagi seorang konsulti, perunding juga merupakan sebagai
satu lagi kawasan kontak yang perlu dijejak olehnya. Ini bermaksud bahawa
konsulti wajar menganalisis kawasan batasannya di antara dirinya dengan
orang lain, iaini perunding.

Namun, di dalam interaksi tersebut berlaku satu sinergi bersistem. Sistem


interaksi di antara perunding dengan konsulti itu menjadi lebih responsif dan
memudahkan perubahan dan juga kontak interaksi. Di samping itu, perunding
juga menjadi sebagai sumber kesedaran oleh konsulti bagi memperolehi segala
pengalaman pengetahuan yang baru. Di sinilah wujudnya ciri kesalingan di
antara perunding dengan konsulti.

Namun, apa sahaja jenis interaksi akan melalui rintangan kerana ianya
melibatkan perubahan. Dalam usaha bagi mengatasi elemen rintangan ini,
perunding boleh memberi kesedaran, orientasi konsulti ke arah kebaikan yang
boleh terhasil berasaskan `lambang’ yang muncul dan menggarap peluang yang
terhasil dari perubahan yang baru. Sehubungan ini, adalah wajar bagi perunding
untuk membantu konsulti mengalami cara bagi ancaman perubahan dan
menangani segala ketakutan dan emosi yang berkaitan.

Sebagai penutup, adalah wajar bagi semua pihak supaya sedar tentang
pengalaman yang lampau. Bagi perunding pula, beliau wajar mampu berfungsi
meningkatkan semula tenaga untuk penggunaan konsultinya. Proses yang
demikian akan mewujudkan kesedaran ke atas konsulti, maka tenaga yang baru
itu terserlah dapat di alihkan ke arah aktiviti kreatif yang lain. Tahap ini akan
memastikan satu detik permulaan bekerjasama di antara semua pihak yang
terlibat.

Pindah ke laman forum dan maklum balas

Ke Laman Induk
  ©copyright othmanmohamed

You might also like