You are on page 1of 9

MODUL 5

TEORI PEMUSATAN PERORANGAN

copyright © othmanmohamed 1997(Profesor Madya Dr. Othman Dato' Haji


Mohamed)

MODUL 5 TEORI PEMUSATAN PERORANGAN


Perkaitan Subjek:

Modul ini mendedahkan pelajar kepada bidang teori


Pemusatan Perorangan. Tumpuan adalah diberi kepada latar
belakang teori; falsafah dan konsep penting teori Pemusatan
Perorangan; rasional perubahan personaliti; proses kaunseling
Pemusatan Perorangan serta pentingnya penerapan teori dalam
proses kaunseling.

Sumber Pembelajaran:

1. Pandangan umum tentang kandungan modul


2. Konsep penting dalam teori kaunseling dan
psikoterapi
3. Bahan bacaan

Tajuk Pembelajaran:

Modul yang berikut akan membantu pelajar memahami secara


umum tentang asas teori pemusatan perorangan:

1. Pengenalan kepada teori Pemusatan Perorangan


2. Konsep swadiri
3. Keredhaan dan anggapan positif tanpa syarat
4. Kongruen dan kejujuran
5. Kejituan terhadap kefahaman empati
6. Perkembangan perlakuan
7. Kaunseling mengikut pendekatan Pemusatan
Perorangan
8. Matlamat kaunseling

Kaedah Belajar:

Membaca, memikir kembali dan menganalisis nota modul.


Penilaian:

1. Setelah anda membaca sebahagian atau keseluruhan


modul ini, sila jawab soalan uji sendiri.

Teks Wajib:
Corsini, R. J. (1984). Current psychotherapies.
USA: P.E. Peacock Publishers Inc.

Othman Mohamed (2000). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan


dalam Kaunseling.
Serdang, Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Othman Mohamed, Rahil Mahyuddin & Abd Majid Isa.


(1995). Asas Pendidikan IV. Kuala Lumpur:
Longman.

TOPIK 1: PENGENALAN KEPADA TEORI PEMUSATAN PERORANGAN

Teori pemusatan perorangan ini dimajukan oleh Carl R.


Rogers hasil daripada pengaruh `field theory'; berbedza dengan
teori psikoanalisis Sigmund Freud yang dipengaruhi oleh
"genetic theory". Mengikut "Field Theory", perubahan
signifikan yang berlaku adalah hasil daripada hubong-kaitan
yang semasa. Pengertian seperti ini bermakna bahawa
sememangnya wujud gejala atau keadaan yang boleh menimbulkan
perubahan. Hakikat ini bermakna bahawa perubahan boleh
berlaku dalam diri seorang individu.

Buku Rogers `Counseling and Psychotherapy' telah mengubah


cara menolong di kalangan kaunselor dan psikoterapist di
Amerika Syarikat pada tahun-tahun 50an. Rogers telah
mengemukakan konsep kemesraan dan pentingnya hubungan yang
rapat antara kaunselor dengan kliennya. Kewujudan satu iklim
interaksi yang penuh dengan penerimaan dari kedua pihak,
kaunselor dan klien boleh menjamin perasaan yang terpendam
diluahkan secara mudah tanpa sekatan.

Konsep perubahan seperti ini sangat digalakkan oleh


Rogers. Beliau berpendapat bahawa manusia mempunyai desakan
semulajadi untuk memajukan dirinya dan sentiasa bergerak ke
arah kesejahteraan swadiri. Seorang individu juga berupaya
memberi nilaian positif kepada pengalaman yang dirasakan
sebagai positif, dan nilaian negatif bagi pengalaman yang
dirasakan sebagai negatif baginya.

Seorang individu dapat mengasingkan hasil dari


pengalaman yang positif dan negatif dalam pertumbuhan
hidupnya. Seorang individu juga boleh menerima atau menolak
pengalaman tersebut dan memberikan erti yang bermakna dalam
pembentukkan konsep swadirinya.

copyright © othmanmohamed 1997(Profesor Madya Dr. Othman Dato' Haji


Mohamed)

------------------------------------------------------------
Kata Kunci:

Desakan dalaman bergerak ke arah kesejahteraan

------------------------------------------------------------

TOPIK 2: KONSEP SWADIRI

Pembentukkan konsep swadiri terhasil daripada persepsi


seorang individu itu berhubungan dengan pengalamannya yang
positif dan negatif. Anggapan yang positif dari interaksi
memainkan peranan yang penting. Anggapan positif dalam
interaksi dapat diperolehi dari orang lain. Bagaimana seorang
individu di terima oleh orang lain, secara itulah ia
mempelajari dan mengalami penerimaan dirinya sendiri
dari segi anggapan penghargaan terhadap dirinya. Anggapan
penghargaan terhadap diri sendiri ini memainkan peranan yang
penting juga dalam keseluruhan tingkahlaku mengikut pendekatan
pemusatan perorangan.

Sekiranya sysrat-syarat penilaian swadiri yang dialami


oleh seorang individu itu merupakan suatu pengalaman yang
positif, maka ia akan mengalami anggapan penghargaan terhadap
swadiri yang positif. Sekiranya negatif maka akibatnya
negatif.

Bagaimanapun dalam keadaan yang sama, keperluan swadiri


individu itu dari segi kehendak desakan organismanya juga
wajar diambil kira. Sekiranya kehendak desakan tersebut tidak
tercapai, individu tadi akan memendam pengalaman yang ia telah
rasakan secara desakan dari organisma dalamannya tadi.
Individu tersebut akan beranggapan bahawa desakan tadi tidak
dapat diterima secara positif oleh orang lain. Keadaan ini
boleh menimbulkan pembentukkan konsep swadiri yang negatif.

Dalam keadaan yang demikian seorang individu itu terus


akan bergerak bagi memajukan dirinya ke arah kesejahteraan

swadiri. Walaubagaimana pun, oleh kerana adanya rasahati


sebenar yang terpendam, maka timbullah satu konflik antara
rasahati dengan keperluan anggapan penghargaan swadiri. Kita
juga perlu ingat bahawa di dalam anggapan penghargaan diri ini
terkandung syarat-syarat penilaian samada positif atau
negatif.

Pada biasanya, tenaga interaksi adalah lebih kuat


menentukan tingkahlaku, maka seorang individu akan terus
menerima syarat-syarat penilaian yang telah dipelajarinya.
Individu membuat demikian supaya dapat diterima oleh individu
yang lain dalam interaksinya. Pada biasanya syarat-syarat
penilaian ini lebih menguasai desakan-desakan rasahati.

Syarat-syarat penilaian yang diterima sama ada daripada


seorang individu atau masyarakat kesemuanya lahir secara
kesedaran. Seorang individu akan cuba menerapkan ciri-ciri
desakan rasahatinya yang terpilih kepada syarat-syarat
penilaiannya. Sekurang-kurangnya, sebahagian dari rasahati
yang terpendam itu dapat diserap ke dalam syarat-syarat
penilaian tadi. Konflik yang berlaku seperti ini disifatkan
sebagai gejala tidak kongruen antara swadiri dengan
pengalaman. Konflik seperti ini merupakan ancaman dalam
pertumbuhan seseorang individu. Akibatnya timbul gejala-
gejala kecemasan yang akan menghasilkan pula beberapa
mekanisme helah bela diri. Seorang individu yang mengalami
konflik seperti ini boleh memberikan gambaran persepsi yang
berlainan daripada apa yang sedang berlaku. Beliau juga boleh
terus menolak pengalaman rasahati tadi hinggakan persepsi
terhadap dirinya terus dapat diterima. Sekiranya perkara ini
berlaku dan dengan mekanisme helah bela dirinya yang begitu
kukuh, seorang individu akan berdegil dalam kefahaman
kesedaran pengalaman rasahatinya dan boleh terus menolak
syarat-syarat penilaian swadirinya.

Kaunseling secara pemusatan perorangan adalah untuk


menyepadukan semula antara rasahati organismik yang sebenar
yang dialami oleh klien dengan konsep swadirinya. Perkara
yang tidak kongruen itu disamakan semula, iaini memupukkan
semula keseragaman dalam diri individu tersebut.

copyright © othmanmohamed 1997(Profesor Madya Dr. Othman Dato' Haji


Mohamed)

------------------------------------------------------------

Kata Kunci:

syarat-syarat penilaian swadiri


anggapan penghargaan swadiri
desakan rasahati

------------------------------------------------------------

SOALAN UJI SENDIRI

1. Bincang peranan konsep swadiri dalam teori terapi


pemusatan perorangan.

------------------------------------------------------------

TOPIK 3: KEREDAAN

Proses kaunseling yang mewujudkan keadaan keredaan


akan menimbulkan ciri kesedaran kepada klien tanpa dipengaruhi
oleh ciri syarat-syarat penilaian swadiri. Keadaan ini akan menimbulkan
juga ciri
kesedaran tentang pengalaman rasa hati yang terpendam tadi.

Suasana ini merupakan suatu keadaan dimana kaunselor


menerima klien tanpa memberi sesuatu perhakiman. Iaini
kaunselor tanpa ragu-ragu menerima klien sebagai dirinya
sendiri, sebagai seorang individu dengan segala kekuatan,
kelemahan emosinya, pemikirannya, tingkahlakunya.

Dalam interaksi kaunselor-klien tanpa sesuatu perhakiman,


klien akan dapat meluahkan segala desakan rasahatinya.
Rasahati yang dapat diluahkan itulah sememangnya sebahagian
dari konsep sawdirinya.

Mengikut pendekatan pemusatan perorangan "Sekiranya


keadaan yang tertentu dapat diadakan maka seorang individu itu
tetap akan dapat menggunakan kecondongan kesejahteran
kehidupannya itu untuk mengatasi segala syarat-syarat penilian
terhadap dirinya yang sudah diserap secara dalaman".
Perhubungan terapeutik ini mengandungi elemen suasana yang
berikut (1) keredhaan dan anggapan positif tanpa syarat, (2)
kejujuran dan kongruen, (3) kejituan terhadap kefahaman
empati. Seorang kaunselor perlu mengadakan kefahaman empati
yang tepat. Sebelum empati dapat diadakan, syarat penerimaan
klien perlu wujud. Empati tidak mungkin wujud sekiranya
kaunselor seikhlasnya belum menerima klien. Sebelum dapat
menerima klien, seorang kaunselor perlu bersama-sama berada
dalam bidang ruang rujukan dalaman klien itu. Seorang
kaunselor perlu kongruen dan penuh dengan sikap kejujuran dan
keikhlasannya.

copyright © othmanmohamed 1997(Profesor Madya Dr. Othman Dato' Haji


Mohamed)
------------------------------------------------------------

Kata Kunci:

tanpa perhakiman
tanpa ragu-ragu menerima

------------------------------------------------------------

TOPIK 4: KONGRUEN DAN KEJUJURAN

Kongruen yang dimaksudkan disini ialah satu usaha


persepaduan secara sedar, secara disengajakan terhadap
pengalaman yang wujud semasa dan kini agar ianya menjadi
sebahagian serta sebati dengan swadiri. Antara klien dengan
kaunselor, ciri pengalaman dalaman dari aspek rasahati
perasaan klien itu benar-benar dapat dijiwai oleh kaunselor.
Seolah-olah ciri pengalaman dalaman itu sebenar-benar meresapi
atau sebenar-benar dipunyai oleh kaunselor.

Dalam proses terapi, baik klien atau pun kaunselor akan


sentiasa mengkaji, menyemak konsep swadiri masing-masing
supaya sealiran, kongruen dengan pengalaman yang dapat
digambarkan secara tepat. Apabila pengalaman yang dirasai itu
telah dapat digambarkan dengan tepat, dan juga telah dapat
diresapi ke dalam konsep swadirinya, keadaan ini dikatakan
sebagai kongruen terhadap pengalaman diri sendiri. Konsep ini
agak menyerupai dengan maksud integrasi kejujuran.

Keadaan ini juga membawa erti bahawa aliran tahap tidak


kongruen kepada tahap kongruen bagi seorang individu itu
bermula daripada kesedarannya tentang pengalaman dalamannya.
Di samping itu juga seorang individu sudah berupaya meluahkan
secara tindakan serta operasional segala rasahatinya melalui
tingkahlakunya. Dengan lain perkataan ia tidak lagi berpura-
pura.
copyright © othmanmohamed 1997(Profesor Madya Dr. Othman Dato' Haji
Mohamed)
------------------------------------------------------------

Kata Kunci:

tidak berpura-pura
integrasi kejujuran

------------------------------------------------------------

TOPIK 5: KEJITUAN TERHADAP KEFAHAMAN EMPATI

Interaksi yang rapat antara kaunselor dengan klien adalah


mustahak delam kaunseling Pemusatan Perorangan. Di samping
kaunselor berupaya menimbulkan sikap keredhaan dan suasana
kongruen, kejituan serta kefahaman empati terhadap kliennya
juga adalah penting. Ketiga-tioga elemen ini akan dapat
menimbulkan satu hubungan yang rapat dalam iklim kaunseling
secara Pemusatan Perorangan.

Empati memberi pengertian bahawa seorang kaunselor itu


benar-benar faham dan peka tentang keadaan dalaman baik dari
segi pemikiran dan emosi yang sedang dirasai oleh kliennya.
Elemen kefahaman kaunselor menjangkau kepada keupayaannya
untuk menjiwai lunas-lunas serta liku perasaan yang sedang
dialami klienya.. Empati yang jitu akan menjamin pergerakkan
ke arah hubungan yang akrab antara kaunselor dengan kliennya.

copyright © othmanmohamed 1997(Profesor Madya Dr. Othman Dato' Haji


Mohamed)
------------------------------------------------------------

Kata Kunci:

empati
menjiwai perasaan
hubungan akrab

SOALAN UJI SENDIRI

1. Beri penjelasan tentang maksud konsep berikut:

a) keredhaan
b) kejujuran
c) empati

------------------------------------------------------------

TOPIK 6: PERKEMBANGAN PERLAKUAN

Kaunseling Pemusatan Perorangan berpegang teguh bahawa


tingkahlaku individu berpunca dari desakan gejala dalaman
seorang individu. Desakan yang mengerakkan diri individu ke
arah kesejahteraan diri menyebabkan konflik boleh berlaku
antara kehendak individu mencapai kesempurnaan yang ideal.
Berdasarkan kepada konsep swadiri yang sudah terbina
hasil dari pengalaman yang dilalui oleh individu maka akan
berlaku percanggahan antara kehendak kesempurnaan yang ideal
dengan alam situasi yang sebenar. Seorang individu tidak
dapat dikecualikan dari gejala ini yang sentiasa berhadapan
dengannya. Konsep ideal swadiri yang sangat rapat dengan
pemikiran seorang individu dengan hasrat mencapai kesempurnaan
boleh menimbulkan kepincangan pemikiran dan emosi.

Pertembungan kehendak ideal swadiri dengan keadaan yang


sebenar akan mengerakkan suasana kecelaruan tingkahlaku
seorang individu.

copyright © othmanmohamed 1997(Profesor Madya Dr. Othman Dato' Haji


Mohamed)
-----------------------------------------------------------

Kata Kunci:

Kesejahteraan diri
Kesempurnaan diri
ideal swadiri
swadiri yang sebenar

------------------------------------------------------------

SOALAN UJI SENDIRI

1. Bezakan antara ideal swadiri dengan swadiri yang


sebenar.

TOPIK 7: KAUNSELING MENGIKUT PENDEKATAN PEMUSATAN


PERORANGAN

Rasional bagi perubahan. Sekiranya interaksi hubungan


antara kaunselor dengan klien merupakan sebagai inti dalam
iklim kaunseling pemusatan perorangan, maka interaksi yang
akrab ini menjadi pemangkin perubahan dalaman yang akan
berlaku pada diri klien. Teori pemusatan perorangan
dipengaruhi dengan penerimaan konsep swadiri individu sebagai
tunjang pembentukkan personaliti dan sekaligus tingkahlaku
individu.

Sekiranya konsep swadiri seorang individu dapat


dikekalkan sebagai ideal dan sempurna maka tingkahlaku serta
personaliti individu terjamin mengikut lunas suasana yang
diidamkan oleh klien. Pergerakkan perubahan wajarnya timbul
dari diri dalaman individu. Maka pengurangan jurang antara
ideal swadiri dengan swadiri yang sebenar adalah dituntut
sebagai permulaan perubahan tingkahlaku individu.

Proses kaunseling. Proses kaunseling secara pendekatan


pemusatan perorangan memastikan wujudnya suatu hubungan yang
rapat dan akrab antara kaunselor dengan klien. Suasana ini
memang dituntut oleh pendekatan kaunseling cara pemusatan
perorangan. Cara yang biasanya diibaratkan sebagai tanpa
arahan menjadi sebagai satu identiti dalam pengelolaan
pendekatan kaunseling pemusatan perorangan. Hubungan diantara
kaunselor dengan klien adalah penting. Tiga elemen utama

seperti keredhaan, kongruen dan empati merupakan kunci dalam


menjalin hubungan kaunseling yang berkesan.

Proses kaunseling yang berpegang teguh kepada syarat


hubungan komunikasi ynag tulen itu memberi implikasi dalam
kefahaman teras yang dipegang oleg Carl R. Rogers.
Pendapatnya tentang hubungan komunikasi yang tulen itu
mewajarkan satu kesalingan emosi antara kaunselor dengan
klien. Andaian yang pokok dalam kefahaman teras ini adalah
sekiranya kaunselor dapat mewujudkan suatu suasana yang
terapeutik maka dengan sendirinya kesan kesalingan terapi
dapat dinikmakti oleh klien.

copyright © othmanmohamed 1997(Profesor Madya Dr. Othman Dato' Haji


Mohamed)
-----------------------------------------------------------

Kata Kunci:

komunikasi yang tulen


kesalingan terapeutik

TOPIK 8: MATLAMAT KAUNSELING

Pada akhir sessi kaunseling pemusatan perorangan, adalah


diharapkan klien dapat menikmati kelegaan yang diidamkan.
Hasrat kaunselor wajarlah menuju ke arah membantu kliennya
mencapai kesejahteraan diri. Secara operasional, matlamat
yang dikehendaki adalah perubahan serta pembaharuan syarat-
syarat penilaian swadiri klien agar dapat menjurus ke arah
perubahan perlakuannya.

Hakikat pembaharuan ini akan hanya dapat tercapai dengan


terjelmanya wawasan yang baru dalam pemikiran dan persepsi
klien terhadap alam sebenarnya. Proses kaunseling hanya
merupakan pemangkin dan secara sengaja mengolahkan suasana
yang terapeutik. Pada akhirnya, klien wajar dapat secara
sendiri memilih untuk mengurangkan jurang antara ideal swadiri
dengan swadirinya yang sebenar. Bagi kaunselor yang menjadi
tunjang pengolah suasana terapeutik, keupayaan klien untuk
menjalinkan jiwa yang kongruen dengan alam sebenar adalah satu
idaman ulung sebagai matlamat terapi.

copyright © othmanmohamed 1997(Profesor Madya Dr. Othman Dato' Haji


Mohamed)
------------------------------------------------------------

SOALAN UJI SENDIRI


1. Huraikan frasa berikut:
a) syarat-syarat penilaian swadiri
b) anggapan penghargaan terhadap swadiri

2. Bincang peranan empati dalam proses interaksi


semasa kaunseling mengguna teori pemusatan
perorangan.

Pindah ke laman forum dan maklum balas

Ke Laman Induk
copyright © othmanmohamed 1997(Profesor Madya Dr. Othman Dato' Haji
Mohamed)
------------------------------------------------------------

You might also like