You are on page 1of 7

1.

0 LATAR BELAKANG PERSONALITI

Goldon Allport dilahirkan pada 11 November 1897 di Montezuma, Indiana. Beliau


merupakan anak bongsu daripada empat orang adik-beradik lelaki. Bapa beliau
dahulunya merupakan seorang ahli perniagaan dan kemudiannya menukar kerja
sebagai seorang doktor. Ibu beliau pula bertugas sebagai seorang guru dan
menggalakkan pendidikan serta memberi pendidikan agama yang sempurna ke
atas empat orang anaknya dan dibantu oleh bapanya.

Walaupun Allport dilahirkan di Indiana, beliau dibesarkan di Cleveland,


Ohio. Keluarga Allport mempunyai hubungan yang baik dan tidak pernah
menghadapi konflik yang besar. Memandangkan dirinya adalah anak bongsu,
beliau menganggap dirinya terlalu kecil untuk bermain bersama abang-
abangnya. Pencapaiannnya ketika di kolej pada mulanya agak rendah tetapi
kemudiannya beliau menggandakan usaha dan berjaya mendapat gred A dalam
semua mata pelajaran yang dipelajarinya.

Beliau memulakan pengajiannya di Universiti Harvard pada tahun 1915


dan tamat pada tahun 1919 dalam bidang ekonomi dan falsafah. Selepas tamat
pengajian, beliau mengajar Bahasa Inggeris dan Sosiologi di Robert College di
Istanbul, Turki.

Minat Allport terhadap etika dan minat sosial bermula daripada ibu
bapanya. Ketika beliau berada di Harvard, beliau telah menyertai pasukan
sukarelawan dan khidmat masyarakat. Beliau percaya dengan berbuat demikian,
akan dapat meningkatkan daya saing dan identitinya.

Abangnya Floyd telah mendapat ijazah dalam bidang psikologi di


Universiti Harvard dan Allport juga telah memulakan pengajiannya pada tahun
1915 dan menamatkannya pada tahun 1919 dalam bidang ekonomi dan falsafah
di universiti yang sama. Selepas tamat pengajian, beliau menjadi tenaga
pengajar di Robert College di Istanbul, Turki. Beliau kemudian telah ditawarkan
oleh Universiti Harvard untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang psikologi.

Dalam perjalanan pulang ke Amerika Syarikat, Allport telah pergi


menemui abangnya, Fayette di Vienna. Pada masa yang sama beliau telah
bertemu dengan Sigmund Freud dan melalui pertemuannya itu beliau mendapat
pengalaman dan pengetahuan yang lebih mendalam tentang penteorian. Allport
kembali ke Harvard untuk menamatkan M.A pada tahun 1921 dan mendapat
PhD setahun kemudian ketika berusia 24 tahun. Penulisan tesis beliau adalah
berkaitan dengan tret personaliti dan kajian eksperimen pengkhususan dalam
masalah diagnosis sosial. Beliau mengeluarkan terbitan pertama berkaitan
personality bersama abangnya Floyd. Setelah tamat pengajian dalam ijazah
kedoktoran beliau menyambung lagi pembelajarannya di Eropah. Di sana beliau
banyak belajar berkenaan psikologi Gestalt dan jenis-jenis doktrin Jerman.

Beliau telah menerima tawaran untuk menjadi tenaga pengajar di


Universiti Harvard dalam bahagian etika sosial pada tahun 1924. Beliau banyak
menulis dan membuat kajian berkaitan psikologi sosial khususnya tentang
personaliti. Beliau juga pernah mempengerusikan Jabatan Psikologi di Universiti
Harvard. Beliau menggabungkan Jabatan Perhubungan Sosial di universiti
tersebut pada tahun 1946 dan kemudiannya dipisahkan dari Jabatan Psikologi.
Pada tahun 1939, Allport telah menjadi pengerusi Pertubuhan Psikologi Amerika
(American Psychological Association).

Beliau juga merupakan salah seorang dari pelopor Psychological Study of


Social Issue yang telah ditubuhkan pada tahun 1936. Pertubuhan ini
bertanggungjawab dalam bidang psikologi yang berlaitan dengan isu sosial.
Pada tahun 1944, beliau telah mempengerusikan badan tersebut. Allport
merupakan salah seorang daripada ahli psikologi Amerika yang terkemuka di
Eropah dan bekerja di bawah lindungan kerajaan pada masa itu. Oleh yang
demikian, beliau terlindung dari ancaman puak Nazi Jerman.
Selain dari sumbangannya di dalam peperangan, beliau telah mendapat
pelbagai anugerah profesional. Beliau banyak menghabiskan masanya di
Harvard sehingga beliau meninggal dunia pada 9 Oktober 1967 akibat serangan
kanser paru-paru.

Sepanjang hayat beliau, Allport telah menulis beberapa buah buku,


antaranya ialah “Personality : Psychological Interpretation”, “Becoming : Basic
Consideration for a Psychological of Personality”, “The Nature of Prejudice” dan
“Pattern and Growth in Personality”.

2.0 PANDANGAN TERHADAP MANUSIA

Allport percaya bahawa setiap manusia yang sihat dimotivasikan oleh


keadaan yang sedia ada dan dalam keadaan sedar serta desakan yang
bertujuan mengurangkan tekanan dan juga membentuk sesuatu yang baru.

Sebuah buku yang bertajuk " A Psychological Interpretation" yang di tulis


oleh Allport yang dikarang pada tahun 1937 telah memperkenalkan satu
pendekatan yang unik untuk mengkaji apakah personaliti. Dari awal lagi Allport
tidak bersetuju dengan teori psikoanalisis dan tingkah laku.

Pada awalnya teori Allport dipengaruhi oleh psikologi Gestalt yang


menekankan bahawa keseluruhan tingkah laku berkaitan dengan apa yang
dilakukan dalam kesedaran yang dikatakan sebagai personaliti dan bukannya
yang dilakukan tanpa disedari. Beliau tidak bersetuju dengan kajian sains yang
digunakan untuk mengenalpasti personalIti seseorang. Beliau telah
menggunakan teori tradisional.
Pada tahun 1931 Allport membuat kajian dan mendapati bahawa
perkataan personaliti berasal dari perkataan latin yang berbunyi “pesona” yang
membawa maksud “topeng”. Selepas beliau mengkaji 50 definisi personaliti,
beliau menyatakan organisasi dinamik yang wujud di dalam seseorang melalui
sistem psikofizikal yang perlu diadaptasikan mengikut suasana sekeliling. Pada
tahun 1961, Allport mengubah ayat yang berbunyi "Unique adjusments to the
enviroment" kepada “characteristic behavior and thought".

Menurut Allport, personaliti adalah "siapakah sebenarnya orang itu",.


Walau bagaimanapun, memandangkan definisi tersebut terlalu ringkas, beliau
telah mengemukakan definisi yang lain. Mengikut definisi yang lain personaliti
adalah organisasi yang dinamik dalam sistem psikofizikal individu yang
menentukan ciri-ciri pemikiran dan tingkah laku (Allport, 1937) dalam Susan C.
Cloniger,1993.

Organisasi dinamik (dynamic organization) bermaksud integrasi serta


hubungan di antara pelbagai aspek personaliti. Beliau juga menyifatkan
personaliti sebagai sesuatu yang berubah, berkembang dan bukan sesuatu yang
statik. Psikofizikal pula meliputi akal dan seluruh anggota badan yang
bekerjasama sebagai satu unit.

Definisi Allport juga merujuk kepada ciri-ciri individu yang bersifat unik
termasuk pemikiran dan tingkah laku. Manusia bukan sahaja cuba
menyesuaikan diri dengan persekitaran tetapi bertindak balas kepadanya.
Beliau menekankan keunikan individu dan aspek kognitif serta motivasi yang
mempengaruhi tingkah laku manusia. Personaliti dilihat sebagai gabungan
biologi dan persekitaran ciri-ciri yang diwarisi kemudiannya dibentuk oleh
pengalaman (Azlina Abu Bakar @ Mohd 2002)
Allport melihat personalti sebagai suatu usaha ke arah penyatuan, proses
perubahan dan perkembangan yang berterusan dalam diri individu. Walaupun
faktor persekitaran boleh mempengaruhi personaliti seseorang, perpepsi
individu terhadap pengaruh inilah sebenarnya yang menentukan tingkah laku
individu (B.R. Hergenhn. 1994). Oleh itu, Allport berpendapat bahawa kelakuan
manusia sebenarnya dikawal oleh faktor dalaman. Perbezaan tingkah laku
adalah disebabkan oleh kecenderungan yang berlawanan atau trait dalam diri
seseorang (Azlina Abu Bakar, 2002).

Geotype (sifat dalaman yang diwarisi) bertanggungjawab kepada


phenotype (penampilan luaran). Contoh kepada dua phenotype adalah menjadi
seseorang yang nakal di rumah dan dalam masa yang sama menjadi seseorang
yang berkelakuan baik di luar rumah. Walaupun situasi boleh memainkan
peranan, Allport memberi penekanan kepada aspek sifat dan aspek-aspek
dalaman yang lain yang menentukan tingkah laku. Beliau menamakan faktor-
faktor dalaman sebagai sistem psikofizikal yang membawa maksud personaliti
mengandungi kedua-dua elemen minda dan tubuh yang terbentuk dalam
penyatuan yang kompleks.

APLIKASI TEORI DAN PSIKOTERAPI

Teori Allport merupakan teori yang pertama membincangkan personaliti


dari aspek tret. Pengkaji-pengkaji yang terkemudian daripadanya banyak
membincangkan tret-tret yang dikemukakan oleh beliau. Allport percaya setiap
individu semestinya merasakan penerimaan dan rasa dikehendaki oleh terapis,
keluarga dan masyarakat. Di samping itu, individu juga mesti mempunyai
perasaan kasih sayang serta belajar menyayangi.
KRITIKAN

Teori yang dikemukakan oleh Allport telah dikritik oleh pengkaji-pengkaji


Barat, Sebagai suatu teori yang tidak saintifik. Walaupun beliau banyak menulis
mengenai personalitI tetapi idea-idea hanya berdasarkan spekulasi filosofikal
dan pengetahuan umum sahaja. ( Modul 1 – 14, Dr. Wan Abdul Kadir Wan
Ahmad dan Dr. Fatimah Yussoof).

KESIMPULAN

PERINGKAT-PERINGKAT TRET DISPOSISI PERIBADI

1. Tret kardinal
- Merihalkan satu disposisi yang amat berpengaruh pada kehidupan
seseorang itu, hinggakan hampir keseluruhan perlakuan dan
perbuatannya dapat dikesan daripada pengaruh tersebut. Contoh,
seseorang individu yang mempunyai personaliti (autoritarian). Ia
mempunyai tingkah laku yang demikian, ia akan sentiasa bersikap
dinamik apabila melantik orang menjadi ketua. Tidak ramai orang yang
mamiliki tret ini.

2. Tret pusat
- Tret yang membincangkan keseluruhan tingkah laku atau cirri
personality seseorang individu. Menurut Allport, setiap individu
mempunyai di antara lima hingga sepuluh cirri-ciri yang jelas yang
menjadi tumpuan dalam hidupnya. Contoh, sikap seperti bengis,
sentiasa marah, panas baran dan tidak boleh bertolak ansur.
3. Tret Sekunder
- Ia merupakan tret yang paling kurang ketara dan kuranng dipamerkan . Ia
hanya dipamerkan dalam keadaan tertentu seperti apabila seseorang individu
sedang marah atau dipermainkan di hadapan khalayak ramai.

You might also like