You are on page 1of 5

Nama Saintifik pokok

1) Aloe Vera- Aloe Vera Linn dikenali juga dengan nama lily of the
desert, plant of immortality dan tumbuhan berubat
2) Crytostachys renda (pokok palm merah)- Cyrtostachys renda
Blume
3) Breadfruit/ pokok sukun- Artocarpus altilis
4) Cempedak- Artocarpus integer/ Artocarpus champedan Spreng
5) Snake Plant/ pokok lidah jin- Sanseviera trifasciata Prain

Gambar pokok

1) 2) 3)

4 5

Bahagian pokok
1) Aloe Vera- Bahagian yang digunakan dalam perubatan ialah jus &
gel daun. Lebar pokok boleh mencecah 60-120cm, panjang pokok
sehingga 80cm pada peringkat matang. Panjang daunnya 15-
20cm panjang.

2) Crytostachys renda (pokok palm merah)- boleh mencapai


ketinggian sehingga 5m. Tumbuh secara merimbun, batangnya
pula pada bahagian atas berwarna merah, bahagian tengah
berwarna hijau dan pada pangkal bawah warna kuning kelabu.
3) Breadfruit/ pokok sukun- Mencapai ketinggian 20 meter.
Buahnya berbentuk bulat atau sedikit bujur mempunyai ukuran
garis pusat di antara 10 hingga 30cm. Berat buah ialah antara 1-
3kg.

4) Cempedak- Bersaiz sederhana mampu menghasilkan buah yang


banyak. Pokok cempedak boleh mencapai ketinggian sehingga
20m. Mempunyai daun ringkas yang kebanyakkannya berbentuk
elliptik. Bahagian bawah urat daunn biasanya dipenuhi dengan
bulu-bulu halus.

5) Snake Plant/ pokok lidah jin – Warnanya yang hijau tua dengan
jalur kuning muda pada bingkai luar daun, memiliki sistem akar
yang pendek.

Jenis pokok
1) Aloe Vera- Aloe albiflora (berukuran kecil berwarna hijau dengan
bitnik-bintik putih), Aloe ballyi (mengandung antrakuinon yang
bermanfaat untuk pencernaan dan dapat digunakan untuk
pewarna tekstil), Aloe bakeri (memiliki daun berwarna hijau
kemerahan), Aloe aristate (memiliki warna hiaju tua dengan bitnik
putih yang cantik di permukaannya), Aloe marlothii (memiliki
tangkai tunggal mencapai 6 meter dengan daun yang cukup lebar
dibanding jenis lain), Aloe nobilis (tepi daunnya akan memerah
Ketika terpapar sinar matahari), Aloe barberae (biasa tumbuh
hingga 18 meter dengan diameter 3 meter, bunga berwarna
orange).

2) Crytostachys renda (pokok palm merah)- Pinang Raja


(Cyrtostachys lakka) dan pokok kelapa gading (Cocos nucifera).

3) Breadfruit/ pokok sukun- Aravei (kultivar menghasilkan buah-


buahan yang besar, antara 8 dan 12 inci (10-30cm), Havana
(mempunyai rasa yang lebih manis dan diinginkan, tetapi buahnya
mudah rosak), Maohi (menghasilkan buah bulat, lebih kecil
daripada variety lain, tetapi juga menghasilkan sebilangan besar
buah), Paea (menghasilkan buah-buahan yang besar, panjangnya
mencapai 11 inci (28cm) dan dibiakkan, Pucro (dianggap sebagai
salah satu sukun roti terbaik, ia menghasilkan buah bertekstur
kasar, kuning-hijau dengan pulpa kuning yang halus).

4) Cempedak- CH28 (saiz buah sederhana besar dengan berat yang


boleh mencapai 2.5kg, kulit buahnya bewarna kekuningan dan
isinya manis, tebal), CH30 (kulit bewarna hijau, licin dan tidak
berbonggol-bonggol), CH33 (saiz buah sederhana 2.2kg dan
berbentuk pajang, kulit bewarna hijau dan terdapat tompok-tompok
berwarna kuning).

5) Snake Plant/ pokok lidah jin – Sanseviera Futura Superba (tinggi


1-1.5m, lebar 25-50cm), Sanseviera Zeylanica, Sanseviera
Trifasciata Laurentii, Sansevieria Moonshine, Sansevieria
Trifasciata Robusta, Sanseviera Cylindrica, Sanseviera Silver
Flame, Sanseviera Trifasciata Green Flame, Sanseviera Black
Gold, Sanseviera Black Dragon.

Cara pembiakan & penamanan


1) Aloe Vera- Membiak dengan cara pembiakan anak, pengeluaran
semula dengan kepingan daun atau keratan. Di bahagian bawah
akar, batang pucuk tumbuh juga boleh digunakan untuk
pembiakan. Mempunyai sejarah penanaman yang panjang di
seluruh kawasan tropika & subtropika yang lebih kering di dunia,
baik sebagai pokok hiasan mahupun sebagai perubatan herba.
Amat berpotensi ditanam di tanah bekas lombong kerana ia hanya
memerlukan lembapan tanah yang amat minimum.

2) Crytostachys renda (pokok palm merah)- Pembiakan pokok ini


menggunakan biji benij dan mengambil masas sehingga 2 bulan
atau lebih untuk bercambah. Sesuai ditanam pada kawasan yang
mendapat cahaya matahari yang penuh dan juga pada kawasan
yang teduh. Untuk keadaan tanah pula memerlukan kelembapan
yang tinggi. Tidak sesuai tanah yang kering.

3) Breadfruit/ pokok sukun- Benih perlu ditanam segera selepas


menuai mereka dari buah-buahan yang masak. Menyediakan
dengan lokasi yang sekurang-kurangnya 50% teduh sepanjang
hari. Biji sukun segar dan masak harus ditanam di dalam
campuran berpasir dan disimpan lembap. Untuk menyebarkan biji
sukun oleh keratan akar, mendedahkan akar umbi yang tumbuh
berhampiran permukaan tanah.

4) Cempedak- Tidak sesuai ditanam di kawasan yang mudah


ditengelami banjir atau tanah yang tinggi kelembapannya. Bagi
kawasan berpasir seperti tanah bris, pokoknya kurang
menghasilkan buah seandainya pengairan dan pembajakan yang
kerap tidak dijalankan. Jarak tanaman disyorkan adalah 9mx9m.

5) Snake Plant/ pokok lidah jin – Memerlukan kawasan bercahaya,


letakkan dalam rumah dengan suhu minimum 10Celcius. Elakkan
rendam dengan air kerana senang reput, sesuai diletakkan dalam
pasu kecil dan berbentuk bulat.

Fungsi pokok (Fungsi & kepentingan)


1) Aloe Vera- Digunakan sebagai ubatan tradisional untuk
melegakan luka, ruam, deman, gatal-gatal, kulit. Ia juga digunakan
untuk mengubat colitis & ulcer peptic serta digunakan sebagai
makanan tambahan yang boleh membantu penghadaman,
melancarkan perjalanan darah, juga untuk meningkatkan
kecekapan buah pinggang, pundi kencing dan hati.

2) Crytostachys renda (pokok palm merah)- Merupakan tanaman


yang memiliki elemen api. Tanaman yang mampu membawa
keberuntungan. Membawa rezeki bagi penghuni rumah dan dapat
menaikkan kedudukan, pangkat, derajat serta rezeki dari penghuni
rumah. Menangkal energi negatif. Dapat menimbulkan rasa tenang
dan dapat membuat penghuni rumah merasa betah dan tidak
mudah stres. Baik untuk kesihatan.

3) Breadfruit/ pokok sukun- Kaya dengan kandungan kanji boleh


dijadikan bahan untuk menghasilkan pelbagai jenis hidangan.
Antaranya ialah kepingan sukun goreng yang disalut dengan
tepung, kerepek, bubur atau sukun rebus. Boleh dijadikan
hidangan sayur. Kepingan sukun boleh direbus dan dimakan
dengan sambal kacang bersama sayuran lain. Juga boleh
dimamsk lemak. Daunnya mempunyai khasiat buat kesihatan,
efektif untuk mengubati berbagai penyakit seperti hati, hepatitis,
sakit gigi, gatal-gatal, pembesaran limpa, jantung dan ginjal. Air
rebusan sukun juga dapat mengubati sakit asma. Air rebusan
buah sukun muda dapat mengurangkan batuk. Getah pada kulit
pokkok sukun digunakan sebagai getah untuk menampal
kebocaoran pada kapal, dan digunakan dalam proses membuat
gula-gula getah.

4) Cempedak- Buah ini sedia dimakan baik secara terus mahupun


dimasak. Bijinya dapat digoreng, jam unntuk kegunaan di dalam
pembuatan kek. Kayunya bermutu tinggi, kuat dan tahan lama
dalam pembinaan bangunan, perabot atau perahu. Kulit kayunya
yang bersegah dapat digunakan sebagai tali manakala getahnya
untuk memukat burung. Dari kayunya juga dapat dihasilkan bahan
pewarna kuning.

5) Snake Plant/ pokok lidah jin - Bukan sahaja bersihkan udara


tetapi juga dapat kurangkan habuk di dalam rumah. Tahan dengn
serangan haiwan penyakit namun boleh diancam haiwan perosak.
Boleh menukarkan karbon dioksida kepada oksigen. Pokok lidah
mertua memberikan latar menarik, senang diuruskan.

You might also like