Professional Documents
Culture Documents
Ruj.Kami: JBA1037/100-19/5/4(7)
Tarikh : 07 Februari 2022
Kepada
Ibu Bapa / Penjaga
Murid Tahun 1 - 6
SK Seri Kenanga
81200 Johor Bahru
Tuan,
Dengan segala hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan melaksanakan sesi pemulangan dan
pengagihan buku teks bagi tahun 2022.
2. Untuk makluman tuan, pihak sekolah telah menetapkan tarikh pemulangan dan penerimaan buku-buku Skim
Pinjaman Buku Teks (SPBT) mengikut ketetapan berikut:
3. Berikut dinyatakan beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh ibu bapa / penjaga:
3.1 Sila pastikan semua buku teks telah disampul dengan kemas dan disusun mengikut subjek seperti
dalam senarai buku yang diberi. Ikat buku teks anda dengan tali raffia. Buku teks yang rosak
atau hilang perlu diganti atau dibayar mengikut harga buku tersebut. Sila sediakan wang
secukupnya.
3.2 Buku-buku aktiviti bagi murid tahun 1, 2 dan 3 tidak perlu dipulangkan, begitu juga Buku Waspada
Budaya tahun 1-6 juga tidak perlu dipulangkan. Hanya buku teks sahaja dipulangkan.
…………………………………………………….