You are on page 1of 9

Antara hujahan Kes dadah terbaik

Sumber peguam Arif Azami 

FRIDAY, DECEMBER 5, 2014


HUJAHAN RAYUAN DI MAHKAMAH RAYUAN (SEMI-PRO LEVEL)
RINGKASAN HUJAHAN PERAYU

Dengan izin Yang Arif, 


Izinkan kami merujuk kepada Petisyen Rayuan Perayu.

A. ALASAN NO. 1 DAN 2 DALAM PETISYEN RAYUAN

1. Pertamanya, Hakim khilaf apabila memutuskan wujudnya kes prima facie


terhadap Perayu.

2. Hakim telah gagal untuk mengambilkira bahawa beg berisi


dadah (P19) tidak pernah berkunci langsung pada mana-mana bahagian.
Malahan beg P19 hanya berzip sahaja tanpa apa-apa jenis kunci atau mangga.
Tiada juga penemuan apa-apa kunci pada badan Perayu. Rujuk m/s 10 Rekod
Rayuan JIlid 1 dan m/s 32Rekod Rayuan Jilid 1.

3. Adalah tidak munasabah untuk Perayu tidak mengunci beg P19 dan
membiarkannya begitu sahaja tanpa apa-apa precaution. Ini menunjukkan
Perayu tiada usaha untuk menyembunyikan dadah dan tiada pengetahuan
berkenaan kandungan beg P19 kerana beg tidak “carefully concealed”.

4. Hujahkan ini bermakna Hakim telah gagal membuat penilaian maksimum


di akhir kes pendakwaan. Dalam keadaan beg tidak berkunci dan tiada kunci
dijumpai pada Perayu; tidak ada inferens yang kuat boleh dibuat bahawa Perayu
memiliki pemilikan sebenar mahupun “mens rea possession”. Rujuk kes PP v
Suzie Adrina Ahmad [2006] 3 CLJ 889 [TAG 1];

“Held (allowing the appeal and remitting the case to the court below with a
direction to call for the defence)

Per Gopal Sri Ram JCA:

(1)  On the facts, firstly, the respondent had actual physical possession of


the bag ('exh. P4(2)') in which the drug was found. Exhibit P4(2) was locked
at the material time and the respondent had the key to it which, prima facie,
meant that nothing could be placed into exh. P4(2) or taken out of it without
her assent. This led to the strong inference that she had mens
reapossession of the drug.Secondly, the respondent had appeared shocked
when she was stopped by a police officer, which was evidence that was clearly
relevant and admissible by virtue of s. 8 of the Evidence Act 1950. Lastly, the
respondent had travelled from Kota Kinabalu to Penang and returned within a
period of less than 24 hours; thus, it was unlikely that she went to Penang for
leisure. These circumstances when taken together led to the irresistible inference
that the respondent was trafficking in the drug in question. It was then for her to
rebut this inference by offering a plausible explanation. (para 6)”

B. ALASAN NO. 3 HINGGA 5 DALAM PETISYEN RAYUAN

5. Keduanya, isu identiti melibatkan gangguan ke atas barang kes dadah.


Hakim khilaf apabila gagal memutuskan bahawa wujud gangguan pada barang
kes dadah dengan adanya keratan pada P10.
6. SP2 tidak pernah ditanya di dalam pemeriksaan utama berkenaan
keadaan P10 yang mana adanya kesan pelekat di salah satu bucunya. Oleh itu
jelas dari keterangan SP2 bahawa beliau tidak memeriksa pelekat di P10.
Apakah jaminan bahawa pelekat ini berupaya menghalang bahan Kristal dalam
bentuk bercerai daripada keluar? 

7. Daripada keterangan SP4 pula, jelas bahawa beliau tidak ingat mengenai
tampalan pada P10. Malah dalam pemeriksaan semula, sekali lagi beliau
mengatakan tidak ingat samada ada dibuat ujian setelah ia dijumpai.

8. Oleh itu inferens yang memihak kepada Perayu wajar dipilih iaitu
kesan keratan pada bucu P10 tidak wujud semasa SP4 mula-mula
membongkar beg P19. Tiada keterangan langsung untuk suggestbahawa
secara tidak sengaja berlakunya kesan keratan ini semasa proses mengumpil
beg.

9. Juga adalah salah untuk suggestbahawa kesan potongan mungkin berlaku


(secara tidak sengaja) semasa plastik kuning P21 dibuka oleh SP4. Ini kerana
jelas SP4 menggunakan perkataan “koyak” terhadap P21 yang semestinya
berbeza dengan kesan “potong” atau “kerat” yang mana Mahkamah sendiri
meneliti secara fizikal sifat potongan itu. 

10. Inferens yang memihak kepada Perayu iaitu asalnya P10 itu tidak ada
sebarang kecacatan mestilah dipilih oleh Mahkamah. Tiada penjelasan
memuaskan diberikan oleh SP4. Tambahan pula, ekshibit dokumentari
terutamanya gambar P5(16) yang dirakamkan di KLIA tidak menunjukkan kesan
potong itu sudah wujud.

11. Apabila dibandingkan pula dengan keterangan IO (SP5) jelas beliau dapati
bucu P10 telah koyak semasa beliau membukanya di Nilai. Persoalannya,
bilakah keratan ini wujud? Hujahkan ia berlaku antara tempoh selepas SP4
membuat pembongkaran di KLIA sehinggalah tempoh P19 dibuka semula oleh
SP5 di Nilai. Ini adalah konsisten dengan gambar P5(16) dan P5(25) yang mana
beza waktu keduanya adalah lebih kurang 2 jam. 

12. Wujud juga masa di mana P10 hanya ditinggalkan dalam kawalan SP5
dan SP1 sahaja tanpa kehadiran SP4 semasa SP4 membuat laporan polis dan
ini berlaku sebelum penyerahan rasmi dibuat. Tempoh ini menurut SP5 adalah
kurang daripada satu jam. 
13. Dihujahkan sebarang gangguan kepada P10 mesti berlaku antara tempoh
SP4 selesai membongkar hingga masa SP5 mendakwa wujudnya keratan di
Nilai.

14. Penjelasan SP5 dalam pemeriksaan semula lebih mengukuhkan telahan


bahawa beliaulah yang membuat gangguan ke atas barang kes dadah. Beliau
pasti juga ketika SP4 menjumpai P10, tiada pelekat (bermakna tiada juga
keratan). Fakta bahawa SP5 boleh sahkan tiadanya pelekat ketika itu
menunjukkan beliaulah yang membuat keratan dalam keadaan SP4 tidak ingat
apa-apa.

15. Hujahkan benefit of the doubt iaitu berlakunya gangguan ke atas P10


dalam tempoh ini hendaklah diberikan kepada Perayu. Banyak persoalan
gagal diperjelaskan. Bagaimana ia boleh berlaku? Apa keperluan keratan
dibuat? Kenapa tampalan dibuat oleh SP5? Adakah ada perubahan berat
yang wujud? Kesannya telah timbul satu keraguan serius atas identiti
barang kes yang fatal kepada pendakwaan.

16. Sebarang discrepancies dan doubtsyang wujud dalam satu kes capital


offence mestilah ditutup dan diperjelaskan melalui keterangan oleh pihak
pendakwaan. Kegagalan melakukannya adalah fatal kepada kes pendakwaan.
Rujuk kepada kes Yeong Kia Heng v PP [1992] 1 CLJ 364 [TAG 2].

17. Hakim juga khilaf apabila gagal memutuskan bahawa tindakan IO kes
memindahkan barang kes dari plastik asal ke tiga plastik berasingan terjumlah
kepada gangguan kepada barang kes.

18. Keadaan asal apabila SP4 menjumpai barang kes dadah di dalam P19
adalah satu plastik kuning (P21) yang mana ada dadah di dalamnya. Manakala di
dalam P21 ada satu lagi plastik lutsinar (P10) yang turut mengandungi bahan
disyaki dadah seperti dalam P21.  

19. Menurut SP5, beliau tuang serbuk Kristal dalam P21 ke dalam 3 plastik
lutsinar lain yang beliau bekalkan (P11, P12 dan P13). Alasan beliau kerana
bahan ini bertaburan dalam P21 itu yang telah koyak. 

20. Persoalan pertama, mengapakah SP5 bertindak mengalihkan bahan


disyaki dadah dari dalam P21 ke dalam 3 plastik yang beliau bekalkan sendiri?
IO kes bukanlah orang yang sepatutnya melakukannya, sebaliknya ahli kimia
lebih sesuai. 
21. Tambahan pula, SP5 melakukannya secara manual memindahkan bahan
dari P21 ke 3 plastik lain itu. Dalam keadaan sifatnya yang berbentuk serbuk dan
SP5 sendiri kata bertaburan, apa jaminan bahawa cara manual ini memastikan
keseluruhan bahan berjaya dipindahkan? 

22. Persoalan keduanya, cara bagaimana pemindahan tersebut dibuat juga


sangat meragukan dan menimbulkan syak wasangka. Sebelum mengalihkannya,
SP5 tidak menimbang berat kandungan dalam P21, tiada gambar diambil
menunjukkan proses pemindahan dan SP5 juga melakukannya seorang diri. 

23. Persolan ketiganya, 3 plastik P11 hingga P13 tersebut dibekalkan sendiri
oleh SP5. Sedangkan plastik asal P21 pula tidak dihantar ke Jabatan Kimia.
Mana mungkin satu kes melibatkan hukuman mati dikendalikan dengan cara
begini di mana alteration dibuat sesuka hati ke atas dadah oleh pihak yang
menyiasat kes? SP5 juga mengatakan beliau heat seal P11 hingga P13 sendiri.

24. Jelas ini satu pencabulan serius ke atas rantaian keterangan barang
kes dadah yang wajar diberi perhatian berat oleh Mahkamah. Jika pihak IO
boleh mengubah bentuk, sifat dan komposisi dadah yang dirampas, apa
jaminan tiada perubahan pada berat dadah? Sudah tentu identiti barang
kes sudah tidak sama lagi antara yang dirampas dengan yang akhirnya
diubah dan dihantar ke ahli kimia, seterusnya dikemukakan di mahkamah.

25. Tiada juga penjelasan memuaskan mengapakah plastik asal P21 tidak
dihantar bersama kepada ahli kimia walaupun didakwa sudah dikosongkan.
Bukankah P21 itu plastik asal dijumpai dadah di dalamnya? 

26. Persoalan keempatnya, SP5 mendakwa ada maklumkan pemindahan ini


kepada SP2 secara lisan. Namun, tiada keterangan dari SP2 bahawa beliau
telah dimaklumkan hal ini. Tiada juga dinyatakan dalam borang permohonan
(D18).

27. Hujahkan tindakan SP5 memindahkan kandungan dadah dari P21 ke


3 plastin P11 ke P13 adalah satu gangguan (tampering) kepada barang kes.
Tidak mungkin bahan serbuk yang bertaburan dapat dipastikan dihantar ke
SP2 dalam bentuk, komposisi dan berat yang sama dengan yang asalnya
dijumpai oleh SP4. Ini adalah fatal kepada kes pendakwaan.
C. ALASAN NO. 6 HINGGA 8 DALAM PETISYEN RAYUAN

28. Ketiganya, Hakim khilaf apabila gagal untuk “appreciate” kes pembelaan.


Hakim telah gagal membuat analisa yang adil dan saksama berkaitan seluruh
aspek pembelaan. Rujuk kes Rozmi bin Yusof v PP [2013] 5 MLJ 66 [TAG
3] dan kes Gooi Loo Seng v PP [1993] 2 MLJ 137 [TAG 4].

29. Tidak ditunjukkan di mana-mana di dalam alasan penghakiman


bahawa Hakim telah mengambilkira kewujudan percakapan beramaran
Perayu (D45). Bahkan tiada rujukan langsung dibuat kepada D45 samada
ianya bermerit atau tidak, sedangkan ianya dikemukakan seawal kes
pendakwaan lagi melalui IO kes. 

30. Penolakan Hakim terhadap pembelaan Perayu telah tidak mengambilkira


keterangan yang crucial ini. Ini bermakna Hakim telah gagal untuk address his
lordship’s mind atas kewujudan D45. Hujahkan ini adalah satu salah arah yang
serius (misdirection by way of non-direction) dan perlanggaran kepada
tanggungjawab statutori di bawah Seksyen 182A Kanun Acara Jenayah. Ini
mewajarkan satu “appellate interference” daripada Mahkamah Yang Mulia
ini.

31. Rujuk kes Prasit Punyang v PP [2014] 1 MLRA 387, [2014] 7 CLJ 392
[TAG 5];

“[8] On the facts of the present case, we find there is merit in the contention of
learned counsel for the appellant. In accordance with the provisions of s. 182A(1)
of the Criminal Procedure Code, it is the duty-bound of learned JC, at the
conclusion of the trial, to consider all the evidence adduced before him and shall
decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt.
The legislature has advisedly used the term "all the evidence". The emphasis
must be on the word "all". In the context of the present case, the cautioned
statement tendered by the appellant is one of the evidence which learned JC
should take into consideration in order to make a finding whether or not the
prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. The aim of this
provision is obviously to make certain that an accused person gets a fair trial. In
the recent case of Ahmad Mukamal Abdul Wahab & Ors v. PP [2013] 4 CLJ 949,
Hamid Sultan Abu Backer, JCA in delivering the judgment of this court has
explained that the trial court has a duty and obligation to fairly and justly weigh
the defence version and evidence (including the cautioned statement of the
accused) or for that matter a story by the accused to reach a just result.

[11] It is true that generally a self-serving or exculpatory cautioned statement is


not in itself evidence of the truth asserted therein. But then, it is the duty of
learned JC to consider and to analyse the cautioned statement that has been
tendered as evidence by the appellant in support of his defence, that he had no
prerequisite knowledge about the impugned cannabis found in the boat. Learned
JC must consider carefully whether the cautioned statement is capable of raising
a reasonable doubt on the prosecution case. The appellant's cautioned statement
was recorded a day after the arrest of the appellant. It is important, therefore, to
point out that the appellant had mentioned the basic facts of his defence at a very
early stage of the police investigation against him. It follows from this that the
defence of the appellant in the present case was not something that was sprung
for the first time in the defence case (see: Public Prosecutor v. Lin Lian Chen
[1992] 4 CLJ 2086; [1992] 1 CLJ (Rep) 285; [1992] 2 MLJ 561). The impact of the
totality of the cautioned statement on the prosecution case or innocence of the
appellant has to be kept in mind in coming to the conclusion as to the guilt of the
appellant. However, in this case, learned JC in his judgment merely said
"semasa di lokap OKT memberi percakapan beliau kepada polis yang
dimasukkan sebagai DI" (see p. 529 appeal record). Tellingly, however,
learned JC had failed to adequately direct his mind as to the truth of the
appellant's version as stated in the cautioned statement (see: Tan Ewe Huat
v. PP [2004] 1 CLJ 521).

32. Kedudukan dalam kes Perayu adalah lebih buruk kerana Hakim tidak
merujuk langsung ekshibit D45 pada mana-mana bahagian di dalam Alasan
Penghakiman beliau.

33. Rujuk juga kes Azmer bin Mustafa v PR [2014] 3 MLJ 616 [TAG 6].

“[27] We have perused through the written grounds of judgment of the


learned High Court Judge and we detected that his Lordship did not
consider the defence raised by the appellant in his cautioned statement as
alluded to by SP7 in his cross-examination. Such failure constituted
an appealable error.A classic example would be the case of Er Ah Kiat v. Public
Prosecutor [1965] 1 LNS 37; [1965] 2 MLJ 238 where the trial judge did not
consider the defence and the Federal Court allowed the appeal and set aside the
conviction and sentence.

[28] Here, the learned High Court Judge did not judicially appreciate the
defence of the appellant as stated in his cautioned statement. In our
judgment, it was the bounden duty of the learned High Court Judge to
consider that defence. Such failure amounted to a non-direction by his
Lordship. And that non-direction amounts to a misdirection. In Joseph
Bundy [1910] 5 Cr App R 270, Pickford J held that a misdirection as to the
evidence of identification of the defendant may be a ground for quashing a
conviction.

[29] A weak or an unreasonable defence must be considered and appreciated


judicially. It should not be brushed aside without giving it due consideration. This
is the law and it is entrenched in the following authorities:

(a) Ganapathy a/l Rengasamy v. Public Prosecutor [1998] 2 CLJ 1; [1998] 2 MLJ


577;

(b) Alcontara a/l Ambross Anthony v. Public Prosecutor [1996] 1 CLJ 705; [1996]
1 MLJ 209, FC;

(c) Chan Chor Shuh v. Public Prosecutor [2003] 1 CLJ 501; [2003] 2 MLJ 26, CA;
and

(d) Pendakwa Raya lwn. Mohd Zulkifli bin Abdul Ghani dan satu lagi [2003] 1
LNS 55; [2003] 5 MLJ 337.

[30] The trial judge in R v. Emmanuel [1998] Crim LR 347 refused to put to the
jury the weak defence advanced by the appellant. The appellate Court allowed
the appeal and their Lordships held that no matter how weak the defence was, it
must be left to the jury to consider and decide. In all the circumstances, the
conviction was held to be unsafe and it was quashed.”

34. Hakim juga tersalah arah apabila menolak pembelaan Perayu sebagai
pembelaan berbentuk penafian kosong dan tidak disokong. Walhal, pembelaan
Perayu adalah konsisten dengan percakapan beramaran D45. OKT telah
memberikan “Alcontara Notice” seawal kes pendakwaan lagi.
35. Asas pembelaan Perayu seperti kewujudan Afam, tujuan sebenar
kedatangan ke Malaysia, penafian pengetahuan mengenai dadah dan lain-lain
telahpun dinyatakan seawal semasa Perayu direman lagi melalui D45. Rujuk m/s
282-285 Rekod Rayuan Jilid 2.

36. Ini bermakna penemuan Hakim bahawa pembelaan Perayu tidak disokong
adalah bertentangan dengan keterangan. Pembelaan Perayu juga telah
memberikan penjelasan mengenai isu yang dibangkitkan iaitu isu pekerjaan
dan return ticket. Rujuk m/s 57 & 59 Rekod Rayuan Jilid 1.

D. ALASAN NO. 9 DALAM PETISYEN RAYUAN

37. Keempatnya, Hakim gagal ambilkira bahawa pendakwaan gagal untuk


mencabar pembelaan Perayu pada aspek yang crucial. Ini terjumlah kepada
penerimaan pembelaan Perayu. 

38. Pihak pendakwaan telah gagal untuk menyoal-balas atau mencabar


keterangan Perayu dengan secukupnya semasa kes pembelaan antara lainnya
dalam aspek berikut;

a)    Fakta bahawa beg P19 tidak berkunci,


b)    Kandungan kad perniagaan yang dirampas bersama Perayu,
c)    Kandungan percakapan beramaran D45,
d)    Keadaan P10 semasa mula-mula dibuka di KLIA,
e)    Isu keratan pada P10.

39. Kegagalan pendakwaan mencabar keterangan-keterangan ini secara


kolektifnya memberi maksud pendakwaan gagal untuk menunjukkan bahawa
keterangan Perayu tidak boleh dipercayai. 

40. Rujuk kes Wong Swee Chin v PP [1981] 1 MLJ 212 [TAG 7].

Oleh yang demikian kami dengan rendah diri memohon agar Mahkamah Rayuan
yang Mulia ini mengganggu keputusan Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi dan
menggantikan dengan satu perintah perlepasan dan pembebasan terhadap
pertuduhan.

You might also like