You are on page 1of 1

KESIMPULAN

Profesor Robert Park, ahli sosiologis hubungan etnik dalam bukunya The Nature of
Race Relations (1950) menegaskan, hubungan etnik secara lumrahnya akan wujud bila dua
atau lebih kumpulan yang berbeza budaya, agama dan adat berada dalam ruang yang
sama.Situasi hubungan etnik hanya wujud bila kumpulan tersebut menyedari adanya
perbezaan. Jika mereka tidak menyedari atau mengambil sikap mengabaikan perbezaan itu,
maka hubungan etnik tidak akan menjadi satu isu yang perlu diuruskan.

Dua kerangka utama yang sering digunakan untuk memahami hubungan etnik ialah
model asimilasi dan juga model pluralisme. Asimilasi merujuk kepada usaha untuk
meningkat kebersamaan dan keserasian antara etnik di sesebuah negara. Maka itu
Perlembagaan Persekutuan dibentuk untuk mewujudkan kebersamaan tersebut. Penarafan
Bahasa Melayu dan agama Islam sebagai entiti rasmi negara adalah strategi untuk
membina kebersamaan tersebut. Malah cadangan pembentukan sekolah satu aliran juga
sebenarnya satu lagi usaha untuk membina keserasian antara kaum. Kerangka asimilasi
boleh dijayakan menerusi empat peringkat utama iaitu asimilasi budaya, struktur, psikologi
dan biologikal.

Model pluralisme pula merujuk kepada usaha menjayakan hubungan dengan


meraikan kepelbagaian etnik melalui budaya, sukan, muzik, fesyen dan makanan.Ia akan
membina toleransi identiti dan seterusnya meningkatkan usaha hubungan etnik. Bagi
menjayakan hubungan etnik ini, yang utama ialah seluruh rakyat menghayati dan
memahami Perlembagaan Persekutuan berkaitan dengan hubungan etnik sebagai asas
bersama. Kegagalan memahaminya akan menyebabkan kita kembali berpolemik. Kajian
oleh Nur Atiqah T. Abdullah (2006) di Pusat Pengajian Umum UKM mengenai
Perlembagaan Persekutuan menunjukkan, tahap pengetahuan responden daripada semua
etnik masih rendah. Maka tidaklah hairanlah apabila sebahagian besar rakyat dengan begitu
mudah berjaya dieksploitasi oleh ahli politik yang berkepentingan peribadi. Pengetahuan
yang rendah akan mendedahkan rakyat kepada risiko perbalahan antara kaum dan
menjejaskan kestabilan negara. Perlembagaan Persekutuan merupakan sumber tertinggi
perundangan negara. Semua undang-undang yang digubal perlu memenuhi semangat dan
aturan yang termaktub di dalamnya. Satu bangsa Malaysia hanya boleh wujud secara
realistik bila keluhuran perlembagaan diterima, dihormati dan dihayati oleh seluruh lapisan
masyarakat pelbagai etnik di negara ini.

You might also like