You are on page 1of 4

KEBEBASAN DALAM AGAMA BUDDHA

Ramai orang suka mengatakan bahawa "kami ialah ahli fikir bebas (free-thinker)
dan  kami tidak mempunyai agama". Tetapi jika seseorang itu ialah ahli fikir bebas maka
sudah pasti dia mestilah seorang Buddhis kerana Buddha menggalakkan kebebasan
berfikir. Kebebasan berfikir bagi diri sendiri yang dibenarkan oleh Buddha tidak dapat
dijumpai dalam sejarah agama lain, iaitu kebebasan kepada keinsafannya sendiri tentang
kebenaran. Pelepasannya tidak bergantung kepada kurniaan Tuhan atau sebarang kuasa
luaran sebagai suatu ganjaran kepada kelakuannya yang baik dan
ketaatannya. Bhagava tidak pernah berkata kepada pengikut-pengikutnya, “Berdoa dan
percaya”. Beliau biasanya bersabda, “Datang dan mengerti, datang dan menyelidik. Jangan
percaya apa jua semata-mata kerana keimanan (blind faith).
 
Dalam Buddhisme keimanan membuta tuli ini (blind faith) dikritik. Buddhisme
menggalakkan penerimaan  sesuatu selepas  terdapat  keyakinan berdasarkan
pengetahuan dan pemahaman.  Walaupun seorang Buddhis bernaung di bawah Buddha
sebagai gurunya, ia tidak menyerah diri atau mengorbankan kebebasan untuk berfikir bagi
diri sendiri. Tanpa mengorbankan kebebasannya sendiri, dia meningkatkan kerohanian
sehingga menjadi seorang Buddha. Sesiapa yang ingin mencapai Nibbana pelepasan,
hanya perlu bergantung kepada diri sendiri tanpa dipengaruhi oleh dogma dan keimanan
membuta tuli.
           
           Merujuk kepada Kalama Sutta, kita boleh memahami sejauh mana kebebasan
berfikir yang telah diberikan oleh Buddha kepada pengikut-pengikutnya. Buddha bersabda
menyatakan bahawa "jangan percaya kepada sesuatu semata-mata kerana anda sendiri
pernah mendengarnya", "jangan percaya kepada tradisi-tradisi hanya kerana mereka telah
diamalkan turun-temurun", "jangan percaya kepada sesuatu yang berdasarkan khabar
angin", "jangan percaya kepada sesuatu semata-mata kerana ia didapati tertulis di dalam
kitab suci anda", "jangan percaya kepada sesuatu semata-mata berdasarkan autoriti guru-
guru anda dan orang-orang yang lebih tua", "tetapi selepas peninjauan dan analisis, apabila
anda mendapati bahawa sesuatu perkara itu menyetujui dengan alasan yang munasabah,
membantu dalam mencapai sesuatu yang baik  serta  menguntungkan semua pihak,
barulah anda menerimanya dan hidup berdasarkannya".
 
Kebebasan yang dinikmati oleh umat Buddhis adalah satu aspek yang terpuji. Ramai
umat Buddhis sendiri tidak menyedari perkara ini. Kita mempunyai kebebasan sepenuhnya
untuk berfikir dan menimbangkan sama ada untuk menerima ataupun menolak sesuatu. Kita
tidak perlu menerima sesuatu di atas nama agama atau kerana merenung tentang
kegemilangan guru agama, berpendapat bahawa sesuatu perkara tersebut adalah
kewajipan kita atau kerana mengikuti tradisi dan kebudayaan kita.

Umat Buddhis bebas untuk menyiasat sesuatu perkara dan menerimanya jika
perkara tersebut selaras dengan keinsafan mereka sendiri. Umat Buddhis tidak menerima
atau menolak sesuatu tanpa sebarang alasan yang munasabah. Mereka tidak pernah
menyatakan yang mereka dilarang berbuat begini atau sebaliknya. Mereka berkata bahawa
mereka tidak suka melakukan sesuatu kerana angkara itu mengakibatkan masalah,
kesulitan atau penderitaan kepada masyarakat. Mereka melaksanakan amalan-amalan baik
yang tertentu bukan kerana agama Buddha meminta mereka berbuat demikian, tetapi
amalan baik ini dilakukan kerana mereka menyedari makna dan kebaikan amalan seperti itu
demi kebajikan orang lain.

Agama Buddha merupakan satu agama yang berdasarkan kebebasan yang tidak
membendung kegiatan seseorang sekiranya kegiatan itu bermoral dan tidak menyakiti orang
lain. Umat Buddhis mempunyai kebebasan sepenuhnya untuk menyusun kegiatan keluarga
mereka tanpa melanggar prinsip-prinsip agama yang asas. Agama ini adalah seperti satu
lombong emas bagi para intelek menjalankan kajian dan mencari aspek-aspek yang lebih
mendalam bagi bidang psikologi, falsafah, sains dan hukum alam sejagat. Lombong emas
ini juga adalah penting bagi perkembangan spirituil dan menyelamatkan umat manusia
daripada belenggu dengan ketidakpuasan dan pergolakan.

Perkembangan rohaniah hanya wujud jika kebebasan berfikir dibenarkan.


Perkembangan mental tidak boleh berlaku jika keimanan membuta tuli (blind faith)  lebih
berleluasa. Kebebasan berfikir membawa kepada perkembangan mental manakala terlalu
berpegang kepada dogma-dogma membawa kita menuju kepada kebuntuan dan
kemunduran.
KEBEBASAN DALAM AGAMA ISLAM

Pengertian kebebasan secara akademik terikat oleh ajaran agama, etika dan
budaya. Perikatan inilah yang membuat pengertiannya menjadi tidak bebas nilai. Kerana
setiap agama dan budaya mempunyai aturan dan norma yang boleh berbeza mengikut
ajaran setiap agama dan konsep budaya itu sendiri. Lalu bagaimana Islam memandang
kebebasan?

Kata kebebasan dalam Islam diungkapkan dengan dua istilah. Pertama, dengan


istilah hurriyah . Dalam al-Mausu'ah al-Islamiyah al-'Ammah, kebebasan ditakrifkan sebagai
keadaan keislaman dan keimanan yang membuat manusia mampu mengerjakan atau
meninggalkan sesuatu mengikut kehendak dan pilihannya. Dari pengertian ini terdapat dua
bentuk kebebasan. Pertama, kebebasan dalaman iaitu kuasa memilih antara dua perkara
yang berbeza dan bertentangan. Kebebasan jenis ini tergambar dalam kebebasan
berkehendak, kebebasan nurani, kebebasan jiwa dan kebebasan moral. Kedua , kebebasan
luaran. Bentuk kebebasan ini terbahagi menjadi tiga iaitu kebebasan dalam fitrah manusia
yang menjadikannya mampu melakukan sesuatu yang sesuai, kebebasan yang telah
diberikan oleh peraturan perundangan dan kemampuan atas keyakinan terhadap berbagai
mazhab keagamaan.

Kedua, kebebasan diungkapkan dengan istilah ikhtiyar. Ikhtiyar sebagaima dalam


teologi Islam, tidaklah sama dengan idea moden mengenai kebebasan. Sebab, akar
kata ikhtiyar adalah khair atau baik, yang bermakna memilih sesuatu yang terbaik. Oleh
kerana itu, jika bukan memilih sesuatu yang baik, maka sebenarnya itu bukanlah pilihan,
melainkan kezaliman. Memilih sesuatu yang terbaik adalah kebebasan yang sejati dan untuk
melakukannya seseorang dituntut untuk mengetahui mana yang baik dan mana yang
buruk. Sebaliknya, memilih sesuatu yang buruk adalah pilihan yang berdasarkan kejahilan.

Syed M. Naquib al-Attas dalam hal ini mengatakan bahawa ketika manusia diberi
kemampuan untuk mengikuti dan menolak perintah Allah SWT yang termaktub dalam
undang-undang agama ( syariat ), mereka tetap tidak boleh menolak kehendak
Allah. Kebebasan yang sejati hanya boleh dicapai apabila manusia telah memperoleh
iluminasi spiritual ( ma'rifah ), iaitu ketika manusia berhasil mengesampingkan hawa
nafsunya untuk memperoleh jati diri yang lebih tinggi. Bahkan pada tahap ini pun, manusia
masih terikat dengan kewajipan untuk menghambakan diri kepada Tuhan.
Dalam Islam nilai kehidupan terletak pada agama, ibadah dan ketaatan kepada
Tuhan. Lantaran kebebasannnya berpunca dari Tuhan maka manusia tidak layak menjadi
hamba bagi manusia lain. Kebebasan dalam agama adalah kebebasan yang berpaksikan
pada taklif dan tugas-tugas syariat.

You might also like