Professional Documents
Culture Documents
Laporan RIMUP 2021
Laporan RIMUP 2021
Sekolah Jenis Kebangsaan Taman Rajang, Sibu telah melaksanakan aktiviti Program
Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) satukan murid sekolah
berbilang kaum pada 6 Disember 2021. Pada tahun ini, peserta bagi RIMUP satukan
murid sekolah berbilang kaum adalah seramai 432 orang iaitu murid-murid tahun tiga
hingga murid-murid tahun enam.
Aktiviti RIMUP satukan murid sekolah berbilang kaum pada tahun ini dianjurkan
dengan penggunaan aplikasi google forms bertepatan dengan zaman pandemik kini di
mana murid–murid akan dinilai dari segi soalan perpaduan. Soalan–soalan perpaduan
ini terdiri daripada 40 soalan objektif. Seramai 86 orang murid telah memperolehi
markah penuh iaitu sebanyak 40 soalan manakala 84 orang murid memperolehi
sebanyak 39 soalan betul dan 51 orang murid memperolehi sebanyak 38 soalan betul
melalui penilaian yang diuji.
Sokongan dan kerjasama daripada semua guru, ibubapa atau penjaga serta
murid-murid yang terlibat dalam bersama-sama menjayakan Program Rancangan
Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) satukan murid sekolah berbilang kaum
untuk murid-murid tahun ini amatlah dihargai. Begitu juga dengan sokongan dan
bantuan daripada pihak-pihak lain samada dari segi moral, nasihat, tenaga dan lain-
lain. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada semua yang terlibat dalam
menjayakan program ini, samada secara langsung mahupun secara tidak langsung.
.
Senarai nama 432 orang murid yang menyertai Program Rancangan
Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) tahun 2021.
12/6/2021 10:49:42 37 / 40 陈妍 4K
12/6/2021 10:54:56 40 / 40 若娴 3K
Disediakan oleh,
……………………………………….
(Puan )
Ketua Panitia Pendidikan Moral
Sekolah SJK ( C ) Taman Rajang
Disahkan oleh,
………………………………….
(PUAN SIM SIEW KING)
Guru Besar
Sekolah SJK ( C ) Taman Rajang