You are on page 1of 8

KERTAS KERJA PROGRAM LARIAN AMAL (JOGATHON) DAN LARIAN 1 M 1 S PIBG 2012 ANJURAN PERSATUAN IBU BAPA DAN

GURU (PIBG ) SK SAKILAN DESA WDT 135 90009 SANDAKAN SABAH

1.0

Pendahuluan Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Sakilan Desa telah mengadakan mesyuarat ahli jawatankuasa pada 19 April 2012 dan telah bersetuju untuk menganjurkan Program Larian Amal Jogathon peringkat SK Sakilan Desa. Program ini sebenarnya adalah anjuran sepenuhnya oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Sakilan Desa. Cadangan untuk mengadakan Larian Amal Jogathon ini telah dipersetujui oleh semua Ajk PIBG dalam mesyuarat berkenaan.

2.0

Objektif Larian Amal Jogathon ini merupakan usaha Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) SK Sakilan Desa bagi mendapatkan dana kewangan PIBG sekolah untuk membantu pihak sekolah merealisasikan impian kecemerlangan pelajar Sk Sakilan Desa yang majoriti pelajarnya berasal daripada keluarga yang kurang berkemampuan. Oleh yang demikian, kejayaan program ini akan membantu meringankan beban pelajar dan pihak guruguru serta sekolah dalam apa juga anjuran yang menjurus kepada mengangkasakan pelajaran dan kebolehan pelajar ke tahap yang lebih cemerlang. Program ini juga secara tidak langsung memberi peluang kepada PIBG sekolah ini berfungsi dengan lebih baik dan sentiasa peka dengan fungsi sebenar organisasi PIBG dalam sesebuah sekolah.

3.0

Tema Berlari Untuk Kesihatan Sambil Beramal

4.0

Tarikh Serahan Kad Jogathon : 21 MEI 2012

Larian Amal Jogathon

: 24 JUN 2012

5.0

Kawasan Larian Sekitar Estet IOI Sakilan Desa seperti di lampiran di muka surat

6.0

terakhir Aktiviti Utama sebelum berlangsungnya Larian Amal Jogathon. Ahli Jawatankuasa Induk PIBG akan mencetak Kad Kutipan Derma Jogathon sebanyak 120 keping dan akan diagihkan kepada : a) Ibu Bapa /Penjaga Pelajar : b) AJK PIBG, Guru-guru dan Staf Sk Sakilan Desa : c) Pelajar SK Sakilan Desa : d) Mengadakan kutipan semasa cuti hari persekolahan iaitu bermula 21 Mei sehingga 15 JUN 2012

7.0

Kategori Penyertaan Larian Amal Jogathon 7.1 Murid Lelaki ML) Semua murid lelaki yang masih bersekolah dan berumur 7 Hingga 12 tahun 7.2 Murid Perempuan (MP) Semua murid perempuan yang masih bersekolah dan berumur 7 hingga 12 tahun 7.3 - Terbuka Lelaki (TL) Peserta lelaki berumur 13 hingga 39 tahun (guru/ibu bapa/staf/orang awam ) 7.4 - Terbuka Perempuan (TP) Peserta perempuan berumur 13 hingga 35 tahun (guru/ibu bapa/staf/orang awam )

7.5- Veteran Lelaki (VL) Peserta lelaki berumur 40 dan ke atas (guru/ibu bapa/staf/orang awam) 7.6- Veteran Perempuan (VP) Peserta perempuan berumur 36 dan ke atas (guru/ibu bapa/staf/orang awam) 7.1.1Jarak larian: Semua peserta lelaki - 5km Semua peserta perempuan 3.5km 8.0 Syarat Penyertaan Larian Amal Jogathon 8.1 Setiap kad mempunyai nombor siri sendiri. 8.2 Wajib untuk semua warga SK Sakilan Desa 8.3 Kad jogathon mesti dikembalikan pada 15 JUN 2012 kepada guru kelas(murid), Cik Yusniza (guru) dan (bukan guru) 8.4 Keselamatan Kad Kutipan Derma Jogathon akan diawasi. Kad-kad jogathon tidak boleh dihilangkan atau diconteng atau diliquid 8.5 Kad jogathon yang hilang akan dikenakan denda sebanyak RM 30.00 8.6 Kutipan kad terbanyak akan mendapat hadiah misteri.

9.0

Hadiah Larian Amal Jogathon 9.1- Kategori Murid Lelaki

JOHAN : Hamper,medal dan sijil NAIB JOHAN : Hamper,medal dan sijil KETIGA : Hamper,medal dan sijil KEEMPAT : Hamper,medal dan sijil 9.2- Kategori Murid Perempuan JOHAN : Hamper,medal dan sijil NAIB JOHAN : Hamper,medal dan sijil KETIGA : Hamper,medal dan sijil KEEMPAT : Hamper,medal dan sijil 9.3- Kategori Terbuka Lelaki JOHAN : Hamper,medal NAIB JOHAN : Hamper,medal KETIGA : Hamper,medall KEEMPAT : Hamper,medal 9.4- Kategori Terbuka Perempuan JOHAN : Hamper,medal NAIB JOHAN : Hamper,medal KETIGA : Hamper,medal KEEMPAT : Hamper,medal 9.5- Kategori Veteran Lelaki JOHAN : Hamper,medal NAIB JOHAN : Hamper,medal KETIGA : Hamper,medal KEEMPAT : Hamper,medal 9.6 Kategori Veteran Perempuan JOHAN : Hamper,medal NAIB JOHAN : Hamper,medal KETIGA : Hamper,medal KEEMPAT : Hamper,medal

10. 0

Cara Pembahagian Kad Kutipan Derma Jogathon 10.1- Kad Jogathon akan diedarkan kepada guru-guru kelas untuk dibahagikan kepada ibu bapa/pelajar melalui pelajar. 10.2- Guru-guru kelas hendaklah mencatat no. siri kad di bahagian depan kad jogathon setiap pelajar dan mengambil tandatangan pelajar tersebut. 10.3- Kad jogathon akan diedarkan kepada AJK PIBG SK Sakilan Desa, Guru-Guru dan Staf SK Sakilan Desa 10.4 Keselamatan Kad Kutipan Derma Jogathon akan diawasi. Kad-kad jogathon tidak boleh dihilangkan atau diconteng atau diliquid .

11. 0

Anggaran perbelanjaan Anggaran kos Hamper pemenang Medal pemenang Sijil pemenang RM10 x 6 x 3 kategori RM 3.50 X18 pemenang (FOC) RM 180.00 RM 60.00

Hadiah Kutipan Terbanyak RM 20 x 7 Pemenang Hadiah penghargaan penanda buku Cenderamata Perasmi Pembalut hamper Minimuman kotak, air mineral dan ais untuk Gerai PIBG Jamuan VIP dan Petugas Kain Banner Getah Bateri pembesar suara RM 9.00 x 4 plastik RM 3.00 x 4 unit

RM 140.00 RM 60.00 50.00 30.00

RM RM

RM 100.00 RM 200.00 RM 130.00 RM RM Rm 36.00 12.00 32.00

Air minuman murid R.O cawan plastik RM 8.00 x 4 kotak Pelbagai

RM 50.00

JUMLAH 1080.00

RM

12. 0 Tentatif program 7.15 pagi 7.45 pagi 8.00 pagi Perhimpunan peserta Pendaftaran peserta Bacaan doa Taklimat larian amal jogathon 2012 (Urusetia ) Ucapan Penasihat program dan Perasmian

8.15 pagi 8.30 pagi 9.00 pagi 10.30 pagi 11.30 pagi 12. 0

Pegawai Check Point mengambil kedudukan Senamrobik Pelepasan peserta Jamuan VIP Penyampaian hadiah dan sijil Nyanyian lagu Negaraku, pembersihan dan bersurai

Penutup Ahli Jawatankuasa PIBG SK Sakilan Desa yakin dengan perlaksanaan Program Larian Amal Jogathon ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan antara pelajarpelajar, guru-guru, PIBG, Ibu Bapa/Penjaga dan pihak-pihak tertentu serta masyarakat setempat. Pencarian dana PIBG SK Sakilan Desa adalah perkara yang amat penting memandangkan fungsi dan peranan PIBG dalam memberi sumbangan kepada pihak sekolah terlalu besar. Tabung PIBG ini juga berperanan untuk kebajikan dan membantu para pelajar. Ini kerana 90% daripada pelajar SK Sakilan Desa adalah berasal daripada keluarga yang kurang berkemampuan. Keadaan ini juga seterusnya dapat merealisasikan hasrat kerajaan untukntuk mewujudkan pendidikan bertaraf dunia selaras dengan Wawasan 2020.

Disediakan oleh ,

.. (MOHD ARAAF BIN ZAKARIA) SETIAUSAHA PROGRAM LARIAN AMAL JOGATHON DAN LARIAN 1M 1S SK SAKILAN DESA.

You might also like