You are on page 1of 14

PENGHARGAAN

Syukur kepada Tuhan dan kurnia-Nya, dapat juga kami menyiapkan kerja kursus
Bahasa Melayu kertas 5 (910/5) penggal 3 pada tahun 2021 kajian yang bertajuk
“Penggunaan Bahasa Kasar dalam filem Melayu yang bertajuk “Abang Long Fadil 2”.
Terlebih dahulu kami ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih yang
tidak terhingga kepada Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah Kuala Penyu, Sabah
iaitu Tuan Pengetua Mohammad Fuad Bin Abu Bakar dan Penolong Kanan Tingkatan
Enam Puan Noriati Yahya kerana mereka telah memberi keizinan kepada kami untuk
menyiapkan tugasan ini dengan teratur. Di samping itu, tidak dilupakan juga ribuan
terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada guru matapelajaran Bahasa
Melayu Tingkatan Enam, Puan Sumarni Binti Maarop atas segala tunjuk ajar serta
bimbingan yang diberikan kepada kami untuk menyiapkan kerja kursus ini. Terima
kasih juga kepada ibu bapa kami atas segala sokongan dan dorongan yang diberikan
secara langsung atau tidak langsung sama ada dari segi wang ringgit dan sebagainya.
Seterusnya, tidak lupa juga kami tujukan ucapan terima kasih ini kepada kawan-
kawan yang banyak membantu dari segi idea dan tenaga dalam menjalankan kajian ini
dengan sempurna dan lancar.

Muhammad Khairullah Bin Helmi


Bylynda Hazel Baljit Singh @ Rayner
Emilda Elil
Priscilla Ryenn Peter
1.0 PENGENALAN

Dalam bahagian ini akan dihuraikan aspek latar belakang kajian dan definisi konsep.

1.1 Latar Belakang Kajian

Kajian ini bertajuk penggunaan bahasa kasar dalam filem Melayu yang
bertajuk “Abang Long Fadil 2”. Filem ini merupakan sebuah filem yang diarahkan
oleh pengarah muda yang berbakat iaitu Syafiq Yusof hasil sebuah produksi dari Skop
Productions & Astro Shaw.

Mernurut laman sesawang WIKIPEDIA, Abang Long Fadil 2 merupakan


filem aksi komedi Malaysia 2017 arahan dan lakonlayar oleh Syafiq Yusof terbitan
bersama Skop Productions dan Astro Shaw. Filem ini berdasarkan watak sampingan
dari filem KL Gangster dan kesinambungan kepada filem 2014 Abang Long Fadil,
juga ditulis dan diarahkan oleh Syafiq. Filem ini dibintangi oleh Zizan Razak (Fadil),
Syamsul Yusof, AC Mizal, Tania Hudson, Wak Doyok, Achey Bocey, Shuib Sepahtu,
A. Galak dan Mas Khan. Ia mengisahkan Fadil (Zizan Razak) yang telah disalah
anggap sebagai seorang pembunuh upahan profesional bernama Tiger. Beliau secara
terpaksa ditarik masuk ke dalam kancah kongsi gelap diketuai Taji Samprit (A.
Galak) dan anaknya Wak Doyok (Wak Doyok).

Seterusnya, filem Melayu terbitan ini menggunakan banyak bahasa kasar


terutama berkaitan dengan kajian para pengkaji iaitu Filem Melayu “Abang Long
Fadil 2”. Kajian yang dilaksanakan oleh para pengkaji ini adalah untuk mendalami
maksud yang tersirat di sebalik bahasa kasar.
1.2 Definisi Konsep

1.2.1 Definisi Filem

Menurut laman seswang TRIBECA, Filem atau wayang gambar adalah bentuk
seni tampak mempersembahkan rupa atau "wayang" menyampaikan sesebuah cerita
yang membangkitkan suasana, pandangan dan perasaan terdiri daripada rentetan atau
turutan gambar yang bergerak diiringi bunyi termasuk muzik.Penghasilan atau
"pembikinan" cerita menggunakan kaedah ini serta industri melibatkan penggiatan
sedemikian secara umumnya disebut sebagai perfileman.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, filem adalah benda tipis daripada seluloid
yg dimasukkan ke dalam kamera untuk membuat gambar dan gambar bergerak yg
ditayangkan pada layar, biasanya di pawagam. Cerita yang disampaikan dalam
medium filem mencerminkan budaya masyarakat yang membentuk kerana sifatnya
yang merakam pergerakan dan persekitaran latar yang dirakam langsung pada saat itu
Menurut Rayya Makarim (2009), dijelaskan bahawa filem adalah salah satu bentuk
komunikasi massa, selain daripada jaringan radio, televisyen dan telekomunikasi.

Oleh itu, para pengkaji dapat membuat kesimpulan bahawa filem membawa
pesan-pesan komunikasi untuk diperlihatkan pada penonton sesuai yang ingin
diberikan oleh sutradara entah dalam drama, horror, komedi dan action.

1.2.2 Definisi Bahasa Kasar

Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, bahasa kasar bahasa yg tidak sopan atau
tidak manis dituturkan Kata-kata kasar terbahagi kepada dua iaitu bahasa kasar biasa
dan bahasa kesat. Bahasa kasar biasa menggambarkan penutur tersebut mempunyai
tahap pendidikan yang rendah atau sifatnya yang tidak tahu berbahasa dengan baik.
Bagi bahasa kasar kesat pula, digunakan ketika marah dan makin hamun, mengutuk,
mencarut dan sebagainya.
Menurut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (1997), bahasa kasar digunakan
dalam suasana emosi yang negatif, seperti marah dan benci, iaitu apabila hilang rasa
hormat kepada orang yang dilawan bercakap. Dua ciri utama bahasa kasar ini ialah
pertama, penggunaan kata ganti diri ‘aku’, ‘kamu’, engkau dan kedua, pemilihan
perkataan seperti yang kasar, umpamanya ‘otak’ untuk ‘fikiran’, ‘jantan’ untuk
‘lelaki’ atau ‘betina’ untuk ‘perempuan’. Kesimpulannya, bahasa kasar tidak
menekankan tatabahasa yang betul, sebaliknya banyak menggunakan ayat-ayat yang
tidak lengkap, tetapi maksudnya masih dapat difahami oleh pendengar.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah seperti yang berikut :

a) Mengenal pasti dan menyenaraikan penggunaan bahasa kasar dalam filem Abang

Long Fadhil 2

b) Menganalisis dan mengelaskan unsur-unsur bahasa kasar berdasarkan ragam

bahasa

c) Mengkaji faktor pengggunaan bahasa kasar dalam filem Abang Long Fadhil 2

3.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Hasil kajian ini adalah untuk:

a) Menambahkan dokumentasi kajian yang berkaitan dengan bahasa kasar

b) Membantu pelajar dalam proses pembelajaran dan pengajaran tentang bahasa

kasar

c) Menjadi sumber rujukan kepada pengkaji-pengkaji bahasa pada masa hadapan


4.0 SKOP KAJIAN

Fokus kajian ini adalah tentang penggunaan bahasa kasar dalam filem tertentu. Aspek

yang diberikan perhatian oleh pengkaji ialah tentang penggunaan bahasa kasar

melalui filem Abang Long Fadhil 2.

5.0 BATASAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan ke atas filem yang berjudul Abang Long Fadil 2. Kajian

ini dilakukan bagi memperoleh maklumat yang berkaitan dengan bahasa kasar yang

terdapat di dalam filem tersebut. namun begitu kajian ini hanya terbatas kepada satu

filem yang berdurasi 1 jam 35 minit sahaja. Dapatan kajian tentang penggunaan

bahasa kasar ini juga tidak melibatkan mana-mana filem lain. Selain itu, para pengkaji

juga tidak dapat melakukan kajian ini secara berkumpulan dengan kerap akibat

daripada Prosedur Operasi Standard Covid-19 yang perlu dipatuhi.


6.0 KAEDAH KAJIAN
Kaedah memperoleh data dan keadah penganalisisan data akan dibincang dalam
bahagian ini.

6.1 Perolehan Data

(a) Kaedah Kepustakaan

Kaedah kepustakaan digunakan dengan menganalisis bahan-bahan bertulis dan


bercetak bagi mendapatkan maklumat. Pengkaji turut melayari laman
sesawang bagi memperoleh maklumat tambahan yang berkaitan dengan kajian
ini.

(b) Kaedah Pemerhatian

Kaedah ini melibatkan pengkaji untuk memerhati bahasa kasar yang


digunakan dalam filem Abang Long Fadil 2. Pengkaji menonton dan memuat
turun filem tersebut untuk memudahkan kajian dijalankan.

6.2 Pengumpulan Data

Pengkaji mengumpul data tentang bahasa kasar daripada filem Abang Long
Fadil 2. Data ini dikumpulkan dengan menonton filem tersebut dan mencatat dialog
yang mengandungi penggunaan bahasa kasar. Maklumat yang diperoleh daripada
buku dan laman sesawang akan digunakan dalam penulisan kajian esei ilmiah ini.

6.3 Penganalisisan Data

Data dan maklumat tentang bahasa kasar yang dikumpul akan dianalisis
selaras dengan objektif kajian. Pengkaji akan mengkategorikan dialog kepada ayat,
frasa, ungkapan atau kata. Seterusnya pengkaji akan menjelaskan jenis intonasi dan
ragam bahasa kasar yang digunakan dalam filem Abang Long Fadil 2. Pengkaji juga
akan membetulkan tatabahasa bahasa kasar yang digunakan dalam filem tersebut.
Hasil kajian akan ditunjukkan dalam bentuk jadual.

7.0 DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini menerangkan keputusan analisis data berdasarkan perolehan data


melalui hasil pemerhatian yang berkaitan dengan bahasa kasar dalam filem Abang
Long Fadhil 2 seperti menyenaraikan bahasa kasar yang digunakan dalam filem
tersebut, mengkategorikan bahasa kasar dalam bentuk ragam bahasa dan menganalisis
faktor penggunaan bahasa kasar dalam filem Abang Long Fadhil 2.

7.1 Senarai Penggunaan Bahasa Kasar Dalam Filem Abang Long Fadhil 2

Bil Masa Dialog


1 1:43 Hey lu cakap cantik sikit eh, lu tak kenal sama gua ah, lu ingat gua
sapa ah.

2 2:12 Bangset! hey itu je lu ade huh, lu citer macam lu punya abang-abang,
tapi lu punya letup mcm lu adik-adik

3 2:25 Kalau betul lu tak puas hati, kasih hentak gua satu kali lah !

4 8:57 Tak guna dah, kau pun tahu kan kalau dia terlepas memang takkan
jumpa punye dah

5 9:01 Lesap macam pelesit


6 12:51 Lucah patung ni, berkemban ke telanjang

7 12:54 Kamu tidak punya nafsu ?


8 13:08 Jangan jadi bodoh
9 13:42 Khuatir abah kau ! eih eih eih apo ni kau bulu dah sampai ke bibir,
jangan nak sentuh-sentuh den, nak mencabul !
10 14:40 Goblok
11 14:49 Kurang asam
12 22:58 Woi kau apa ni?
13 23:01 Kau bunuh pengacara perempuan itu! menyusahkan orang aje!

14 23:27 Kau ingat eh, kau tu baru lagi kau tau tak, jadi jangan nak pandai-
pandai nak masuk campur urusan skuad khas !

15 26:38 Kau percaya cakap malaun ni


16 28:25 Nasib baik den terajang kau, kalau den langgar putuih tau tak

17 29:13 Susah betul lah bawa orang cacat ni


18 29:51 Siapa kau? Baik kau blah
19 32:12 Blah,blah,blah
20 40:52 Jahanam Taji ni kan, kalau aku jumpa dia aku koyak-koyakkan misai
dia

21 42:01 Kau memang patut mati pun


22 42:30 Malas aku nak tengok muka anak aku di rumah ini. Aku nak kau
bunuh anak aku, sanggup dia nak bunuh bapa sendiri.
23 45:53 Macam mana kau nak bunuh dia?
24 47:50 Brengsek
25 48:55 Abang akan balas dendam untuk adik

26 49:29 Eh eh apa nie, apa nie, goblok


27 49:32 Goblok
28 50:17 Anak derhaka!, sanggup dia tikam bapa dia dari belakang, brengsek!,
mampus kamu! Mampus!
29 50:28 Mati kau!
30 50:36 Boleh tak sabar, nak suruh mati berapa kali?

31 1.01.02 Bukan kah kau sudah mampus?

32 1.18.25 “Kau percaya dia buta-buta”

33 1.05.50 ”Sebab tu aku cakap kau ni bodoh”

Jadual 1 : Senarai Bahasa Kasar


7.2 Mengkategorikan Bahasa Kasar Mengikut Ragam Bahasa

Bil Ragam Bahasa Contoh Bahasa Kasar


1 Bahasa Sindiran - “Kau percaya cakap malaun ni”
- Mengandungi maksud yang ditujukan kepada - “Kau percaya dia buta-buta”
seseorang, tetapi tidak disebutkan secara tepat, hanya
disinggung atau dikias-kiaskan kepada perkara yang
lain, kerana tidak mahu disebut secara terus-terang.
2 Bahasa Seruan / Keluhan - “Kau bunuh pengacara
- Merupakan cara untuk melahirkan perasaan keras perempuan itu! menyusahkan
dengan cara mengeluh dan tidak menyebutkannya orang aje!”
dengan penuh - “Kalau betul lu tak puas hati,
kasih hentak gua satu kali lah !”

3 Pertanyaan Ingkar - “Boleh tak sabar, nak suruh


- Pertanyaan tidak memerlukan jawapan kerana mati berapa kali?”
jawapan tersebut akan diberikan oleh pihak yg - “Woi kau apa ni?”
bertanya atau dibiarkan begitu sahaja bertujuan hendak - “Lucah patung ni, berkemban
menguatkan benarnya jawapan yg sudah diketahui. ke telanjang”
4 Bahasa Berulang - “anak derhaka!, sanggup dia
- Bahasa yang mengulang perkataan, rangkai kata atau tikam bapa dia dari belakang,
ayat untuk menguatkan sesuatu maksud yang sudah brengsek!, mampus kamu!
ditekankan mampus!”
- “Eh, eh apa ni, apa ni, goblok ”
5 Bahasa Mengejek - “Susah betul lah bawa orang
Ragam bahasa jenis ini pula bahasa yang mengata atau cacat ni”
ditujukan tepat kepada seseorang atau kumpulan. - ”Sebab tu aku cakap kau ni
bodoh”
Jadual 2 : Ragam Bahasa Bagi Bahasa Kasar
7.2 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI BAHASA KASAR.

Terdapat tiga faktor yang mempengaruhi penggunaan bahasa kasar iaitu faktor emosi,
faktor persekitaran dan juga faktor keluarga.

Bil Faktor Bahasa Kasar Contoh Bahasa Kasar

1 Faktor emosi “Malas aku nak tengok


Berlaku ketika seseorang berada dalam suasana atau muka anak aku di
keadaan yang tidak terkawal oleh emosi, perasaan rumah ini. Aku nak kau
ketika bercakap menjadi penentu bentuk bahasa yang bunuh anak aku,
dipilih. sanggup dia nak bunuh
bapa sendiri”
- Haji Samprit berkata demikian kepada Fadhil dengan
perasaan marah kerana tidak percaya anaknya sendiri
ingin membunuh dia.
2 Faktor persekitaran -“Lucah patung ni, ni
Merupakan pengalaman yang dilalui dalam berkemban ke telanjang
persekitaran fizikal dan sosial yang mempunyai
pengaruh penting terhadap pembentukan personaliti
dari segi sikap, nilai dan persepsi yang dimiliki.

-Perbualan tersebut berlaku diantara King Kong dan


Taji Samprit. Penggunaan bahasa kasar King Kong
disebabkan dia hidup dan bekerja dalam latar
belakang jenayah seperti penjualan senjata.
3 Faktor keluarga - “Anak derhaka!,
Latar belakang keluarga yang tidak stabil menjadikan sanggup dia tikam bapa
anak-anak mangsa keadaan. Ibu bapa atau penjaga dia dari belakang,
yang terlibat dalam aktivit jenayah cenderung untuk brengsek!, mampus
menggunakan bahasa yang tidak sopan dengan nada kamu! mampus!”
yang kurang baik sehingga meninggalkan kesan yang
negatif dalam diri anak-anak
- Taji Samprit melahirkan perasaan marah dan kecewa
sambil memukul anaknya menggunakan tongkat yang
disangka sudah dibunuh di dalam bonet kenderaan
Fadhil. Faktor penggunaan bahasa kasar Taji Samprit
kerana dia dilahirkan dalam persekitaraan keluarga
yang terlibat dalam latar jenayah. Oleh itu, dia
terbiasa menggunakan perkataan kasar dalam
perbualan seharian.
Jadual 3 : Faktor Penggunaan Bahasa Kasar
8.0 Rumusan Kajian

Kesimpulannya, kajian ini telah menunjukkan ragam bahasa yang sering


digunakan dalam Filem Abang Long Fadhil 2 ialah bahasa herdik, merajuk, mengejek
dan lain-lain. Jenis bahasa kasar yang digunakan dalam filem ini terbahagi kepada
dua, iaitu bahasa kasar kesat dan bahasa kasar biasa. Penggunaan bahasa kasar dalam
filem ini disebabkan oleh beberapa faktor, iaitu faktor keluarga, emosi serta
persekitaran.

9.0 Penutup

Bahasa merupakan aspek yang penting dalam kehidupan seharian. Oleh tu


kedaulatan bahasa perlu dipiluhkan agar terus menjadi aset kepada masyarakat.
Namun begitu, selaras dengan perkembangan sosiologi masyarakat, penggunaan
bahasa kasar menjadi penambah perasa pada sesebuah karya yang diterbitkan. Hal ini
demikian kerana, pengkaji dapat mengetahui emosi watak yang terdapat di dalam
filem tersebut melalui intonasi dan raut wajah pelakon.

Oleh hal yang demikian, kajian mengenai penggunaan bahasa kasar dalam
filem Melayu perlu diteruskan lagi. Hal ini penting bagi memastikan masyarakat
dapat menyadari tentang kesilapan yang dilakukan dalam penggunaan bahasa kasar
dalam karya filem. Walau bagaimanapun, terdapat juga kesan buruk terhadap remaja
kerana mudah terpengaruh dengan pengguaan kata-kata kesat yang digunakan oleh
orang dewasa.

Dalam pada itu, sikap remaja akan berubah disebabkan penggunaan bahasa
kasar dan kesat. Oleh sebab itu, penggunaan bahasa kasar terhadap remaja
sememangnya tidak digalakkan sama sekali. Remaja merupakan generasi yang akan
membangunkan negara yang maju dan pesat. O;eh itu, ibu bapa harus memainkan
peranan yang penting dengan membimbing anak-anak supaya tidak terlibat dalam
aktiviti-aktiviti yang boleh memakan diri sendiri, malahan ibu bapa seharusnya
menjadi contoh yang naik kepada anak-anak. Oleh hal yang demikian, kajian
mengenai penggunaan bahasa kasar dalam novel Melayu perlu diteruskan lagi.  Hal
ini penting bagi memastikan masyarakat dapat menyedari tentang kesilapan yang
dilakukan dalam penggunaan bahasa kasar dalam karya novel.  Walau bagaimanapun,
terdapat juga kesan buruk terhadap remaja kerana remaja mudah terpengaruh dengan
penggunaan kata- kata kesat yang digunakan oleh orang d

Bibliografi

Budiey. 2017. Sinopsis Filem Abang Long Fadil 2. Diakses pada 6 Disember 2021,
daripada https://www.budiey.com/sinopsis-filem-abang-long-fadil-2/

Khairunni Sa Khalil. 2018. Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal
3 2017 (STPM) (Penggunaan Bahasa Kasar Dalam Novel). Diakses pada 6
Disember 2021, daripada
https://khairunnisakhalil.blogspot.com/2018/06/contoh-kerja-kursus-bahasa-
melayu.html?m=1

Nik Safiah Karim et al., 2019. Ace Ahead Teks STPM Bahasa Melayu Semester 3.
Edisi Ketiga. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Susanti. “Kesantunan Berbahasa Pada Penutur Di Lingkungan Tempat Kos Uma


Joempa” Bab II, hlm. 1-10, 2016 .

Wicaksono,Citra Natalia. 2012. Bab II. Diakses pada 8 Disember 2021, daripada
https://repository.dinamika.ac.id/id/eprint/385/5/BAB%20II.pdf

You might also like