You are on page 1of 5

AIN SYAFIQAH BINTI MOHAMAD SA’ID (MPPU 201035)

MPPU1034 – APPLICATION OF STATISTICS IN EDUCATIONAL RESEARCH

ASSIGNMENT 1-
PENGAPLIKASIAN KBAT DALAM PDPC PENDIDIKAN ISLAM DI SEKOLAH RENDAH
DAERAH KULAI

1.0 Soalan Kajian


Apakah tahap pengaplikasian KBAT dalam kalangan guru Pendidikan Islam di sekolah
rendah Daerah Kulai?
2.0 Reka Bentuk Kajian
Penyelidikan berskala kecil ini menggunakan reka bentuk tinjauan berasaskan persepsi bukan
eksperimen yang mudah untuk mengumpul data yang berkaitan tahap pengaplikasian KBAT
dalam kalangan guru Pendidikan Islam di sekolah rendah Daerah Kulai.
3.0 Sampel Kajian
Responden kajian melibatkan 30 orang guru Pendidikan Islam di 3 buah sekolah rendah
dalam Daerah Kulai. Sampel kajian dipilih mengunakan dua kaedah iaitu sampel bertujuan
dimana hanya guru Pendidikan Islam di setiap sekolah yang akan dijadikan sasaran kajian
manakala persampelan rawak untuk memilih guru Pendidikan Islam sebagai sampel dalam
kajian. Pengunaan kaedah persampelan rawak dan persampelan bertujuan adalah lebih mudah
dan kos efektif menurut (Murphy, 2016). Responden telah diberikan penerangan menyeluruh
tentang penyelidikan dari segi objektif, tujuan, dan peranan mereka. Kajian ini dijalankan
melalui borang kaji selidik secara atas talian.
4.0 Instrumen Kajian
Data kajian ini dikumpul melalui tinjauan dalam talian dengan dua bahagian. Bahagian A
berkaitan maklumat demografi peserta dan Bahagian B berkaitan Tahap Pengaplikasian
KBAT Guru Pendidikan Islam.
Bahagian A- Maklumat demografi peserta
Bahagian B- Tahap Pengaplikasian KBAT Guru Pendidikan Islam
 Penyelidik menggunakan soal selidik sedia ada sebagai instrumen kajian. Soal selidik
tersebut diadaptasi dan diubahsuai mengikut keperluan kajian penyelidik berdasarkan
kajian Chew Bee Gek (2017). Borang soal selidik ini mengandungi dua bahagian iaitu
bahagian A ialah demografi guru, bahagian B ialah pengaplikasian Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi dalam kalangan Guru Pendidikan Islam. Nilai Alpha Cronbach
yang diperoleh dalam kajian rintis penyelidik mempunyai kebolehpercayaan yang
boleh diterima iaitu 0.80. Tahap pengaplikasian KBAT diukur menggunakan lima
item yang direka khas. Setiap item memerlukan guru Pendidikan Islam untuk
memberikan persepsi kendiri dalam skala ordinal lima mata:
AIN SYAFIQAH BINTI MOHAMAD SA’ID (MPPU 201035)
MPPU1034 – APPLICATION OF STATISTICS IN EDUCATIONAL RESEARCH

1 2 3 4 5

Sangat Tidak Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju


Setuju
No Soalan Skala

1 Saya mengamalkan penerapan KBAT berdasarkan empat tahap 1 2 3 4 5


pemikiran dalam kurikulum.

2 Saya menggalakkan KBAT dalam kalangan pelajar menerusi 1 2 3 4 5


pembelajaran merentasi kurikulum.

3 Saya mengaplikasikan KBAT berdasarkan standard kandungan 1 2 3 4 5


dan standard pembelajaran.

4 Saya mengutamakan pengajaran KBAT lebih daripada sekadar 1 2 3 4 5


menghabiskan silibus.

5 Saya mengaplikasikan KBAT dalam proses PdPc berpandukan 1 2 3 4 5


buku teks.

Rajah 1

5.0 Data Kajian


Data mentah yang dikumpul daripada soal selidik telah dianalisis melalui SPSS untuk tujuan
analisis data. Data daripada SPPS seperti di bawah dalam Rajah 2.

Rajah 2
AIN SYAFIQAH BINTI MOHAMAD SA’ID (MPPU 201035)
MPPU1034 – APPLICATION OF STATISTICS IN EDUCATIONAL RESEARCH

6.0 Pengurusan Data


Berdasarkan pengiraan daripada SPSS, data mentah setiap responden yang dikumpul untuk
skala tahap pengaplikasian KBAT dalam kalangan Guru Pendidikan Islam telah ditambah
bersama di mana skor maksimum boleh menjadi 25. Jumlah skor kemudiannya dikategorikan
menggunakan pengkategorian konvensional yang dicadangkan oleh Chew Bee Gek (2017).

Rendah Sederhana Tinggi

0 8 16 25
Rajah 3

Dengan pengkategorian konvensional, data dikelaskan sebagai rendah, sederhana dan tinggi
seperti berikut:
Markah Pengaplikasian KBAT Kategori
0–8 1- Rendah
9 – 16 2- Sederhana
17 - 25 3- Tinggi
Jadual 1

7.0 Analisis Data


Data yang diperoleh pada skala tahap pengaplikasian KBAT Guru Pendidikan Islam
dianalisis menggunakan taburan kekerapan mudah berdasarkan pengkategorian konvensional
yang dinyatakan di atas. Oleh kerana skala dalam bentuk Ordinal, statistik deskriptif tidak
dilakukan.

8.0 Interpretasi Data


Taburan kekerapan skala tahap pengaplikasian KBAT Guru Pendidikan Islam ditunjukkan
dalam jadual kekerapan di bawah (N = 30):

TAHAP PENGAPLIKASIAN KBAT GURU PENDIDIKAN ISLAM

Frequency Percent Valid Percent Cumulative


Percent

1 (RENDAH) 3 10.0 10.0 10.0

2 (SEDERHANA) 6 20.0 20.0 30.0


Valid
3 (TINGGI) 21 70.0 70.0 100.0

Total 30 100.0 100.0


AIN SYAFIQAH BINTI MOHAMAD SA’ID (MPPU 201035)
MPPU1034 – APPLICATION OF STATISTICS IN EDUCATIONAL RESEARCH

Jadual 2

Berdasarkan data yang ditunjukkan di frekuensi Jadual 2, hampir keseluruhan Guru


Pendidikan Islam berada di tahap yang tinggi (70%) dalam mengaplikasikan KBAT dalam
pengajaran, diikuti dengan tahap pengaplikasian KBAT yang sederhana (20%) dan
selebihnya (10%) berada di tahap yang rendah. Ini menunjukkan majoriti tahap
pengaplikasian KBAT Guru Pendidikan Islam dalam pengajaran dan pemudahcaraan berada
di tahap yang tinggi. Dapatan kajian ini selari dengan kajian yang telah dibuat oleh Awang
Ali et al. (2016) yang menyatakan tahap amalan KBAT guru adalah tinggi dalam pengajaran
dan pemudahcaraan. Majoriti guru bersetuju mereka berusaha membimbing pelajar kearah
penyelesaian masalah menggunakan pelbagai strategi dan mereka setuju mentaksir pelajar
melalui penguasaan keseluruhan proses dan tidak tertumpu pada hasil akhir. Guru juga
bersetuju mereka menyediakan soalan berstruktur yang memerlukan murid mmberi jawapan
yang terbuka di mana murid perlu mengaplikasikan KBAT.
Namun begitu, berdasarkan data masih terdapat guru yang berada di tahap sederhana
dan rendah dalam pengaplikasian KBAT. Ini mungkin disebabkan kurang pengetahuan dan
pendedahan tentang ilmu dan maklumat yang benar. Maka, guru sebagai pelaksana
kurikulum perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan aspek kurikulum, pedagogi dan
pentaksiran supaya pengaplikasian KBAT dalam proses pengajaran dan pembelajaran
menjadi lebih menyeluruh dan tepat. Tambahan pula, pihak sekolah dan panitia harus
berkolaborasi dalam mengadakan kursus pendedahan dan pemantauan kepada guru. Hal ini
kerana, pendedahan guru dalam kursus KBAT memberi kesan yang mendalam terhadap tahap
pengaplikasian guru dalam proses PdPc serta tahap pencapaian pelajar.

RUJUKAN

Awang Ali, S.A., Abdullah, A.H., Abd Halim, N.D., & Ali, D.F. (2016). Tahap Pengetahuan dan
Amalan Guru Matematik Sekolah Menengah terhadap Pelaksanaan Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT). Malaysian Journal of Higher Order Thinking Skills in Education.
Edition 1/2016, p.42-75.

Chew Bee Gek (2017). Pengetahuan Dan Pengaplikasian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Dalam Kalangan Guru Teknik Dan Vokasional. Jurnal pendidikan UTHM. Fakulti
Pendidikan Teknikal Dan Vokasional 2017.

Murphy, M. (2016). Population definitions for comparative surveys in education. Australian Council
for Educational Research.
AIN SYAFIQAH BINTI MOHAMAD SA’ID (MPPU 201035)
MPPU1034 – APPLICATION OF STATISTICS IN EDUCATIONAL RESEARCH

You might also like