You are on page 1of 14

MODUL KERTAS

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2021


(TAHUN 6)

BAHASA MELAYU - PEMAHAMAN (Set 1)


1¼ jam Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas peperiksaan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.


2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.
3. Bagi Bahagian A, setiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D.
Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas
jawapan objektif yang disediakan. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda
yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.
4. Bagi Bahagian B, jawab semua soalan dalam ruang jawapan yang telah disediakan.
Ceraikan Bahagian B daripada kertas peperiksaan ini.
5. Serahkan Bahagian B bersama-sama kertas jawapan objektif kepada pengawas
peperiksaan pada akhir peperiksaan.

Kertas peperiksaan ini mengandungi 14 halaman bercetak

[Lihat halaman sebelah


Cgu Hana © Modul Kertas Peperiksaan Akhir Tahun 2021 SULIT

Bahagian A
SULIT 2

[20 markah]

Soalan 1 hingga 8
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 “____________ akan arahkan Laksamana masuk mengadap Tuanku dengan kadar segera,”
kata Bendahara kepada Sultan Mahmud.
A Beta
B Patik
C Saya
D Kami

2 Karya _________________ P.Ramlee bukan sahaja terkenal dalam negara kita, bahkan
dikenali di negara-negara jiran, Indonesia dan Singapura.
A Seniwati
B Biduan
C Biduanita
D Seniman

3 Nenek ______________ lidi untuk dijadikan penyapu.


A mengasah
B menyauk
C meraut
D membersihkan

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

4 “__________, kasihan sungguh saya melihat pengemis itu,” kata Danial kepada rakannya.
A Eh
B Aduh
C Aduhai
D Amboi

[Lihat halaman sebelah


Cgu Hana © Modul Kertas Peperiksaan Akhir Tahun 2021
SULIT 3

5 Majlis Perbandaran Kajang sedang melakukan kerja-kerja _______________ jalan raya di


sekitar bandar Kajang.
A menambahbaik
B ditambahbaik
C tambahbaikkan
D tambahbaik

6 _____________penjahat telah berjaya di tembak semasa serbuan dijalankan baru-baru ini.


A Sekumpulan
B Sepasukan
C Sekawan
D Segerombolan

7 Pokok kelapa di hadapan rumah Rafeeqah __________ kerana ditiup angin kuat semalam.
A senget
B condong
C tegak
D lurus

8 Zaid menyiapkan kerja rumah _____________ mendengar muzik.


A semasa
B manakala
C sambil
D dan

Semua penduduk Taman Permata turun padang untuk bergotong-royong membersihkan


kawasan perumahan mereka.

9 Peribahasa yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah


A Bagai aur dengan tebing.
B Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
C Air dicincang tak akan putus.
D Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

[Lihat halaman sebelah


Cgu Hana © Modul Kertas Peperiksaan Akhir Tahun 2021
SULIT 4

10 Budi bahasa Zahrah sangat halus.


Pilih perkataan sinonim bagi halus.

I kecil
II beradab
III bersopan
IV mulus

A I dan II
B II dan III
C I dan III
D II dan IV

11 Berita tentang kes rasuah dalam kalangan kakitangan kerajaan menjadi isu hangat.
Pilih perkataan antonim bagi hangat.

A dingin
B suam
C panas
D meriah

12 Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.

Azizah mengetahui berita tentang kematian neneknya di kampung menerusi kiriman mesej
ringkas yang dikirim oleh ayahnya.

A Di manakah nenek Azizah meninggal dunia?


B Mengapakah nenek Azizah meninggal dunia?
C Bilakah Azizah mengetahui berita tentang kematian neneknya di kampung?
D Bagaimanakah Azizah mengetahui berita tentang kematian neneknya di kampung?

[Lihat halaman sebelah


Cgu Hana © Modul Kertas Peperiksaan Akhir Tahun 2021
SULIT 5

Soalan 13 dan 14
Pilih ayat yang betul.

13 A Hadiah ini adalah untuk adik saya.


B Tuduhan yang ditujukan kepada Hadi ialah palsu.
C Kereta ayah adalah kereta yang berwana biru itu.
D Negara kelahiran saya adalah Malaysia.

14 I Beliau bukan Cikgu Fatimah.


II Jalan raya tidak tempat berlumba.
III Mereka bukan tahu apa-apa yang berlaku semalam.
IV Maklumat itu tidak benar.

A I dan III
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

Soalan 15 dan 16

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

1 Golongan belia digalakkan menyertai program Rakan Muda supaya masa terisi dengan
5 perkara yang berfaedah.

A Untuk mengisi masa lapang supaya terisi dengan perkara berfaedah, Rakan Muda
digalakkan menyertai program golongan belia yang berfaedah.
B Untuk mengisi masa lapang supaya terisi dengan perkara berfaedah, golongan belia
digalakkan menyertai program Rakan Muda yang berfaedah.
C Untuk mengisi masa lapang Rakan Muda, golongan belia digalakkan menyertai
program berfaedah supaya masa terisi.
D Golongan belia menggalakkan Rakan Muda untuk menyertai program yang lapang
bagi mengisi masa lapang.

16 Cikgu Salim memberi kebenaran kepada Anis untuk ke kedai buku.


A Anis meminta kebenaran untuk pergi ke kedai buku.
B Anis mendapat kebenaran daripada Cikgu Salim untuk pergi ke kedai buku.
C Anis dan Cikgu Salim mendapat kebenaran untuk ke kedai buku.
D Cikgu Salim mendapat kebenaran daripada Anis untuk ke kedai buku.

[Lihat halaman sebelah


Cgu Hana © Modul Kertas Peperiksaan Akhir Tahun 2021
SULIT 6

Soalan 17 hingga 20
Baca petikan berita di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Songket, lambang kehalusan seni tenunan Melayu yang diwarisi zaman berzaman.
Kemahiran dan kreativiti tukang tenun terserlah melalui pengolahan corak dan hasil
tenunan yang indah lagi menarik hingga tersohor di persada dunia.

Kedatangan pedagang-pedagang ke Tanah Melayu telah menggiatkan lagi


perkembangan tenunan tempatan.Tenunan songket mula berkembang dibeberepa negeri
terutama di negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di
zaman silam, motif dan warna yang terdapat pada tenunan songket melambangkan strata
atau kedudukan seseorang.

Secara tradisi, songket ditenun dengan menggunakan benang sutera halus dan
benang emas serta dipakai oleh kerabat diraja Melayu dan golongan Bangsawan. Kini,
songket ditenun dengan benang kapas dan mula dipakai oleh golongan rakyat biasa
sebagai pakaian rasmi untuk majlis-majlis tertentu. Motif kain songket terdiri daripada
dua unsur penting iaitu unsur alam dan tumbuhan. Motif yang sering digunakan meliputi
bentuk bunga, daun atau pucuk dan bahagian tampuk buah-buahan.

Keanggunan kain songket, selain dijadikan sebagai pakaian tradisi untuk


mempermanis dan memperaga seni budaya, ia juga turut diilhamkan pada pelbagai
barangan dalam bentuk beg, bingkai gambar, hiasan dinding, kusyen dan sebagainya.

Tradisi menenun masih dapat dikekalkan tidak berubah sebagaimana seratus


tahun dahulu. Alat-alat tenuna atau kek, motif dan ragamhiasnya sera cara menenun itu
sendiri memperlihatkan keindahan dan kesempurnaan hasil ciptaan zaman silam yang
masih segar hingga ke hari ini.

17 Songket terkenal di negeri-negeri berikut kecuali


A Kelantan
B Terengganu
C Pahang
D Pulau Pinang

18 Motif kain songket mengambil inspirasi daripada


A seni budaya masyarakat pantai timur
B elemen alam dan tumbuhan
C bingkai gambar dan hiasan dinding
D benang sutera dan benang emas

[Lihat halaman sebelah


Cgu Hana © Modul Kertas Peperiksaan Akhir Tahun 2021
SULIT 7

19 Berikut ialah pernyataan yang betul tentang petikan di atas kecuali


A Motif dan warna songket melambangkan status kedudukan seseorang pada zaman
silam.
B Benang kapas digunakan untuk menenun songket yang dipakai oleh kerabat diraja
Melayu dan golongan Bangsawan.
C Songket kini digunakan sebagai pakaian rasmi untuk majlis-majlis tertentu.
D Songket digunakan untuk membuat beg, bingkai gambar dan hiasan dinding.

20 Perkataan tersohor bermaksud


A terkebelakang
B biasa
C kebanyakan
D terkenal

BAHAGIAN A TAMAT

[Lihat halaman sebelah


Cgu Hana © Modul Kertas Peperiksaan Akhir Tahun 2021
SULIT 8

Bahagian B
[30 markah]

Soalan 21

(a Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan di
) bawah ini.

menjatuhkan menitiskan menjatuhkan menganggotai

menangis mendeklamasikan manaikkan mengeluarkan

(i) Pak Hassan pernah _________________ perkhidmatan Angkatan Tentera Diraja


30 tahun yang lalu.

(ii) Azri telah ______________________ sebuah sajak semasa majlis Hari Guru.

(iii) Marsya sedih apabila mengetahui rakan karibnya sendiri yang cuba
_____________ maruahnya di hadapan rakan-rakan sekelas lain.

(iv) Adik ___________________ air mata ketika doktor menyuntik lengan kanannya.

[4 markah]

(b Tulis BETUL atau SALAH pada ruang yang disediakan bagi penggunaan perkataan
) bergaris dalam ayat-ayat di bawah.

(i) Pegawai kewangan itu diberkas kerana didapati telah


makan suap.

(ii) Adiba ikat perut hari ini kerana terlupa membawa wang
sakunya ke sekolah.

(iii) Puan Fauziah merasa berat hati apabila mendengar anak


tunggalnya sudah pandai meninggikan suara kepadanya.

[3 markah]

[Lihat halaman sebelah


Cgu Hana © Modul Kertas Peperiksaan Akhir Tahun 2021
SULIT 9

Soalan 22

(a Tandakan ( √ ) bagi penjodoh bilangan yang paling sesuai berpandukan gambar.


)
(i)
sepangsa
sebuah
sepotong

(ii)
sebatang
seikat
seketul

[2 markah]

(b) Nyatakan peribahasa yang sesuai.

_______________________________________________________________________

[2 markah]

[Lihat halaman sebelah


Cgu Hana © Modul Kertas Peperiksaan Akhir Tahun 2021
SULIT 10

Soalan 23

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong.

anggun suram antik

kabur cerah ceria

(i) Wajah Suraya _____________ apabila mendengar berita tentang kematian neneknya di
kampung.

(ii Penglihatan datuk semakin _____________ kerana faktor usianya.


)

(iii Rumah Pak Mahat penuh dengan koleksi barang-barang ___________.


)

(iv Busana pengantin tersebut kelihatan sangat _______________ apabila disulam dengan
) butiran mutiara.

[4 markah]

[Lihat halaman sebelah


Cgu Hana © Modul Kertas Peperiksaan Akhir Tahun 2021
SULIT 11

Soalan 24
Baca poster di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Negeri Kedah


Tarikh: Sabtu, 13 Oktober 2020
Masa: 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: Aman Jaya Mall, Sungai Petani
Anjuran: Jabatan Kebajikan Masyarakat

Pertandingan yang boleh disertai:


 Pertandingan melukis dan mewarna.
 Pertandingan futsal
 Pertandingan menyanyi
 Pertandingan melukis muka “face painting”

 Terbuka kepada kanak-kanak berumur 5 – 15 tahun.


 Hadiah menarik disediakan.

ai Sambutan Hari Kanak-Kanak ini dibuka kepada ________________________________


)
_______________________________________________________________________.

[1 markah]

(b Selain daripada pertandingan yang dinyatakan diatas, nyatakan dua lagi aktiviti yang
) boleh dilakukan untuk menyemarakkan lagi sambutan Hari Kanak-Kanak.

(i) ____________________________________________________________________.

(ii) ___________________________________________________________________.

[2 markah]

(c) Pada pendapat anda, mengapakah sambuatan Hari Kanak-Kanak perlu diadakan pada
setiap tahun?
_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

[Lihat halaman sebelah


Cgu Hana © Modul Kertas Peperiksaan Akhir Tahun 2021
SULIT 12

[3 markah]

(d) Pada pendapat anda, mengapakah sambutan Hari Kanak-Kanak ini dijalankan pada hari
hujung minggu?
_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

[3 markah]

Soalan 25

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.


Menabung bermakna menyimpan sebahagian wang untuk masa hadapan. Sikap suka menabung
perlu perlu dipupuk sejak kecil.

  Antara kebaikan menabung ialah kita dapat mengamalkan sikap berjimat-cermat. Oleh
sebab itu kita perlu merancang segala perbelanjaan harian. Kita hendaklah membawa bekalan air
dan makanan ke sekolah. Justeru baki duit yang diberi oleh ibu bapa dapat disimpan didalam
tabung.

  Apabila kita menabung, kita mempunyai wang simpanan. Wang simpanan ini boleh
digunakan untuk menampung wang perbelanjaan kita untuk melanjutkan pelajaran ke universiti
pada masa hadapan.

  Menabung juga dapat membantu keluarga apabila ditimpa kesusahan. Jika kita sakit,
wang yang disimpan boleh digunakan untuk mendapatkan rawatan. Selain itu, wang ini juga
boleh digunakan apabila keluarga ditimpa musibah.

  Menabung juga boleh menambahkan wang simpanan kita. Jika kita menyimpan wang di
dalam bank, kita akan mendapat sebahagian keuntungan daripada pelaburan bank. Wang ini
boleh digunakan untuk merancang kehidupan pada masa hadapan.

(a) Sebagai seorang murid, apakah yang boleh dilakukan untuk kita mula menabung?

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________
[2 markah]

[Lihat halaman sebelah


Cgu Hana © Modul Kertas Peperiksaan Akhir Tahun 2021
SULIT 13

(b) Nyatakan dua kelebihan menabung.

(a) _______________________________________________________________________.

(b) _______________________________________________________________________.

[2 markah]

(c) Pada pendapat anda, apakah simpulan bahasa yang sesuai untuk amalan menabung seperti
petikan diatas?
_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

[2 markah]

BAHAGIAN B TAMAT

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

[Lihat halaman sebelah


Cgu Hana © Modul Kertas Peperiksaan Akhir Tahun 2021
SULIT 14

[Lihat halaman sebelah


Cgu Hana © Modul Kertas Peperiksaan Akhir Tahun 2021

You might also like