You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN KALABAKAN

PETI SURAT 60840,


91018 TAWAU,
SABAH, MALAYSIA.
KOD SEKOLAH : XBA3019
e-mel : xba3019@gmail.com

________________________________________________________________________________

1.0 UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Kejohanan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) 1993/1994.
Peraturan-peeaturan am MSSM dan Perturan-Peraturan Kejohanan Balapan dan Padang MSSS 2015.

2.0 ACARA-ACARA SERTA UKURAN DAN TIMBANGAN PERALATAN

KOD ACARA ACARA L 18TKB L15TKB L 12TKB P 18TKB P 15TKB P 12TKB


01 100 Meter X X X X X X
02 200 Meter X X X X X X
03 80 Meter L/P 0.762m 0.762m
04 Lompat Tinggi X X X X X X
05 Lompat Jauh X X X X X X
06 Lontar Peluru 5.00kg 4.00kg 2.72kg 4.00kg 3.00kg 2.72kg
07 4 X 100 Meter X X X X X X
08 4 X 200Meter X X X X X X
JUMLAH 8 8

*Acara serta ukuran yang disediakan ini hanya untuk katagori L 12 TKB dan P 12 TKB sahaja.

2.1 Kod 03 Acara 80 Meter Lari Berpagar

Bil. Pagar Tinggi Pagar Pagar 1 dari garis Pagar ke pagar Pagar akhir ke garis
permulaan penamat
8 0.762 meter 12.00 meter 8.00 meter 12.00 meter

2.2 Acara 4 X 200 Meter


2.2.1 Pelari pertama akan gunakan lorong sendiri dan akan mula di garisan 1 ½ stagger (garisan biru) –
seperti pelari pertama dalam acara 4 X 400 Meter.

2.2.2 Pelari kedua akan bersedia di garisan 1 stagger (garisan ini akan disediakan)

2.2.3 Pelari ketiga akan bersedia di garisan ½ stagger (seperti pelari kedua dalam acara 4 X 400 Meter).
Selepas menerima baton dari pelari kedua, pelari ketiga mesti berlari di lorong masing-masing sehingga
selekoh pertama dan kemudiannya ia boleh memotong masuk ke lorong pertama.

2.2.4 Pelari akhir akan bersedia di tempat penerimaan baton mengikut kedudukan pelari yang datang dan
menerima baton dengan syarat tidak menghalang dan menolak peserta lain.

3.0 HADIAH-HADIAH
3.1. Semua acara individu akan menerima hadiah tempat pertama, kedua dan ketiga

3.2. Acara berpasukan : (Empat (4) pingat akan diberi kepada setiap pasukan yang berjaya).

4.0 CARTA PERTANDINGAN


4.1. Setiap pasukan adalah dibenarkan menghantar TIDAK LEBIH daripada dua (2) orang peserta bagi
setiap acara individu dan satu (1) pasukan sahaja setiap acara berpasukan.

4.2. Bilangan maksimum penyertaan seseorang peserta adalah seperti berikut:

Kumpulan umur Individu Berpasukan


18 tahun dan ke bawah 3 (termasuk acara terbuka) 2
15 tahun dan ke bawah 3 (termasuk acara terbuka) 2
12 tahun dan ke bawah 2 2

1
5.0 PENDAFTARAN PESERTA-PESERTA

5.1. Pendaftaran peserta-peserta hendaklah dibuat pada atau sebelum 02 FEBRUARI 2015 dengan
menggunakan BORANG PENYERTAAN RASMI yang dihantar oleh Jawatankuasa Pengelola. Butir-butir
seseorang peserta hendaklah dilengkapkan dan disahkan oleh Guru Besar sekolah masing-masing.

5.2 Peserta-peserta yang hanya mengambil bahagian dalam acara Lari Berganti-Ganti juga dikehendaki
mendaftar.

5.3 Peserta-peserta 12 tahun dan ke bawah setiap Kontinjen hendaklah menyampaikan BORANG KHAS
PERIBADI BERGAMBAR serta salinan surat Lahir yang disahkan oleh Guru Besar Sekolah yang
berkenaan sebagai pengesahan rasmi. Dokumen-dokumen seperti surat akuan atau surat sumpah
TIDAK akan dilayan.

5.4 Peserta-peserta 12 tahun ke bawah hendaklah mematuhi arahan khas yang dikeluarkan oleh Majlis
Sukan Sekolah-Sekolah Sabah tentang pengenalan dan pendaftaran.
- Mesti ada sijil lahir yang tercatat No.KP bapa atau ibu, atau MyKid. Jika tiada, sertakan salinan KP bapa
atau ibu yang disahkan oleh Guru Besar.
( Warga Asing – Memiliki Sijil Lahir, Salinan Pasport bapa atau ibu (sah laku) yang disahkan oleh Jabatan
Pendaftaran Negara/ Imigresan )

5.5 Peserta yang BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA DIBENARKAN BERTANDING dengan syarat
memiliki dokumen yang lengkap seperti di 5.4

6.0 PENGESAHAN PESERTA-PESERTA

6.1. Mesyuarat pengundian:

6.1.2. Mesyuarat pengesahan dan undian lorong akan diadakan pada masa yang akan
ditetapkan.Pengerusi teknik balapan dan padang sekolah dan zon atau wakilnya diminta hadir
untuk menyaksikan pengundian tersebut.

6.1.2 Nama-nama peserta yang akan mengambil bahagian dalam semua acara hendaklah disahkan
selewat-lewatnya pada mesyuarat pengurus-pengurus pasukan

6.1.3 Penarikan diri untuk seseorang peserta yang menarik diri (jika ada) hendaklah dibuat TANPA
PENGGANTI pada masa Mesyuarat Pengurus-Pengurus Pasukan yang tersebut di atas.
SELEPAS ITU, SEMUA PERTUKARAN / PENGGANTIAN TIDAK AKAN DILAYAN.

6.2. Taklimat Pengurus-Pengurus Pasukan.


6.2.1 Semasa taklimat untuk pengurus-pengurus pasukan hanya perkara-perkara berikut tentang
senarai peserta boleh dilakukan:

 Penarikan peserta TANPA pengganti


 Pengesahan peserta-peserta bagi setiap acara Lari Berganti-ganti.

6.3. Penarikan Diri Semasa Kejohanan Dijalankan.

6.3.1 Jika didapati seseorang peserta, setelah disahkan pada mesyuarat Pengurus-Pengurus Pasukan,
tidak mengambil bahagian dalam sesuatu acara KECUALI dengan mengemukakan surat
pengesahan Pegawai Perubatan Kejohanan, maka peserta itu dianggap sebagai menarik diri
tanpa sebab. Oleh yang demikian, peserta tersebut tidak dibenarkan menyertai lagi acara-acara
seterusnya yang didaftarkan atas namanya.

6.3.2 Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara selepas mengambil bahagian
dalam pusingan awal tanpa surat pengesahan daripada Pegawai Perubatan Kejohanan, adalah
dianggap sebagai menarik diri daripada semua acara seterusnya yang didaftarkan atas
namanya.

6.3.3 Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara atas nasihat Pegawai
Perubatan Kejohanan, hanya boleh mengambil bahagian seterusnya dalam semua acara yang
didaftarkan atas namanya dengan syarat peserta tersebut mengemukakan surat pengesahan
daripada Pegawai Perubatan Kejohanan.
2
6.4 Penggantian Dalam Acara Lari Berganti-Ganti.

6.4.1 Penggantian bagi acara Lari Berganti-ganti dihadkan kepada dua (2) orang peserta yang
didaftarkan dalam Borang Penyertaan Rasmi. Peraturan ini melibatkan juga pusingan saringan
hingga ke pusingan akhir.

7.0 MELAPORKAN DIRI PESERTA

7.1. Semua peserta hendaklah melaporkan diri sekurang-kurangnya 20 minit bagi acara balapan dan 25
minit bagi acara-acara padang sebelum waktu yang dijadualkan. Selepas itu mereka akan diiringi ke
tempat pertandingan oleh Penyelia Peserta.

7.2 Peserta-peserta TIDAK DIBENARKAN melaporkan diri terus kepada pegawai Teknik dalam arena
pertandingan.

7.3 Hebahan tentang panggilan peserta-peserta untuk melaporkan diri bagi acara-acara mereka TIDAK
akan dibuat. Maklumat meminta peserta melaporkan diri akan disiarkan di papan kenyataan di tempat
Penyelia Peserta. Hebahan akan dibuat sekiranya terdapat sebarang pertukaran dalam susunan Acara
atau Program.

7.4 Peserta-peserta hendaklah berpakaian lengkap, nombor-nombor mereka mesti disematkan dengan pin
pada tiap-tiap sudut.

7.5 Apabila melaporkan diri untuk tiap-tiap acara, seorang peserta mesti menunjukkan Teg Pengenalan
Rasmi (jika ada) kepada Penyelia Peserta berkenaan. Jika arahan ini tidak dipatuhi, peserta yang
berkenaan TIDAK dibenarkan mengambil bahagian dalam acara yang disertainya.

8.0 PROSES MASUK DAN KELUAR ARENA PERTANDINGAN

8.1. Peserta-peserta hendaklah berbaris apabila dibawa masuk dan keluar arena oleh Penyelia Peserta.
8.2 Bagi acara balapan, selepas sesuatu perlumbaan tamat, peserta-peserta hendaklah berada di lorong
masing-masing berpusing balik dan mengadap hakim-hakim balapan untuk menunjukkan nombor
mereka dan balik ke tempat peserta dengan serta merta tanpa masuk padang.

9.0 MEMANASKAN BADAN

9.1. Peserta-peserta hanya dibenarkan memanaskan badan di tempat-tempat yang disediakan dan
ditetapkan sahaja.

10.0 BLOK PERMULAAN (STARTING BLOCK)

10.1 Bagi acara-acara untuk kelas 3 (12 TKB) Lelaki dan Perempuan yang tersebut di bawah permulaan
dekam (crouch start) dan blok permulaan (starting block) MESTI DIGUNAKAN.

11.0 PAKU KASUT (SPIKES) DAN PERALARAN


11.1 Paku spikes : Kejohanan ini akan diadakan atas balapan “SINTETIK POLYGON”. Gunakan paku spikes
yang sesuai.

11.2 Peralatan : Jawatankuasa Pengelola akan menyediakan semua peralatan pertandingan sahaja termasuk
blok permulaan (starting block).

12.0 CARA MENANDA DI TEMPAT-TEMPAT PERTANDINGAN


12.1 Peserta-peserta TIDAK DIBENARKAN menggunakan kapur atau bahan-bahan lain untuk tujuan
penandaan. Mereka hendaklah menggunakan “tape” yang disediakan pasukan masing-masing.

13.0 UKURAN TINGGI PERMULAAN


13.1 Lompat Tinggi
Kategori Lelaki Perempuan
12 TKB 1.15 meter 1.00 meter

3
14.0 CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN DAN PENENTUAN KEDUDUKAN

14.1 Hadiah-hadiah peserta terbaik akan diberi kepada Peserta Terbaik Lelaki 12TKB serta perempuan
12TKB berdasarkan pencapaiannya mencatat rekod baru MSSDT/MSSZK dan sebagainya. (mana yang
lebih baik pencapaiannya).

14.2 Sekiranya tiada rekod diatasi/dicatat, jumlah pungutan pingat emas dalam acara individu akan diambil
kira.

14.3 Sekiranya pungutan pingat emas masih sama, pungutan pingat perak dan gangsa dalam acara individu
akan diambil kira.

14.4 Sekiranya kedudukan masih sama juga, maka keputusan akan dibuat berdasarkan Jadual Mengira Mata
IAAF bagi pencapaian terbaik acara tertentu setiap peserta.

15.0 JOHAN KESELURUHAN


15.1 Johan Keseluruhan akan dikira kontinjen yang paling banyak memungut pingat Emas. Jika seri, kiraan
pingat Perak terbanyak akan diambil kira, jika masih seri kiraan pingat gangsa terbanyak akan diambil
kira.

16.0 SEPARUH AKHIR


16.1 Dua (2) Separuh Akhir.
Tiga (3) peserta daripada tiap-tiap separuh akhir dan dua (2) lagi daripada peserta yang mencatat masa
yang terbaik daripada kedua-dua separuh akhir layak memasuki Akhir.

Sekiranya terdapat bilangan peserta yang mencatat masa terbaik lebih daripada bilangan yang
dihadkan, maka cabutan undi akan dilakukan di hadapan Pengurus-Pengurus Pasukan yang berkenaan
untuk menentukan peserta yang layak ke pusingan akhir.

Semua pengundian lorong untuk Peringkat Akhir semasa kejohanan akan dilakukan/ditentukan oleh
Jawatankuasa kecil Perangkaan dan keputusan rasmi dengan pengawasan/penyeliaan ahli-ahli Juri
Rayuan serta pihak MSSZK.

17.0 HURUF-HURUF DAN NOMBOR PENGENALAN KONTINJEN


17.1 Nombor Pengenalan Kontinjen :

 SK KALABAKAN - K 001 – K 050


 SK UMAS-UMAS - U 051 – U 100
 SK LUASONG - L 101 – L 150
 SK BRUMAS - B 151 – B 200
 SK ULU KALABAKAN - A 201 – B 250
 SK BRANTIAN - N 251 – N 300

Warna Nombor Pengenalan Kontinjen :

 LELAKI - Kain putih tulisan warna HITAM


 PEREMPUAN - Kain putih tulisan warna MERAH

Ukuran Nombor Pengenalan Kontinjen:

18cm

28cm

4
18.0 BANTAHAN

18.1 Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut peraturan 147 KOAM kecuali;

 Sebarang bantahan bertulis kepada Juri Rayuan mesti disertakan dengan wang pertaruhan
sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja).
 Sekiranya terdapat kontinjen yang menggunakan dokumen palsu/tidak sah, denda akan
dikenan sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia Dua ratus Sahaja).

19.0 HAK-HAK PENGELOLA KEJOHANAN

19.1 Setiap acara akan dijalankan mengikut hari dan waktu seperti yang ditetapkan, tetapi Jawatankuasa
Pengelola dengan persetujuan Pengerusi Teknik Olahraga MSSZK berhak meminda susunan acara jika
difikirkan perlu. Jika berlaku pemindahan Pengurus-Pengurus Pasukan akan dimaklumkan kelak.

19.2 Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak tertulis dalam Undang-
Undang Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) 1993/1994. Peraturan-peraturan Am MSSS atau
Peraturan-Peraturan Pertandingan Kejohanan Olahraga MSSM 2010.

20.0 HAL-HAL LAIN

20.1 TIDAK DIBENARKAN sesiapa pun memasuki arena kejohanan melainkan para peserta yang mengambil
bahagian serta pegawai-pegawai teknik yang bertugas melainkan dengan KEBENARAN PENGURUS
KEJOHANAN.

20.2 Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab ke atas kemalangan, kematian, kecacatan anggota,
kehilangan anggota/harta benda atau sebarang kecederaan lain .

20.3 Kelayakan umur Peserta :

 12 TKB : Lahir pada atau selepas 01.01.2003

20.4 False Start (Salah mula) peraturan 162.7 : mana-mana peserta yang melakukan salah mula kali pertama
dan seterusnya akan dibatalkan daripada perlumbaan tersebut. Tiada lagi amaran dikenakan.
(berkuatkuasa 01.01.2010)

20.5 Penyelewangan / Penipuan :


Sebarang penyelewengan / penipuan adalah DITEGAH SAMA SEKALI. Jurulatih / pegawai yang terlibat
akan diambil tindakan tegas oleh pihak MSSZK.

20.6 Keputusan mesyuarat Jawatankuasa Kerja MSSS pada 9/1/2055 ruj:PPDTW/800-05/1 Jld.3(36) telah sebulat
suara memutuskan dokumen murid yang tertulis “Pendaftaran Lewat” dibenarkan untuk bertanding dalam
kejohanan MSSS dan MSSM tetapi kiraan umur adalah pada 1 Januari tahun semasa pertandingan.

You might also like