You are on page 1of 18

UNIT 9

MENILAI STRATEGI MEMBACA


HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini pelajar akan dapat

 Mengaitkan strategi mentaksir dengan pengajaran dan pembelajaran membaca;


 Menghuraikan kebaikan setiap strategi mentaksir kemahiran membaca;
 Membuat model mana-mana strategi mentaksir kemahiran membaca yang dipelajari berdasarkan
kemahiran membaca yang terdapat dokumen standard prestasi; dan
 Membuat penilaian bagi setiap strategi yang digunakan.

PENGENALAN
Unit ini akan mencuba mengetengahkan strategi mentaksir kemahiran membaca yang berbeza dengan peperiksaan
standard yang mendominasi sistem pendidikan di negara kita. Perubahan ini dibuat berasaskan perkembangan
semasa dalam pengajaran dan pembelajaran serta kelebihan aktiviti mentaksir dalam pengajaran dan pembelajaran
seperti yang disenaraikan di bawah.

 Definisi pentaksiran berkait dengan apa-apa yang sedang berlaku dalam pengajaran dan pembelajaran di
bilik darjah;

 Pandangan tentang pencapaian literasi telah ditingkatkan untuk menyesuaikannya dengan pandangan
semasa tentang literasi, amalan pengajaran semasa, dan kerumitan serta perbezaan dalam perkembangan
literasi;

 Amalan mentaksir berorientasikan kekreatifan, berunding bersama dan dalam konteks khusus;

 Orientasi pentaksiran dipandu (driven) oleh kepentingan kebertanggungjawaban murid dan guru;

 Orientasikan pentaksiran menekankan kerelevanan, bermakna, dan ketulenan (authenticity) terhadap apa-
apa yang ditaksirkan;

 Menitikberatkan peranan guru (sebagai pemerhati, pembuat keputusan, penyokong murid, pendidik,
penterjemah) dalam aktiviti pentaksiran di dalam bilik darjah; dan

 Menitikberatkan peranan murid sebagai pelajar dan rakan kongsi dalam aktiviti mentaksir di dalam kelas.

Kesimpulannya, jenis pentaksiran ini berusaha untuk menentukan saling hubungan (interconnect) dalam
pengajaran, pebelajaran yang berterusan, dan kemajuan murid. Kadang-kadang jalinan antara (interweaving)
pentaksiran, pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dilihat secara mata kasar; pada masa yang lain jalinan
tersebut kelihatan lebih nyata tetapi tidak terpisah daripada isi yang hendak disampaikan, tidak janggal, tidak
mengganggu, dan tidak membayangi kandungan pelajaran tersebut.
Dengan menggunakan pengurusan grafik banding beza, huraikan perbezaan dan persamaan pentaksiran
standard dengan pentaksiran alternatif.

MENILAI STRATEGI MEMBACA


Tierney dan Readence (2005) mencadangkan 8 strategi mentaksir kemahiran membaca yang boleh dilakukan di
dalam kelas. Strategi ini akan dihuraikan satu per satu.

a. Pentaksiran Prestasi

Pentaksiran prestasi ialah satu bentuk pentaksiran yang berbeza daripada peperiksaan tradisional yang
menggunakan pensel dank kertas. Justeru, pentaksiran prestasi bukanlah strategi menguji semata-mata tetapi ia
melibatkan proses dan produk.

Dalam pentaksiran prestasi murid ditaksir berasaskan proses penglibatan mereka dalam menyiapkan
sesuatu tugasan. Guru boleh melihat proses tersebut secara langsung (first hand) begaimana murid menghasilkan
bahasa dalam situasi dunia sebenar. Dengan cara ini, pentaksiran prestasi mempunyai kesahan kandungan yang
tinggi kerana focus pentaksiran ialah proses bukan produk semata-mata.

Struktur pentaksiran prestasi kebiasaannya tidaklah berbentuk formal dan kekal. Hal ini membolehkan
murid berkreatif dan berinteraksi sesama rakan semasa mereka menyiapkan tugasan mereka. Tambahan lagi,
pentaksiran jenis ini cenderung mengintegrasikan pelbagai kemahiran. Contohnya, kemahiran membaca dan
menulis boleh digabungkan menjadi satu tugasan atau kemahiran mendengar dan bertutur boleh dijadikan satu
tugasan lain. Pentaksiran prestasi boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Antaranya ialah jurnal, surat, laporan lisan,
cerita, temu duga, sketsa, berpuisi, portfolio dan pertunjukan boneka.

Jurnal. Murid akan menulis secara kerap dalam jurnal tentang sesuatu yang relevan tugasan yang diberikan
guru. Temanya mungkin tentang kehidupan mereka, persekolahan mereka dan pemikiran mereka tentang
sesuatu. Guru akan memungut jurnal mereka secara berkala dan memberikan maklum balas. Hal ini
memberikan ruang kepada murid dan guru berkomunikasi.

Surat. Murid menulis surat berdasarkan penggunaan bahasa yang betul tentang tugasan yang diberikan
oleh guru. Guru akan menyediakan rubrik untuk menaksir tugasan murid.

Laporan Lisan. Murid digalakkan membuat penyelidikan dalam kumpulan tentang sesuatu tajuk yang
diberikan. Selepas penyelidikan dilakukan, murid dikehendaki menyediakan laporan lisan untuk
dibentangkan di dalam kelas. Komponen penting dalam projek ini ialah persembahan lisan murid dalam
bahasa yang betul.

Cerita. Murid menulis sebuah cerita rekaan. Dalam proses menyiapkan tugasan tersebut, murid diarahkan
memasukkan beberapa komponen struktur tatabahasa dan kosa kata tertentu. Tugasan ini akan ditaksir
secara analitik. Setiap komponen yang dijadikan masukkan dalam cereka itu akan diberikan nilai.

Temu duga. Temu duga ini akan dijalankan oleh dua orang murid. Seorang murid akan menyoal dan
mendengar respons daripada rakan. Daripada respons tersebut pelbagai soalan akan ditanyakan. Kedua-
dua murid bertanggungjawab untuk lendengar dan bertutur.
Sketsa. Murid bekerja dalam pasukan untuk membuat sketsa tentang sesuatu situasi dunia luar. Mereka
diarahkan untuk menggunakan kosa kata yang khusus untuk situasi tersebut. Murid akan ditaksir secara
holistik tentang persembahan mereka.

Deklamasi Puisi. Selepas mempelajari puisi, murid memilih puisi untuk dideklamasikan kepada kelas. Murid
ditaksir berasaskan sebutan, ritma dan kelajuan. Murid juga berpeluang berkongsi dengan kelas tentang
pandangan mereka tentang maksud puisi.

Portfolio. Portfolio membolehkan murid mengumpulkan tugasan mereka dalam jangka masa yang
ditetapkan. Murid akan menggunakan senarai semak dan rubrik di samping deskripsi tugasan mereka.
Murid akan mengunpulkan tugasan mereka yang terbaik, berserta dengan draf tugasan untuk ditaksir oleh
guru.

Persembahan Boneka. Murid boleh bekerja secara individu atau kumpulan untuk membuat persembahan
boneka dalam jangka yang singkat. Persembahan boneka itu boleh melibatkan beberapa orang watak yang
terlibat dalam komunikasi berdasarkan konteks sebenar. Biasanya persembahan ini ditaksir secara holistik.

Tujuan pentaksiran ini adalah untuk membina alat taksiran yang selari dengan matlamat kurikulum.
Pentaksiran ini mencuba mentaksir murid berdasarkan aktiviti yang telah dirancang oleh guru. Pentaksiran jenis ini
lebih menekankan penglibatan murid melakukan aktiviti dalam proses pembelajaran berbanding dengan cara
tradisional yang menafikan penaksiran dalam situasi sebenar.

b. Portfolio

Portfolio merupakan koleksi kerja murid yang biasanya digunakan untuk tujuan pentaksiran alternatif dalam bilik
darjah. Portfolio membaca merupakan satu himpunan maklumat tentang kemajuan membaca murid. Biasanya
disimpan dalam sebuah fail khusus yang dilabelkan dengan nama murid. Fail ini merupakan profil pembacaan murid
yang berkenaan dan disusun dengan kemas mengikut sub tajuk yang sesuai supaya mudah digunakan sebagai
bahan konferens dengan murid itu sendiri, ibu bapa dan kaunselor.

Dalam portfolio penekanan diberikan kepada penglibatan murid menaksir hasil tugasan mereka sendiri dan
memantapkan matlamat pembelajaran mereka. Untuk melakukannya murid perlu bekerja dengan rakan mereka,
guru-guru, dan ibu bapa dalam membuat semakan terhadap usaha mereka, pemilihan bahan pembelajaran,
menyimpan log, dan membina penaksiran kendiri. Terdapat 3 jenis portfolio pembelajaran, iaitu:

 Portfolio Kerja Harian. Portfolio ini merupakan koleksi bukti pembelajaran dan tugasan harian yang
dikumpulkan dalam jangka masa tertentu seperti satu semester atau satu tahun. Bahan-bahan dipilih oleh
murid sendiri;

• Portfolio Dokumentari. Bahan bukti yang dikumpulkan selaras dengan objektif pembelajaran untuk sesuatu
tugasan. Proses penghasilah tugasan perlu ditunjukkan dengan jelas. Penilaia dibuat secara formatif dan
sumatif.

• Portfolio Hasil Terbaik. Bahan terbaik yang dipilih dari portfolio harian. Portfolio jenis ini tidak mementingkan
proses. Penilaian biasanya dibuat berasaskan hasil akhir yang terbaik.

Tujuan portfolio dalam pembelajaran adalah


 untuk melibatkan murid dengan pentaksiran kendiri tentang kemajuan, usaha dan penambahbaikan dalam
aktiviti pembelajaran;

 untuk membiasakan murid bekerjasama dengan ibu bapa dan guru dalam pentaksiran secara berkala dan
menetapkan matlamat pembelajaran.

Terdapat pelbagai kaedah yang digunakan oleh guru-guru membina portfolio. Tierney dan Readence (2005)
mencadangkan lima langkah yang berikut:

 Langkah Permulaan. Dalam langkah ini guru perlu memperkenalkan konsep dan kaedah pentaksiran
berasaskan portfolio kepada ibu bapa murid supaya tidak timbul salah faham tentangnya. Jika ada ibu bapa
yang telah biasa menggunakan portfolio dalam tugas mereka, guru boleh berkongsi maklumat tentang
pentaksiran portfolio yang akan dilaksanakan nanti. Setelah ibu bapa murid faham tentang pentaksiran
portfolio, guru bolehlah membina portfolio membaca untuk kelasnya. Sebelum itu, ada baiknya guru
berbincang dengan murid tentang tujuan dan proses pentaksiran portfolio supaya murid lebih fokus dalam
tugasan mereka nanti dan guru lebih terarah dalam pentaksirannya nanti. Dalam langkah ini guru dan murid
perlu membuat keputusan bersama tentang bentuk portfolio yang dihasilkan dan kaedah pentaksiran yang
akan digunakan.

 Langkah Mengumpul Maklumat dan Menanda Teks (tag). Murid mula mengumpulkan bahan seperti yang
dipersetujui dalam langkah permulaan dan membuat tanda sumber yang diperoleh. Mungkin bahan-bahan
yang diperoleh itu diasingkan mengikut bahagiannya. Contohnya sumber dari jurnal diasingkan daripada
sumber yang diperileh daripada seminar atau surat khabar. Semua teks ini perlu dicatatkan tarikh, sumber,
kepentingan, butiran lengkap tentang teks dan sebagainya. Murid boleh mengumpulkannya dalam log,
jurnal, pentaksiran kendiri, penulisan yang diminati dan sebagainya.

 Langkah Memilih, Mengasingkan dan Kerapian. Langkah ini menuntut murid membuat pilihan daripada
bahan yang telah terkumpul dalam langkah sebelumnya. Pemilihan ini perlulah bertepatan dengan tajuk dan
tujuan portfolio itu dibina. Murid boleh meniru contoh portfolio yang baik dari segi kaedah penyusunannya
sebagai panduan. Murid juga boleh meminta pandangan daripada rakan-rakan atau guru.

 Langkah Kongsi, Reflek dan Rancang. Dalam langkah ini murid dikehendaki berkongsi maklumat
pembacaan mereka dalam konferens yang dianjurkan oleh mereka sendiri bersama-sama dengan rakan
sebaya, ibu bapa, guru dan murid lain. Hasil daripada konferens ini murid boleh membuat analisis
keseluruhan terhadap portfolio mereka.

 Langkah Selanjutnya. Murid boleh membina portfolio yang baharu mengikut proses yang telah dinyatakan di
atas.

Keberkesanan portfolio sebagai alat pentaksiran begantung pada proses portfolio tersebut dilaksanakan dan
keupayaan murid membuat analisis kendiri serta mematau perkembangan mereka. Portfolio bukanlah
berorientasikan produk semata-semata. Sebagai alat pentaksiran, portfolio sepatutnya dapat menunjukkan ciri yang
lebih baik dan pelbagai berbanding dengan penilaian tradisional kerana portfolio secara konsisten dapat memberikan
maklumat yang lebih tentang proses pembelajaran murid.

Bagi pihak murid pula, mereka akan berasa lebih positif terhadap perkembangan pembelajaran mereka.
Mereka akan berasa lebih yakin kerana portfolio memberikan peluang kepada mereka mentaksir diri mereka sendiri,
berkongsi maklumat dengan orang lain dan menetapkan matlamat pembelajaran mereka sendiri. Banyak kajian
melaporkan bahawa murid yang terlibat dalam pentaksiran portfolio sejak prasekolah hingga dewasa bukan sahaja
maju sebagai pelajar, pandangan mereka terhadap erti kehidupan dan kemasyarakatan juga turut berubah.

Pentaksiran portfolio boleh dilakukan dengan menggunakan senarai semak. Contoh senarai semak aktiviti
membaca adalah seperti yang ditunjukkan di bawah. Murid hanya dikehendaki menandakan (√) dalam ruangan yang
disediakan. Selepas mengisi senarai semak, murid dikehendaki membuat komen terhadap pencapaian mereka
berdasarkan item yang disediakan di bawah senarai semak.

Senarai Semak Aktiviti Membaca

Item Tidak cukup Kurang Cukup Cukup Lebih Dari Cukup

Jumlah bahan yang


dibaca

Jenis bahan bacaan

Merancang

Menyemak

Mengedit

Kandungan

Organisasi

Gaya persembahan

Mekanik

Kekuatan : ____________________________________________________________________________

Keperluan : ________________________________________________________________________

Komen: ___________________________________________________________________________

Sebagai alat pentaksiran pelaksanaan portfolio juga mempunyai kelemahan yang tersendiri. Wile dan
Tierney (1994) menyenaraikan 8 ciri yang sering berlaku pada peringkat pelaksanaannya:

 Portfolio dibuat secara paksa, bukan atas kehendak murid sendiri;


 Telalu tekal (rigid) dan kaku (prescribe) kerana terlalu mengikut garis panduan;
 Pentaksiran kendiri yang terlalu formal;
 Memaksa murid mengikut garis panduan yang standard untuk mentaksir;
 Membuat pentaksiran pada akhir tugasan bukan sebagai cara untuk murid mereflek, mentaksir diri,
dan pentaksiran berterusan;
 Guru mengambil peranan yang lebih dalam pembinaan portfolio murid;
 Kaedah pentaksiran tidak sesuai dengan tujuan, proses, elemen dan konteks portfolio; dan
 Tidak ada kebebasan kepada murid kerana bentuk portfolio tersebut telah dipakejkan sejak awal.

Hal ini hanya dapat diatasi jika guru-guru sedar dan faham tentang matlamat portfolio itu sendiri. Portfolio
ialah alat untuk murid memperlihatkan pengalaman dan persepsi tentang pengalaman mereka, pengetahuan tentang
konteks dan interaksi pelbagai faktor yang sangat penting dalam proses kemajuan pembelajaran mereka. Sebagai
alat pentaksiran, portfolio berupaya mengesan perkembangan murid tetapi bukan secara keseluruhan dan
mendalam.

Pilih mana-mana kemahiran membaca yang terdapat dalam sukatan pelajaran. Bina sebuah contoh portfolio
dan tunjukkan kepada murid contoh anda itu. Kemudian, minta murid membuat sebuah portfolio secara berkumpulan
berdasarkan kemahiran membaca yang dipilih.

c. Rekod Anekdot

Rekod anekdot ialah catatan yang dibuat oleh guru berdasarkan pemerhatiannya terhadap tingkah laku murid
terhadap beberapa peristiwa yang signifikan. Catatan tersebut memberikan maklumat tentang murid secara kumulatif
tentang perkembangan murid dalam objektif pembelajaran. Dengan pemerolehan maklumat secara sistematik dan
menganalisis komen yang tedapat dalam rekod anekdot, guru dapat mentaksir perkembangan murid dan merancang
pengajaran yang lebih efektif.

Rekod anekdot yang baik dapat menggambarkan secara ringkas sesuatu peristiwa, termasuk masa, tarikh,
nama individu yang terlibat, dan deskripsi sesebuah latar. Rekod anekdot juga digunakan untuk memperoleh data
tentang proses pembelajaran murid, minat, sikap, tabiat kerja, interaksi dengan orang lain, atau elemen-eleman lain
dalam sesebuah program (Gunning, 2003). Rekod ini mungkin dalam bentuk catatan harian, mingguan, atau
bulanan.

Tujuan rekod anekdot adalah untuk memberikan maklumat tentang perkembangan murid secara berterusan
dalam jangka sama yang agak lama dan mengenal pasti pengajaran yang diperlukan oleh murid.

Bagi memastikan rekod anekdot diselenggarakan dengan berkesan guru perlu mengambil langkah-langkah
yang berikut:

 Rekod anekdot perlu ringkas dan berfokus;


 Komen-komen dalam rekod anekdot perlu dicatatkan dalam buku berjilid dengan setiap muka surat
diperuntukkan untuk seorang murid atau dalam buku nota. Rekod ini hendaklah ditulis mengikut tarikh
supaya rekod aktiviti dan perkembangan murid tersusun mengikut kronologi, atau dalam sebuah
senarai semak;
 Catatkan deskripsi situasi yang tepat dan komen atau soalan yang boleh memandu guru untuk
pencerapan akan datang;
 Komen-komen dalam rekod anekdot perlu dilakukan setiap hari dan sesegera yang mungkin selepas
pencerapan dilakukan. Komen yang dibuat hendaklah berbentuk nuteral (Gunning,2003). Pernyataan
yang berbunyi “Azman bersikap kurang ajar hari ini” tidak sesuai kerana pernyataan itu berbentuk
penilaian. Sepatutnya pernyataan tersebut ditulis “Azman enggan mengikut perintah”.
 Rekod anekdot perlu memperihalkan maklumat tentang kekuatan dan kelemahan murid;
 Komen perlu dicatatkan dalam masa yang berbeza dan aktiviti yang berbeza untuk memastikan
maklumat profil murid tentang keupayaan, minat dan sikap murid merentas masa dan aktiviti;
 Semak rekod selalu untuk memastikan komen yang dibuat untuk setiap murid dilakukan dalam
kemahiran dan tingkah laku yang pelbagai; dan
 Sebahagian maklumat yang dicatatkan itu ada yang boleh dan ada yang tidak boleh dikongsikan
dengan murid lain atau ibu bapa. Guru perlu peka dalam hal ini.

Rekod anekdot biasanya disimpan dalam satu fail khusus. Oleh itu, guru biasanya tidak membawa rekod ini
setiap kali beliau membuat carapan di dalam kelas. Pada kebiasaannya, guru mencatatkan tingkah laku yang
dicerapnya dalam buku nota atau buku kecil. Kemudian dipindahkan ke dalam rekod anekdot mingguan. Contoh
rekod anekdot mingguan adalah seperti yang berikut:

Rekod Anekdot

  Abdul Rosnah Amila Shela Rozi


- ada masalah dalam
penulisan laporan
- berkerja
Isnin - akan membuat      
sendirian
konferens pada hari
selasa.
- mengedit cerita
Selasa       dengan bantuan  
Rosiah
- perbincangan
- mengasingkan idea
kumpulan yang
Rabu   - membuat prioriti,    
berjaya
rangka kasar
-berkongsi idea
- entri ke- 15
dalam log
- menyemak
membaca
Khamis   portfolio dan menilai    
- memilih
4 item tugasan
biografi
bertama
Jumaat          

(Diubahsuai daripada Saskatchewan Education English Language Arts, June 1992)

d. Rubrik

Rubrik ialah sebuah deskripsi tentang standard sifat atau ciri yang digunakan untuk menilai proses atau produk
(Gunning, 2003). Standard deskripsi itu ditulis berdasarkan jangkaan pecapaian yang akan dicapai oleh murid.
Sesebuah rubrik yang baik akan dapat membantu penilai membezakan pencapaian murid yang lemah, sederhana,
pandai dan cemerlang.

Rubrik mempunyai beberapa kelebihan kerana rubrik mampu memberi penilaian secara objektif pada
perkara-perkara yang bersifat subjektif. Pada masa ini, penggunaan rubrik semakin popular kerana beberapa sebab
seperti yang berikut:
 Meningkatnya penekanan pada cara pentaksiran respons terbuka (open-ended responses) akibat
daripada meningkatnya pentaksiran berasaskan prestasi dan pencerapan secara langsung;
 Penggunaan analisis data kualitatif sebagai salah satu cara menghuriakan fenomena-fenomena
kompleks;
 Kecenderungan membuat pentaksiran berbentuk pernyataan tentang individu dan tempat yang lebih
deskriptif, ansur maju (developmental), dan distingtif;
 Pentaksiran yang menjurus pada matlamat pembelajaran dan aktiviti mengajaran yang munasabah;
dan
 Peningkatan pada kaedah mentaksir yang memerlukan murid mentaksir pencapaian mereka sendiri.

Kaedah penggunaan rubrik ada dua cara. Pertama, boleh rubrik digunakan sebagai alat pentaksiran yang
dinamik dan berterusan (ongoing). Rubrik jenis ini akan sentiasa berubah-ubah. Setiap murid akan membina rubrik
mereka sendiri untuk mentaksir pencapaian pembelajaran mereka dan memikirkan kemajuan masa hadapan
mereka. Penggunaan rubrik cara ini dilihat sebagai satu cara provokasi dan membuat keputusan pendidikan secara
berterusan, bukan sebagai pentaksiran sumatif atau penyemakan pencapaian berkala.

Kaedah kedua ialah penggunaan rubrik secara formal. Rubrik jenis ini digunakan sebagai satu cara untuk
menjejak kemajuan murid dalam jangka masa tertentu. Rubrik jenis ini juga boleh digunakan untuk pelbagai tujuan.

Langkah-langkah untuk membina rubrik berasaskan kelas adalah seperti yang berikut:

 Berbincang dengan murid tentang dimensi yang akan ditaksir. Contohnya, dalam pentaksiran
membaca, beberapa dimensi boleh dikenal pasti seperti pramembaca, awal membaca, membaca
mekanis, membaca pantas dan sebagainya;

 Kumpulkan contoh tugasan murid yang berkaitan dengan kemahiran yang hendak dibina rubrik;

 Kaji contoh tugasan murid dan semak semula dimensi yang dibuat sebelum ini;

 Perhalusi senarai dimensi dan berbincang dengan kelas tentang ciri atau sifat sesuatu dimensi;

 Bina skala yang bersifat “continuum” untuk menghuraikan julat produk atau pencapaian bagi setiap
deminsi. Skala tersebut boleh bersifat holistik atau sebuah senarai semak; dan

 Cubakan rubrik yang dibina atau minta rakan lain untuk mencubakannya. Bandingkan keputusan
pentaksiran tersebut. Guru boleh mempuat pindaan jika rubrik tersebut kurang sesuai.

Rubrik Membaca Berdasarkan Kepelbagaian Dimensi

Dimensi Novis/Pembaca Pembaca Sederhana Pembaca Mahir Pembaca Cemerlang


Awal
Kekerapan Jarang membaca Membaca untuk Membaca hampir Membaca setiap hari
membaca tujuan tertentu setiap hari dalam jangka masa
bebas/berdikari sahaja yang lama
Tahap kesukaran Perlukan bimbingan Kemampuan Boleh membaca Boleh membaca
membaca buku-buku membaca di bawah secara berdikari/ lebih baik daripada
terpilih tahap berdikari tanpa bimbingan pembaca mahir
Membaca Tidak mencuba Terdapat sedikit Kesanggupan Membaca buku-buku
kepelbagaian genre membaca buku dari percubaan untuk mencuba membaca daripada genre yang
genre lain membaca buku dari buku dari genre yang berbeza
genre lain berbeza
Tahap penyelesaian Gagal Selesai membaca Selesai membaca Dapat
pembacaan buku menyelesaikan kurang daripada kebanyakan buku menyelesaikan
pembacaan. separuh buku. yang diperkenalkan. hampir semua buku
yang diperkenalkan.

e. Rekod Berterusan (Running Records)

Rekod berterusan ialah satu teknik pentaksiran alternatif yang bertujuan untuk merancang pengajaran yang lebih
efektif, pencerapan guru secara langsung dan berterusan (ongoing) tentang tingkah laku membaca murid, dan
membuat keputusan lain yang berkaitan dengan kemahiran membaca murid. Rekod berterusan ini merupakan salah
satu bentuk analisis kesalahan kiu dalam proses membaca.

Tujuan rekod berterusan ini adalah untuk menyediakan satu bentuk pentaksiran strategi membaca yang
digunakan dan dibina sebagai salah satu cara untuk guru memantau kemajuan dan keperluan membaca murid.
Routman (1988) menambah, melalui kaedah ini guru-guru boleh ‘melihat’ kemajuan membaca setiap murid apabila
memberikan maklumat khusus ke atas keperluan pengajaran murid dan perkembangan mereka.

Cara mengendalikan rekod berterusan:

 Guru dan murid duduk sebelah menyebelah di tempat yang selesa.


 Murid memegang buku dan membaca kuat bahagian yang ditandakan oleh guru. Pada masa yang
sama, guru memegang sesalinan buku yang sama atau bahagian buku yang sama untuk menyemak
bacaan murid;
 Guru memegang kertas dan pensel untuk mencatatkan perkara-perkara yang berlaku di sepanjang
bacaan kuat murid pada salinan buku atau bahagian buku yang dibaca oleh murid, di samping
berperanan sebagai pencerap;
 Setiap bacaan murid yang betul ditandakan (√), manakala setiap bacaan yang salah (penambahan,
penghilangan, ulangan dan penggantian) ditandakan dengan simbol yang khusus. Contohnya,
o SP – pembetulan sendiri
o Garisan di atas perkataan bermaksud ada perkataan yang ditinggalkan;
o U – murid mengulang-ulang bacaan;
o Garisan di bawah perkataan bermaksud ada perkataan yang ditambah oleh murid;
o T – murid mohon bantuan guru, dan sebagainya.
 Selepas sesi membaca kuat, guru bolehlah memberikan komen secara verbal atau
memberikan pujian kepada murid sebagai pentaksiran terhadap pembacaan mereka. Hal ini
sangat penting, malahan jika perlu satu sesi pengajaran secara langsung boleh dijalankan
untuk memastikan murid menggunakan strategi atau tingkah laku tertentu semasa membaca.
Matlamat akhirnya ialah murid menjadi pembaca yang mahir dan segala strategi membaca
dapat diaplikasikan secara automatik semasa membaca.

Perbezaan antara analisis kiu dengan rekod berterusan:

Analisis Kesilapan Kiu Rekod Berterusan

Masa yang panjang Secara langsung

Menggunakan kertas respons sebagai alat Menggunakan pensel dan kertas untuk
pentaksiran mencatat maklumat

Berkaitan dengan memahami teks Membuat hipotesis berdasarkan rekod


yang dicatatkan

Suasana yang dibuat-buat Suasana sebenar (authentik)

Direkodkan Secara langsung (live)

Teks yang disalinkan (photocopy) untuk Buku yang biasa digunakan oleh murid
murid

Latihan secara hands-on berpandukan Latihan secara hands-on melalui


manual amalan

f. Penceritaan Semula

Penceritaan semula ialah prosedur mengingat semula selepas membaca atau mendengar sesebuah cerita. Selepas
membaca atau mendengar cerita, pembaca atau pendengar bercerita semula cerita tersebut berdasarkan ingatan
mereka (Morrow, 1996).

Prosedur penceritaan semula ini membolehkan murid itu memainkan peranan yang besar dalam membina
semula cerita yang dibaca atau didengar. Semasa bercerita murid itu akan menggunakan bahasa dalam waktu yang
agak panjang. Penglibatan aktif ini memberikan ruang kepada murid untuk meningkatkan perkembangan bahasa
mereka, kefahaman dan minat mereka terhadap buku, dan pembelajaran membaca itu sendiri (Evens & Strong,
1996). Goodman (1982) berpendapat, melalui penceritaan semula sesebuah cerita, pembaca berpeluang
menggunakan strategi menelah yang kompleks dan mengesahkan strategi tersebut apabila mereka berasa khuatir
dengan konsep yang tidak biasa (unfamiliar) dalam teks. Fenomena ini sangat signifikan kepada murid kerana
strategi-strategi tersebut sangat penting untuk mewujudkan kefahaman teks yang efektif. Walaupun pembaca atau
pendengar menggunakan maklumat daripada sumber yang sama untuk aktiviti penceritaan semula mereka, setiap
murid akan berbeza dari segi bahasa dan penyampaian mereka. Kelainan-kelainan ini disebabkan skemata dan
pengalaman mereka yang berbeza-beza.

Penceritaan semula memberikan maklumat yang banyak terhadap proses pemahaman pembaca. Aktiviti ini
juga memberikan peluang kepada pembaca untuk mempersembahkan idea mereka, membuat raptai, integrasi idea,
mengubahsuai idea dan membuat tokok tambah dalam kefahaman mereka. Hal ini sangat penting kerena membaca
itu ialah proses membina makna. Makna itu dikongsi dan dirundingkan antara murid, teks, guru dan komuniti kelas.
Murid yang tidak dapat mengingat cerita sepenuhnya, diberikan peluang untuk memperlihatkan kefahaman mereka
melalui penghuraian. Mereka akan diberikan masa untuk menyusun dan berfikir tentang apa-apa yang dibaca atau
didengar. Guru perlu menyediakan peluang kepada murid untuk menghubung kait idea, berfikir semula, dan
menyusun atur cerita supaya sesuai dengan cerita asal. Untuk mengajarkan prosedur bercerita semula di dalam
kelas, langkah-langkah yang berikut boleh diaplikasikan.

 Jelaskan kepada murid cara-cara untuk melaksanakan prosedur bercerita semula dan kepentingannya
dalam pembacaan. Kemudian guru melakukan tunjuk cara kepada murid. Semasa tunjuk cara tersebut
guru memberi komen untuk menjelaskan kepada murid tentang perkara-perkara yang perlu
dimasukkan semasa bercerita semula, mengapa perkara-perkara itu penting serta kepentingan strategi
mengingat seperti pengguaan catatan dan pengurusan grafik semasa membaca;

 Tekankan sekuen dan struktur teks untuk memberikan makna yang logic semasa bercerita semula;

 Murid membaca teks beberapa kali sehingga mereka dapat mengingat isi-isi penting dalam teks. Bantu
mereka menggunakan alat yang boleh membantu mereka mengingat jalan cerita dengan
menggunakan bahasa mereka sendiri seperti catatan ringkas, grafik, pemetaan, malahan murid boleh
menggunakan alat bantu seperti computer atau OHP;

 Mulakan dengan teks yang mudah dan pendek. Kemudian, beransur-ansur menggunakan teks yang
lebih kompleks;

 Taksirkan prosedur bercerita semula berdasarkan kefahaman dan aprisiasi audiens.

Aktiviti bercerita semula boleh dilaksanakan di dalam kelas melalui 4 cara seperti yang berikut:

 Aktiviti Bercerita Semula Seluruh Kelas. Aktiviti ini boleh dilaksanakan dengan guru memperkenalkan
sebuah buku cerita untuk dibaca oleh semua murid. Selepas murid membaca buku tersebut guru boleh
menguji kefahaman murid melalui pelbagai aktiviti seperti perbincangan, menyusun gambar
berdasarkan peristiwa, menyusun pernyataan mengikut sekuen cerita dan bersoal jawab.
Langkah selanjutnya, guru memperkenalkan frasa atau ayat yang akan digunakan dalam penceritaan
semula. Contohnya,
o Permulaan cerita - Pada suatu hari..., Pada musim tengkujuh... dan sebagainya;
o Tempat cerita berlaku – Di dalam hutan, di sekolah, di atas bukit dan sebagainya;
o Nama-nama watak dalam cerita;
o Akhir cerita dengan menyatakan cara cerita dileraikan.
Pada permulaannya, guru melakukan tunjuk cara kepada kelas. Kemudian murid akan mengambil
giliran masing-masing.

 Aktiviti Bercerita Semula Dalam Kumpulan Kecil. Guru mengarahkan murid membaca sebuah buku
cerita setiap seorang di rumah. Buku tersebut boleh dipinjam dari perpustakaan atau buku cerita yang
dibeli. Di dalam kelas, guru menyusun kumpulan kecil 3-5 orang murid. Murid menceritakan kandungan
buku yang dibaca untuk dikongsi bersama-sama dengan rakan mereka.
 Aktiviti Bercerita Semula Secara Berpasangan. Dalam aktiviti ini buku yang dibaca perlulah buku yang
sama dan mereka sama-sama telah membaca buku tersebut. Semasa aktiviti bercerita semula, rakan
pasangan akan menjadi pendengar yang setia. Jika rakan terlupa pada bahagian-bahagian tertentu,
rakan pasangan boleh membantu rakannya. Secara alternatif, penceritaan ini boleh dibuat secara
bergilir-gilir. Contonya, seorang bercerita tentang muka surat genap dan seorang lagi bercerita tentang
muka surat ganjil. Sebagai panduan kepada pencerita, elok sekiranya buku tersebut berada bersama-
sama mereka.

 Aktiviti Bercerita Semula Secara Berdikari. Aktiviti ini memberi peluang kepada murid membuat latihan
kendiri. Aktiviti ini penting untuk pemarkahan dan pengredan. Markah atau gred penceritaan semula
direkodkan dalam Laporan Kemajuan murid.

Contoh rubrik penceritaan semula

Nama murid : ________________________________________________________

Tarikh : _______________________________________________________

Jenis teks : _______________________________________________________

Ciri penceritaan Lemah Sederhana Baik Cemerlang

Penceritaan dimulakan dengan baik. Murid


menceritakan bila dan di mana peristiwa itu
berlaku.
Watak yang telibat diceritakan dengan baik.

Semua isi utama dinyatakan.

Menghuraikan isi sampingan.

Penceritaan tersusun.

Situasi-situasi penceritaan mengikut sekuen.

Menyatakan masalah utama dalam cerita.

Menghuraikan cara masalah diselesaikan.

Jumlah

Jumlah keseluruhan : ______________________________________________________________

Komen : ________________________________________________________________

______________________________________________________________
g. Prosedur Kloz

Kloz ialah satu prosedur yang memerlukan murid membaca sebuah teks yang telah dikosongkan beberapa
perkataan tertentu. Tujuan kloz adalah untuk menguji kefahaman pembacaan murid dan sebagai salah satu prosedur
untuk memperbaki kefahaman murid tentang pembacaan mereka (Taylor, 1953). Oleh hal yang demikian, prosedur
kloz ini dicadangkan untuk digunakan oleh pembaca pelbagai peringkat sebagai salah satu cara mentaksir
keupayaan murid menggunakan klu konteks dan untuk mentaksir tahap kebolehpercayaan teks tertentu. Semasa
menjalani ujian kloz ini murid akan mencuba menggunakan pengetahuan sedia ada, kebolehan bahasa dan
kebolehan membaca mereka untuk menelah perkataan yang dikosongkan.

Bentuk-bentuk kloz itu berbeza-beza, bergantung pada tujuan pentaksiran diadakan. Untuk tujuan
mentaksir kefahaman membaca murid atau mentaksir tahap kebolehbacaan teks, biasanya kloz yang digunakan
ialah kloz yang menghendaki murid mengisi tempat yang dikosongkan dalam teks dengan perkataan asal. Kaedah
membina ujian kloz adalah seperti yang berikut:

Ciri Sebagai ujian Sebagai alat pengajaran

Kepanjangan Biasanya antara 250-350 patah perkataan. Mulakan dengan satu ayat. Kemudian
dengan petikan yang panjangnya 150
patah perkataan.
Pemotongan  Lakukan pemotongan pada setiap Lakukan pemotongan secara terpilih dan
perkataan ke-5, kecuali jika perkataan sistematik berdasarkan tujuan pengajaran
kelima itu jatuh pada nama khas atau pada hari tersebut.
angka (Gunning, 2003). Jika keadaan ini
berlaku, perkataan berikutnya dikira
sebagai perkataan ke-5.
 Tidak ada pemotongan perkataan dibuat
pada ayat pertama dan ayat akhir petikan.
 Untuk memulakan pemotongan, guru boleh
memilih mana-mana perkataan dalam ayat
kedua.
 Panjang garisan pada tempat pemotongan
itu perlu sama supaya murid tidak keliru.
Penilaian Hanya tempat kosong yang diisi dengan Perkataan sinonim dan perkataan yang
perkataan yang tepat sahaja dikira betul. munasabah diterima pakai.
Walau bagaimanapun, kadang-kadang guru
menganalisis respons murid berasaskan ciri
sintaksis dan semantik.
Aktiviti susulan Biasanya tiada Perbincangan guru dan murid akan
membantu kehamanan murid terhadap
teks.
Untuk mengajarkan prosedur kloz ini, guru perlu menghuraikan ciri ujian kloz, memberi petua untuk
menyelesaikan latihan kloz, dan tunjukkan proses melengkapkan aktiviti kloz kepada murid. Petua-petua tersebut
termasuklah:

 Baca keseluruhan petikan dahulu;


 Gunakan semua klu yang terdapat dalam teks;
 Baca secara imbas tempat kosong sehingga akhir ayat. Kadang-kadang klu yang tepat itu muncul
selepas tempat yang dikosongkan;
 Jika perlu, baca satu atau dua ayat ke hadapan untuk mendapatkan klu;
 Jika sudah yakin, isikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai;
 Jangan bimbang jika perkataan yang dipilih itu tidak tepat; dan
 Baca semula petikan setelah semua tempat kosong dipenuhkan. Jika perlu, buat pengubahsuaian
perkataan.

Skor ujian kloz dikira seperti yang dipaparkan dalam jadual di bawah:

Tahap Pembaca Peratusan


Berdikari > 57
Pengajaran 44 - 57
Kecewa < 44

Bina sebuah ujian kloz untuk menguji kefahaman membaca murid anda. Anda digalakkan merujuk mana-
mana buku yang ada menghuraikan teknik kloz ini.

h. Konferensi Murid, Guru dan Ibu bapa

Secara umum, perkataan konferensi bermaksud pertemuan formal untuk berbincang, betukar-tukar pendapat dan
maklumat tentang sesuatu perkara terutamanya dalam kalangan pihak-pihak yang mempunyai minat dan
kepentingan bersama. Konferensi murid, guru dan ibu bapa ini mempunyai banyak faedah. Antaranya,

 Membantu berlakuknya hubungan yang berterusan antara murid, ibu bapa dan guru dalam membuat
sebarang keputusan tentang pengajaran dan pembelajaran;

 Murid, ibu bapa dan guru sama-sama belajar antara satu sama lain semasa mereka membuat refleksi
tentang kemajuan, pemcapaian dan jangkaan pada masa hadapan;

 Konferensi memberikan peluang kepada murid, ibu bapa dan guru untuk menyemak kemajuan
pembelajaran dan merancang tindakan selanjutnya;

 Urusan konferensi antara murid, guru dan ibu bapa dilaksanakan secara “give-and-take” dan ini
memberikan maklumat yang sangat penting kepada guru untuk membantu meningkatkan keupayaan
belajar murid secara berterusan.

Konferensi ini bersifat terbuka. Oleh itu, format konferensi sangat luwes. Terdapat pelbagai kaedah
pelaksanaan konferensi ini. Guru bertindak sebagai jururunding, termasuk menentukan tempat, garis panduan dan
masa. Di negara kita, pada kebiasaannya konferensi ibu bapa, murid dan guru berlaku semasa ibu bapa mengambil
laporan kemajuan murid. Sepatutnya konferensi ini boleh berlaku pada bila-bila masa seperti semasa menentukan
gred dan pada akhir sesuatu unit pembelajaran. Bagi melicinkan perjalanan konferensi, guru perlu memastikan
bahan-bahan murid seperti portfolio, jurnal dan tugasan yang hendak ditaksir terkumpul dengan baik dan mudah
diakses. Agenda sesuatu konferensi biasanya, (1) menyemak dan berbincang tentang kemajuan pembelajaran
murid, (2) objektif konferensi dan cadangan-cadangan penambahbaikan, dan (3) mengungkapkan perkara-perkara
yang perlu dikongsi bersama dengan ibu bapa mereka.

Format Konferensi

Format Konferensi Ibu bapa-Guru dan Murid

Jenis Konferens Deskripsi Faedah Faktor yang perlu


ditimbangkan
Format 1 Ibu bapa dan guru bertemu Ibu bapa dan guru bebas Murid tidak dijemput hadir
Konferens Ibu bapa- untuk berbincang tentang berbincang tentang untuk memberi-kan input.
Guru Secara Tradisi kemajuan pelajaran murid. pelbagai isu yang Timbul perasaan ingin tahu
berkaitan dengan murid, yang mendalam dalam
temasuk isu sensitif. kalangan murid tentang
perkara yang dibincang-
kan.
Format 2 Ibu bapa dan guru berbicang Murid tahu apa-apa yang Ibu bapa dan guru tidak
Konferens Ibu bapa- tentang kemajuan pelajaran dibincangkan. bebas berbincang.
Guru yang murid. Murid hadir sama untuk
melibatkan murid. mendengar perkara yang
dibincangkan.
Format 3 Murid memilih tugasan yang Komunikasi murid, ibu Pengurusan dan
Konferens Ibu bapa- hendak dibincangkan dalam bapa dan guru lebih praperancangan aktiviti
Guru dengan imput konferens. Murid memulakan terbuka. Ibu bapa ber- yang telah dicerap untuk
daripada murid. konferens dengan berkongsi peluang mendapat murid selepas konferens
contoh tugasan yang dipilih. maklumat dari perspektif berlangsung. Sistem
Kemudian, murid meninggal-kan murid sendiri. transisi diper-kenalkan
konferens. Ibu bapa dan guru untuk memi-nimumkan
meneruskan perbinca-ngan. gangguan kepada murid
lain.

Format Konferens Pimpinan Murid (Student-led)

Jenis Konferens Deskripsi Faedah Faktor yang perlu


ditimbangkan
Format 1 Murid mengetuai konferens Murid dapat berkongsi Terdapat kesamaan
Murid mengetuai dengan membincangkan tentang kerja mereka; penglibatan antara guru
konferens dan guru tugasan yang telah dipilih. murid mengetuai dan murid; mencipta
memberikan galakan Semasa murid berkongsi perbincangan; keseimbangan dari segi
maklumat, guru mengajukan perbincangan terbuka perhubungan yang
soalan atau komen untuk antara ibu bapa, guru dan distruktur dan terbuka;
membantu murid membuat murid. memerlukan banyak masa
penerangan. untuk merancang dan
melaksanakan konferens.
Format 2 Murid dan guru memikul Murid berkongsi hasil kerja Berkongsi maklumat
Berkongsi konferens tanggungjawab yang sama. terpilih; murid mengetuai dengan ibu bapa tentang
secara peranan Murid mengetuai konferens konferens; perbincangan menetapkan matlamat;
spesifik dan dengan ibu bapa. Guru tidak terbuka antara murid penekanan pada aktiviti
tangungjawab hadir dalam konferens. Ibu bapa dengan ibu bapa. dengan guru dan ibu bapa;
dan murid beralih ke maja lain memerlukan banyak masa
untuk membina matlamat baharu untuk merancang dan
dan berbincang dengan guru melaksanakan format ini.
tentang perkembangan murid.
Format 3 Terdapat lebih daripada sebuah Murid berdikari; berkongsi Berkongsi perbualan
Murid mengetuai konferens yang berjalan tugasan; mengetuai bersama ibu bapa
konferens dan guru serentak dalam sebuah kelas. konferens; komunikasi bergerak dari satu
memantau Murid mengetuai diskusi, terbuka antara ibu bapa, konferens ke satu
berkongsi matlamat, dan murid dan guru. konferens yang lain;
mengemuka-kan kekuatan dan memerlukan masa yang
kelemahan mereka dalam mencukupi untuk
pembelajaran. Guru memantau merancang dan
perjalanan konferens dan beliau pelaksanaan.
boleh ditanya atau menjawab
soalan murid.
Format 4 Konferens ini tidak dihadiri oleh Murid berkongsi tuga-san; Berkongsi tugasan dengan
Murid bertindak guru. Murid berkongsi buku yang murid berdikari; ibu bapa apabila bergerak
sebagai guru/ telah dipilih dengan ibu bapa. berpeluang berkomunikasi dari satu konferens ke satu
pemimpin/pemberi Murid memandu ibu bapa dengan ibu bapa. konferens; memerlukan
maklumat dengan melalui penilaian/borang masa untuk merancang
ringkasan yang bertulis. dan melaksanakannya
FoRMAT 5 Garis penduan pemilihan Peluang terbaik untuk Menyediakan pemantauan
Murid memilih jawatankuasa dipersetujui murid murid mempamerkan hasil dan sokongan sosial dan
sebuah jawatan- dan guru. Ahli jawatankuasa kerja mereka; murid perkembangan akademik
kuasa terdiri daripada 5 orang yang memilih rakan mereka yang sesuai; mencipta
dipilih oleh murid. Sokongan dan yang boleh membantu dan jadual yang luwes untuk
maklum balas diberikan oleh ahli memandu pembelajaran; berkonferens;
jawatankuasa. menggalakkan kolaborasi mengekalkan komunikasi
dan dialog berterusan yang terbuka dan
antara sistem sokongan berterusan antara ahli.
murid.
(Diubahsuai daripada Tierney, Crumpler, Bertelsen, dan Bond, 2003)

Salah satu program yang terdapat di sekolah ialah Hari Bertemu Ibu Bapa. Biasanya dalam pertemuan ini
guru, ibu bapa dan murid akan duduk bersama-sama membincangkan perkembangan murid dan kaedah-kaedah
yang boleh dilaksanakan untuk menambah baik pencapaian murid.

Adakah kemungkinan program ini diperluas dengan memasukkan Konferensi Ibu Bapa-Guru-Murid? Nyatakan
kekangan-kekangan yang mungkin timbul.

RUMUSAN
Dalam unit ini terdapat 8 strategi yang dicandangkan untuk menilai strategi membaca murid. Setiap strategi
mempunyai format dan objektif tertentu. Oleh itu, guru perlu mahir menggunakan strategi menaksir yang dihuraikan.
Keupayaan guru mempelbagaikan penggunaan strategi menaksir kemahiran membaca ini mampu menjadikan kelas
kemahiran membaca sentiasa hidup dan berinovatif.

KATA KUNCI
Pentaksiran prestasi, portfolio, anekdot, rubrik, rekod berterusan, penceritaan semula, kloz, konferensi murid-guru-
penjaga

PETA KONSEP

Menilai strategi Membaca

Pentaksiran Prestasi
Portfolio

Anekdot

Rubrik

Rekod Berterusan

Penceritaan Semula

Prosedur Kloz

Konferensi Murid-Guru-Ibu Bapa


RUJUKAN

Evans, D.D., & Strong, C.J. (1996). What's the story? Teaching Excetional Children,  
     96    (28), 25-62. 

Goodman, Y. Retellings of literature and the comprehension process.(1982). Theory Into 


   Practice 21 (4), p. 301-308.  

Gunning, T.G. (2003). Building literacy in the content area. Boston, MA: Allyn and Bacon.
Morrow, L.M. (1996) Story Retelling: A discussion strategy to develop and assess
   comprehension. In L.B. Gambrell& J.F. Almasi (Eds.), Lively discussions! Fostering  
   engaged reading. Newark, DE: International Reading Association. 

Taylor, W.L. (1953). Cloze procedure: A new tool for measuring readibility. Journalism Quarterly 30:415-453.

Tierney,R.J., T. Crumpler, C.Bertelsen, dan E. Bond (2003). Interactive assessment: Teachers, parents and students
as partners. Norwooe, MA: Christopher Gordon.

You might also like