You are on page 1of 23

PENJELMAAN

3.1 Gabungan Dua Penjelmaan

3.1a Menentukan Imej suatu Objek bagi Gabungan Dua Penjelmaan Isometri
1. Translasi, pantulan dan putaran adalah penjelmaan isometri.
2. Dalam suatu penjelmaan isometri, bentuk dan saiz bagi imej adalah sama dengan objek.
3. Bagi dua penjelmaan, A dan B,
(a) Gabungan penjelmaan AB bermaksud penjelmaan B diikuti dengan penjelmaan A.
(b) Gabungan penjelmaan BA bermaksud penjelmaan A diikuti dengan penjelmaan B.
(c) Gabungan penjelmaan A2 = AA bermaksud penjelmaan A dijalankan dua kali berturut-
turut.

3.1b Menentukan Imej suatu Objek bagi Gabungan Penjelmaan yang Melibatkan (a)
Dua Pembesaran, (b) Satu Pembesaran dengan Satu daripada Penjelmaan Isometri

Pembesaran ialah suatu penjelmaan di mana semua titik objek bergerak dari satu titik tetap,
mengikut suatu nisbah tertentu.

1. Titik tetap tersebut adalah pusat pembesaran manakala nisbah tertentu dikenali
sebagai faktor skala.

Faktor skala, k =jarak titik pada imej dari pusat pembesaranjarak titik yang sepadan pada
objek dari pusat pembesaranFaktor skala, k=jarak titik pada imej dari pusat pembesaran
jarak titik yang sepadan pada objek dari pusat pembesaran

2. Bagi pembesaran, objek dan imej adalah serupa.

3. Luas imej = (Faktor skala)2× Luas objek

= k2 × Luas objek
Contoh:

E, P dan T ialah tiga penjelmaan yang ditakrifkan seperti berikut:


E = Pembesaran pada pusat V (0, –1) dengan factor skala 2.
P = Pantulan pada garis lurus y = –1 .
T=Translasi(3−3)T=Translasi(3−3)
Berdasarkan rajah di atas, tentukan imej bagi trapezium berlorek di bawah gabungan
penjelmaan
(a) E2
(b) ET
(c) EP
Penyelesaian:

(a)
Trapezium berlorek → (E) trapezium III → (E) trapezium D.
Maka, imej bagi trapezium berlorek di bawah gabungan
penjelmaan E2 = EE ialah trapezium D.

(b)
Trapezium berlorek → (T) trapezium II → (E) trapezium A.
Maka, imej bagi trapezium berlorek di bawah gabungan penjelmaan ET ialah trapezium A.

(c)
Trapezium berlorek → (P) trapezium I → (E) trapezium B.
Maka, imej bagi trapezium berlorek di bawah gabungan penjelmaan EP ialah trapezium B.
3.1c Menyatakan Koordinat-koordinat Imej bagi suatu Titik di bawah Gabungan Dua

1. Koordinat-koordinat bagi imej satu titik, K, di bawah suatu gabungan penjelmaan AB, boleh
ditentukan dengan langkah-langkah berikut:
Step 1: Menentukan koordinat-koordinat K’, imej bagi K, di bawah penjelmaan pertama, B.
Step 2: Menentukan koordinat-koordinat K”, imej bagi K’, di bawah penjelmaan kedua, A.
K” ialah imej bagi K, di bawah gabungan penjelmaan AB.

Contoh:
T, P, R dan E adalah empat penjelmaan yang ditakrifkan seperti berikut:
P = pantulan pada paksi-y.
R = Putaran 90o ikut arah jam pada asalan.
E = Satu pembesaran pada asalan dengan faktor skala 3.
Cari koordinat-koordinat bagi imej titik A (3, –2) di bawah setiap gabungan penjelmaan
berikut.
(a) TT
(b) PT
(c) ET
(d) ER
(e) EP

Penyelesaian:
(a)

A(3, –2) → T → A’(–1, 1) → T → A”(–5, 4).


(b)

A(3, –2) → T → A’(–1, 1) → P → A”(1, 1).

(c)

A(3, –2) → T → A’(–1, 1) → E → A”( –3, 3).


(d)

A(3, –2) → R → A’(–2, 3) → E → A”( –6, –9).

(e)

A(3, –2) → P → A’(–3, –2) → E → A”( –9, –6).


3.1d Menghuraikan Gabungan Dua Penjelmaan

Contoh 1:

Dalam rajah di atas, segi tiga KLM, ialah imej bagi segi tiga ABC di bawah gabungan
penjelmaan VW. Huraikan selengkapnya penjelmaan W dan penjelmaan V.

Penyelesaian:

Segi tiga ABC → W→ Segi tiga KB’C’ → V → Segi tiga KLM


W=Translasi(04)W=Translasi(04)
V = Pembesaran pada pusat K (1, 1) dengan faktor skala 3.
Contoh 2:

Dalam rajah di atas, segi tiga CKL, ialah imej bagi segi tiga ABC di bawah gabungan
penjelmaan UY. Huraikan selengkapnya penjelmaan Y dan penjelmaan U.

Penyelesaian:

Segi tiga ABC → Y→ Segi tiga AB’C → U→ Segi tiga CKL


Y = Pantulan pada garis lurus y = 6
U = Pembesaran pada pusat C (12, 6) dengan faktor skala 2.
Contoh 3:

Dalam rajah di atas, segi tiga PQR, ialah imej bagi segi tiga ABC di bawah gabungan
penjelmaan TW.
Huraikan selengkapnya penjelmaan W dan penjelmaan T.

Penyelesaian:

Segi tiga ABC → W→ Segi tiga PBC’ → T→ Segi tiga PQR


W = Putaran ikut arah jam melalui 90o pada pusat B (5, 5).
T = Pembesaran pada pusat P (1, 5) dengan faktor skala 2.
3.2 Menyelesaikan Masalah yang Melibatkan Penjelmaan

Contoh:
Rajah di bawah menunjukkan segi tiga ABC, SQT dan PQR.

(a) Penjelmaan T ialah translasi (5−2)(5−2)


Penjelmaan P ialah pantulan pada garis lurus y = 7.
Nyatakan koordinat imej bagi titik A di bawah setiap penjelmaan berikut:
(i) Penjelmaan T,
(ii) Gabungan penjelmaan PT.
(b) (i) PQR ialah imej bagi segi tiga ABC di bawah gabungan penjelmaan MN. Huraikan
selengkapnya penjelmaan N dan penjelmaan M.
(ii) Diberi bahawa luas bagi rantau berlorek PSTR ialah 200 m2. Hitungkan luas segi
tiga SQT.
Penyelesaian:

(a)(i) A(3, 11) → T → A’(8, 9).


(a)(ii) A(3, 11) → T → A’(8, 9) → P → A”(8, 5).

(b)(i)

N = Putaran lawan arah jam melalui 90o pada pusat B (5, 10).
(b)(ii)

M = Pembesaran pada pusat (5, 12) dengan faktor skala 3.

(c)
Luas imej = (factor skala)2 × Luas objek
Luas PQR = 32 × Luas SQT
Luas SQT + Luas PSTR = 9 × Luas SQT
Luas SQT + 200 = 9 × Luas SQT
200 = (9 × Luas SQT) – Luas SQT
200 = 8 × Luas SQT
LuasSQT=2008LuasSQT=2008
Luas SQT = 25 m2
3.4.2 SPM Praktis, Penjelmaan

soalan 3:
(a) Penjelmaan P ialah pantulan pada garis lurus x = m.
Penjelmaan T ialah translasi (4−2)(4−2)
Penjelmaan R ialah putaran 90o ikut arah jam pada pusat (0, 4).
(i) Titik (6, 4) adalah imej bagi titik ( –2, 4) di bawah penjelmaan P.
(ii) Cari koordinat imej bagi titik (2, 8) di bawah gabungan penjelmaan berikut:
(a) T2,
(b) TR.
(b) Rajah di bawah menunjukkan trapezium CDFE dan trapezium HEFG dilukis pada suatu
satah Cartesian.

(i) HEFG ialah imej bagi CDEF di bawah gabungan penjelmaan WU.
Huraikan selengkapnya penjelmaan:
(a) U (b) W
(ii) Diberi bahawa CDEF mewakili suatu kawasan yang mempunyai luas 60 m2.
Hitungkan luas, dalam m2, kawasan yang diwakili oleh rantau berlorek.
Penyelesaian:
(a)(i)
(6,4)→P→(−2,4)m=6+(−2)2=2(6,4)→P→(−2,4)m=6+(−2)2=2

(a)(ii)

(a) (2, 8) → T → (6, 6) → T → (10, 4)


(b) (2, 8) → R → (4, 2) → T → (8, 0)

(b)(i)(a)
U: Putaran lawan arah jam melalui 90o pada pusat A (3, 3).

(b)(i)(b)
Faktor skala=HECD=42=2Faktor skala=HECD=42=2
W: Satu pembesaran pada pusat B (3, 5) dengan faktor skala 2.

(b)(ii)
Luas HEFG = (factor skala)2 × Luas objek
= 22 × luas CDEF
= 4 × 60
= 240 m2
Oleh itu,
Luas rantau berlorek
= Luas HEFG – luas CDEF
= 240 – 60
= 180 m2
Soalan 4:
Rajah menunjukkan tiga segi tiga RPQ, UST dan RVQ, dilukis pada suatu satah Cartes.

(a) Penjelmaan R ialah satu putaran 90o , ikut arah jam pada pusat O.
Penjelmaan T ialah satu translasi (23)(23)
Nyatakan koordinat imej bagi titik P di bawah setiap penjelmaan berikut:
(i) T2 ,
(ii) TR.

(b)(i) Segi tiga UST ialah imej bagi segi tiga RPQ di bawah gabungan penjelmaan VW.
Huraikan selengkapnya penjelmaan:
(a) W (b) V

(ii) Diberi bahawa segi tiga RPQ mewakili suatu kawasan yang mempunyai luas 15 m2 .
Hitungkan luas, dalam m2 , kawasan yang diwakili oleh rantau berlorek.
Penyelesaian:
(a)

(a)(i)
(–5, 3) → T → (–3, 6) ) → T → (–1, 9)

(a)(ii)
(–5, 3) → R → (3, 5) → T → (5, 8)

(b)(i)(a)
W: Satu pantulan pada garis lurus URQT.

(b)(i)(b)
Factok skala=USRV=62=3V: Satu pembesaran pada pusat (−4,2) dengan faktor skala 3.Fac
tok skala=USRV=62=3V: Satu pembesaran pada pusat (−4,2) dengan faktor skala 3.

(b)(ii)
Luas UST = (faktor skala)2 x Luas objek RPQ
= 32 x luas objek RPQ
= 32 x 15
= 135 m2
Oleh itu,
Luas rantau berlorek
= Luas UST – luas RPQ
= 135 – 15
= 120 m2

3.4.3 SPM Praktis, Penjelmaan (Soalan Panjang)


Soalan 5:
(a) Rajah di bawah menunjukkan dua titik, M dan N, pada suatu satah Cartesan.

Penjelmaan T ialah satu translasi ( 3−1)( 3−1) dan penjelmaan R ialah satu putaran
90o lawan arah jam pada pusat (0, 2).
(i) Nyatakan koordinat imej bagi titik M di bawah penjelmaan R.
(ii) Nyatakan koordinat imej bagi titik N di bawah penjelmaan berikut:
(a) T2,
(b) TR,

(b) Rajah di bawah menunjukkan tiga pentagon, A, B dan C, dilukis pada suatu satah
Cartesan.
(i) C ialah imej bagi A di bawah gabungan penjelmaan WV.
Huraikan selengkapnya penjelmaan:
(a) V (b) W
(ii) Diberi bahawa A mewakili suatu kawasan yang mempunyai luas 12 m2, hitung luas,
dalam m2, kawasan yang diwakili oleh C.

Penyelesaian:
(a)
(b)
(b)(i)(a)
V: Satu pantulan pada garis x = 8

(b)(i)(b)
W: Satu pembesaran pada pusat (14, 0) dengan faktor skala.

(b)(ii)
Luas B = luas A = 12 m2
Luas C = (faktor skala)2 x Luas objek
= 22 x luas B
= 22 x 12
= 48 m2

Soalan 6:
(a) Rajah di bawah menunjukkan titik M ditanda pada suatu satah Cartesan.
Penjelmaan T ialah satu translasi (23)(23) dan penjelmaan R ialah satu putaran 90o lawan
arah jam pada pusat O.
Nyatakan koordinat imej bagi titik M di bawah setiap penjelmaan berikut:
(i) RT,
(ii) TR,

(b) Rajah di bawah menunjukkan dua heksagon, A, B dan C, dilukis pada grid segi empat
sama.

(i) JKLANO ialah imej bagi ABCDEF di bawah gabungan penjelmaan WV.
Huraikan selengkapnya penjelmaan:
(a) V (b) W
(ii) Diberi bahawa ABCDEF mewakili suatu kawasan yang mempunyai luas 45 m2, hitung
luas, dalam m2, kawasan yang diwakili oleh kawasan berlorek.

Penyelesaian:
(a)
(b)

(i)(a)
V: Satu pantulan pada garis EC.

(i)(b)
Faktor skala=KLBC=62=3W: Satu pembesaran pada pusat J dengan faktor skala 3.Faktor s
kala=KLBC=62=3W: Satu pembesaran pada pusat J dengan faktor skala 3.

(ii)
Luas JKLANO
= 32 x luas ABCDEF
= 9 x 45
= 405 m2

Luas kawasan berlorek


= luas JKLANO – luas ABCDEF
= 405 – 45
= 360 m2

You might also like