You are on page 1of 16

PENGENALAN

Ibnu sina merupakan seoarng tokoh perubatan 1.Hal ini dapat dibuktikan apabila beliau telah
berjaya menemui pelbagai penyakit baharu sehingga digelar bapa perubatan2 .Ibnu Sina
dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan 980 Masihi di Afsyanah, Bukhara, Turkistan.
Nama sebenarnya ialah Al-Husain bin Abdullah bin Al-Hasan bin Ali bin Sina. Beliau mula
mempelajari al-Quran semenjak berumur 5 tahun. Beliau menghafaz al-Quran ketika berusia
10 tahun. Ibnu Sina mula belajar sendiri setelah berusia enam belas tahun Beliau sangat
menyenangi ilmu kedoktoran dan metafizik3. Dalam sekitar satu hingga lima talun, heliau
telah dikenal sebagai ahli falsafah dan doktor di Bukhara. Ibnu Sina mula menjadi doktor
ketika berusia 18 tahun. Ibnu Sina mula dikenali ramai setelah berjaya menyembuhkan Nuh
bin Mansur, salah seorang pemimpin Dinasti Samaniyah 4. Pada Dinasti Hamdani, beliau
dilantik sebagai menteri sebanyak dua kali. Kerana terlibat dalam persoalan politik, dia
dipenjarakan dan dipecat daripada kedudukannya sebagai menteri Ibnu Sina banyak menulis
karya, hampir 200 buah karya. Karya beliau yang terkenal ialah alQanun Fit Tib
(diterjemahkan dengan judul Canon of Medicine), karya ini menjadi rujukan universiti
terkemuka di dunia. Ibnu Sina banyak memberi sumbangan kepada tamadun Islam. Ibnu Sina
meninggal dunia pada tahun 428 Hijrah bersamaan dengan tahun 1037 Masihi di Hamadan. 5
Secara keseluruhannya, Ibnu Sina merupakan seorang yang berinovatif. Ini dibuktikan 6
dengan beliau banyak melakukan penyelidikan dan menghasilkan karya dalam pelbagai
bidang ilmu terutama dalam bidang perubatan. Selain itu, Ibnu Sina adalah seorang yang
pintar dan taat kepada Allah. Beliau adalah seorang yang tidak mengenal putus asa, kreatif,
gigih dan tabah dan tekun dalam menerokai dan menguasai pelbagai jenis ilmu khususnya
ilmu perubatan Beliau juga seorang yang tekun dalam mempelajari ilmu. Olch itu, kita
sebagai umat Islam haruslah mempunyai semangat berusaha dan jangan mudah putus asa
seperti Ibnu Sina.

Sebelum menjelaskan sumbangan ,hasil karya yang telah dihasilakan oleh Ibnu sina pengkaji
akan menyentuh terklebih dahulu berkaitan dengan latar belakang beliau supaya
perbincangan esei ini lebih terarah kepada pokok kajian. Melalui kajian ini pengkaji akan
meneliti pelbagai sumber seperti kepustaaan dimana pengkaji memproleh jurnal perubatan
berkaitan dengan Ibnu Sina dan, pengkaji juga mencari maklumat dari internet .Dari
maklumat yang diproleh pengkaji memproleh maklumat tentang ketokohan beliau dalam
bidang perubatan .Melalui kajian ini saya berharap saya akan memproleh maklumat yang
lebih mendalam mengenai Ibnu Sina
2.0 LATAR BELAKANG

Ibnu Sina atau nama Inggerisnya Avicenna merupakan salah seorang ilmuan islam yang
ikonik dan menjadi sebutan di seluruh dunia sejak dahulu lagi. Beliau merupakan bapa
perubatan moden dan banyak hasil kajiannya yang masih digunakan dalam teknologi
perubatan moden pada hari ini.7
Beliau merupakan ilmuan yang pakar dalam banyak bidang namun salah satu bidang yang
paling menyerlah ialah bidang perubatan.8Hari ini kami akan kongsikan info tentang
sumbangan Ibnu Sina dalam bidang perubatan.

Ibnu Sina lebih dikenali di Barat dengan nama Avicenna mempunyai nama penuh Al-Husain
bin Abdullah bin Al-Hasan bin Ali bin Sina. Beliau merupakan seorang yang berbangsa Parsi
dan dilahirkan di Afsyanah, Bukhara yang kini merupakan antara wilayah di negara
Uzbekistan pada 980 Masihi. Bapa kepada Ibnu Sina merupakan seorang Gabenor pada masa
kerajaan Samaniyah (819M - 1005M).9 Selepas bapanya meninggal pada tahun 390 Hijrah
bersamaan dengan tahun 390 Hijrah bersamaan dengan 1000 Masihi, Ibnu Sina berpindah ke
Khawarizm, Jurjan Rai, dan Hamadan.

Pendidikan awal Ibnu Sina pada masa kanak-kanaknya ialah al-Quran dan sastera yang
dipelajarinya secara persendirian. Ibnu Sina mula belajar menghafal al-Quran ketika berusia 5
tahun. Beliau sudah menguasai tasawuf, fikah, tafsir, dan usuludin ketika berusia 10 tahun 10.
Beliau telah menuntut dengan Abu Abdullah an-Natli yang mengajarnya al-Quran, fikah,
mantik, ilmu hisab, sains, fizik, dan kaji bintang. Beliau menelaah falsafah, politik dan logik,
matematik, fizik, politik dan kedoktoran hingga berusia 16 tahun. Ibnu Sina sangat meminati
ilmu kedoktoran dan metafizik. Dalam sekitar satu hingga lima tahun, beliau telah dikenal
sebagai ahli falsafah dan doktor di Bukhara.

Ibnu Sina mula menjadi doktor ketika berusia 18 tahun. 11 Beliau berjaya menyembuhkan Nuh
bin Mansor, pemerintah Kerajaan Samaniyah dan semenjak itu beliau dilantik menjadi doktor
istana. Pelantikan tersebut merupakan suatu peluang keemasan kerana beliau telah diberi
kebebasan menggunakan perpustakaan istana yang sangat kaya dengan beraneka jenis buku12.
Beliau mengambil kesempatan dengan membaca, merujuk dan menghafal buku-buku penting
di perpustakaan. Pembesar negeri lain seperti Ratu Sayyidah dan Sultan Majdud dari Rayy,
Syamsu Dawla dari Hamadan, dan Alaud Dawla dari Isfahan juga pernah mengundangnya.
Ibnu Sina digelar al-Syeikh al-Ra'is iaitu guru para raja. Dalam bidang kedoktoran, beliau
digelar "pangeran para doktor" dan "raja ubat". 13 Dalam dunia Islam beliau dianggap sebagai
puncak ilmu kedoktoran. Ibnu Sina pernah dilantik menjadi menteri sebanyak dua kali.
Disebabkan Ibnu Sina terlibat dalam persoalan politik, dia dipecat dan dipenjarakan daripada
kedudukannya sebagai menteri. Dalam tempoh Ibnu Sina dipenjara, beliau sempat menulis 3
buah buku. Ibnu Sina banyak meninggalkan karya yang ditulis beliau, semuanya tidak kurang
200 buah, kebanyakan berbahasa Arab dan Parsi. Salah satu karya terbesar Ibnu Sina ialah al-
Qanun Fii alTibb (peraturan kedoktoran)14. Di Eropah dan China buku ini sudah lama
menjadi rujukan kedoktoran. Al-Qanun Fii al-Tibb diterjemahkan dengan judul Canon of
Medicine digunakan sebagai rujukan utama dalam bidang perubatan di seluruh pusat
pengajian Barat termasuk Universiti Franfurt di Jerman, Universiti Paris di Perancis, dan
Universiti Oxford di England. Di dalam buku al-Qanun Fil al-Tibb karya Ibnu Sina
dinyatakan bahawa "darah

Ibnu Sina pernah bertugas sebagai pakar perubatan di wilayah Rai dan juga pernah dilantik
sebagai penasihat agung untuk Amir Ala’Daulah di Asfahan 15. Beliau meninggal dunia di
Hamazan pada tahun 428 Hijrah atau 1037 Masihi.

Sengalir terus-menerus dalam satu kitaran dan tidak pernah berhenti". Karya lain Ibnu Sina
ialah al-Syifa (18 lilid)16, iaitu tentang psikologi, pertanian, retorika dan syair: al-Rasa'il, iaitu
tentang biologi, fizik, astronomi, psikologi, etika dan teologi; Al-Insyarah wa al-Tanbihat,
tentang ketuhanan serta kemurnian hidup dan Risalah al 'Isyqa tentang kerinduan Ibnu Sina
kepada Tuhan.

sifat peribadi beliau yang sering menjadi bualan masyarakat hal ini dapat dibuktikan dengan
Keperibadian luhur ibnu sina yang patut dicontoh beliau seorang yang mencintai ilmu-sejak
berusia 5 tahun sudah berlajar pelbagai ilmu seperti al-quran, tafsir, dan sains. 17 selain itu
beliau seorang yang Tekun mempelajari ilmu-membaca buku berkaitan metafizik karangan
arihtotle sebanyak 40 kali.  Rahsia kejayaan beliau dapat dibuktikan apabila beliau seorang
yang  Taat beragama-sering berdoa dan mengunjungi masjid untuk memohon petunjuk
daripada allah. Beliau seorang Pintar dan cerdik-berjaya menguasai pelbagai ilmu nakliah
ketika berusia 18 tahun.   Bukan itu sahaja Kuat ingatan-berjaya menghafaz al-quran ketika
usia 10 tahun.   Berinovatif-banyak melakukan penyelidikan dan menghasilkan karya dalam
pelbagai bidang ilmu terutamanya perubatan.

Sewaktu Ibnu Sina berusia 21 tahun, beliau mula menulis karyanya yang pertama yang
berjudul "Al-Majmu" di Kawarazm yang mengandungi berbagai ilmu pengetahuan yang
lengkap. Kemudian beliau meneruskan menulis buku-buku lain.18 Nama-nama buku yang
pemah dikarang Ibnu Sina, termasuk yang berbentuk risalah ukuran kecil, dimuat dan
dihimpun dalam satu buku besar yang berjudul "Essai de Bibliographie Avicenna" yang
dihasilkan oleh Pater Dominican di Kairo. Antara yang terkandung dalam buku tersebut
termasuklah buku karangan yang amat terkenal iaitu Al-Qanun Fit

Tibb. Ibnu Sina memiliki pemikiran yang mendalam. Beliau menafsirkan ayat alQuran untuk
mendukung falsafahnya. Seperti al-Farabi iaitu ahli falsafah dari Turkistan, Ibnu Sina
mengakui bahawa alam diciptakan secara

3.0 SUMBANGAN IBNU SINA DALAM BIDANG PERUBATAN

Ibnu Sina telah banyak memberikan sumbangannya dalam bidang perubatan sehingga beliau
disegani di serata dunia. Sumbangan-sumbangan yang telah diberikan oleh Ibnu Sina dalam
bidang perubatan merangkumi beberapa aspek terpenting seperti teori perubatan, penyakit-
penyakit baru yang telah dijumpai oleh Ibnu Sina, dan juga beliau amat terkenal dalam
penciptaan alatan perubatan19. Ibnu Sina telah memperkembangkan ilmu psikologi dalam
perubatan dan membuat beberapa perjumpaan dalam ilmu yang dikenali hari ini sebagai ilmu
perubatan psikosomatics "psychosomatic medicine".

Teori perubatan yang beliau telah perkenalkan pada masa dahulu masih lagi diguna pakai
sehingga ke hari ini. Beliau sangat berminat dalam bidang mengenai kesan akal (mind) atas
jasad dan telah banyak menulis berkenaan gangguan psikologi. Beliau telah mewujudkan
beberapa Teori anatomi dan fisiologi. Ibnu Sina merupakan individu terawal yang
mengemukakan teori-teori anatomi dan fisiologi.20 Teori-teori yang terdapat di dalam buku
beliau menggambarkan analogi manusia terhadap negara dan mikro kosmos (dunia kecil)
terhadap alam semesta sebagai makro kosmos (dunia besar). Misalnya, digambarkan bahawa
syurga kayangan adalah bulat dan bumi adalah persegi. Dengan demikian kepala itu bulat dan
kaki itu empat persegi. Terdapat empat musim dan 12 bulan dalam setahun. Dengan itu,
manusia memiliki empat tangkai lengan (anggota badan) dan mempunyai 12 tulang sendi.
Hati (heart) ialah raja tubuh manusia, sementara paru-paru ialah menterinya. Leher
merupakan jendela badan, manakala hempedu sebagai markas pusatnya. Limpa dan perut
sebagai bumbung sementara usus merupakan sistem komunikasi dan sistem pembuangan.
Pengetahuan anatomi Ibnu Sina jelas dilihat dalam karyanya yang menggambarkan
keterangan-keterangan yang lengkap di samping hiasan gambar-gambar dan sketsa-sketsa
tertentu. Melalui pengetahuan dalam bidang anatomi, Ibnu Sina mendapati jantung manusia
mengandungi tiga injap yang terbuka dan tertutup dengan sendirinya semasa ia mengepam
darah. Ibnu Sina juga dalah individu pertama yang menjumpai sistem peredaran manusia. Hal
ini dapat dibuktikan malalui sebuah buku yang telah beliau tulis iaitu Qanun Fit-Tib yang
menegaskan bahawa "darah mengalir secara terus-menerus dalam suatu lingkaran dan tak
pernah berhenti" . Namun ini belum dapat dianggap sebagai suatu penemuan tentang sirkulasi
darah, kerana bangsa cina tidak membezakan antara urat-urat darah halus (Veins) dengan
pembuluh nadi (arteries). Analogi tersebut hanyalah analogi yang digambarkan antara
gerakan darah dan kitaran alam semesta, pergantian musim dan gerakan-gerakan tubuh tanpa
peragaan secara empirik pada keadaan yang sebenarnya. Para penulis Barat telah
menganggap Ibnu Sina sebagai 'Bapa Doktor Perubatan' kerana Ibn Sina telah berjaya
menyatupadukan teori perubatan Yunani Hippocrates dan Galen serta pengalaman daripada
ahli-ahli perubatan dari India dan Parsi di samping pengalaman beliau sendiri.

Selain itu, Ibnu Sina amat terkenal dalam penyelidikan penyakit. Semasa hidup beliau
menjadi seorang ahli perubatan, beliau banyak menjumpai penyakit-penyakit yang dihidapi
manusia. Ibnu Sina menemui penyakit baharu serta puncanya dan pengaruh kuman dalam
penyakit, jangkitan virus seperti tibi, penyakit rubella, alahan (allergy), cacar (smallpox),
penyakit jiwa dan seumpamanya. Ibnu Sina mendedahkan bahawa penyakit batuk kering
merupakan sejenis penyakit berjangkit. Beliau juga mengenal pasti bahawa air ialah
pembawa segala kuman yang berbahaya dan menganggap ia menjadi punca penularan
kebanyakan penyakit. Beliau juga amat mahir dalam merawat penyakit saraf. Al- Qanun Fit-
Tibb telah membincangkan serta mengenegahkan mengenai penyakit saraf21. Ibnu Sina juga
telah menemukan beberapa penyakit yang berkaitan dengan organ buah pinggang dan pundi
kencing. Penyakit-penyakit buah pinggang dan pundi kencing dapat dikenal pasti dengan
pengelasan yang sistematik yang telah disusun oleh Ibnu Sina. Malah, beliau juga adalah
orang pertama yang menyatakan bahawa keadaan hematuria juga boleh berlaku disebabkan
punca di luar sistem perkumuhan. Hematuria adalah keadaan di mana terdapatnya darah
dalam air kencing manusia.

Akhir sekali, Ibnu Sina juga mahir dalam penciptaan alatan perubatan. Beliau tekah banyak
memperkenalkan alatan perubatan yang masih digunakan sehingga pada masa kini. Dalam
ilmu perubatan, pembedahan antar proses yang diperlukan untuk merawat sesuatu penyakit.
Oleh itu, ilmu pembedahan penting kepada ilmu perubatan. Ibnu Sina juga amat mahir
tentang selok-belok ilmu pembedahan sehingga beliau berjaya mencipta benang khusus untuk
menjahit luka pembedahan22. Beliau juga telah berjaya menghasilkan ubat bius tau lebih
dikenali sebagai ‘Gas Ketawa’ yang penting bangi memastikan pesakit tidak sedar semasa
pembedahan dijalankan. Ubat bius masih lagi digunakan sehingga ke hari ini. Seterusnya,
beliau juga telah mencipta picagari bagi memudahkan ubat untuk dihantar ke dalam badan
pesakit.

KITAB Al -QANUN FITTIB

Antara kitab yang dihasilkan ialah Al qanun FI tibb , Kanun Perubatan Bahasa Arab: ‫القان‬ Al-
Qanun fi al-Tibb  Ghānoon dár tèb; (Bahasa Inggeris: The Canon of Medicine; Bahasa
Latin: Canon Medicinae; Bahasa Cina: Huíhui Yàofāng "Preskripsi Bangsa Hui") ialah
sebuah ensiklopedia perubatan yang dikarang oleh cendekiawan Islam, ahli sains dan
falsafah, dan doktor berbangsa Parsi, Ibnu Sina ("Avicenna"). Kitab agung ini diselesaikan
pada tahun 1025 Masihi .Kitab ini menggabungkan pengalaman peribadi Ibnu
Sina, perubatan Islam pada Zaman Pertengahan, penulisan doktor Rom Kuno Galen,doktor
Ayurveda India  dan perubatan Parsi kuno,  dengan tambahan aspek materia
medika negeri China. Kitab Kanun Perubatan dikarang dala m bahasa Arab dan kemudian di
diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa lain, termasuk bahasa Parsi, Latin,
Cina, Ibrani, Jerman, Perancis dan Inggeris. Kanun dianggap salah satu buku termasyhur
dalam sejarah perubatanJuga dikenali dengan nama sengkatan Kanun ataupun Qanun (yang
bermaksud "hukum" dalam bahasa Arab dan Parsi), Kanun Perubatan kekal berwibawa dalam
bidang perubatan sehingga kurun ke-18 M dan awal kurun ke-19. Ia meletakkan piawai bagi
perubatan di Eropah dan dunia Islam, dan merupakan karya bertulis termasyhur Ibu Sina
bersama dengan Kitab Penyembuhannya. Kanun digunakan di banyak sekolah perubatan—
misalnya di Universiti Montpellier, Perancis, selewat tahun 1650. Kebanyakan bukunya turut
diterjemahkan ke dalam bahasa Cina sebagai Huihui Yaofang oleh orang Hui pada
zaman China Yuan. Kanun juga menjadi asas perubatan Unani, suatu bentuk perubatan
tradisional yang diamalkan di India .Prinsip-prinsip perubatan yang diterangkan
dalam Kanun yang dihasilkan sepuluh abad lalu masih diajar, antara lain, di Universiti
California dan Universiti Yale di Amerika Syarikat, sebagai sebahagian sejarah perubatan.

Pengaruh terhadap dunia Barat Geoffrey Chaucer dalam "prakata umum" Hikayat-Hikayat


Canterbury mengenal pasti sebanyak sepuluh ahli perubatan dan empat daripada mereka
merupakan ahli perubatan Islam. Senarai tersebut memuatkan nama Ibnu Sina bersama-sama
ahli perubatan Muslim lain, yakni al-Kindi, al-Razi dan Ibnu RushdTeks bahasa
Arab Kanun diterjemahkan ke dalam bahasa Latin sebagai Canon medicinae oleh Gerard dari
Cremona dalam abad ke-12 Masihi dan ke dalam bahasa Ibrani dalam tahun 1279. Selepas
itu Kanun berfungsi sebagai panduan utama sains perubatan di negara-negara Barat;
dikatakan ia mempengaruhi Leonardo da Vinci. Kandungannya yang meluas, tataaturnya
yang sistematik dan perencanaan falsafahnya membawa Kanun ke tahap tertinggi dalam
penulisan perubatan Eropah, sekaligus mengetepikan penulisan Galen, dan menjadikannya
buku teks piawai bagi sekolah-sekolah perubatan di Eropah. Teksnya masih dibaca di sekolah
perubatan di Montpellier dan Leuven selewat tahun 1650. Dr Arnold Klebs, seorang pengkaji
penyakit tibi terkemuka, memerikan Kanun sebagai "satu daripada kejadian intelektual
terulung sepanjang zaman.
Tiga buku pertama Kanun berbahasa Latin dicetak dalam tahun 1472, dan edisi lengkap
disiapkan pada tahun 1473. Edisi bahasa Ibrani tahun 1491 merupakan treatis perubatan
pertama dalam bahasa Ibrani dan yang tunggal pada abad ke-15. Dalam 30 tahun terakhir
abad ke-15, Kanun disunting dalam 15 terbitan bahasa Latin.Sir William Osler, seorang
pengamal serta pengajar ilmu perubatan terkemuka pada lewat abad ke-19 dan awal abad ke-
20, berkata, " Kanun ialah buku teks perubatan yang paling termasyhur yang pernah di tulis"
dan "ia tetap menjadi bible perubatan buat masa yang lebih lama berbanding kitab perubatan
lain".[30] Pada tahun 2006, Professor John Urquhart, profesor sains biofarmaseutik di
Universiti California, memerhatikan keterterapan Kanun kepada perubatan moden dan
membandingkannya dengan karya Osler sendiri yang berjudul, The Principles and Practice of
Medicine ("Prinsip dan Amalan Perubatan") (1892). Profesor Urquhart
merumuskan:Seandainya tahun ini ialah tahun 1900 dan anda terdampar di pulau yang tidak
berpenghuni dan anda memerlukan panduan perubatan amali, buku yang mana yang akan
anda letak di samping anda? Pilihan saya ialah Ibnu Sina. Sebab utama adalah kerana Ibnu
Sina memberi gambaran terkait berkenaan pembedahan dan perubatan, sementara Osler tidak
berminat akan pembedahan. Ibnu Sina, misalnya, memberitahu bagaimana hendak menilai
berapa banyak bahagian tepi sesuatu tisu sihat buat dipotong [dalam amputasi], Osler tidak
membincangkan topik asas ini. Ruang antara pembedahan dan perubatan sekarang sudah
mengecil dengan kemunculan kardiologi intervensi, gastroenterologi, radiologi, dan lain-lain.
Ibnu Sina melihat dengan betul bahawa ilmu pembedahan dan ilmu perubatan ialah satu
George Sarton, bapa Sejarah Sains, menulis dalam Introduction to the History of
Science ("Pengenalan kepada Sejarah Sains")Salah seorang pendokong paling terkenal
kesejagatan Islam dan seorang tokoh terkemuka dalam kajian Islam ialah Ibnu Sina, yang
dikenali di Barat sebagai Avicenna (981-1037 M). Selama seribu tahun beliau tetap terkenal
sebagai salah seorang pemikir dan ahli perubatan terbesar dalam sejarah. Karya-karya
perubatan yang paling penting adalah Qanun (Kanun) dan sebuah risalah berkaitan ubat-
ubatan penyakit Jantung. 'Qanun' ialah sebuah ensiklopedia besar perubatan dan ia
mengandungi beberapa penerangan tajam berkaitan
perbezaan mediastinitis dengan pleurisi; sifat berjangkit penyakit phthisis; penyebaran
penyakit melalui air dan tanah; keterangan rapi berkaitan masalah kulit; penyakit kelamin dan
sumbaleweng seks; tentang penyakit saraf.

Mona Nasser Aida Tibi dan Emilie Savage-Smith memerhatikan: "Rasa hormat yang
berkekalan pada abad ke-21 terhadap satu buku yang dikarang 1,000 tahun dahulu menjadi
bukti pencapaian Ibnu Sina
Perlu diperhatikan bahawa Ibnu Sina menulis Kanun lebih seribu tahun dahulu, dan
walaupun Kanun mengandungi keseluruhan ilmu perubatan yang terdapat pada zamannya,
beberapa faktor perlu diambil kira apabila menilai sumbangannya kepada ilmu perubatan.
Faktor-faktor ini boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan utamaTanggapan Ibnu Sina yang
tidak diguna pakai kini: Terdapat empat tanggapan utama dalam Kanun yang tidak diterima
pakai dalam bidang perubatan kini. Tanggapan atau konsep ini ialah sifat menyeluruh
manusia resam tubuh "nafas", dan "unsur". Tanggapan atau konsep yang diketahui perubatan
moden, tetapi tidak diketahui pada zaman Ibnu Sina. Antara yang paling mustahak ialah
anatomi serta kadar peredaran darah anatomi mikroskop metabolisme sel dan kimia dalam
tisu teori mikrob diagnosis makmal, kegunaan ubat anti-serum dan pengubatan sepertinya,
dan pembedahan. Ilmu yang terdapat pada Ibnu Sina dan Perubatan Moden. Pemeriksaan
teks Kanun akan menunjukkan terdapat banyak perkara yang serupa antara Kanun dan ilmu
perubatan moden, tanpa banyak ulasan. Perkara-perkara ini termasuk: pertalian rapat antara
keadaan emosi dan fisiologi, fisiologi tidur, pengaruh iklim terhadap penyakit, pemakanan
(diatetik), hidroterapi, kebersihan air, penggunan ubat anestetik oral, dan penggunaan ujian
haiwan.

KARYA AL SYIFA

Kitab As-Syifa' Ibnu Sina - Ibnu Sina selain dikenal sebagai seorang filusuf muslim yang
memiliki reputasi gemilang, beliau juga dikenal sebagai seorang ilmuan dan dokter muslim
hebat, yang di dunia barat, Ibnu Sina biasa ditulis dengan "Avicenna" 

Kitab Penyembuhan (Bahasa Arab:  dirumuskan: Kitāb al-Shifāʾ; Bahasa Latin: Cukuplah


juga dikenali sebagai Penyembuhan ialah saintifik dan falsafah ensiklopedia ditulis oleh Abu
Ali bin Sīnadari Parsi abad pertengahan,berhampiran Bukhara dalam Maverounnahr.
Kemungkinan besar dia mula mengarang buku itu pada tahun 1014, menyelesaikannya
sekitar tahun 1020,[1] dan menerbitkannya pada tahun 1027.

Kitab al-Syifa ini merupakan sebuah kitab yang cukup terkenal berkaitan dengan hak seorang
Islam terhadap diri Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam. Kitab ini dikemukakan oleh saya setelah
melihat ramai di kalangan umat Islam tidak mengetahui hak Baginda sallallahu ‘alaihi wa
sallam yang patut dibela dan dipertahankan.

Kaum kuffar, saban hari mencipta sesuatu untuk menyakiti peribadi Nabi sallallahu ‘alaihi
wa sallam ada yang melakarkan bentuk kartun seperti dilakukan oleh penjenayah Denmark
dan ada pula yang cuba menerbitkan dokumentari untuk mempersendakan Baginda sallallahu
‘alaihi wa sallam seperti yang dilakukan oleh orang Belanda.

Justeru itu, kitab ini yang dikarang oleh Qadhi ‘Iyadh dengan judul al-Syifa bi Ta’rif Huquq
al-Musthafa atau al-Syifa fi Syaraf al-Musthafa yang lebih dikenal sedemikian oleh penduduk
Islam sebelah Timur adalah sebuah kitab yang cukup sinonim dalam situasi ini.

Beliau telah lama menerbitkannya demi mempertahankan Rasulullah dan menyatakan setiap
bentuk kecintaan dan pembelaan kita kepada orang yang berani mencemuh dan menyakiti
Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam sekalipun Baginda sudah tiada lagi. Inilah yang dikatakan
iman sepertimana yang dihuraikan oleh beliau di dalam kitabnya ini.

Kitab ini mengupas secara panjang lebar berkaitan dengan keperibadian dan hak-hak yang
sepatutnya ke atas Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam. Kitab ini begitu bermutu dan masih
digunakan sebagai rujukan hingga kini di negara Islam.

Dan pernah diceritakan, seorang ilmuan bermimpi bertemu dengan Qadhi ‘Iyadh tidak lama
selepas kematiannya, lalu ditanya kepadanya: Apa yang Allah buat kepadamu? Beliau
menjawab: Tidak ada yang memberikanku faedah melainkan kitab al-Syifa.

Haji Khalifah berkata pula: Kitab tersebut adalah sebuah kitab yang hebat dan cukup
berfaedah, tidak pernah ditulis sepertinya dalam dunia Islam. Syukur kepada Allah Taala atas
usaha yang dilakukan oleh penulisnya, semoga diterima dengan rahmat dan kemuliannya di
sana kelak.

Ulama yang membaca kitab tersebut, berlumba-lumba untuk menghurai dan mengeluarkan
hadis-hadisnya. Bahkan mereka turut menulis ringkasan dan huraian berpandukan kitab
tersebut sebagaimana kata ‘Abd Allah al-Habsyi: Hampir 80 buah kitab telah ditulis berkaitan
dengan kitab al-Syifa ini, antaranya kitab huraian, hasyiah dan juga takhrij.

Ulama turut menceritakan berkaitan manuskrip kitab ini yang telah dicetak buat pertama
kalinya di Mesir pada tahun 1276H dan di Ankara pada tahun 1290H, di kota Fes, maghribi
pada tahun 1305H. Dicetak pula dengan semakan oleh Muhammad Salim dan Ibrahim
Madkur pada tahun 1396H dan diulang cetak semula dengan semakan ‘Ali Muhammad al-
Bijawi pada tahun 1397H.

Kitab huraian pada kitabnya ini adalah seperti karya Abu al-Mahasin Ibn al-Dhajjah
(w.572H) yang sezaman dengannya, antara kitab lain seperti,kitab Nasim al-Riyadh oleh
Syihab al-Khafaji,kitabKhulasah al-Wafa bi Syarh al-Syifa oleh Ibrahim Hanif al-Rumi
(w.1199H),kitab Muzil al-Khafa ‘an Alfazh al-Syifa oleh Ahmad bin Kamal al-Din al-Syimni
al-Misri (w.873H),kitab al-Riyadh fi Khatm al-Syifa li al-Qadhi ‘Iyadh oleh al-Sakhawi
(w.902H),kitab Syarh al-Syifa oleh ‘Ali bin Sultan Muhammad al-Qari atau lebih dikenali
sebagai Mulla ‘Ali al-Qari (w.1014H),kitab Hasyiah Ibn Luthf ‘ala al-Syifa oleh Muhammad
Hasan bin Luthf ‘Ali (w.1312H),kitab Manahil al-Safa fi Hill Alfazh al-Syifa oleh Ibn
Gennoun al-Fasi (w.1333H); dan,kitab Manahil al-Safa fi Takhrij Ahadits al-Syifa oleh Jalal
al-Suyuthi (w.911H).
KITAB AL-ISHARAT WA AL -TANBIHAT

Selain kitab-kitab tersebut masih banyak karyanya yang berjumlah cukup besar, namun untuk
mengetahui berapa jumlah buku karya-karyanya tersebut secara pasti sangatlah sulit,
menginga perbedaan tentang sedikit banyaknya data yang digunakan. Namun untuk
menjawab hal ini, setidaknya ada dua pendapat.

Dari penyelidikan yang dilakukan oleh Father dari Domician di Kairo terhadap karya-karya
Ibn Sina, ia mencatat sebanyak 276 (dua ratus tujuh puluh enam) buah.Phillip K. Hitti
dengan menggunakan daftar yang dibuat al-Qifti mengatakan bahwa karya-karya tulis Ibn
Sina sekitar 99 (sembilan puluh sembilan) buah. Karya-karyanya ini sebagian besar dalam
berbahasa Arab, tetapi ada sebagian kecil diantaranya berbahasa Persia, seperti Danishnamah
‘Ala’i  (buku ilmu pengetahuan yang dipersembahkan kepada ‘Ala al-Daulah). Buku ini
merupakan karya filsafat pertama di Persia Modern.Dikatakan bahwa Ibn Sina memiliki
karya tulis yang dalam bahasa latin berjudul De Conglutineation Lagibum. Dalam salah bab
karya tulis ini, Ibn Sina membahas tentang asal nama gunung-gunung. Pembahasan ini
sungguh menarik. Di dalam buku tersebut Ibn Sina mengatakan, “Kemungkinan gunung
tercipta karena dua penyebabpertama, menggelembungnya kulit luar bumi dan ini terjadi
lantaran goncangan hebat gempa karena proses air yang mencari jalan untuk mengalir. Proses
mengakibatkan munculnya lembah-lembah bersama dan melahirkan penggelembungan pada
permukaan bumi. Sebab sebagian permukaan bumi keras dan sebagian lagi lunak. Angin juga
berperan dengan meniup sebagian dan meninggalkan sebagian pada tempatnya. Ini adalah
penyebab munculnya gundukan di kulit luar bumi.” Karena intelektualitas Ibn Sina yang
cukup representatif pada masanya sehingga diberi gelar Al-Shaikh Al-Rais (The Leader
Among Wisemen) Hujjat Al-Haqq (The Proof Of God) dan bapak kedokteran Islam (Amir Al-
At}ibba’, The Prince Of Physicians). Suatu predikat mulia bagi seorang
intelektual profesional yang tidak mudah diberikan kepada siapapun karena eksistensinya
yang ketat memikat.

Penguasaannya terhadap ilmu pengetahuan, sangat berpengaruh terhadap pemikirannya


tentang konsep pendidikan. Di samping itu, sebenarnya yang mematangkan teori-teori
pendidikannya ialah ia mempunyai pengalaman praktis dalam pengajaran. Pandangan-
pandangannya tentang pendidikan sangat tajam dan komprehensif. Dengan kemampuannya
tersebut, maka wajar bila para pakar pendidikan Islam mengakui bahwa Ibn Sina banyak
memberikan saham dalam meletakkan dasar-dasar pendidikan Islam, terutama dalam
pendidikan anak didik.
KITAB AN –NANJAT

Sebuah karya kitab yang berisikan ringkasan dari kitab Ash-Shifa’, kitab ini ia tulis untuk
para pelajar yang ingin mempelajari dasar-dasar ilmu hikmah, selain itu buku ini juga secara
lengkap membahas tentang pemikiran Ibn Sina tentang ilmu Jiwa.

KITAB LISANU AL-ARAB


Kitab ini merupakan hasil karyanya dalam bidang sastra Arab. Kitab ini berjumlah mencapai
10 jilid. Menurut suatu informasi menjelaskan bahwa buku ini Ibn Sina susun sebagai
jawaban terhadap tantangan dari seorang pujangga sastra bernama Abu Manshur al- ubba’I di
hadapan Amir ‘Ala ad-Daulah di Ishfaha.
5.0 KESIMPULAN
Sebagai penutup kata, pengkaji berharap hasil kajian ini dapat memberikan panduan serta
rujukan kepada masyarakat di luar sana bagi mengetahui ketokohan didalam bidang
perubatan .Kajian ini serba sedikit dapat dijadikan bahan rujukan dan bahan bacaan yang
boleh digunakan pada masa-masa akan datang. Akhir sekali,semoga generasi akan datang
sudi menjadikan Ibnu Sina sebagai idola dan inspirasi untuk menjadikan beliau sebagai
teladan bagi mencapai kejayaan dalam hidup .

Bukan itu sahaja melalui kajian ini pengkaji berharap kita dapat menjadi seorang yang
berjaya dindunia dan akhirat dan kitadapat mencontohi kehebatan Ibnu Sina
BIBLIOGRAFI

Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdallah Ibn Sina Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
https://ms.wikipedia.org/wiki/Abu_Ali_Al-Hussain_Ibn_Abdallah_Ibn_Sina
diterbit pada 16 mei 2016 diakses pada bulan mei
1
Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdallah Ibn Sina Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
https://ms.wikipedia.org/wiki/Abu_Ali_Al-Hussain_Ibn_Abdallah_Ibn_Sina diterbit pada 16
mei 2016 diakses pada bulan mei

Ustazah Saliza Zainol IBNU SINA BAPA PERUBATAN YOUTUBE (4) IBNU SINA BAPA
2

PERUBATAN - YouTubehttps://youtu.be/5kxAupvmfEg
3
Ruffus, Anthony; McGinnis, John (2015). "Willful Understanding: Avicenna's Philosophy of
Action and Theory of the Will". Archiv für Geschichte der Philosophie (PDF). 97 (2): 160–
195. doi:10.1515/agph-2015-0007. ISSN 0003-9101. OCLC 5866124462.di terbit 15 oktober
2015.Diakese pada 12 Mei 2021
4
 Wilferd Madelung (2011), "Ibn al-Malāḥimī", in David Thomas; Alex Mallett; Juan Pedro
Monferrer Sala; Johannes Pahlitzsch; Mark Swanson; Herman Teule; John Tolan (eds.), Christian-
Muslim Relations: A Bibliographical History, Volume 3 (1050–1200), Leiden: Brill, pp. 440–443.

5
Ibnu Sina Lonto Wikipedia, ensiklopedia pereyi Bahasa Hulontal
Hulontalohttps://gor.wikipedia.org/wiki/Ibnu_Sina .Diterbit pada 16 mei 2009 .Diakses pada 19
Mei 2021

6
MJ SUHAIMI ibnu sina:cendiakiawan islam yang mengubah dunia perubatan moden
luminasi.com/bm/ibnu-sina-cendekiawan-islam-yang-mengubah-bidang-perubatan-moden-
dunia.html 5 Januari 2018 .Diakses 26 Mei 20201

7
 NURUL KASMADILLAWATI ZAKARIA RIWAYAT HIDUP DAN
SUMABNAGN IBNU SINA DALAM BIDANG PERUBATAN . https://ilabur.com/ibnu-sina/.
DITERBIT 24 OGOS 2008 .Diakses 23 Mei 2021
8
KOMPAS.COM Mengenal Ibnu Sina, Pakar Kedokteran Muslim dan Warisannya di Era
ModernArtikel ini telah tayang di Kompas.com dengan judul "Mengenal Ibnu Sina, Pakar
Kedokteran Muslim dan Warisannya di Era Modern", Klik untuK
baca: https://www.kompas.com/tren/read/2021/04/24/100500665/mengenal-ibnu-sina-pakar-
kedokteran-muslim-dan-warisannya-di-era-modern?page=all. Diterbit 24.APRIL2021 diakses
pada 16 mei 2021.
9
AvicennaFrom Wikipedia, the free encyclopedia. Diterbit 4 APRIL 2001 .Diakses pada 25 Mei
2021

10
e.g. at the universities of Montpellier and Leuven (see "Medicine: an exhibition of books
relating to medicine and surgery from the collection formed by J.K. Lilly". Indiana.edu.
Diterbit 31 August 2004. Archived from the original on 14 December 2009. Retrieved 19
January 2010.).Diakses pada 6 mei 2021
11
Rabiatul Adawiyah Othman Biodata Ibnu Sina yang Boleh Kita Pelajari bidadari.my/biodata-
ibnu-sina-yang-boleh-kita-pelajari diterbit 13 MEI 2009 .diakses 1 june 2021.
12
ncyclopædia Britannica Online. 2007. Archived from the original on 22 December 2007.Diterbit
pada 27 November 2007.Diakses pada 23 Mei 2021
13
Islamic phisolosophy online Ibn Sina (Avicenna)
Posted on June 5, 2019 diakses pada 23 jun 2021

14
wkipedia free ensiklopedia THE CANON OF MEDICINE edicted 30 JUN 2021.Diakses 23 MEI
2021
15
NURULKASMADILAWATI ZAKARIA ,RIWAYAT HIDUP DAN SUMABNAGN IBNU
SINA DALAM PERUBATAN
16
Wikipedia, ensiklopedia bebas,kitab penyembuhan disunting 19 MEI 2013.Diakses 25 MEI SOS1
Terjemahan Kitab Al-Majmu’ Syarah Al-Muhadzdzab Jilid 1-20 2 OG02 2021.Diakses Pada 28
17

OGOS 2021

18

19
Naseer Sobri the patriost pengenalan perubatan ibnu
sinahttps://www.thepatriots.asia/category/eksplorasi-karya/dikemaskini 18 sep 2017 .Diakses 23
Mei 2021
20
Konsep asas llmu perubatan Islam menurut Ibn Sina / Roshaimizam Suhaimi and Jasni
Sulong Suhaimi, Roshaimizam and Sulong, Jasni (2009) Konsep asas llmu perubatan Islam
menurut Ibn Sina / Roshaimizam Suhaimi and Jasni Sulong. Esteem Academic Journal, 5 (2). pp.
201-213. ISSN 1675-7939 terbit tahun 2009.Diakses 1 jun 2021

21
TOKOH-TOKOISLAM IBNU SINA BAPA PERUBATAN DUNIA, Diterbit Rabu 17 Februari
2016 IBNU SINA ,Diakses 12 jun 2021.

22
Najibah 5282, JOM BELAJAR MENGENALI TOKOH ISLAMhttps://www.bing.com/search?
q=penyelidikan+penyakit+ibnu+sina&qs=n&form=QBRE&sp=-
1&pq=penyelidikan+penyaki&sc=0-
20&sk=&cvid=CCF9E5D3A65C49CAB8CBD832EC7E0F51#

You might also like