You are on page 1of 1

Ruj.

Kami : SKTBR1 700-1/1/1 ( 2 )


Tarikh : 1 Disember 2021
Yang Di Pertua,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya (1),
48300 Bukit Beruntung, Rawang,
Selangor Darul Ehsan.

Melalui,
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya (1)
48300 Bukit Beruntung, Rawang,
Selangor Darul Ehsan.

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK


PERINGKAT SEKOLAH

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk berdasarkan surat kepada PIBG SK
Taman Bunga Raya (1), rujukan surat SKTBR1 700-1/1/1 (1), bertarikh 17 November
2021. Dimaklumkan bahawa perbelanjaan Program Sambutan Hari Kanak-kanak Peringkat
Sekolah SK Taman Bunga Raya (1) seperti dalam kertas kerja dan lampiran perbelanjaan.

2. Sehubungan dengan itu, sumbangan yang telah diterima sebanyak RM 2385.00.


Oleh yang demikian, dengan besar hati, kami ingin memohon baki sumbangan sebanyak
RM 566.00 untuk perbelanjaan program tersebut. Bersama-sama ini disertakan lampiran
peruntukan perbelanjaan Program Sambutan Hari Kanak-kanak untuk rujukan dan tindakan
tuan.

3. Keprihatinan dan kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului
dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian,

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

....................................................
(MOHAMED ASRI BIN ABU BAKAR)
GPK Hal Ehwal Murid,
SK Taman Bunga Raya (1).

You might also like