You are on page 1of 4

Minggu Praktikum :9

Tarikh : 01. 09. 2021

Tajuk Jurnal : Minggu Sains SKPS - Inovasi Barang Mesra Alam Dalam Usaha
Memelihara dan Memulihara Alam Sekitar

1. Isu Yang Difokuskan :


Sepanjang pada minggu ke-9 sesi PDPR saya berlangsung, saya telah
berkesempatan untuk mengikuti aktiviti kokutikulum di bawah Persatuan Sains
SKPS. Berikut merupakan dapatan saya :-
a. Penerangan konsep berkaitan dengan inovasi barang mesra alam dalam usaha
memelihara dan memulihara alam sekitar.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Kelebihan sesi Pengajaran dan Pembelajaran


Dari Rumah) :-
Bagi isu yang telah saya nyatakan di atas, dapatan yang saya perolehi, saya dapat
lihat murid-murid di SKPS masih lagi kurang pengetahuan dan juga kesedaran
tentang penjagaan alam sekitar. Justeru, SKPS mengadakan bulan sains dan
teknologi untuk memupuk kesedaran terhadap alam sekitar dalam kalangan murid-
murid menerusi inovasi peralatan terpakai yang dikitar semula.

3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian


Lepas) :
Menurut keratan Berita Harian Online yang ditulis oleh wartawan Nor Azizah Mokhtar
bertarikh 25 Oktober 2016, Malaysia masih ketinggalan dalam amalan kitar semula.
Hasil dapatan menunjukkan hanya 17.39% rakyat menjadikan amalan kitar semula
walaupun terdapat pelbagai kempen kitar semula telah dianjurkan dan peraturan
yang telah digubal. Hal ini kerana, dapat dilihat masih terdapat sebahagian besar
masyarakat mengambil mudah isu kitar semula yang mampu mengurangkan
pembuangan sisa, pencemaran udara daripada proses pembakaran, pencemaran air
dari tapak pelupusan sampah serta pengeluaran gas rumah hijau selain
mengurangkan penggunaan bahan mentah baharu dan juga tenaga.
Muhammad Farid Ahmad Tarmizi di dalam penulisan akhbar Kosmo Online
bertarikh 12 ogos 2020 juga ada menyatakan bahawa masih terdapat segelintir
rakyat Malaysia yang tidak bertanggungjawab membuang sampah di merata tempat
dan paling menyedihkan ianya berlaku secara tidak terkawal yang mana perbuatan
ini akan menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Menurut Pensyarah Kanan,
Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan Fakulti Perubatan dan Sains
Kesihatan Universiti Putra Malaysia, Prof. Madya Dr. Haliza Abdul Rahman berkata,
pada tahun 2018, rakyat Malaysia telah membuang sumber kitar semula bernilai
RM476 juta dimana bahan kertas mencatat pengeluaran sisa terbanyak iaistu 17%
(RM205 juta) manakala sumber buangan kedua terbesar adalah plastik iaiti
sebanyak 9% (RM163 juta).

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :


Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya
kenal pasti, saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut,
antaranya ialah :-

i. Saya menyarankan kepada murid-murid untuk mengamalkan amalan kitar


semula sekurang-kurang 2 kali dalam sebulan iaitu mana-mana botol plastik,
tayar dan juga bahan buangan yang boleh dikitar semula diasingkan dan
dihantar ke tong kitar semula mengikut klasifikasi yang disediakan.
ii. Disamping itu, Guru penasihat persatuan sains dan teknologi SKPS, Cikgu
Rahim juga turut memaparkan contoh-contoh inovasi yang boleh dijadikan
sebagai sumber idea kepada murid-murid untuk melakukan projek inovasi
kendiri berasaskan sumber bahan kitar semula.

5. Tempoh Masa Penyelesaian :


1 Minggu

6. Tindakan Susulan :
Saya mengadakan sesi perbincangan bersama-sama murid tahun 4,5,6 yang terlibat
dalam persatuan sains dan teknologi bersama guru penasihat persatuan itu tentang
apakah jenis inovasi yang boleh dilaksanakan oleh murid-murid SKPS di dalam
pertandingan inovasi peringkat sekolah tersebut.

7. Tarikh dan Tindakan Susulan Dilaksanakan :


08. 09. 2021

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :


Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian
yang telah saya kenal pasti memberikan impak yang positif. Berdasarkan tindakan
susulan yang saya bincangkan bersama-sama dengan murid yang terlibat dan juga
guru penasihat persatuan sains dan teknologi SKPS, kami dapat lihat progres yang
positif daripada murid-murid di mana mereka sudah memulakan sedikit demi sedikit
projek inovasi mereka. Ada juga beberapa orang murid yang telah menghantar
projek inovasi hologram mereka menggunakan sumber bahan kitar semula dan bagi
saya ini adalah satu tindakan yang proaktif dan respons yang baik dapat dilihat
dalam kalangan murid-murid.

9. Kesimpulan :
Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh
murid tahun 4,5,6 yang terlibat dalam persatuan sains dan teknologi SKPS. Mereka
sangat berdedikasi dan memberikan komitmen yang penuh sepanjang
melaksanakan projek inovasi yang diarahkan. walaubagaimana pun, kesederan dan
ilmu kitar semula ini masih perlu diteruskan dan dilaksanakan secara kerap supaya
dapat memupuk kesedaran tentang penjagaan alam sekitar dalam kalangan akar
umbi. Sesungguhnya saya sangat terharu dan berpuas hati kerana pada fasa 1
praktikum kali ini saya dapat melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti yang
dianjurkan oleh pihak sekolah dan sekali gus ianya memberikan satu pengalaman
bermakna yang saya boleh aplikasikan setelah bergelar guru kelak.
RUJUKAN :

Muhammad Farid Ahmad Tarmiji (2020). Membudayakan Kitar Semula


Dalam
Masyarakat. Retrieved 3 September 2021, from
https://www.kosmo.com.my/2020/08/12/membudayakan-kitar-semula-
dalam-masyarakat/

Nor Azizah Mokhtar (2016), Malaysia Masih Ketinggalan Dalam Amalan Kitar

Semula. Retrieved 3 September 2021, from


https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2016/10/205639/malaysia-
masih-ketinggalan-dalam-amalan-kitar-semula

You might also like