You are on page 1of 6

Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam 3 Selangor Berhad (B-1-1391)

Jalan Astana Alam 13/2, 42300 Bandar Puncak Alam, Selangor

MINIT MESYUARAT LEMBAGA KOPERASI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUNCAK ALAM 3


SELANGOR BERHAD. BIL 3/2021

Tarikh : 28 Jan 2022

Masa : 10.45 am

Tempat : Bilik Mesyuarat Kecil

Kehadiran : 19 / 19

NAMA JAWATAN

1. En. Norhamazi bin Abu Kassim Naib Pengerusi Koperasi

2. Pn. Rosziana binti Kasalar Bendahari

3. Pn. Nur Hafizah binti Abd. Rahman Setiausaha

4. Pn. Wan Nurul Azliyana binti Wan Adzmi ALK Pengurus Jualan

5. Pn. Basyirah binti Abdul Rahman ALK Pengurus Belian

6. Pn. Zuraida binti Mohd Ali ALK Saham

7. Pn. Norazlinda binti Ab Aziz ALK Pengurus Stok

8. Pn. Norlian binti Abd. Rashid

9. Pn. Hafizatul ‘Adalah binti Zaki

10. Pn. Siti Azizan binti Mustafa

1 PERUTUSAN PENGERUSI KOPERASI

1.1 Naib Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua


guru dalam mesyuarat ALK koperasi kali ke-3 tahun
2022. Beliau mengucapkan terima kasih atas
kehadiran dan komitmen para guru sepanjang
koperasi beroperasi sejak awal tahun.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL 4/2020

2.1 Minit mesyuarat bil 2/2021 telah disahkan oleh Pn.


Wan Nurul Azliyana dan disokong oleh Pn. Zuraida
binti Mohd Ali.

3 PERKARA BERBANGKIT
Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam 3 Selangor Berhad (B-1-1391)
Jalan Astana Alam 13/2, 42300 Bandar Puncak Alam, Selangor

3.1 Merujuk kepada Perkara 3.1 Minit Mesyuarat Bil


2/2021, mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk
membeli 2 CCTV secara atas talian, berserta kad
memori 32Gb dengan jumlah harga di bawah
RM300. Pemasangan CCTV akan dilaksanakan oleh
Ustaz Rosmin.

( Tindakan : Pn. Nur Hafizah )

3.2 Merujuk kepada Perkara 3.2 Minit Mesyuarat Bil


2/2021, Pn. Azliyana memaklumkan komperasi
telah dapat menyediakan 3 pembekal roti yang
terdiri daripada PPKI dan 2 pembekal luar, dan
salah satu adalah Roti Abah dengan harga yang
mampu milik.

( Tindakan : Makluman )

3.3 Merujuk kepada Perkara 5.5 Minit Mesyuarat Bil


2/2021 Naib Pengerusi meminta agar ALK Jualan,
Pn. Azliyana membuat tinjauan dan pembelian ke
atas peti besi untuk diletakkan di koperasi yang
sebelum ini diserahkan kepada En. Rashidi.

( Tindakan : Pn. Azliyana)

3.4 Merujuk kepada Perkara 5.9 Minit Mesyuarat Bil


2/2021 berkenaan pembayaran gaji secara
autodebit dari akaun koperasi ke akaun pekerja, Pn.
Rosziana memaklumkan bahawa pekerja mula
menerima gaji secara autodebit ke dalam akaunnya
sejak November 2021. Naib Pengerusi
mencadangkan agar koperasi mengambail pelajar
praktikal untuk membantu jualan luar koperasi
dengan kadar upah RM20/hari.

( Tindakan : Makluman )

3.5 Merujuk kepada Perkara 5.9 Minit Mesyuarat Bil


2/2021 berkenaan penambahan perkataan
“SPATHEBAT” pada rekabentuk produk koperasi
seperti baju dan buku, Pn. Nur Hafizah
memaklumkan telah selesai diubah dan ditempah
serta koperasi telah selamat menerima stok
Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam 3 Selangor Berhad (B-1-1391)
Jalan Astana Alam 13/2, 42300 Bandar Puncak Alam, Selangor

tempahan untuk jualan sesi akan datang.

( Tindakan : Makluman )

4 LAPORAN KEWANGAN OLEH BENDAHARI

4.1 Pn. Rosziana memaklumkan laporan kewangan bagi


September 2020 sehingga Ogos 2021 masih dalam
proses audit oleh SKM dan masih belum menerima
laporan. Secara kasar, bagi tempoh tersebut,
koperasi telah mendapat

HASIL JUALAN RM 309 905.11

BAYARAN KEPADA PEMBEKAL RM 213 207.03

UNTUNG KASAR RM 96 698.08

( Tindakan : Makluman )

4.2 Pn. Rosziana juga memaklumkan, memandangkan


kekosongan jawatan Pengerusi Koperasi , maka
sebarang bayaran secara cek yang melebihi RM 10
000 tidak dapat dilaksanakan kerana memerlukan 3
tandatangan, iaitu, Pengerusi, Setiausaha dan
Bendahari. Koperasi juga telah membuat beberapa
pembelian aset, iaitu freezer, chiller dan laptop.

( Tindakan : Makluman )

4.3 Pn. Rosziana juga mencadangkan pembelian


desktop komputer bagi kegunaan koperasi. Naib
Pengerusi mencadangkan agar koperasi memohon
sumbangan daripada pembekal utama, Sin Boon
Beng .

( Tindakan : Setiausaha )

4.4 Pn. Rosziana juga mengingatkan agar segala urusan


urusniaga mestila Bersama-sama dokumen yang
lengkap bagi memudahkan urusan pembayaran
kepada pembekal.

( Tindakan : Makluman )
Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam 3 Selangor Berhad (B-1-1391)
Jalan Astana Alam 13/2, 42300 Bandar Puncak Alam, Selangor

5 PERKARA – PERKARA BAHARU

5.1 Naib Pengerusi memaklumkan koperasi perlu


menanggung kos baik pulih kantin sekolah yang
mencecah hampir RM500, memandangkan
koperasi telah mengambil alih tender kantin
setelah pihak tender lama menarik diri ketika PKP.

( Tindakan : Bendahari )

5.2 Naib Pengerusi telah mengumumkan pertukaran


beberapa jawatan dalam pengurusan Koperasi
Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam 3
Selangor Berhad. Ini rententan beberapa faktor
komitmen dengan tugas yang lain. Perlantikan ini
akan dilaksanakan mengikut prosedur di dalam
Mesyuarat Agung Koperasi kali ke-7 akan datang.
Berikut adalah jawatan yang akan akan mengalami
perubahan serta penambahan 5 orang AJK guru
koperasi.

SETIAUSAHA Pn. Basyirah binti Abdul Rahman

BENDAHARI Pn. Siti Azizan binti Mustapa

ALK BELIAN Pn. Hafizatul ‘Adalah binti Zaki

ALK SAHAM Pn. Norlian binti Abd Rasid

JURU AUDIT Pn. Rosziana binti Kaslar

AJK GURU 1 Pn. Siti Norsuhaida

AJK GURU 2 Pn. Siti Hajar

AJK GURU 3 Pn. Fazilah

AJK GURU 4 Pn. Nurul Asyikin

AJK GURU 5 Pn. Syahirah

( Tindakan : Makluman )

5.3 Pn. Nur Hafizah memaklumkan, penangguhan


Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) bagi sesi 2021
telah dipohon dan masih dalam proses kelulusan
Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam 3 Selangor Berhad (B-1-1391)
Jalan Astana Alam 13/2, 42300 Bandar Puncak Alam, Selangor

oleh SKM. Setelah mendapakan kelulusan, Koperasi


perlu memohon pengurangan korum bagi MAT
memandangkan pematuhan SOP yang perlukan
penjarakan sosial. Melihat kekangan waktu
Pentaksiran Akhir Tahun dan persediaan SPM, Pn.
Nur Hafizah mencadangkan agar MAT
ditangguhkan pada sesi setelah buka sekolah. Naib
Pengerusi mencadangkan agar MAT dilaksanakan
secepat yang mungkin dan dikelolakan oleh ALK
baru sebagaimana dalam buku pengurusan .Notis
mesyuarat perlu diedarkan selewat-lewatnya 2
minggu sebelum tarikh mesyuarat

( Tindakan : Setiausaha )

5.4 Naib Pengerusi mengingatkan agar pertukaran


tanda tangan untuk pembayaran secara cek perlu
disegerakan melibatkan bakal Pengerusi,
Setiausaha dan Bendahari baru.

( Tindakan : Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari )

5.5 Pn. Nur Hafizah memaklumkan pertukaran nama


majikan di Perkeso dan KWSP perlu dilaksanakan
apabila bertuarnya jawatan pengurusan di dalam
Koperasi.
Bayaran kepada Perkeso dan KWSP berjumlah
RM294.50 akan dilaksanakan oleh Pn. Nur Hafizah
sehingga gaji Mac 2022 dan seterusnya disambung
oleh pengurusan baru. Pn. Basyirah selaku
setiausaha akan melaksananakan pembayaran
Perkeso dan KWSP bermula April 2022

( Tindakan : Setiausaha)

5.6 Pn. Nur Hafizah meminta cadangan Tarikh


penjualan buku aktiviti bagi sesi baharu
memandangkan SOP penjarakan sosial perlu
dipatuhi sepanjang masa. Penjualan buku sekolah
akan dilaksanakan dalam tempoh 5 minggu cuti
persekolahan melibatkan tingkatan 5, 4 dan 3. Bagi
penjualan buku murid tingkatan 1 dan tingkatan 4
sesi 2022/2023 Pn. Basyirah mencadangkan agar
dibuat ketika program PMD anjuran kaunselor.

( Tindakan : Setiausaha, Bendahari & semua ALK )


Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam 3 Selangor Berhad (B-1-1391)
Jalan Astana Alam 13/2, 42300 Bandar Puncak Alam, Selangor

5.7 Pn. Nur Hafizah memaklumkan koperasi sedang


dalam proses penyerahan saham kepada pemegang
saham yang telah tamat SPM 2020. Setakat ini,
hanya separuh muris yang telah menuntut saham
mereka. Naib Pengerusi mencadangkan agar dibuat
hebahan di masjid berkenaan pengambilan wang
saham tersebut. Sekiranya tidak dituntut dalam
tempoh masa tertentu, wang saham itu akan
disalurkan kepada Tabung Derma Pembinaan Surau
Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam 3.

( Tindakan : Naib Pengerusi )

6 HAL – HAL LAIN

6.1 Pn. Norazlinda mencadangkan agar jadual bertugas


guru di koperasi adalah mengikut sesi guru
tersebut, iaitu guru sesi pagi bertugas pada waktu
pagi manakala guru sesi petang akan bertugas pada
waktu petang.

( Tindakan : Setiausaha )

6.2 Naib Pengerusi memaklumkan ada menjemput


pihak BA100 untuk melihat dan memberi
pandangan berkenaan prospek bagi Koperasi
menjalankan penjualan barang-barang asas kepada
penduduk dan masyarakat setempat.

( Tindakan : Makluman )

Naib Pengerusi mengingatkan agar semua ALK dan guru koperasi dapat
memberikan kerjasama dan sentiasa memembantu untuk mengembangkan
potensi serta meningkatkan keuntungan jualan koperasi. Mesyuarat
ditangguhkan pada jam 12.40 tengah hari.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………………………………..Nur Hafizah …………………………………………………..En. Norhamazi


binti Abd. RahmanSetiausaha Koperasi SMKPA3 bin Abu KassimN. Pengerusi Koperasi SMKPA3
Selangor Berhad Selangor Berhad

You might also like