You are on page 1of 5

KERTAS KERJA

PROJEK KASIHKU GURU

Anjuran
KOPERASI SMKPA3
SELANGOR BERHAD

sempena
SAMBUTAN HARI GURU
PERINGKAT SEKOLAH

dengan kerjasama
PPKI SMKPA3

TAHUN 2022

1
TEMA HARI GURU : GURU TUNJANG SEKOLAH SEJAHTERA
16 MEI 2022

1.0 PENDAHULUAN

Hari guru merupakan hari istimewa untuk semua guru. Jadi pemberian hadiah hari guru
merupakan satu bagi murid menunjukkan cara menghargai pengorbanan mereka.  Ia juga
merupakan hari pengingatan untuk semua murid supaya memberi kehormatan yang patut
guru-guru terima.
Hubungan yang rapat antara murid dan guru, memberi impak positif dalam perkembangan
murid. Jadi, meraikan Sambutan Hari Guru merupakan masa yang terbaik bagi mengeratkan
lagi hubungan ini. Pihak Koperasi SMK Puncak Alam 3, sentiasa merancang program yang
dapat memberi impak serta faedah buat murid serta guru di sekolah ini.
Jalinan kerjasama dengan PPKI SMKPA3, d

2.0 RASIONAL

Rasional di sebalik Projek Kasihku Guru anjuran Koperasi SMK Puncak Alam Selangor
Berhad sempana Sambutan Hari guru di Peringkat Sekolah dengan kerjasama PPKI SMK
Puncak Alam 3 ialah :
1. Menyemai dan menyemarakkan kasih sayang serta meningkatkan hubungan baik antara
murid dan guru.
2. Sebagai suatu cara murid menyatakan penghargaan mereka kepada guru.
3. Memberi peluang kepada murid PPKI melibatkan diri dalam proses pembuatan hadiah.
4. Melibatkan murid Pengawas Koperasi dalam merancang, mengiklankan, menguruskan
tempahan serta mengedarkan kepada guru secara tersusun dalam projek ini.

3.0 MATLAMAT

Matlamat Hari Guru adalah untuk memberi penghargaan yang dirasakan sesuai dengan jasa
dan pengorbanan seorang pendidik di atas tugas-tugas yang telah di amanahkan. Perjuangan
guru-guru patut dihargai atas usaha mereka untuk memberi kejayaan di masa akan datang
kepada agama, bangsa, dan negara Malaysia.

4.0 KUMPULAN SASARAN

1. Semua guru SMKPA3


2. Murid-murid
3. Guru Koperasi dan Pengawas Koperasi
4. Murid PPKI

2
5.0 CADANGAN AKTIVITI

MASA PERKARA/TUGASAN PENGLIBATAN


9 Mei – 11 Mei Pengiklanan dan pasaran Unit Publisiti
- Penyediaan poster dan cetak. Cg Rashidi
- Pengedaran poster secara tampalan Cg Ab Rahman
di umum (papan iklan: kelas, Cg Basyirah
hadapan koperasi dan hadapan
pejabat). Pastikan dapat kelulusan
bahagian pentadbiran sekolah untuk
disebar luas.

12 Mei – 17 Mei Pengurusan Tempahan Unit Tempahan


- Menyediakan kad order mengikut 3 Cg Sharifah Norziedah
jenis produk. Cg Siti Hajar
- Menguruskan jualan kad order. (ada Cg Norlian
cop rasmi koperasi sahaja).
- Menyampaikan / mengemaskini
maklumat tempahan (bilangan order
mengikut pakej) kepada unit
pengeluaran dari masa ke semasa.

12 Mei – 17 Mei Penghasilan Produk Unit Pengeluaran


- Membuat produk lebih awal Cg Zuraini
mengikut jangkaan awal jualan. Murid PPKI
- Menerima bilangan tempahan dari Cg Hafizatul Adalah
Unit Tempahan secara detail
mengikut kategori.
- Membuat tempahan sedikit lebih
untuk jualan langsung pada hari
Sambutan Hari Guru Peringkat
Sekolah.
- Menyerahkan hasil akhir produksi
kepada unit serahan.

13 Mei – 17 Mei Penyediaan Akhir Tempahan Unit Jualan Ditempah


- Menyemak bilangan produk akhir Cg Nurul Asyikin
dengan tempahan. Cg Zuraini
- Melekatkan kad ucapan tempahan Murid PPKI
pada produk dan menjadi hadiah. Cg Wan Azliyana
- Mengasingkan hadiah mengikut
rumusan order untuk mudahkan
serahan.

Persediaan Jualan Langsung Unit Publisiti


- Menyediakan kaunter khas yang Cg Rashidi
menarik untuk jualan langsung Cg Ab Rahman
produk tambahan dengan harga 10% Cg Hafizatul Adalah
lebih dari harga ditempah.

3
17 Mei – 18 Mei Edaran Hadiah Unit Jualan Ditempah
- Mengedarkan hadiah kepada murid Cg Nurul Asyikin
yang telah membuat tempahan. Cg Zuraini
Murid PPKI
Cg Wan Azliyana

Jualan Langsung Unit Jualan Langsung


- Menguruskan jualan langsung di Ustz Rosmin
kaunter khas yang telah di sediakan. Cg Siti Hawa
Cg Wan Azliyana

19 Mei – 31 Mei Pengurusan Unit kewangan, laporan


- Menimbang kira kewangan projek. dan dokumentasi
- Membuat rumusan projek. Cg Nur E’zzati
- Menyediakan laporan projek serta Cg Siti Hawa
bentangkan untuk makluman semua Cg Siti Azizan
unit.
- Menyediakan rumusan cadangan
penambahbaikan dari setiap unit dan
bentang.
-

6.0 SUMBER KEWANGAN

Koperasi SMK Puncak Alam 3 Selangor Berhad

7.0 TARIKH CADANGAN AKTIVITI

9 Mei – 11 Mei Pengiklanan dan pasaran


12 Mei – 17 Mei Pengurusan Tempahan
12 Mei – 17 Mei Penghasilan Produk
13 Mei – 17 Mei Penyediaan Akhir Tempahan
Persediaan Jualan Langsung
17 Mei – 18 Mei Edaran Hadiah
Jualan Langsung
19 Mei – 31 Mei Pengurusan

4
8.0 PENUTUP

Projek Kasihku Guru anjuran Koperasi SMK Puncak Alam Selangor Berhad sempana
Sambutan Hari guru di Peringkat Sekolah dengan kerjasama PPKI SMK Puncak Alam 3 ini
sepatutnya dapat menyemarakkan lagi kasih sayang serta meningkatkan hubungan baik antara
murid dan guru. Malah, murid dapat mengambil peluang, menyatakan penghargaan mereka
kepada guru.
Selain itu, memberi peluang kepada murid PPKI melibatkan diri dalam proses
pembuatan hadiah serta suatu bentuk pendidikan field workkepada Pengawas Koperasi dalam
merancang, mengiklankan, menguruskan tempahan serta mengedarkan kepada guru secara
tersusun dalam projek ini.

Disediakan oleh; Disemak oleh;

......................................................... .........................................................
BASYIRAH ABDUL RAHMAN NORHAMAZI BIN ABU KASSIM
Setiausaha Koperasi SMKPA3 Naib Pengerusi Koperasi SMKPA3

Disahkan oleh;

.........................................................
ISMAIL BIN RAHMAN
Pengerusi Koperasi SMKPA

You might also like