You are on page 1of 8

KERTAS KERJA HARI KEUSAHAWANAN SK TEDONG 2019 1

KERTAS KERJA HARI KEUSAHAWANAN


SK TEDONG TAHUN 2019

Tarikh
7 NOVEMBER 2019
Hari
Khamis
Masa
7.30 pagi hingga 1.00 tengah hari
Tempat
SK TEDONG , MERLIMAU MELAKA

1. PENDAHULUAN
Aktiviti kokurikulum sekolah adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah merangkumi
aktiviti Pasukan Badan Beruniform , kelab , persatuan serta sukan. Kepentingan aktiviti ini
juga setara dengan kepentingan aktiviti di dalam bilik darjah kerana peranannya sebagai
pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan dengan itu
Hari Usahawan
dirancang sebagai satu kesinambungan daripada aktiviti mingguan kokurikulum sekolah.
Program ini bertujuan untuk menggalakkan murid aktif dalan bidang kokurikulum. Di samping
itu, program ini juga memberi peluang kepada murid-murid untuk menimba pengalaman
dalam aktiviti jual beli.

2. RASIONAL
Memberi peluang kepada setiap murid untuk mengembangkan potensi diri dalam bidang
kokurikulum dan keusahawanan serta dapat mengaplikasikan pembelajaran yang diperoleh
di dalam bilik darjah.

3. MATLAMAT
KERTAS KERJA HARI KEUSAHAWANAN SK TEDONG 2019 2

Memberi pengetahuan dan pengalaman kepada warga sekolah dalam bidang perniagaan
dan keusahawanan.
4. OBJEKTIF
1. Memberi peluang kepada murid-murid untuk menunjukkan bakat mereka dalam bidang
keusahawanan ,sukan dan persembahan .
2. Melatih murih-murid hidup berdikari , berdisiplin serta meningkatkan kerjasama dalam
kalangan ahli pasukan.
3. Menjadikan murid-murid sebagain individu yang sentiasa bersifat inovatif dan kreatif dalam
sebarang tugas yang diberikan.
4. Mengeratkan hubungan dan kerjasama antara guru, murid dan ibubapa serta warga SK
Tedong
5. Melatih murid mengimplementasikan apa yang dipelajari dalam jual beli.
6. Menanam sikap berbelanja dengan berhemah.

5. TARIKH
7 NOVEMBER 2019 ( KHAMIS )

6. MASA
7.45 pagi hingga 1.00 tengah hari

7. TEMPAT
Sekitar kawasan Sk Tedong

8. SASARAN
8.1. Semua murid
8.2. PIBG / Guru / Staf sokongan

9. JAWATANKUASA
PENGERUSI : Encik Karim bin Miskiran
( Guru Besar SK Tedong )
NAIB PENGERUSI : Encik Zainor Din Abu Hasan
( GPK Kokurikulum SK Tedong )
NAIB PENGERUSI : Encik Abd Rahman bin Muin
( GPK Pentadbiran )
KERTAS KERJA HARI KEUSAHAWANAN SK TEDONG 2019 3

: Puan Siti Hawa Omar


( GPK HEM )
SETIAUSAHA : Encik Wan Azman Wan Mamat
( Setiausaha Kokurikulum SK Tedong )
BENDAHARI : Encik Rashidi Bahari
( Setiausaha Sukan SK Tedong )

JAWATANKUASA PELAKSANA HARI KEUSAHAWANAN 2019

BIL JAWATANKUASA NAMA PERINCIAN TUGAS


Penyediaan Kupon SEBELUM  Menyediakan kupon jualan RM5.00
Jualan En. Rashidi Bahari – Dalam bentuk RM0.50 dan
En. Emran Musa RM1.00 )
1. En.Wan Azman Wan Mamat - Untuk murid
- untuk guru dan AKP
- untuk pekerja swasta
Kaunter Jualan Guru Kelas - Jualan Kupon  Mengadakan jualan Kupon kepada
2. Kupon Semasa - Pn. Patimah murid-murid, guru-guru dan ibu
Saleh bapa atau penjaga.
Persediaan Tapak En. Saiful Bahari Mohd Suleiman  Menyediakan tempat / tapak gerai
Gerai / Kebersihan / Pekerja Swasta  Menyediakan peralatan di tempat
3.
keceriaan jualan kupon
( di Gerai )  Dibantu oleh Pengawas Sekolah
PA Sistem / Siaraya En. Zulkarnain MD Serah  Menyediakan PA sistem yang akan
4. digunakan semasa majlis perasmian
penutup- jika ada
Buku Program Pn. Liza Md Dan  Menyediakan buku program untuk
4.
para VVIP – jika ada
Juru Havoc / En. Muhd Amirul Hafeez Rosli  Menjadi juru hebah semasa jualan
Pengacara Majlis / gerai-gerai berlangsung
Gerai Kaunter  Memilih lagu-lagu yang sesuai
5.
Permintaan Lagu / sepanjang aktiviti berlangsung
Karaoke  Karaoke

Dokumentasi dan En. Wan Azman Wan Mamat  Mengambil gambar sepanjang
6. laporan program berlangsung
 Menyediakan laporan aktiviti
11. Gerai Jualan 1 Pn. Suziana Mahmod  Mengenal pasti dan menentukan
Persatuan Agama Pn. Norasikin Mohamad menu yang akan dijual semasa
Islam En. Mohd Latif Mohd Zin pelaksanaan Hari Kantin
 Membuat poster pameran gerai
jualan
KERTAS KERJA HARI KEUSAHAWANAN SK TEDONG 2019 4

 Dibantu oleh Ahli persatuan


Gerai Jualan 2 Pn. Geriwati Ahmad  Mengenal pasti dan menentukan
Persatuan Sains Pn. Rohani Ismail menu yang akan dijual semasa
Matematik En. Emran Musa pelaksanaan Hari Kantin
13.
 Membuat poster pameran gerai
jualan
 Dibantu oleh Ahli persatuan
Gerai Jualan 3 Pn. Sahrul Hafizah Ahmad  Mengenal pasti dan menentukan
Persatuan Bahasa Pn. Saniah Hasan menu yang akan dijual semasa
dan Budaya Cik Farah Adillah Nor Hashim pelaksanaan Hari Kantin
14.
 Membuat poster pameran gerai
jualan
 Dibantu oleh Ahli Persatuan
Gerai Jualan 4 En. Zuraimi Ahmad  Mengenal pasti dan menentukan
Kelab Komputer Pn. Liza Md Zan menu yang akan dijual semasa
Pn. Jamalia Katijan pelaksanaan Hari Kantin
15.
 Membuat poster pameran gerai
jualan
 Dibantu oleh Ahli Persatuan
Gerai Jualan 5 Pn. Shahbina Sejarta  Mengenal pasti dan menentukan
Kelab Dr. Muda Cik Aatirah Zainal menu yang akan dijual semasa
Pn. Fadhilah Zahari pelaksanaan Hari Kantin
16.
 Membuat poster pameran gerai
jualan
 Dibantu oleh Ahli Persatuan
Permainan 6 En. Wan Azman Wan Mamat  Mengenal pasti dan menentukan
En. Rahsidi Bahari permainan yang sesuai semasa
17. pelaksanaan Hari Kokurikulum
 Membuat poster permainan
 Dibantu oleh - murid
Kawalan Pn. Siti Hawa Omar  Memastikan disiplin pelajar
Keselamatan dan Pn. Saedah Mazelah terkawal sepanjang program
18.
Kebersihan berlangsung
 Dibantu oleh semua pengawas
sekolah
Hadiah- jika ada Pn. Najibah Hassan  Menguruskan hadiah
19.
pertandingan.
Banner En. Zainor Din Abu Hasan  Menempah dan memasang banner
20. di sekitar kawasan sekolah 2
minggu sebelum program berjalan

10. PENGISIAN PROGRAM:


9.1. Gerai jualan makanan dan minuman
9.2. Permainan – Tidak berunsurkan Perjudian.
9.3. Pameran
KERTAS KERJA HARI KEUSAHAWANAN SK TEDONG 2019 5

9.4. Bakat Kecil – karaoke

11. CARA PELAKSANAAN


11.1. Mengemukakan proposal program
11.2. Melantik Jawatankuasa
11.3. Mesyuarat Ahli Jawatankuasa
11.4. Melaksanakan program
11.5. Pemantauan
11.6. Penilaian

A. CADANGAN GERAI JUALAN


1. Makanan berat : Nasi Ayam, Nasi Lemak, Nasi Goreng
2. Makanan Sederhana Berat : Mi Goreng, Bihun Goreng, Kue Tiaw Goreng, Spagetti
Bolongnes, Spagetti Cabonara
3. Kuih-muih : Donut, Bombolini, Muffin, Cup Cake, Brownies,
Sandwich Telur, Sandwich Sardin
4. Makanan Sampingan : Keropok Lekor, Pop Corn, Ayam Cucuk, Kentang
Goreng, Cendawan Goreng
5. Minuman : Air Cawan, Air Mineral, Air Buah-buahan, Ais Krim
Malaysia, Ais Krim Calung
6. Buah-buahan : Buah Potong
7. Permainan : Rollerblade, Beyblade
8. Permintaan Lagu / Karaoke
9. Barangan Terpakai
10. Barangan kraftangan & cenderahati

B. AGIHAN JUALAN
Akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa pelaksana

C. URUSAN JUAL BELI


Urusan jual beli menggunakan kupon. Satu set kupon bernilai RM5.00

D. KUPON
KERTAS KERJA HARI KEUSAHAWANAN SK TEDONG 2019 6

1. RM5 seorang untuk murid (Pembelian lebih daripada satu kupon sangat digalakkan).
Kutipan bayaran kupon diuruskan oleh guru kelas.
2. RM10 seorang untuk guru dan RM5 seorang bagi AKP. Kutipan bayaran kupon
diuruskan oleh setiausaha sukan.
3. Kutipan bayaran kupon boleh dilakukan selepas surat makluman kepada ibu bapa
diedarkan. Bayaran perlu diserahkan kepada setiausaha sukan sebelum 31/10/2019.
*Kupon akan diberi pada Hari Keusahawanan untuk mengelakkan berlakunya
kehilangan kupon.
*Kaunter kupon juga akan dibuka pada hari tersebut.

E. MODAL
Pinjaman modal adalah dari Unit Koku. Keuntungan jualan dibahagikan dengan kadar
70 : 30 iaitu 70% untuk Unit Kokurikulum dan 30% untuk Kelab/Persatuan.

F. PERALATAN
Unit Koku hanya menyediakan tapak jualan, meja dan kerusi sahaja. Peralatan lain
disediakan oleh gerai masing-masing.

G. PERTANDINGAN
1. Kelas Tertinggi Jualan Kupon
2. Gerai Tercantik ( berdasarkan hiasan )
3. Gerai Terlaris ( keuntungan terbanyak )

H. TENTATIF PROGRAM
7.30 pagi : Murid di tapak perhimpunan ( ambil kedatangan & agihan kupon)
7.45 pagi : Murid bergerak ke dewan/bilik
8.00 pagi : Tayangan Video (Tahap 1 – di dewan) -
9.00 pagi : Aktiviti jualan dan permainan bermula
12.00 tengah hari : Aktiviti jualan gerai ditamatkan
: Aktiviti mengemaskan gerai dan kawasan sekolah
1.00 tengah hari : Murid Bersurai
KERTAS KERJA HARI KEUSAHAWANAN SK TEDONG 2019 7

12. ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil PERKARA JUMLAH (RM)


1. Gerai Jualan Kelab Dr. Muda 150.00

2. Gerai Jualan Persatuan Agama Islam 150.00

3. Gerai Jualan Kelab Komputer 150.00

4. Gerai Jualan Persatuan Bahasa dan Budaya 150.00

5. Gerai Jualan Persatuan Sains dan Matematik 150.00

6 Permainan 100.00

7. Hadiah Kelas Jualan Kupon Terbanyak - Hamper 30.00

8. Hadiah Gerai Terlaris - Hamper 30.00

9.

Jumlah Besar 910.00

12. PENUTUP

Pihak kami amat mengharapkan semoga program dapat ini dilaksanakan dengan jayanya dan
mencapai objektif yang digariskan dalam melahirkan pelajar yang seiring dengan Falsafah
Pendidikan Negara. Selain itu, program ini juga diharapkan akan menjadi titik tolak kepada
peningkatan integriti pelajar dan memberikan pengalaman yang berguna kepada semua yang
terlibat menjayakannya. .

Disediakan oleh ,

…………………………….

( ZAINOR DIN BIN ABU HASAN )


GPK KOKURIKULUM
SK TEDONG.
KERTAS KERJA HARI KEUSAHAWANAN SK TEDONG 2019 8

You might also like