You are on page 1of 4

Aktiviti 1 : Musical Chair

Nama Aktiviti Fizikal : Kerusi Muzikal

Tujuan : Aktiviti ini dijalankan bagi membolehkan kanak-kanak berasa seronok untuk
meneruskan aktiviti lain. Aktiviti ini juga dapat meningkat sikap bersaing secara sihat di
kalangan kanak-kanak. Melaksanakan aktiviti ini dapat meningkatkan tahap tenaga dalam diri
kanak-kanak dan juga semangat kanak. Aktiviti ini juga dapat mengeratkan ikatan persahabatan
antara kanak-kanak dengan ahli keluarga. Semasa aktiviti ini dijalankan kanak-kanak dapat
meningkatkan tolak ansur di kalangan mereka dan juga kemampuan mereka unutk
berkomunikasi bersama rakan dan keluarga turut meningkat

Alatan yang digunakan : muzik, kerusi dan wisel


Tempoh Permainan : Permainan ini boleh dimainkan selama 5 minit ke atas sehingga
mendapat pemenang.
Bilangan pemain : 4 orang ke atas
Prosedur permainan:
1. Letakkan semua kerusi kanak-kanak dalam satu bulatan.
2. Kerusi yang disusun itu mestilah kurang sati daripada bilangan ahli. Sebagai contoh
sekiranya ada 9 pemain, maka kerusi yang diletakkan dalam bulatan
3. Permainan bermula apabila muzik dipasangkan .
4. Semua ahli hendaklah berdiri dan berjalan sekitar kerusi ketika muzik dimainkan. Pada
ketika ini selain daripada berjalan, peserta juga boleh menari mengikut muzik.
5. Ketika muzik berhenti, peserta harus duduk di kerusi yang paling dekat dengan mereka.
6. Jika Pemain tidak Berjaya mendapatkan kerusi, pemain tersebut akan terkeluar dari
permainan. Seterusnya, sebuah kerusi akan dikeluarkan dari bulatan.
7. Jadi setiap kali muzik dihentikan, seorang pemain akan keluar kerana tidak dapat duduk
di kerusi.
8. Permainan diterukan sehingga hanya tinggal sebuah kerusi dan dua pemain.
9. Pemain yang berjaya sehingga ke akhir dan mendapat tempat duduk kerusi terakhir di
kira sebagai pemenang.
Peraturan Permainan
1. Peralatan yang digunakan adalah selamat, tidak rosak dan tidak membahayakan kanak-
kanak
2. Guru / orang dewasa hendaklah sentiasa mengawal dan memerhati pergerakan kanak-
kanak.
3. Menggunakan kawasan yang luas dan sesuai untuk aktiviti.
4. Kanak-kanak dikehendaki memakai pakaian sukan.
Aktiviti 2 : Isi Air dalam botol
Nama Aktiviti Fizikal : Isi Air dalam botol

Tujuan : Tujuan aktiviti ini adalah bagi meningkatkan sosioemosi kanak-kanak iaitu daya
keyakinan mereka yang mereka boleh melakukannya. Ianya juga untuk menggalakkan kanak-
kanak untuk berkomunikasi sesama mereka dan juga kepada guru. Aktiviti ini juga bertujuan
untuk meningkatkan koordinasi anggota badan dengan menggerakkan keseluruhan badan
sepanjang aktiviti.

Alatan yang digunakan : Span, botol, kerusi, kon, baldi berisi air, corong.
Tempoh Permainan : Permainan ini boleh dimainkan selama 5 minit ke atas sehingga
mendapat pemenang.
Bilangan pemain : 4 orang ke atas
Prosedur permainan:
1. Kanak-kanak bermula dari tempat permulaan.
2. Kanak-kanak akan berlari ke arah tempat yan berisi air.
3. Kanak-kanak memasukkan air ke dalam botol yang telah disediakan dengan
menggunakan span.
4. Pemenang akan dikira berdasarkan air yang diisi sehingga penuh,
Peraturan Permainan
1. Peralatan yang digunakan adalah selamat, tidak rosak dan tidak membahayakan kanak-
kanak
2. Guru / orang dewasa hendaklah sentiasa mengawal dan memerhati pergerakan kanak-
kanak.
3. Menggunakan kawasan yang luas dan sesuai untuk aktiviti.
4. Kanak-kanak dikehendaki memakai pakaian sukan.
Aktiviti 3 :
Nama Aktiviti Fizikal : Reaction Game

Tujuan : Tujuan aktiviti ini adalah bagi meningkatkan keyakinan diri dalam kalangan
kanak-kanak. Aktiviti ini juga dapat meningkatkan kemahiran motor kasar kanak-kanak. Selain
daripada itu, aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan kanak-kanak dan
dapat melahirkan perasaan seronok dan minat dalam diri kanak-kanak.

Alatan yang digunakan : kertas, pen, muzik, botol


Tempoh Permainan : Tiada had
Bilangan pemain : 4 orang ke atas
Prosedur permainan:
1. Setiap orang kanak-kanak hendaklah menulis satu bentuk denda.   
2. Sebagai contoh, bercakap dengan pantas, menyanyi dan sebagainya.   
3. Setelah itu, mereka dikehendaki melipat kertas tersebut dan meletakkannya di dalam satu
botol.
4. Setelah semua selesai, mereka dikehendaki duduk berbaris dalam empat barisan.
5. Apabila muzik dipasangkan, mereka dikehendaki ‘pass’ botol tersebut kepada rakan di
sebelah.
6. Apabila muzik dimatikan, orang yang memegang botol tersebut dikehendaki ke hadapan.
7. Selepas itu, mereka hendaklah ke hadapan serta mencabut salah satu kertas yang terdapat
di dalam botol tersebut.
8. Mereka hendaklah melakonkan, atau melakukan apa sahaja yang terdapat pada kertas
tersebut.
9. Permainan diulang, tetapi pelajar yang telah didenda boleh menonton sahaja.
10. Setelah kesemua pelajar melakukan aktiviti-aktiviti tertentu, barulah permainan
ditamatkan.

Peraturan Permainan

1. Memastikan tempat permainan selamat dan mempunyai ciri-ciri keselamatan.


2. Kanak-kanak mestilah memakai pakaian sukan .
3. Aktiviti ini hendaklah dijalankan di kawasan yang lapang.
Aktiviti 4 :
Nama Aktiviti Fizikal : Bola Dinding

Tujuan : Tujuan aktiviti ini adalah bagi meningkatkan kemahiran otot kanak-kanak dan
juga menggalakkan pergaulan kanak-kanak. Aktiviti ini juga bertujuan untuk meningkatkan
kemahiran motor kasar dan kognitif kanak-kanak. Aktiviti ini juga seronok dan ianya dapat
mengenalpasti kebolehan serta minat kanak-kanak

Alatan yang digunakan : Bola Tenis

Tempoh Permainan : Tiada had


Bilangan pemain : 2 orang ke atas
Prosedur permainan:
1. Guru hendaklah memilih seorang pelajaruntuk melempar bola ke dinding dan kanak-
kanak yang lain boleh cuba menangkapnya.
2. Mereka harus menangkap bola tersebut dengan menggunakan sebelah tangan sahaja.
3. Jika seseorang cuba menangkapnya tetapi gagal kerana telah menyentuh bola tersebut,
dia harus segera berlari dan menyentuh dinding sebelum orang lain boleh menangkap
bola tersebut dan melemparnya ke dinding kembali.
4. Jika tidak sempat berbuat demikian,orang itu akan diberi ‘mogok’.
5. Dia masih boleh bermain, tetapi telah kehilangan satu nyawa.
6. Setiap peserta mempunyai tiga nyawa.
7. Setelah nyawa yang terakhir habis digunakan, mereka akan dikenakan hukuman ringan
seperti menyanyi, bercerita dan sebagainya.
8. Denda ditentukan oleh rakan-rakan yang lain atas pertimbangan daripada guru.
9. Permainan akan diteruskan sehingga tinggal seorang permainn menulis satu bentuk
denda.   

Peraturan Permainan

1. Memastikan kanak-kanak memakai pakaian sukan.


2. Memastikan kawasan permainan selamat
3. Memastikan kanak-kanak mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

You might also like