You are on page 1of 2

Bahagian A – Cara Mengaplikasikan Model Pemprosesan Maklumat dalam Pengajaran

dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Dari segi model pemprosesan maklumat, pembelajaran merupakan satu proses pengumpulan
maklumat dan menganjurkannya ke dalam skema mental. Teori pemprosesan maklumat
mempunyai implikasi pendidikan yang besar kepada masalah pembelajaran dan tingkah laku
pelajar dalam pembelajaran. Pembelajaran ditakrifkan sebagai satu proses mendapatkan
maklumat baru manakala ingatan ditakrifkan sebagai kegigihan pembelajaran yang boleh
dinilai pada masa yang akan datang. Guru dapat memilih strategi pembelajaran yang dapat
meningkatkan pengekalan ingatan pelajar dalam pemebelajaran jika guru mempunyai
pemahaman yang baik dan mendalam tentang teori ini serta bagaimana teori ini terbentuk.

Pada penghujung tahun 1960-an dan sepanjang tahun 1970-an, para penyelidik
semakin tidak puas hati dengan penjelasan teori behavioris yang mengenai pembelajaran dan
mula menyelidik beberapa model baru yang dapat dan sesuai untuk menerangkan bagaimana
individu belajar. Pendekatan pemprosesan maklumat telah membawa kepada model ingatan
yang berdasarkan analogi komputer. Richard Shiffrin (1968) telah mencadangkan model
kognitif yang menerangkan bagaimana minda mengumpul, memproses dan menganjurkan
maklumat serta model ini tetap terkenal pada hari ini. Model Atkinson dan Shiffrin telah
dikenali sebagai model pemprosesan maklumat. Pengertian asas model ini ialah ia mengesan
aliran maklumat dari siri sistem ingatan deria sebagai pengetahuan baru bergerak dari pintu
masuk ke storan kekal dalam sistem pemprosesan maklumat.

Rajah 1: Model Ingatan oleh Atkinson dan Shiffrin

You might also like