You are on page 1of 2

Dalam kajian ini, saya akan menggunakan laman web Tutor sebagai tapak

pembelajaran saya. Langkah pertama dalam mengaplikasikan model pemprosesan maklumat


dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah empat prinsip pemprosesan maklumat perlu
dibuat iaitu:

1. Andaian kapasiti terhad dan sekatan kepada pengaliran maklumat.


2. Pengaliran maklumat dua hala.
3. Kawalan eksekutif yang mengawal dan menentukan pengenkodan, penyimpanan,
mengingat kembali dan lupaan.
4. Manusia disediakan secara genetik untuk memproses dan menyimpan maklumat.
Langkah kedua ialah membuka laman web yang diingni dengan menaip alamat web
tapak pembelajaran dalam tempat pencarian. Tapak pembelajaran ini memberikan latih tubi
dan soalan yang terdiri daripada objektif dan subjektif kepada pelajar supaya kemahiran
tentang sesuatu topik akan dikuasai oleh pelajar. Pelajar boleh menyemak jawapan selepas
mereka menyiapkan soalan.

Gambar 4: Cara Mencari Tapak Pembelajaran Tutor

Langkah ketiga ialah mendaftarkan akaun. Dalam langkah ini, guru perlu mengajar
cara melengkapkan maklumat pelajar dalam borang yang disediakan. Guru perlu
memberitahu pelajar tentang mereka perlu menggunakan nama yang baru jika nama yang
ingin digunakan oleh mereka telah didaftarkan oleh pengguna lain. Sebagai contoh, pelajar
boleh meletakkan nombor di belakang nama seperti “Ali1256” jika nama “Ali” telah
digunakan oleh pengguna lain. Selain itu, kata laluan yang digunakan adalah senang diingat
dan tidak mudah ditekan oleh lain seperti pelajar perlu mengelakkan penggunaan kata laluan
seperti “1234” atau “abcd”.
Gambar 5: Maklumat yang Perlu Diisi

You might also like