You are on page 1of 15

Cabaran BM di Era Globalisasi BAHASA MELAYU LESTARI

1.0 Pengenalan

Pemerkasaan bahasa Melayu di Malaysia semakin menghadapi cabaran. Menurut Kamus Dewan
Edisi Ke-4, pemerkasaan bermaksud menjadikan sesuatu itu berwibawa, dominan, kuat, hebat,
terkenal, berdaulat, dan sebagainya. Justeru, pemerkasaan bahasa Melayu bermaksud menjadikan
bahasa Melayu sebagai bahasa yang hebat, terkenal, berdaulat dan dominan di dunia ; hebat dari
segi kandungan ilmunya, keintelektualannya, keluasan penggunaannya, nilai ekonominya dan
keterbacaannya (Hashim Hj.Musa,2009). Walaupun terdapat banyak pihak yang sentiasa berusaha
untuk memperkasakan status Bahasa Melayu. Namun, pada alaf yag baru ini, Bahasa Melayu masih
menghadapi pelbagai cabaran. Cabaran pula ialah sesuatu unsur, atau faktor yang mencabar,
menguji, kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi. (Kamus Dewan Edisi Ke-4,
2005). Oleh itu cabaran bahasa Melayu dalam abad ke-21 bermaksud mencabar kemampuan bahasa
Melayu terus berkembangpada abad ke-21. Oleh hal yang demikian, abad ke-21 atau lebih dikenali
sebagai era globalisasi ini merupakan satu zaman yang penuh dengan cabaran terutama terhadap
kedudukan bahasa Melayu di negara mahupun kedudukannya di persada dunia.

1
Cabaran BM di Era Globalisasi BAHASA MELAYU LESTARI

2.0 Cabaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu.

Bahasa Melayu telah menghadapi cabaran untuk menjadi bahasa ilmu apabila pada tahun
2003. Subjek Sains dan Matematik dalam semua peringkat diajar dalam bahasa Inggeris. Keadaan ini
telah memberi kesan terhadap kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di negara ini.
Pejuang-pejuang bahasa telah bersatu hati untuk mendaulatkan dan memperkasakan bahasa
Melayu. Sebenarnya, kejayaan sesuatu bangsa bukanlah berdasarkan penguasaan dalam bahasa
Inggeris, tetapi kefahaman terhadap sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa ibunda sendiri.
Justeru, ada masyarakat luar menganggap orang Melayu tidak akan maju jika orang Melayu tidak
menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu.

Bahasa Kebangsaan di Malaysia telah berjaya, terutamanya jika dilihat dari perspektif
penggunaannya dalam jentera pentadbiran, dalam sistem pendidikan, dan dalam beberapa domain
utama kehidupan sehari-hari masyarakat Malaysia (Nik Safiah Karim 2004). Tokoh berpendapat
bahawa bahasa Melayu sedang berkembang dalam dunia pendidikan. Kerjayaan tersebut amatlah
dibanggakan. Namun, wujud cabaran yang lain iaitu dalam mewujudkan kerjasama daripada
pelbagai pihak amat diperlukan bagi menetapkan kedudukan bahasa Melayu sekali gus
mempertingkatkan mutu bahasa. Pengajaran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sepatutnya dapat
melahirkan rakyat Malaysia yang bangga dan hormat kepada bahasa kebangsaannya sebagai simbol
kedaulatan negara dan pada masa yang sama boleh menggunakan bahasa Inggeris sebagai jendela
kepada dunia yang luas (Asmah Hj.Omar, 2003:75). Dalam konteks ini, semua pihak perlu
bekerjasama bagi memastikan bahasa Melayu dapat diperkasakan di samping menjaga bahasa
Inggeris supaya cabaran abad ke-21 tidak meminggirkan bahasa Melayu dalam kehidupan
masyarakat.

2
Cabaran BM di Era Globalisasi BAHASA MELAYU LESTARI

3.0 Cabaran Bahasa Melayu Dalam Teknologi Maklumat (ICT)

Bidang teknologi maklumat amat penting pada zaman ini. Oleh itu, Malaysia telah menerima
impak yang besar terutama dari segi penggunaan bahasa teknologi maklumat. Memang tidak
dinafikan bahawa bahasa teknologi maklumat yang utama ialah bahasa Inggeris. Keadaan ini akan
memberi kesan kepada penggunaan bahasa Melayu dalam teknologi maklumat. Sehubungan dengan
itu, bahasa teknologi maklumat dalam bahasa Melayu perlu kami belajar agar perbendaharaan kata
berkenaan teknologi dapat diperkaya. Semua negara mempelajari bahasa Inggeris sebagai bahasa
kedua selain bahasa ibunda. Contohnya, Korea Selatan dan Jepun merupakan negara yang maju
dalam bidang sains dan teknologi, namun mereka tetap mempertahankan bahasa ibunda dan
bahasa Inggeris tetap dipelajari.

Menurut Kamal Shukri Abdullah Sani, (2007; 50) bahawa Jepun tidak berganjak daripada
menggunakan bahasanya dari peringkat tadika sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi dalam
semua bidang mata pelajaran. Bahasa Inggeris hanya dipelajari di peringkat menengah dan bukan di
peringkat rendah. Walau bagaimanapun, bahasa Jepun tetap diutamakan dan dijunjung tinggi
martabat dan maruahnya. Jelas menunjukkan bahawa negara yang menekankan bahasa kebangsaan
juga dapat menjadi negara yang maju. Negara Jepun merupakan negara yang kaya dengan
kecanggihan teknologi dan ilmu teknologi maklumat. Negara Malaysia yang menjadikan bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi juga mampu menghadapi cabaran ini dengan memajukan teknologi
maklumat dalam arus pembangunan negara tanpa mengabaikan bahasa Melayu seperti Jepun yang
maju dalam teknologi maklumat, Perkara ini memerlukan renungan bersama oleh masyarakat
Malaysia.

Mengikut pendapat Hashim Hj. Musa, ( 2009; 61) bahawa penguasaan ilmu, sains dan
teknologi yang tinggi, kemahiran dan kepakaran secara meluas dalam kalangan rakyat jelata,
merupakan faktor utama dalam pembangunan Sumber Daya Tenaga Manusia sesebuah negara
secara menyeluruh, yang menjadi faktor utama pula kepada pembangunan dan kemajuan negara
itu. Lanjutan dari situ, penyampaian dan pemahaman ilmu teknologi dan kepakaran serta kemahiran
dengan cara yang paling berkesan adalah dengan menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa
perantaraan kerana rakyat banyak menggunakan bahasa kebangsaan dalam kehidupan seharian
membolehkan mereka dapat menguasai dengan cepat dan berkesan.

3
Cabaran BM di Era Globalisasi BAHASA MELAYU LESTARI

4.0 Sikap Penutur Bahasa Mencabar Kedudukan Bahasa Malayu

Nik Safiah Karim (2004) memperkatakan bahawa bahasa Melayu, cabaran yang sebenarnya
terletak pada sikap yang dipegang oleh penuturnya. Pada zaman ini, kepentingan dan kesesuaian
bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa telah menjadi hakikat. Jadi, terdapat masyarakat yang
tidak menitik beratkan bahasa kebangsaan menyebabkan kedaulatan bahasa Melayu tercabar. Hal
ini disebabkan mereka sudah terdidik dalam bahasa Inggeris sejak kecil lagi memyebabkan mereka
lebih lancar bercakap bahasa Inggeris. Akibatnya, mereka yang tidak biasa menggunakan bahasa
Melayu telah membentuk satu sikap tidak ‘kisah’ terhadap bahasa ibunda. Contohnya, apabila
mereka disuruh memberi pendapat dan idea, mereka lebih suka bertutur dalam bahasa Inggeris.
Justeru, permasalahan ini iaitu sikap penutur merupakan satu cabaran yang perlu dihadapi pada
abad ke-21 agar bahasa Melayu tidak dipandang rendah oleh masyarakat sendiri.

Bahasa Inggeris menjadi bahasa komunikasi dalam kalangan kelas atasan dan kelas menengah
bagi bukan Melayu dan komunikasi akan dijalankan dalam bahasa Melayu sekiranya ada orang
Melayu dalam proses komunikasi tersebut (Asmah Hj.Omar, 2003:74). Bahasa Melayu telah
menerima cabaran dari segi persaingan dengan bahasa Inggeris. Walaupun begitu, keadaan ini tidak
menjadi satu cabaran besar sehingga menggugat kedaulatan bahasa Melayu di negara Malaysia.
Oleh itu, rakyat Malaysia perlu yakin dengan kemampuan dan keupayaan bahasa Melayu sebagai
bahasa berkomunikasi. Rakyat sepatutnya berbangga terhadap bahasa Melayu kerana bahasa
Melayu pernah menjadi lingua franca. Menurut Asmah Haji Omar (2007), lingua franca membawa
makna sebagai bahasa yang diketahui oleh kebanyakan penutur walaupun hanya pada peringkat
yang asas.

4
Cabaran BM di Era Globalisasi BAHASA MELAYU LESTARI

5.0 Wujud “Bahasa Rojak” Dalam Penggunaan Bahasa Melayu.

Berdasarkan Su’ad Awad (2007), beliau berpendapat bahawa “bahasa rojak menggambarkan
penggunaan bahasa yang sebenar di Malaysia”. Bahasa rojak akan terus diamalkan kerana sikap
pengguna suka menggunakan bahasa rojak. Hassan Ahmad (2007) juga telah melihat bahasa rojak
dari sudut sikap pengguna bahasa di Malaysia. Menurut beliau, pengguna bahasa rojak ialah “...
orang yang mengalami kecelaruan pemikiran”. Keindahan Bahasa Melayu telah musnah akibat
pengaruh-pengaruh luar seperti pengaruh media elektronik kini telah merosakkan penggunaan
bahasa Melayu dari segi pertuturan,ayat, istilah dan bahasa. Kerosakan penggunaan bahasa Melayu
yang paling teruk jelas ditunjukkan oleh golongan remaja. Pada abad ke-21, sudah menjadi satu
ikutan kepada golongan remaja dalam penggunaan bahasa Melayu terutamanya “bahasa rojak”.
Keadaan ini akan membawa kesan yang serius terhadap kedaulatan bahasa Melayu jika tidak
ditangani dengan segera, sudah pasti keindahan bahasa Melayu akan musnah. Menurut Asmah
(2007), bahasa rojak sebenarnya bahasa campur kod dan alih kod. Maksud bahasa rojak juga boleh
dikatakan wujudnya perkataan atau frasa daripada bahasa asing dalam bahasa yang dituturkan.
Merujuk kepada konsep yang telah dikemukakan oleh tokoh. Disebabkan bahasa Inggeris
merupakan bahasa kedua, maka kod daripada bahasa Inggeris akan timbul dalam pertuturan.

Bahasa rojak juga boleh dikatakan sebagai “kerancuan bahasa” iaitu penggunaan bahasa yang
tidak mengikut peraturannya atau tatabahasa akibat pengaruh bahasa asing yang tidak diterima
secara umum dan formal seperti dari segi sintaksis, morfologi, fonologi, kosa kata, istilah dan
sebagainya.

5
Cabaran BM di Era Globalisasi BAHASA MELAYU LESTARI

6.0 Cabaran Globalisasi

Globalisasi didefinisikan sebagai keberhubungan aktiviti-aktiviti manusia secara global dalam


aspek pengaliran modal dan buruh, teknoologi dan kemahiran, pemikiran dan nilai, gaya hidup dan
cita rasa, yang merentasi sempadan negara dan bangsa (Hashim Musa, 2005: 209). Dunia tanpa
sempadan menyebabkan manusia dapat berinteraksi sama ada secara nyata atau maya. Oleh itu,
pemerkasaan bahasa Inggeris dianggap penting dalam konteks ini. Namun, pemerkasaan bahasa
Inggeris ini dilihat akan meminggirkan bahasa Kebangsaan yang mana bermula pada tahun 1990-an,
dasar bahasa dalam sistem pendidikan negara telah mengalami perubahan mendadak akibat
daripada tekanan globalisasi (Tan Yao Sua, 2010: 121).

Terdapat kecelaruan dalam pemikiran pencinta bahasa Inggeris (Elit Englophile) iaitu hakikat
penimbaan dan penerokaan ilmu pengetahuan boleh dilakukan dalam bahasa apa sekalipun, namun
penyampaian dan pembudayaan ilmu pengetahuan kepada rakyat jelata negara bangsa itu yang
merupakan sumber daya tenaga manusianya seharusnya dalam bahasa yang paling mudah difahami
oleh rakyatnya (Hashim Musa, 2005: 211). Misalnya Jepun menggunakan bahasa Jepun bagi
mencapai kemajuan. Jadi, semua sumber daya tenaga rakyatnya dapat digembleng untuk menjana
ekonomi negara. Sains dan teknologi yang canggih dapat dihasilkan walaupun dengan penguasaan
mahir dalam bahasa ibunda sendiri. Dari situ, rakyatnya dapat menikmati kemajuan sains dan
teknologi. Mereka membuktikan bahawa faktor globalisasi yang memartabatkan bahasa Inggeris
bukan penentu utama bagi sesebuah negara menjadi maju. Untuk menjadi maju, negara perlu
mempunyai kemajuan sains dan teknologi yang menunjukkan identiti negara. Jelasnya, Malaysia juga
boleh memberi penekanan terhadap bahasa Melayu dalam usaha membawa negara ke arah maju
kerana bahasa Melayu boleh menjadi satu wadah untuk menyampaikan ilmu sains dan teknologi
kepada semua rakyat.

7.0 Kesimpulan

Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh bahasa Melayu untuk menjadi bahasa kebangsaan dan
bahasa rasmi negara bukanlah suatu cabaran yang mudah untuk menghadapinya. Oleh yang
demikian, semua cabaran tersebut harus ditangani secara bersama oleh masyarakat Malaysia tanpa
mengira masyarakat daripada peringkat atasan sehingga ke peringkat bawahan, kerajaan seterusnya
kepada sikap rakyat jelata. Biasanya sesuatu kelompok akan sentiasa sensitif terhadap cabaran,
persaingan dan kelunturan yang mungkin dihadapi oleh bahasa dan budaya mereka. Sesuatu
kelompok akan menjadikan pemuliharaan bahasa dan budaya sebagai satu agenda bersama, dan
aspek inilah yang menyebabkan mereka berasa bersatu (Zulkifley Hamid, 2012: 225).

6
Cabaran BM di Era Globalisasi BAHASA MELAYU LESTARI

RUJUKAN

Asmah Haji Omar, (2003:74). Language And Language Situation In South East Asia: With a
Focus On Malaysia, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Asmah Haji Omar, (2003:75). Language And Language Situation In South East Asia: With a
Focus On Malaysia, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Asmah Haji Omar, 2007. “Taksonomi Pertemuan Bahasa: Di Manakah Letaknya Bahasa Rojak?”
Kertas kerja dalam Seminar Bahasa Rojak: Kecelaruan Penggunaan Bahasa Melayu, Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 18-19 Julai 2007.

Asmah Haji Omar. (2007). Teori Linguistik dan Aplikasinya dalam Memartabatkan Kajian Dialek
Melayu. Kertas Kerja Seminar Dialektologi Melayu (SEDIA). Anjuran Program Pengajian Melayu.
Universiti Kebangsaan Malaysia.Globalisasi Barat. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Hashim Hj. Musa. (2009). BBM 5203 Sosiolinguistik Lanjutan. Serdang: Universiti Putra
Malaysia.

Hassan Ahmad, 2009. “Lidah Terputus, Bahasa dan Bangsa Pupus” dlm. Dewan Bahasa Jilid 9. Bil 4,
April 2009.

Kamal Shukri Abdullah Sani. (2007). Bahasa Melayu, Apa Sudah Jadi?Kuala Lumpur: PTS Professional
Publishing.

Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim (2004). Sumbangsih, Kumpulan Esei Mengenang Jasa Asraf. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Nik Safiah Karim. (2004). Bahasa Melayu Sedekad Lalu: Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Su’ad Awad, 2007. “Rojak (Pasembor?) Melayu: Identiti Linguistik dan Sosial Bahasa Sembang
Internet”. Kertas kerja dalam Seminar Bahasa Rojak: Kecelaruan Penggunaan Bahasa Melayu.
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 18- 19 Julai 2007.

Tan Yao Sua (2010). Isu Bahasa, Etnik dan Pembinaan Negara Bangsa dalam Sistem Pendidikan
Malaysia. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Zulkifley Hamid (2012). Keupayaan Berbahasa Melayu dalam Kerangka Satu Malaysia. E-Bangi
Journal, 7(1). Pp 224-234.

Bahasa ialah alat yang digunakan untuk tujuan berkomunikasi antara satu sama lain. Selain itu,
bahasa sebagai jambatan yang menghubungkan sesama manusia tanpa mengira warna kulit atau
batas sempadan. Bahasa melambangkan jiwa sesuatu bangsa. Keperibadian sesuatu bangsa diukur

7
Cabaran BM di Era Globalisasi BAHASA MELAYU LESTARI

melalui penggunaan dan pengamalan bahasa dalam sesebuah masyarakat. Nilai hidup yang semakin
berubah kesan daripada globalisasi yang melanda dunia mengancam amalan berbahasa sesuatu
bangsa sehingga menjadi api dalam sekam yang menggugat budaya peradaban bangsa.

Malaysia pula sebuah negara unik kerana kepelbagaian bangsa yang menghuninya. Setiap etnik
memiliki bahasa dan budaya yang tersendiri. Masyarakat yang berbilang bangsa ini bertutur
menggunakan bahasa ibunda masing-masing ketika berkomunikasi dalam kalangan mereka sendiri.
Walau bagaimanapun, setiap rakyat negara ini jelas menerima serta mengiktiraf peranan yang
dimainkan oleh bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini.

Bahasa Melayu memiliki sejarah yang panjang sejak abad ke-7 apabila kerajaan Srivijaya
menggunakan bahasa Melayu. Pada waktu itu, bahasa Melayu dikenali sebagai bahasa Melayu Kuno.
Selanjutnya, kerajaan Melaka mengangkat bahasa Melayu ke tahap kegemilangan bermula pada
abad ke-13 seiring dengan kedudukannya sebagai pusat perdagangan serantau. Bahasa Melayu
menjadi lingua franca dan dipertuturkan dengan meluas. Sejarah Melayu juga mencatatkan bahawa
para pedagang berusaha untuk mempelajari serta menguasai bahasa Melayu bagi memudahkan
mereka berkomunikasi dengan pemimpin dan masyarakat di Tanah Melayu bagi tujuan berdagang.

Apabila negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini. Kedudukannya termaktub dalam Perkara 152
Perlembagaan Malaysia. Peranannya sebagai bahasa ilmu dan bahasa pengantar di sekolah turut
diperkukuhkan melalui Akta Pendidikan. Sekolah sebagai tempat terbaik untuk menyemai perasaan
cinta akan bahasa Melayu dalam kalangan generasi muda. Meskipun cabarannya getir, hasilnya
terlihat pada sekitar tahun 1970-an dan tahun 1980-an apabila rakyat Malaysia menggunakan
bahasa Melayu dalam pertuturan harian mereka.

Bahasa ibunda pula merupakan bahasa pertama yang dikuasai dan diwarisi oleh manusia ketika mula
mengenal dunia. Bahasa ini dikuasai oleh seseorang daripada ibu bapa atau penjaga. Penguasaan
bahasa ibunda membolehkan seseorang mengungkapkan pemikiran serta perasaannya. Seseorang
individu lebih mudah dan yakin untuk mengutarakan penyataan pemikiran serta perasaannya
melalui bahasa ibunda berbanding dengan bahasa kedua yang dipelajarinya. Slogan “Bahasa Jiwa“
menegaskan betapa jati diri seseorang itu ditentukan oleh bahasa yang dipertuturkan secara
warisan.

Walau bagaimanapun, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan kini
semakin tercabar di negara ini. Penerimaan serta penggunaan bahasa Melayu oleh rakyat jelas amat
mengecewakan. Lebih malang lagi, bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda dalam kalangan penutur
bahasa Melayu turut tercabar kedudukannya. Sejak belakangan ini, bilangan penutur bahasa Melayu

8
Cabaran BM di Era Globalisasi BAHASA MELAYU LESTARI

yang bahasa ibundanya bahasa Melayu terus berkurangan. Banyak dalam kalangan mereka lebih
suka dan rela menggunakan bahasa Inggeris meskipun kurang fasih dalam bahasa tersebut.

Perkembangan era globalisasi pada ketika ini memungkinkan penyaluran maklumat tanpa tapisan ke
serata pelosok dunia. Tidak ada negara yang terkecuali daripada perkembangan ini. Arus globalisasi
yang melanda dunia meninggalkan impak yang cukup besar dalam kehidupan harian manusia. Impak
globalisasi memungkinkan bahasa Inggeris terus berkembang sebagai bahasa yang penting di
kebanyakan negara. Menurut Mohd Asraf (2005), bahasa Inggeris sebagai bahasa dunia dan
antarabangsa dan pengaruhnya tersebar luas ke seluruh dunia sehingga tidak ada negara yang tidak
menggunakan bahasa Inggeris.

Peningkatan dalam penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua atau ketiga pula
meninggalkan kesan kepada sistem pendidikan di negara-negara tersebut. Satu daripada bidang
kehidupan yang terkesan akibat fenomena ini ialah bahasa. Globalisasi dianggap sebagai pembunuh
bahasa ibunda. Apa tidaknya, dalam keghairahan mengejar teknologi maklumat, penutur bahasa
Melayu khususnya semakin menjarakkan diri daripada bahasa ibunda mereka. Hal ini demikian
kerana hampir semua maklumat yang diperoleh daripada internet terdapat dalam bahasa Inggeris.

Perkara ini pernah diakui oleh Noriah Mohamed (2005) yang menganggarkan bahawa 80 peratus
daripada laman sesawang yang digunakan terdapat dalam bahasa Inggeris. Jumlah laman sesawang
masih kurang sehingga menyebabkan penutur bahasa Melayu terpaksa mencari maklumat dengan
menggunakan bahasa Inggeris. Akibatnya, bahasa Melayu dipandang sepi dan bahasa Inggeris terus
diagung-agungkan.

Sikap mengagung-agungkan bahasa Inggeris oleh generasi muda pada hari ini semakin tidak
bersempadan. Bahasa Inggeris yang dianggap sebagai lingua franca dunia moden pada hari ini terus
disanjung dan dimartabatkan sebagai bahasa penting dalam kehidupan harian. Ada juga yang tanpa
segan silu menganggap atau menerima bahasa Inggeris sebagai bahasa ibunda hanya kerana mereka
dan ibu bapa mereka bertutur dalam bahasa Inggeris. Demikian kuatnya pengaruh bahasa Inggeris
menguasai kehidupan generasi muda ini.

Pengaruh bahasa Inggeris yang mewarnai kehidupan harian generasi muda kian ketara apabila
banyak penutur bahasa Melayu yang bahasa ibundanya bahasa Melayu enggan atau malu untuk
berbahasa Melayu. Mereka seolah-olah berusaha untuk menjauhkan diri daripada bahasa Melayu,
yakni bahasa ibunda mereka sendiri. Ada juga yang tidak mampu berbahasa Inggeris dengan baik

9
Cabaran BM di Era Globalisasi BAHASA MELAYU LESTARI

tetapi berusaha untuk menggunakannya walaupun mereka mempunyai pilihan untuk menggunakan
bahasa Melayu. Bak kata pepatah, lebih sudu daripada kuah.

Penularan pengaruh bahasa rojak dan slanga turut menjadi duri dalam daging bagi penutur bahasa.
Penggunaan bahasa rojak di negara ini bukanlah perkara baharu kerana fenomena itu biasa bagi
negara yang mempunyai penduduk berbilang kaum. Proses mencampuradukkan bahasa ketika
berkomunikasi antara satu sama lain menjadi sesuatu yang lumrah dan diterima sebagai gaya hidup
harian. Generasi muda pada hari ini semakin ghairah mencampuradukkan penggunaan bahasa
dalam proses komunikasi.

Dasar bahasa yang dilaksanakan dalam sistem pendidikan negara merupakan kunci ke arah
menyatupadukan masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Pemilihan serta pelaksanaan bahasa
Melayu sebagai medium perantara dalam sistem pendidikan negara diperkukuhkan melalui Akta
Pendidikan 1961 berasaskan Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib. Laporan Razak yang
diperkenalkan pada tahun 1956 dianggap sebagai batu asas bagi perkembangan sistem pendidikan
kebangsaan.

Berdasarkan laporan tersebut, pendidikan sebagai kunci penting kepada perpaduan negara dan
bahasa Melayu sebagai alat untuk menyatukan rakyat daripada pelbagai etnik. Matlamat akhir
Laporan Razak untuk menaikkan taraf bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama
direalisasikan pada awal tahun 1960-an dengan tergubalnya Laporan Rahman Talib. Perakuan
Laporan Rahman Talib untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama
dikanunkan dalam Akta Pelajaran 1961.

Peranan dan status bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan terutamanya di institusi
pendidikan tinggi swasta pula mengalami pengubahsuaian apabila Parlimen Malaysia meluluskan
Akta Pendidikan 1996. Seksyen 2 dalam Akta Pendidikan 1996 mengatakan bahawa bahasa
kebangsaan dijadikan bahasa pengantar di semua institusi pendidikan dalam sistem pendidikan
kebangsaan. Jelaslah, laporan tersebut telah mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara.

Walau bagaimanapun, beberapa langkah yang dilaksanakan seperti pengenalan Pengajaran dan
Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) jelas mengganggu penguasaan
bahasa Melayu dalam kalangan penutur bahasa Melayu yang bahasa ibundanya bahasa Melayu dan
bukan bahasa Melayu. Dasar PPSMI yang diumumkan pada 20 Julai 2002 dilaksanakan secara
berperingkat bermula pada awal tahun 2003. Proses perubahan dasar ini berterusan sehingga
melibatkan peringkat pendidikan rendah dan menengah pada tahun 2008. Rasional di sebalik
pelaksanaan dasar ini adalah untuk mengukuhkan penguasaan mata pelajaran Sains dan Matematik

10
Cabaran BM di Era Globalisasi BAHASA MELAYU LESTARI

melalui bahasa Inggeris kerana yang paling cepat berkembang dan disebarkan menerusi pelbagai
media dalam bahasa Inggeris.

Penerapan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan ternyata menggugat kedudukan bahasa
Melayu. Hal ini bertentangan dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Bahasa Kebangsaan
seperti yang termaktub dalam Perlembagaan atau Akta Bahasa Kebangsaan 1967/68. PPSMI telah
menghakis peranan dan kepentingan bahasa Melayu dalam kalangan penutur bahasa Melayu.

Oleh itu, langkah untuk mengembalikan martabat bahasa Melayu dalam kalangan penutur bahasa
ibundanya bahasa Melayu sememangnya penuh ranjau dan berliku. Tugas itu bukan mudah, malah
sarat dengan pelbagai cabaran. Pengukuhan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda penutur bahasa
Melayu memerlukan komitmen daripada pelbagai pihak yang merangkumi pihak berkuasa, media
serta penutur asli bahasa Melayu itu sendiri. Tanpa kesungguhan, kejayaan tidak akan terhasil. Kalau
tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Oleh itu, peranan setiap pihak yang terlibat amat
ditagih demi kelestarian bahasa Melayu.

Perubahan sikap penutur asli bahasa Melayu juga amat diharapkan agar usaha untuk
memartabatkan bahasa Melayu menampakkan hasilnya. Mereka perlu menyematkan rasa cinta yang
tidak berbelah bagi di hati mereka. Mereka harus sedar bahawa sikap mengagung-agungkan bahasa
Inggeris hanya akan merencatkan perkembangan bahasa Melayu, malah boleh mengakibatkan
kepupusannya. Oleh itu, sambutan Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa yang disambut pada 21
Februari pada setiap tahun harus menjadi wadah untuk mengangkat martabat bahasa Melayu
sebagai bahasa ibunda penutur asli bahasa Melayu.

Bahasa Melayu di Malaysia memiliki status sebagai bahasa kebangsaan dan ini adalah salah satu
kedudukan penting bagi Bahasa Melayu di Malaysia. Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan
menyatakan bahawa Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi di
Malaysia.Perkara 152 menyebut:

11
Cabaran BM di Era Globalisasi BAHASA MELAYU LESTARI

Perlembagaan Persekutuan menegaskan bahawa bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan
hendaklah digunakan seperti yang diperuntukkan dalam undang-undang oleh parlimen dengan
syarat iaitu tidak seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan atau daripada
mengajarkan atau belajar mana-mana bahasa asing. Syarat lain adalah tiada apa-apa yang boleh
menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan
meneruskan penggunaan serta pengajian bahasa mana-mana kaum lain dalam persekutuan.

Perlembagaan Persekutuan telah mengakui kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
dan bahasa rasmi, namun penggunaannya dalam acara-acara rasmi belum ditekankan. Maka pada
tahun 1963, Akta Bahasa Kebangsaan telah dikeluarkan yang bermaksud mengukuhkan kembali
kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Sebelum di akui sebagai bahasa rasmi, ternyata
Bahasa Melayu sah digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah dan di bahagian pendidikan.
Penyata Razak telah diterbitkan pada tahun1956 bagi mengusulkan penggunaan Bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar utama dalam proses belajar dan mengajar di lembaga pendidikan dan
akhirnya ia dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961 (kini Akta Pendidikan 1996). Antara
kedudukan dan status bahasa kebangsaan ialah :

Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan

Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967

Akta Pendidikan (asalnya Akta Pelajaran 1961)

Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam Memartabatkan Bahasa Melayu

Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin

12
Cabaran BM di Era Globalisasi BAHASA MELAYU LESTARI

Membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan
teknologi

Seperti mana yang diketahui umum bahawa dalam bidang sains dan teknologi, hanya perkataan-
perkataan daripada Bahasa Inggeris yang digunakan untuk membina atau menghasilkan sesuatu
penemuan atau penciptaan yang baru khususnya dalam bidang perubatan. Oleh hal yang demikian,
pihak Dewan Bahasa dan Pustaka telah berusaha dan memainkan peranan yang sangat penting bagi
memperkaya bahasa kebangsaan kita iaitu Bahasa Melayu supaya lebih banyak perkataan daripada
Bahasa Melayu dihasilkan di dalam bidang-bidang yang pesat berkembang sperti bidang sains dan
teknologi

Memajukan bakat kesusasteraan terutama dalam bahasa kebangsaan

Menurut Berita Harian, DBP menggiatkan program dari semasa ke semasa iaitu Minggu Penulis
Remaja dengan motif melahirkan dan memupuk penulis muda. Program ini juga bertujuan
melahirkan pewaris ilmu kesusasteraan pada masa depan. Dalam usaha memperkasakan ilmu
kesusasteraan ini, DBP sekali lagi menggunakan kaedah penganugerahan bagi menggalakkan
sasterawan-sasterawan menceburi bidang ini. Kepentingan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) adalah
begitu penting sehingga ia diiktiraf oleh jabatan kerajaan sebagai Badan Berkanun melalui Akta
Parlimen pada tahun 1959 dalam memantapkan lagi pengembangan bahasa sastera. Begitu juga
dengan pengaturan rancangan memupuk bahasa sastera dengan baik.

Mencetak / menerbitkan / membantu usaha percetakan atau penerbitan buku-buku, risalah-


risalah dan lain-lain bentuk persuratan dalam bahasa kebangsaan

Pihak DBP merupakan sebuah organisasi yang begitu penting dalam industri percetakan dan
penerbitan buku-buku, risalah-risalah, kamus-kamus, serta pelbagai bentuk bahan ilmiah kerana ia
merupakan salah sebuah organisasi penerbitan yang terbesar di Malaysia. Pihak DBP telah banyak
mencetak dan menerbitkan buku-buku untuk sekolah-sekolah seperti buku teks dan buku rujukan
yang merupakan bahan ilmiah yang sangat penting bagi pelajar-pelajar sekolah rendah mahupun
sekolah menengah. DBP juga bergiat aktif dalam menerbitkan buku-buku kesusasteraan Bahasa
Melayu mahupun dalam Bahasa Inggeris. Ini bermakna peranan yang dimainkan oleh DBP adalah
sangat penting dan ia juga memberi impak yang baik dalam bidang kesusasteraan, pendidikan dan
juga industri percetakan Negara. Menurut Bekas Menteri Kehakiman Malaysia, Dato’ Dr. Sulaiman
Hj. Daud (1990:1) bahawa Dewan Bahasa dan Pustakan (DBP) sejak 20 tahun lalu berjaya
menerbitkan tidak kurang daripada 50 judul buku undang-undang Bahasa Melayu. Ini menunjukkan
DBP juga bertindak sebagai medium penterjemahaan karya-karya asing.

Maka ilmu dari luar dapat diadaptasikan dalam Bahasa Melayu bagi memperkayakan
perbendaharaannya. Dalam masa yang sama DBP juga memerlukan penglibatan para sarjana,
pengkritik dan pemantau bahasa, agar buku-buku terbitan DBP dapat dianalisa dan diberi ulasan-
ulasan fragmentasi atau resensi buku, agar orang ramai akan dapat menikmati dan memahami
intipati buku-buku yang diterbitkan oleh DBP.

13
Cabaran BM di Era Globalisasi BAHASA MELAYU LESTARI

Membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa
kebangsaan

Pelaksanaan dasar bahasa yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah
rendah, menengah dan peringkat institusi pengajian tinggi menggerakkan kegiatan peristilahan yang
didukung oleh DBP. Banyak Jawatankuasa Istilah (JKI) telah ditubuhkan oleh DBP dengan kerjasama
institusi pengajian tinggi awam untuk mengumpul, membentuk dan menyebar luas istilah bahasa
Melayu dalam bidang sains asas dan sains gunaan. Perubahan ini menyaksikan perancangan korpus
bahasa Melayu berkembang dengan cepat sekali.

Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul

Seperti mana yang sedia maklum, tidak ramai atau hanya segelintir sahaja daripada rakyat Malaysia
yang menggunakan Bahasa Melayu dengan betul. Majoriti daripada mereka menggunakan Bahasa
Melayu yang tidak betul. Sebagai contoh yang paling ketara ialah rakyat Malaysia menggunakan
bahasa pasar sebagai bahasa percakapan harian mereka. Bukan sahaja sebagai bahasa percakapan
harian, malah notis-notis ataupun risalah-risalah awam yang diedarkan kebanyakannya tidak
menggunakan Bahasa Melayu yang betul seperti risalah-risalah ataupun poster-poster untuk konsert
dan promosi kompleks-kompleks beli-belah. Oleh hal yang demikian, pihak DBP perlu memainkan
peranan yang sangat penting untuk mengatasi masalah yang telah berleluasa hingga ke hari ini
seperti mewujudkan buku-buku dan risalah-risalah dan akhbar-akhbar yang menggunakan dan
memperbetulkan penggunaan Bahasa Melayu yang tidak betul di kalangan rakyat Malaysia.
Walaupun DBP menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan namun setelah masa beredar
melangkaui peredaran zaman kini banyak pecampuran bahasa seperti bahasa rojak yang sedang
menular dalam masyarakat masa kini. Oleh itu, dengan adanya DBP masalah penyalahgunaan
bahasa ini dapat dibendung. Disamping itu, keaslian bahasa kebangsaan ini tidak dicemar. Begitu
juga dengan penggunaan bahasa singkatan. Contohnya, singkatan bagi sungai, bukit, jalan dan
sebagainya. Penggunaan singkatan ini memudahkan penulis surat bagi alamat dan kawasan.

Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan digunakan secara meluas bagi
segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa

Dalam usaha memperkembangkan bahasa Melayu DBP melaksanakan pelbagai program melalui
fungsi pengukuhan dasar bahasa kebangsaan, pemantauan, pemupukan, penataran, pekhidmatan
dan penyebaran. Pelbagai kegiatan dilaksanakan melalui fungsi-fungsi ini bagi memastikan
kedudukan bahasa Melayu terus menjadi mantap sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan
bahasa perpaduan negara Malaysia. Di sinilah peranan yang dimainkan oleh DBP sangat penting ke
arah memasyarakatkan secara meluas penggunaan bahasa Melayu dengan pendekatan dan kaedah
yang menarik dan selaras dengan perkembangan teknologi info-telekomunikasi. Daripada kaedah
biasa dan stereotaip yang sering digunakan, DBP perlu meneroka pendekatan baru melalui industri
kreatif, media sosial dan elektronik mengadakan program pembelajaran bahasa Melayu dan

14
Cabaran BM di Era Globalisasi BAHASA MELAYU LESTARI

menghasilkan promo, iklan, drama dan sitkom televisyen serta radio yang bersangkutan dengan
bahasa Melayu.

Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi yang cekap dan berkesan dalam semua
bidang

Bidang yang dimaksudkan ialah bidang pentadbiran negara, bidang pengajian tinggi, dan dalam
kegiatan yang maju serta kompleks seperti kegiatan intelektual, kegiatan kebudayaan, ekonomi dan
perdagangan. Masalah yang timbul ialah terdapat golongan yang berpandangan bahawa bahasa
Inggeris merupakan bahasa yang maju dan bersifat saintifik. Tetapi kita jangan lupa bahawa bahasa
Melayu pernah menjadi bahasa lingua franca suatu ketika dahulu yang dituturkan dan digunakan
sebagai bahasa komunikasi oleh golongan pedagang, golongan agama dan golongan pemodal di
nusantara ini. Bahasa Melayu kini telah dituturkan oleh masyarakat di negara ini sebagai bahasa
komunikasi, bahasa perpaduan dan sebagainya.

15

You might also like