You are on page 1of 1

Latihan: Kenal pasti kata adjektif dalam petikan di bawah dan kemudian

senaraikan kata adjektif tersebut mengikut jenisnya.

Gunung yang tinggi itu kudaki dengan penuhsemangat. Setelah sekian lama
mendaki, akhirnya puncak Kinabalu dapat jua kutawan. Hatiku terpaku akan
keindahan panorama alam yang dapat kulihat dari puncak Kinabalu. Bunga-
bunga berkembang mekar. Angin bertiup dengan sepoi-sepoi bahasa. Burung-
burung berlagu rindu. Hatiku menjadi sayu mengenangkan diriku. Aku sedar
bahawa aku hanyalah insan yang kerdil di muka bumi yangluas ini. Aku kagum
akan kebesaran Ilahi. Inilah pengalaman yang berharga dan sukar untuk
akulupakan.

You might also like