You are on page 1of 13

UNIT PENGAMBILAN

PENGENALAN

Unit Pengambilan berfungsi sebagai unit yang bertanggungjawab dalam


urusan pengambilan, pendaftaran dan rekod pelajar Kolej Komuniti. Unit
Pengambilan merancang, melaksana, mengurus dan menyemak proses
penawaran, pendaftaran dan urusan hal-hal pengambilan pelajar bagi semua
program pengajian di Kolej Komuniti berdasarkan ketetapan syarat-syarat
kemasukan bagi memastikan norma yang ditetapkan pada setiap ambilan
tercapai seterusnya menjadi peneraju institusi TVET yang unggul. Pada masa
yang sama, unit ini bekerjasama dengan beberapa unit lain seperti Unit
Penerangan dan Unit Pembangunan Pelajar dengan tujuan untuk menyampaikan
maklumat berkaitan dengan syarat dan cara untuk menyambung pengajian ke
Kolej Komuniti.

OBJEKTIF

Antara objektif utama Unit Pengambilan adalah :

• Mengurus norma ambilan pelajar


• Menguruskan urusan permohonan dan penawaran kepada pelajar-pelajar
baharu.
• Menguruskan urusan pendaftaran pelajar baharu dan pelajar senior.
• Menguruskan urusan hal-hal pelajar seperti pertukaran kolej dan
pertukaran program.
• Menyediakan fail untuk penyimpanan rekod dan data secara sistematik.
• Memastikan maklumat di dalam sistem dikemaskini sentiasa oleh
penasihat akademik.
• Memastikan dokumen-dokumen didalam Fail Peribadi Pelajar dikemaskini
oleh Penasihat Akademik/Pensyarah Kelas sentiasa.
CARTA ORGANISASI UNIT PENGAMBILAN

MOHAMMAD FAIZAL BIN


AHMAD
Pengarah

WAN AZIMAS BINTI WAN


MAHMUD
Timbalan Pengarah
(Pengurusan)

RATNA DEWI BIN TI HALIFI


Pegawai Pengambilan

NORAZLIN BINTI AHMAD AZWAN BIN HARUN


Penyelaras Rekod Pelajar Penyelaras Data
PENCAPAIAN SEPANJANG TAHUN (KPI)
SASARAN PENCAPAIAN
Bil KPI Sesi I Sesi I PERANCANGAN
2021/2022 2021/2022 AKTIVITI

Bilangan 4 4 Menggalakkan aktiviti


program promosi ke seluruh
1. dibuka daerah Bentong dan
menggiatkan
penggunaan media
sosial sebagai tempat
untuk menyalurkan
maklumat berkenaan
dengan permohonan
menyambung pengajian

Peratus Menggalakkan aktiviti


2. kemasukan SKE – 60 SKE – 69 promosi ke seluruh
pelajar SPP – 60 (115%) daerah Bentong dan
berdasarkan STM – 60 SPP – 20 (33%) menggiatkan
Norma STP – 60 STM – 17 (28%) penggunaan media
Ambilan STP – 25 (42%) sosial sebagai tempat
Pelajar untuk menyalurkan
maklumat berkenaan
dengan permohonan
menyambung pengajian
SENARAI AKTIVITI SEPANJANG TAHUN

BIL. AKTIVITI TARIKH TEMPAT

Program Hari
Pendaftaran Pelajar
1. Baharu dan Senior Sesi 3 - 4 Mac 2021 Kolej Komuniti Bentong
Disember 2020
(Kemasukan Mac 2021)
Bengkel Penyelarasan
dan Penggunaan CCMS 1 Mac dan 7
2. Kolej Komuniti Bentong
Modul HEP Peringkat April 2021
Kolej Komuniti Bentong
Program Hari
22 – 23
Pendaftaran Pelajar
3. September Kolej Komuniti Bentong
Baharu dan Senior Sesi I
2021
2021/2022
Bengkel Penggunaan
20 September
dan Penyelarasan CCMS
4. dan 12 Kolej Komuniti Bentong
Modul HEP Peringkat
November 2021
Kolej Komuniti Bentong
Sepanjang
5. Program 1 get 1 Kolej Komuniti Bentong
tahun
Promosi Kemasukan Sepanjang Facebook dan Instagram
6.
Pelajar tahun rasmi KKBEN
Membuka Booth/Career Sepanjang
7. Talk / Pameran Sekitar Daerah Bentong
tahun
GALERI AKTIVITI

PROGRAM HARI PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU DAN SENIOR SESI


DISEMBER 2020 (KEMASUKAN MAC 2021)

Anjuran : Unit Pengambilan


Tarikh/Hari : 3 – 4 Mac 2021
Tempat : Kolej Komuniti Bentong
Penyertaan : Pelajar Baharu dan Senior Kolej Komuniti Bentong

Bagi Sesi Disember 2020, Kolej Komuniti Bentong perlu mengambil pelajar
seramai 60 orang berdasarkan Unjuran Norma Ambilan Pelajar Baharu Kolej
Komuniti bagi tahun 2020. Program Hari Pendaftaran Pelajar Baharu akan
dilaksanakan secara fizikal mengikut Garis Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu
Kolej Komuniti Sesi Disember 2020 (Kemasukan Mac 2021) dimana urusan
pendaftaran kemasukan pelajar baharu dibuat secara berperingkat bagi
memastikan jumlah kehadiran adalah terkawal pada satu-satu masa

Pada hari pendaftaran, Kolej Komuniti Bentong menerima tetamu yang


terdiri daripada waris dan penjaga kepada bakal pelajar. Sehubungan itu,
taklimat telah diberikan kepada waris dan penjaga berkaitan penawaran
khususnya di Kolej Komuniti Bentong serta laluan kerjaya atau melanjutkan
pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi. Waris dan penjaga juga telah diberi
penerangan mengenai proses pengasingan pelajar yang akan dilaksanakan.
Selain itu, slot bersama Pengarah Kolej Komuniti Bentong turut dijalankan bagi
memberi peluang kepada tetamu untuk bertanyakan lebih lanjut berkenaan kolej
komuniti.
BENGKEL PENYELARASAN DAN PENGGUNAAN CCMS MODUL HEP
PERINGKAT KOLEJ KOMUNITI BENTONG SESI DISEMBER 2020
Tarikh kursus : 01 Mac 2021 dan 07 April 2021
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Kolej Komuniti Bentong
Bilangan peserta : 9 orang Penasihat Akademik
Objektif kursus :
1. Memberi pendedahan kepada pensyarah kelas untuk mendaftarkan pelajar
dalam CCMS – Modul HEP.
2. Memberi pendedahan kepada pensyarah kelas untuk mengemaskini data
pelajar di dalam CCMS.
3. Menerangkan kepada pensyarah kelas kaedah untuk mendapatkan data
pelajar dari CCMS.
PROGRAM HARI PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU DAN SENIOR SESI I
2021/2022

Anjuran : Unit Pengambilan


Tarikh/Hari : 22 – 23 September 2021
Tempat : Kolej Komuniti Bentong
Penyertaan : Pelajar Baharu dan Senior Kolej Komuniti Bentong

Bagi Sesi I 2021/2022, Kolej Komuniti Bentong perlu mengambil pelajar


seramai 240 orang berdasarkan Unjuran Norma Ambilan Pelajar Baharu Kolej
Komuniti bagi tahun 2021. Program Hari Pendaftaran Pelajar Baharu dan Senior
akan dilaksanakan secara atas talian mengikut Garis Panduan Pendaftaran
Pelajar Baharu Kolej Komuniti Sesi I 2021/2022 dimana Jawatankuasa
Pendaftaran sahaja yang terlibat semasa hari pendaftaran dijalankan.
BENGKEL PENYELARASAN DAN PENGGUNAAN CCMS MODUL HEP
PERINGKAT KOLEJ KOMUNITI BENTONG SESI I 2021/2022
Tarikh kursus : 20 september dan 12 November 2021
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Kolej Komuniti Bentong
Bilangan peserta : 13 orang Penasihat Akademik
Objektif kursus :
1. Memberi pendedahan kepada pensyarah kelas untuk mendaftarkan pelajar
dalam CCMS – Modul HEP.
2. Memberi pendedahan kepada pensyarah kelas untuk mengemaskini data
pelajar di dalam CCMS.
3. Menerangkan kepada pensyarah kelas kaedah untuk mendapatkan data
pelajar dari CCMS.
4.
PROGRAM 1 GET 1
Anjuran : Unit Pengambilan
Tarikh/Hari : Sepanjang tahun 2021
Tempat : Kolej Komuniti Bentong
Penyertaan : Pelajar Kolej Komuniti Bentong
Program ini dilaksanakan bagi menggalakkan pelajar mengajak rakan-rakan
mereka turut menyambung pengajian di kolej. Pelajar yang sedia ada adalah
medium yang paling dipercayai oleh rakan sebaya mereka yang di luar sana.
Oleh itu, program ini telah menunjukkan pencapaian yang amat baik di mana17
pelajar telah mendaftar hasil dari program ini. Pelajar sedia ada yang memberi
komitmen terhadap program ini telah diberikan sijil penghargaan sebagai tanda
terima kasih kerana sokongan mereka kepada kolej Komuniti.

You might also like