You are on page 1of 10

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH KEBANGSAAN TUDAN MIRI


PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MIRI
TINGKAT 2, BLOK 1,
BANGUNAN WISMA PERSEKUTUAN,
JALAN KIPAS, 98000 MIRI, SARAWAK
YBA4111 Telefon : 085-659510 Fax : 085-651510
e-mail : sktudan@gmail.com

Ruj.Kami :JPS(W)/SKT(kur)/153/06/07/28/jld.4 ( )
Tarikh : 20 Februari 2019

Ibu bapa / Penjaga Murid,

-------------------------------------

Tuan,
Makluman Program PERMATA (Memperkasakan Matapelajaran)

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa anak tuan/puan telah terpilih untuk mengikuti Program
PERMATA ( Memperkasakan Matapelajaran ) bagi matapelajaran Bahasa Malaysia,
Bahasa Inggeris dan Matematik. Untuk makluman tuan/puan juga, program ini dijalankan
untuk membantu murid-murid Tahun 3 dan Tahun 2 yang belum menguasai Literasi dan
Numerasi. Program ini akan bermula pada 25 Februari 2019.

3. Berikut adalah butiran matapelajaran yang akan diambil oleh anak tuan/puan:

Bil Matapelajaran Masa Hari Terlibat ( /) atau tidak terlibat ( x )


1 Bahasa Malaysia 10.30-12.30 Isnin / Selasa
2 Matematik 10.30-12.30 Rabu
3 Bahasa Inggeris 10.30-12.30 Khamis

4. Murid-murid yang terlibat dikehendaki untuk merujuk ke papan kenyataan Program


PERMATA mengetahui tempat atau kelas yang akan digunakan untuk program ini.

5. Kerjasama pihak tuan/puan amatlah diharapkan agar dapat menghantar anak tuan/puan
tepat pada masanya agar program ini dapat dijalankan dengan lancar.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(MAUREEN JAWAN )
Penolong Kanan Petang,
Sekolah Kebangsaan Tudan, Miri
98000, Miri

Sms/mj

You might also like