You are on page 1of 19

1

BACHELOR OF MANAGEMENT WITH HONOURS

SEPTEMBER 2021

BBPM2103

PENGURUSAN PEMASARAN 1

NO. MATRIKULASI :
NO. KAD PENGENALAN :
NO. TELEFON :
E-MEL :

PUSAT PEMBELAJARAN :
ARAHAN
 Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda.
 Sediakan jawapan tugasan anda mengikut susunan KRITERIA PENILAIAN
(ASSESSMENT CRITERIA) seperti tertunjuk dalam RUBRIK. Jika RUBRIK TIDAK
dibekalkan, ikut arahan/garispanduan yang ditetapkan oleh Open University Malaysia
(OUM) bagi tugasan kursus berkenaan.
 Tugasan anda hendaklah mematuhi bilangan patah perkataan seperti di
dalam arahan soalan tugasan dan TIDAK termasuk rujukan.
 Taipkan jawapan anda dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan
langkau baris 1.5.
 Tunjukkan bilangan perkataan di hujung tugasan anda.
 Jadual dan gambar rajah jika ada, hendaklah menunjukkan tajuk yang wajar.
 Senaraikan secara berasingan, rujukan/referensi dalam muka surat APENDIKS.
ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN………………………………………………………………………..1

2.0 ASPEK-ASPEK LAMAN SESAWANG YANG BERKESAN…………………….8

3.0 MENGENALPASTI LAMAN SESAWANG YANG DI PILIH…………………12

4.0 CADANGAN LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMPERBAIKI LAMAN

SESAWANG…………………………………………………………………………14

5.0 RINGKASAN…………………………………………………………………………16

6.0 RUJUKAN…………………………………………………………………………….17

1
1.0 PENGENALAN

Hari ini terdapat ramai di kalangan ahli perniagaan dan para peneraju industri bersependapat,

sekiranya kita atau perniagaan yang kira usahakan masih tidak menemui di engin carian

seperti Google, ia bermakna kita masih belum lagi betul-betul berniaga. Berdasarkan

pengalaman dan pemerhatian peribadi, saya mendapati ramai lagi peniaga terutamanya

perniaha kecil, SME mahupun mereka yang baru hendak mula berniaha tidar sedar akan

kelebihan laman web sendiri berbanding akaun media sosial.

Tugasan kali ini memerlukan saya memilih sebuah syarikat yang mempunya laman sesawang

untuk saya jelaskan aspek-aspek laman sesawang yang berkesan berdasarakan kepada

Rayport dan Jaworski (2001). Syarikat yang saya pilih adalah sebuah syarikat ataupun sebuah

pertubuhan profesional iaitu Kelab Bola Sepak Selangor ataupun sebelum ini dikenali sebagai

Persatuan Bola Sepak Selangor. Kelab Bola Sepak Selangor mempunyai laman sesawang

yang boleh dicapai melalui pautan www.selangorfc.com .

Logo Selangor FC

Gelaran bagi Kelab Bola Sepak Selangor ini adalah ”Red Giants”, Gergasi Merah atau Merah

Kuning. Persatuan ini telah ditubuhkan pada 22 Februari 1936 ketika dua entiti bola sepak

diantara Liha Bola Sepak Persatuan Selangor (SAFL) dan Persatuan Bola Sepak Selangor

(SFA) bergabung untuk membentuk satu kelab bola sepak yang baru.

2
Kebiasaannya, setiap pasukan Bola Sepak mempunyai lambang dengan maknanya, lambang

Kelab Bola Sepak Selangor ini mempunyai perisai dalam warna merah dan kuning tradisional

Negeri Selangor. Warna merah melambangkan keberanian sementara warna kuning

merupakan kedaulatan Sultan Selangor. Kedua-dua warna ini merupakan warna yang sinonim

dengan bendera Negeri Selangor. Logo perisai ini pula dilengkapkan dengan jata negeri

selangor ditengahnya.

Semenjak Kelab Bola Sepak Selangor ini ditubuhkan, pasukan ini sarat dengan gelaran dan

juga piala, Kelab ini telah memenangi banyak permainan dan kejohananan di persada bola

sepak Malaysia. Kelab ini juga telah melahirkan banyak lagenda yang telah menyarung jersi

Merah Kuning dengan lambang Selangor di dada mereka. Di antara ikon lagenda dan pemain

prolifik kebangsaan adalah seperti Mokhtar Dahari, R. Arumugam, Santokh Sigh, Rusdi

Suparman, Zainal Abidin Hassan, Mohd Amri Yahya, Abdul Ghani Minhat, Son Chin Ann

dan Arthur Koh.

Selangor merupakan satu-satunya pasukan di dalam Malaysia yang bermain di pentas Asian

Champion Club Tournament (Kini dikenali sebagai AFC Champion League) untuk edisi

sulungnya pada tahun 1967 sekaligus ia membawa nama malaysia di peringkat Asia.

Diantara rakan kerjasama adalah JOMA Malaysia, Vizione, Perbadanan Kemajuan Negeri

Selangor (PKNS), Menteri Besar Selangor (Incorperated), Emrail, Asiana.my, DIGI,

Westports, Konsortium e-Mutiara, UiTM, DOM Industries, ATS Sport Taping, ANF

Logistics, SUGARBOMB, Kacang Macha, Les’Copaque, dan lain-lain lagi.

3
1.1 ORGANISASI

Berikut merupakan organisasi kepimpinan bagi Kelab Bola Sepak Selangor yang terbahagi

kepada Jawatankuasa Eksekutif dan Pegawai Kejurulatihan.

Jawatankuasa Eksekutif :

Presiden : Tengku Amir Shah

Lembaga Pengarah : Datuk Seri Shahril Mokhtar

Siti Zubaidah Abdul Jabar

Norita Mohd Sidek

Ketua Pegawai Eksekutif : Dr. Johan Kamal Hamidon

Pengarah Teknikal : Micheal Feictenbeiner

Pegawai Kejurulatihan :

Pengurus : Mahfizul Rusydin Abdul Rashid

Pembantu Pengurus : Nazzab Hidzan

Ketua Jurulatih : Karsten Neitzel

Pembantu Jurulatih 1 : Nazliazmi Mohd Nasir

Pembantu Jurulatih 2 : Muhammad Adam Abdulllah

Jurulatih Penjaga Gol : Mike Andre Kost

Jurulatih Kecergasan 1 : Khairulanwar Md Isa

Jurulatih Kecergasan 2 : Soren Wede

Jurulatih Kecergasan 3 : Amirol Azmi

Ketua Pengurusan Pemain Muda : Lim Chan Yew

Fisioterapi : Helber Richard

Doktor Pasukan : Dr. Vijayan Munusamy

Penganalisis Pasukan : Norasrudin Sulaiman

Koordinator Pasukan : Faiz Ruslan

Masseuser : Halimi Yusoff

4
Masseuser : Mohamad Fadhli

Kitman : Azman Ahmad

1.2 SEJARAH KEJAYAAN

Sepanjang penubuhan kelab, pasukan Kelab Bola Sepak Selangor telah merangkumi dengan

pelbagai gelaran dan piala serta telah banyak memenangi permainan dan kejohanan di

persada bola sepak Malaysia. Diantara kejayaan Kelab Bola Sepak Selangor adalah :

Piala Malaysia (33kali) : 1922, 1927, 1928, 1929, 1930, 1935, 1936,1949, 1956, 1959,

1961, 1962, 1963, 1966, 1968, 1969, 1971, 1972, 1973, 1975, 1976,1978, 1979, 1981, 1982,

1984, 1986, 1995, 1996, 1997, 2002, 2005 dan 2015.

Piala FA (5kali) : 1991, 1997, 2001, 2005 dan 2009

Piala Sumbangsih (8kali) : 1985, 1987, 1990, 1996, 1997, 2002, 2009, dan 2010

Piala Liga Division 1/ Liga Perdana 1/ Liga Super (7kali) : 1980, 1984, 1989, 1990, 2000,

2009, dan 2010

Liga FAM (7kali) : 1953, 1960, 1961, 1962, 1966, 1968, dan 1972

Liga Division 2 / Liga Perdana 2/ Liga Perdana (2kali) : 1993, dan 2005

Piala Presiden (5kali) : 1988, 1994, 1997, 2007, dan 2008

Piala Belia (2kali) : 2013 dan 2015

5
1.3 SENARAI PEMAIN

Berikut merupakan pemain utama pasukan Kelab Bola Sepak Selangor untuk musim 2021 :

No Jersi Posisi Nama Pemain

1 Penjaga Gawang Khairul Azhan Khalid

22 Penjaga Gawang Tauffiq Ar Rasyid

25 Penjaga Gawang Sikh Izhan Nazrel Sikh Azhan

26 Pertahanan Namathevan Arunasalam

4 Pertahanan Mohamad Ashmawi Md Yakin

20 Pertahanan Syahmi Safari

21 Pertahanan Muhammad Safuwan Baharudin

5 Pertahanan Manuel Konrad

13 Pertahanan Dinesh Rajasingam

14 Pertahanan Ahmad Zikri Mohd Khalili

44 Pertahanan Sharul Nazeem Zulpakar

31 Pertahanan Tim Heubach

6 Tengah Sarkunan Krishnansamy

11 Tengah Wan Zack Haikal Wan Nor

18 Tengah Abdul Halim Saar

88 Tengah Brendan Gan

19 Tengah Mohammad Nor Hakim Hassan

8 Tengah Nik Muhammad Sharif Haseefy

23 Tengah Oliver Buff

77 Tengah Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau

29 Tengah Muhammad Mukhairi Ajmal

7 Penyerang Sean Eugene Selvaraj

12 Penyerang Ifedayo Olusegun Patrick Omosuyi


6
10 Penyerang Muhammad Shahrel Fikri

27 Penyerang Ahmad Danial Asri

Kelab bola sepak selangor kini diketua oleh pemain tengah mereka iaitu brendan gan yang

memakai jersi bernombor 88 yang. Beliau dilahirkan di Sutherland Shire, Australia pada 3

Jun 1988. Beliau merupakan pemain yang mempunyai darah kacukan Malaysia dan

Australia. Bapanya Micheal Eng Sen Gan yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan

manakala ibunya, Susan Louise Gan yang berasal dari Sydney, Australia. Beliau berkelulusan

Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Pengurusan Acara dan Perniagaan.

7
2.0 ASPEK-ASPEK LAMAN SESAWANG YANG BERKESAN

Setiap organisasi ataupun syarikat perlu mempunyai laman sesawang sendiri sebagai identiti

dan cara untuk memperkenalkan produk mahupun servis yang ditawarkan. Sesebuah lama

sesawang yang baik akan dinilai dalam pelbagai aspek tidak kira warna tema, tulisan

mahupun sumber maklumat yang dipaparkan. Dalam zaman yang serba canggih dan moden

ini, dunia perniagaan tidak terkecuali untuk menggunakan laman sesawang sebagai satu

platfom ataupun strategi pemasaran bagi meningkatkan produktiviti dan juga promosi

sesebuah produk atau servis.

2.1 JENIS-JENIS LAMAN SESAWANG

Kini terdapat beberapa jenis laman sesawang yang boleh digunapakai oleh kerajaan,

organisasi syarikat ataupun usahawan bagi menyampaikan maklumat dan menjual produk dan

servis mereka.

Laman sesawang terbahagi kepada 2 kategori, iaitu Statik dan Interaktif (Dinamik). Bagi

Kategri Statik, ia menyampaikan maklumat kepada pengunjung laman sesawang tetapi tidak

membenarkan mereka berinteraksi dengan admin laman sesawang itu makakala laman

sesawang Interaktif memberi dan membenarkan pengunjung laman sesawang berinteraksi

dengan admin atau pemilik laman sesawang tersebut.

Antara jenis laman sesawang yang ada adalah Blog. Laman sesawang jenis ini adalah bersifat

interaktif di mana pengunjung blog boleh berurusan dan berinteraksi dengan pemilik laman

sesawang. Bagi individu, blog merupakan tempat di mana blog itu merupakan tempat untuk

manifestasikan pandangan dan kehidupan seharian yang biasanya merangkumi kehidupan

peribadim kerjaya dan falsafah hidup. Bagi usahawan pula, mereka menggunakan blog

sebagai medium pemasaran dan perkongsian maklumat yang akhirnya meningkatkan

8
kredibiliti mereka sekali gus memberkan ganjaran keuntungan dengan strategi pemasaran

yang berkesan

Jenis laman sesawang kedua adalah jenis korporat. Laman sesawang ini biasanya di

kategorikan sebagai laman sesawang kategori statik di mana pemilik dan pengunjung tidak

berinteraksi antara satu sama lain. Pemilik laman sesawang hanya memaparkan maklumat

mengenai organisasi ataupun produk mereka sahaja. Ia biasanya digunakan oleh organisasi

serta syarikat dan bercirikan informasi yang khusus berkaitan organisasi dan syarikat

berkenaan. Ini membantu pengguna internet mendapatkan maklumat rasmi dari organisasi

dan syarikat berkenaan melalui internet dengan mudah.

Jenis lama sesawang ketiga adalah jenis E-Dagang. Laman sesawang E-Dagang sangat

terkenal dan semakin mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan usahawan bagi

meluaskan pasaran mereka melalui internet. Laman sesawang ini di kategorikan sebagai

laman interaktif di mana pengunjung dan pemilik saling berhubung antara satu sama lain.

2.2 MEREKA LAMAN WEB YANG MANARIK

Cabaran utama untuk mereka bentuk laman sesawang yang manarik adalah bagaimana untuk

menggalakkan pengguna laman sesawang melayari laman sesawang berulang kali. Mengikut

Rayport dan Jaworski, laman sesawang yang manarik mestilah mempunyai nilai-nilai yang

menarik dari sudut beberapa aspek berikut :

A) Konteks : Susunan dan reka bentuk. Proses reka bentuk boleh dibahagikan kepada

beberapa fasa atau kategori. Antaranya ialah pembahagian fasa kerja yang utama ialah

- Reka bentuk Informasi : ianya merupakan proses merancang dan mengatur isi

kandungan dan maklumat yang ingin disampaikan. Strategi penyampaian yang

berkesan perlu dirancang supaya dapat menyampaikan maklumat yang tepat

kepada pengguna.

9
- Reka Bentuk Interaksi : ianya merupakan proses menentukan bagaimana laman

web berfungsi dan beroperasi. Perjalanan laman web akan dibangunkan dan

dilakarkan. Kesemua reka bentuk interaksi ini akan dipersembahkan dalam bentuk

papan cerita.

- Reka Bentuk Antaramuka : ianya merupakan proses menentukan bagaimana rupa

bentuk laman sesawang akan dibangunkan. Gaya paparan perlu disusun atur

menggunakan pelbagai media bagi meliputi pelbagai aspek seperti pemilihan

warna, jenis media, bentuk paparan serta saiz media yang digunakan.

B) Kandungan : Setiap artikel dan kandungan yang dikarang perlulah padat dan tepat

isinya dengan menggunakan tajuk artikel yang jelas. Gunakan sub-topik supaya

pembaca boleh memilih kandungan tertentu supaya setiap artikel yang dikarang

terlalu panjang. Letakkan pautan dan sedikit pendahuluan jika artikelnya

terlalupanjang supaya pengunjung senang memilih dan boleh terus membaca bagi

menarik minat mereka. Kandungan perlulah mempunya teks, gambar, bunyi dan

video yang sesuai bagi sesuatu artikel.

C) Komuniti : Media sosial merupakan salah satu cara dan pilihan bagi sesebuah

organisasi berhubung dengan mudah dengan pengunjung. Sesebuah laman web

perlukan di hubungkan dengan pelbagai media sosial yang ada seperti ”Facebook,

Twitter ataupun Blog” supaya pengunjung dapat berkomunikasi dengan pemilik

laman sesawang.

D) Penyesuaian : Laman sesawang perlulah bersesuain dengan situasi dan pasaran.

Sebagai contoh, jika sesebuah syarikat atau organisasi ingin menjual produk makanan

tempatan, ianya bersesuaianlah menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi

laman sesawang tersebut. Keupayaan laman sesawang perlulah memberi kepuasan

dan kemudahan optimum kepada pengunjung.

10
E) Komunikasi : Komunikasi merupakan aspek yang penting dalam menghubungkan

pengunjung dengan pemilik laman sesawang.

Mereka laman sesawang yang menarik selari dengan perniagaan yang hendak dilakukan.

Keadaan dan susunan laman sesawang itu sendiri haruslah mesra pengguna dengan pautan

yang mudah, jelas dan tepat dengan mewujudkan peta laman yang mudah.

11
3.0 MENGENALPASTI LAMAN SESAWANG YANG DI PILIH

Untuk laman sesawang selangorfc.com ini, terdapat beberapa aspek yang dipaparkan. Berikut

merupakan laman utama untuk laman sesawang Kelab Bola Sepak Selangor.

Gambar 1 Menunjukkan Laman Utama Sesawang Selangorfc.com

Apa yang kita boleh lihat di laman utama sesawang Kelab Bola Sepak Selangor ini, terdapat

beberapa tab di bahagian atas, iaitu ’UTAMA’ , ’BERITA’, ’SKUAD’, ’INFO FAS’,

’PARTNERS’, ’TIKET’, ’KEDAI’, DAN ’MY ACCOUNT’. Warna tema bagi laman

sesawang ini pula adalah merah & kuning, manakala warna latar belakang pula adalah putih.

Tema warna laman diambil sempena warna rasmi pasukan ’RED GIANT’ dan warna ini juga

sangat menarik dan mudah untuk dikenali. Dibahagian tengah pula terdapat artikel ’BERITA

SELANGOR FC’, ’VIDEO’ DAN ’PEMAIN’.

Pencipta laman sesawang Kelab Bola Sepak Selangor ini telah membuat reka bentuk

mengikut cadangan Rayport dan Jaworski seperti :

a) Penyesuaian : Pencipta menyesuaikan warna tema pasukan dengan website

supaya ia dapat menambah minat para peminat Kelab Bola Sepak Selangor.

12
Disamping itu pencipta juga meletakkan gambar bintang-bintang utama pasukan

ini.

b) Hubungan : Dibawah laman sesawang ini, pencipta juga meletakkan link untuk

ke media sosial Kelab Bola Sepak Selangor seperti, Whatsapp, Facebook,

Youtube, Instagram dan Twitter. Ia dapat memudahkan hubungan diantara

peminat dan juga pasukan.

c) Konteks : Susun atur laman sesawang ini juga, di atur bagi memudahkan

pengguna untuk melihat berita dan mencari artikel yang diperlukan. Terdapat

beberapa konteks seperti berita dan juga senarai pemain yang biasanya peminat

bola sepak akan mencari info ini.

d) Komunikasi : laman sesawang ini juga, terdapatnya pautan untuk maklum balas

iaitu di ruangan ’HUBUNGI KAMI’. Di dalam pautan ini terdapat maklumat

Alamat, No telefon dan juga email rasmi pasukan.

13
4.0 CADANGAN LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMPERBAIKI LAMAN

SESAWANG

Walaupun laman sesawang selangorfc.com ini mengikut beberapa cadangan daripada

Rayport dan Jaworski terdapat beberapa perkara yang perlu diperbaiki untuk memberikan

laman sesawang ini lebih mantap dan padat. Saya bercadang bahawa laman sesawang ini

perlu diubah supaya ia lebih segar dan mesra pengguna. Banyak maklumat-maklumat yang

tiada di dalam laman sesawang ini. Laman sesawang ini juga seperti tidak diurus dengan

baik. Laman sesawang yang diurus dengan baik boleh merujuk kepada pelbagai aspek dan

salah satu aspek yang utama adalah pengurusan maklumat. Maklumat yang diurus dengan

baik perlu dirujuk dengan bagaimana sesuatu maklumat itu diolah, ditadbir, disusun,

diorganisasi dan seterusnya dipersembahkan kepada pengguna. Menurut Gerry McGrovern

dan Rod Norton (2002) sebuah laman web yang berkualiti adalah merangkumi ciri-ciri empat

tunjang arkitek maklumat (The four pillars of information architecture) ia merangkumi

kepalbagaian data dan klasifikasi, pencarian, navigasi dan paparan dan reka bentuk. Di antara

justifikasi yang perlu diperbaiki dan diubah adalah :

i) Meletakkan Jadual Perlawanan Akan Datang – didalam laman sesawang ini, tiada

menunjukkan jadual perlawanan akan datang, hanya laporan berita perlawanan

selepas perlawanan. Ini kerana, peminat akan lebih mencari maklumat perlawanan

akan datang di laman sesawang lain berbanding laman sesawang pasukan ini sendiri

ii) Tiada Senarai Skuad Muda Pasukan – tiada senarai skuad muda didalam laman

web ini dan tiada maklumat mengenai skuad muda pasukan. Perkara ini penting

kerana peminat selalunya ambil tahu mengenai prestasi pasukan muda, kerana

pasukan muda ini merupakan pelapis masa hadapan pasukan.

14
iii) Kurang Galeri Gambar Pasukan – Kurang Galeri gambar mahupun video terkini

pasukan. Dengan adanya koleksi gambar dan video terkini, ia dapat menaikkan

keseronokan peminat/pengguna laman sesawang ini.

iv) Tiada Engine Carian – Laman Sesawang ini tidak mempunyai engine carian, ianya

perlu supaya setiap artikel yang terdapat di dalam laman sesawang ini dapat dicari

dengan mudah.

v) Kurang Elemen Animasi – Sekiranya elemen animasi atau video digunakan di dalam

laman sesawang ini, pasti ia dapat menambah minat dan tarikan yang baik kepada

peminat. Tetapi animasi atau video itu hendakkan tidak mengganggu tumpuan dan

keselesaan pengguna semasa melayari laman sesawang ini.

Dengan justifikasi yang saya berikan di atas, di harap ia dapat memberikan sinar dan nafas

baru buat laman sesawang selangorfc.com.

15
5.0 RINGKASAN

Setiap laman sesawang yang di hasilkan perlulah mempunyai ciri-ciri yang dapat menarik

peminat atau pengguna bagi menerokai apa jua maklumat yang dipaparkan dalam sesebuah

laman sesawang.

Ciri-ciri laman sesawang yang baik mestilah bersangkut paut dengan jenis perniagaan atau

jenis organisasi yang ingin ditampilkan. Sebagai contoh, Kelab Bola Sepak Selangor adalah

sebuah pasukan bola sepak, perlulah membuat penampilan yang cergas dan segar supaya

sinonim dengan jenis organisasi ini.

Selain itu, keadaan dan susunan laman sesawang itu sendiri haruslah mesra pengguna dengan

pautan yang mudah dan jelas dengan mewujudkan peta laman atau ’search engine’ bagi

memudahkan pengguna mencari sesebuah artikel ini. Ini kerana internet di Malaysia

merupakan fenomena besar terhadap mana-mana organisasi untuk memperkenalkan kepada

orang awam di Malaysia mahupun di seluruh dunia.

Disini saya boleh meringkaskan ciri-ciri asas dalam pembinaan laman web :

i) Warna yang sesuai

ii) Mudah dan cepat untuk dibuka

iii) Jelas kepada pengguna

iv) Penggunaan imej yang ringkas dan menarik

v) Menggunakan animasi yang minima tetapi menarik

vi) Mempunyai maklumat yang padat dan berkesan

vii) Sentiasa dikemaskini maklumat yang ada

viii) Tulisan yang menarik, senang dibaca dan menyampaikan mesej

ix) Butang kawalan yang jelas dan berfungsi dengan baik

16
6.0 RUJUKAN / REFERENSI

1. Mustazah GP (2019) iluminasi.com

2. Singga Sinnayah (2012) singgah-sinnayah.blogspot.cm

3. Selangorfc.com

4. Muhammad afandi abdullah dan Zakirah Othman (2013) Strategi Perniagaan Melalui

Pendekatan Laman Sesawang Kajian Kes : Syarikat Lovely Farm

5. Khir Khalid (2019) Kepentingan Laman Web, marketingasia.com

6. OUM, (2021) Pengurusan Pemasaran 1

2570 Patah Perkataan

17

You might also like