You are on page 1of 6

Melalui,

Encik Mokhtar Bin Ramli Rujukan Kami: SKSP/008-01/3(3)


Yang Dipertua PIBG Tarikh :12 APRIL 2017
SK Seri Perak,
Bandar Baru Sentul,
51000 Kuala Lumpur.
Datuk Ir Mohd Aminuddin Mohd Amin
Pengurus Besar Kanan
Hal Ehwal Korporat
Aras 5, Bangunan Ibu Pejabat TNB
No 129 Jalan Bangsar
59200 Kuala Lumpur.

Tuan,
MEMOHON SUMBANGAN PERALATAN UNTUK KELAB SUKAN DAN PERMAINAN
HOKI SK SERI PERAK.

Adalah dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Sukan dan Permainan Hoki SK SERI PERAK
memerlukan sumbangan berupa peralatan permainan hoki dari pihak tuan sebagai
menyahut seruan Unit Sukan Sekolah, Jabatan Pendidikan Wilayah Kuala Lumpur untuk
memperkasakan sukan permainan hoki sejak dari sekolah rendah.
3. Disertakan juga sebagai rujukan pihak tuan berkenaan perincian peralatan sukan yang
diperlukan.

Peralatan Bilangan diperlukan Anggaran harga Jumlah


Kayu hoki 10 batang RM 300.00 RM 3000.00
Set penjaga gol 2 set (saiz S dan M) RM 3000.00 RM 6000.00
Bola hoki 50 biji RM 20.00 RM 1000.00
JUMLAH KESELURUHAN BAGI PERALATAN HOKI YANG DIPERLUKAN RM
10000.00

4. Sehubungan dengan itu pihak kami juga berbesar hati menerima sumbangan samaada
berbentuk peralatan permainan hoki atau sumbangan berbentuk wang.

5. Sumbangan berbentuk wang boleh di salurkan kepada Akaun PIBG SK Seri Perak,
Nombor akaun 014075323460
Bank Maybank
Nama Pengerusi PIBG SEK KEB SERI PERAK

Sebarang pertanyaan, pihak tuan boleh berhubung secara terus dengan En, MOHD
KHAIRIL ARIFF, BENDAHARI PIBG SK SERI PERAK melalui nombor telefon : 0195714409.

Sekian, terima kasih

Yang menjalankan tugas,

______________________
(MOKHTAR BIN RAMLI)
Yang DiPertua PIBG
SK SERI PERAK
51000 KUALA LUMPUR
sk:Fail sekolah

LAMPIRAN
Sejarah Permainan Hoki Sekolah Kebangsaan Seri Perak.
Pasukan Hoki SK Seri Perak telah lama ditubuhkan di sekolah ini iaitu sejak tahun
2008 lagi. Dengan tertubuhnya pasukan hoki ini maka banyak kejohanan yang telah disertai
samada anjuran dai Kementerian Pelajaran sediri mahupun kejohanan terbuka bagi
peringkat sekolah rendah.
Pasukan Hoki SK Seri Perak sememangnya pasukan yang sangat digeruni oleh
pihak lawan di dalam Zon Sentul. SK Seri Perak selalunya akan merangkul Juara di
peringkat zon. Berikut ialah pencapaian SK Seri Perak sejak dari tahun 2010 sehingga tahun
2015.
Tahun Pencapaian
2010 Johan Zon Sentul
2011 Johan Zon Sentul
2012 Johan Zon Sentul
2013 Johan Zon Sentul
2014 Ketiga Zon Sentul dan pemain terbaik kejohanan. Empat orang pemain
memasuki Sekolah Sukan Titiwangsa, Kuala Lumpur.
2015 Johan Zon Sentul dan pemain terbaik kejohanan. Dua orang pemain terpilih
mewakili Kuala Lumpur. Seorang pemain memasuki Sekolah Sukan
Titiwangsa, Kuala Lumpur.
2016 Tempat ke 4 negeri bawah 11 tahun. Seorang pemain terpilih mewakili Kuala
Lumpur. Seorang pemain memasuki Sekolah Sukan Titiwangsa.

Hasil pendedahan kejohanan ini maka ramai pelajar-pelajar SK Seri Perak yang
telah memasuki Sekolah Sukan Titiwangsa dalam pengkhususan permainan hoki.

MODAL INSAN

Muhammad Shahril bin Saabah ialah pemain hoki yang sedang meningkat naik
dalam Malaysia. Beliau bermain selaku posisi penyerang bagi Pasukan Hoki Kebangsaan.
Namun demikian, ramai yang tidak mengetahui bahawa beliau mula bermain hoki sejak
bersekolah di SK Seri Perak lagi. Berikut ialah sedikit cerita inspirasi tentang pemain ini.

PENAMPAR JADI INSPIRASI


Oleh Rodly Fadly

Bermula sebagai bidan terjun, Muhammad Shahril Saabah, 21, tidak menduga
itulah langkah awal kariernya sebagai pemain hoki sehingga berjaya
menyarung jersi pasukan kebangsaan dan kini antara pemain muda
negara yang sedang mencipta nama.

Menurut Shahril, segala-galanya bermula 11 tahun lalu ketika dia bersama


rakan sebaya bermain bola sepak di kawasan rumah pangsa Sri Perak,
Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur.

Cikgu Rizal Maslah, guru sekolah yang melihat saya bermain bola petang
itu, tiba-tiba memanggil saya dan mempelawa menyertai pasukan hoki
sekolah. Sudah tentu saya menolak kerana seumur hidup, tidak pernah
memegang kayu hoki apatah lagi hendak bermain.

Tapi, Cikgu Rizal terus memujuk dengan menyatakan saya ada bakat dan
berjanji akan membimbing saya. Katanya, dia sangat memerlukan saya
kerana pasukan hoki sekolah kami tidak cukup pemain untuk menyertai
pertandingan.

Memandangkan dia bersungguh-sungguh memujuk, saya berasa tak


sampai hati untuk menghampakannya dan bersetuju untuk mencuba.
Apatah lagi itulah peluang untuk saya mewakili sekolah.

Esoknya, buat pertama kali saya turun menjalani latihan. Tapi, selepas
pengalaman pertama itu, saya nekad untuk menarik diri kerana tidak
tahan dengan latihan yang keras. Apatah lagi kerana tidak biasa bermain
hoki, seluruh badan saya terutama di bahagian pinggang terasa sakit.

Satu perkara lagi yang menyebabkan saya tawar hati untuk terus
berlatih ialah sikap Cikgu Rizal yang terlalu tegas. Pantang kami buat
silap, dia terus naik angin, kadang-kadang mengeluarkan kata-kata kesat
dan mendenda kami dengan melakukan ketuk ketampi atau push up.

Selama seminggu saya ponteng latihan dengan harapan Cikgu Rizal


mengetepikan saya. Tapi, dia terus memujuk dan memberi kata-kata
semangat sehingga akhirnya saya bersetuju. Walaupun menyampah
dengan sikap Cikgu Rizal semasa latihan tapi saya pejamkan saja mata
dan pekakkan telinga.

Akhirnya, daripada pemain bidan terjun saya dipilih menjadi pemain


utama Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Perak, Sentul ke pertandingan
antara sekolah di daerah itu, cerita Shahril.

Selepas itu, Sharil tidak menoleh ke belakang lagi, selangkah demi


selangkah dia menapak membina kariernya. Daripada peringkat sekolah,
dia mewakili daerah dan seterusnya menyarung jersi pasukan Bawah 12
Tahun Kuala Lumpur ke pertandingan hoki Majlis Sukan Sekolah-Sekolah
Malaysia (MSSM).

Namun, satu peristiwa yang berlaku semasa dia mewakili Kuala Lumpur
dalam pertandingan MSSM pada 2006, sekali lagi menguji kesabaran
Shahril sehingga terfikir untuk melupakan sukan hoki. Watak utama dalam
insiden ini juga Cikgu Rizal.

Ketika itu saya berusia 12 tahun dan mewakili KualaLumpur. Kebetulan


Cikgu Rizal adalah jurulatih pasukan. Ketika itu perlawanan separuh akhir
menentang Pulau Pinang. Pada separuh masa pertama, saya
menjaringkan satu gol tapi terlepas peluang menambah gol apabila tidak
kemas membuat tampanan di depan gol lawan sehingga terkena kaki
sendiri.

Sebaik melangkah keluar padang pada waktu rehat, Cikgu Rizal terus
meluru dan menampar muka saya. Dia memarahi saya kerana terlepas
peluang menjaringkan gol itu serta menuduh saya cuai dan sambil lewa
semasa menampan bola.

Pada separuh masa kedua, Cikgu Rizal merehatkan saya. Walaupun


pasukan kami menang dan mara ke perlawanan akhir, namun peristiwa
kena tampar itu sangat mengecewakan saya. Maruah saya benar-benar
tercabar dan saya berasa sangat malu sehingga menangis kerana ia
berlaku di depan pemain lain dan penonton.

Ketika itu, saya terfikir untuk tidak mahu bermain hoki lagi apatah selagi
Cikgu Rizal menjadi jurulatih. Namun, dalam perlawanan akhir
keesokannya, saya kembali diberi kepercayaan mengetuai serangan. Kami
mengalahkan Melaka 2-1 dengan saya menjaringkan satu gol.

Selepas tamat pertandingan itu, Cikgu Rizal meminta maaf dan


menerangkan tindakannya menampar saya adalah satu pengajaran agar
sentiasa fokus di dalam perlawanan, kata Shahril.

Prestasi cemerlang anak bongsu daripada 11 adik-beradik ini


membolehkan dia dipilih menyambung persekolahan menengah di
Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor atau sekarang dikenali sebagai
Sekolah Sukan Tengku Mahkota Ismail (SSTMI).
Karier Shahril di peringkat antarabangsa bermula apabila terpilih
menyarung jersi pasukan remaja negara ke pertandingan Piala Sultan
Johor pada 2013 dan seterusnya ke pertandingan Piala Dunia Remaja
pada tahun sama.

Walaupun masih kekal bersama skuad remaja, Shahril turut dipilih


mewakili pasukan senior negara di kejohanan Piala Azlan Shah pada 2014,
disusuli Champions Challenge, Sukan Komanwel, Piala Asia dan Liga Hoki
Dunia di Antwerp, Belgium Jun lalu.

Malah, jurulatih baru skuad hoki kebangsaan, Stephen van Huizen turut
menyenaraikan nama Shahril dalam skuad yang diumumkan baru-baru ini.

Bagi Shahril, walaupun satu ketika dulu, dia memiliki perasaan


menyampah, benci dan marah terhadap Cikgu Rizal, namun kini dia
berasa sangat terhutang budi kepadanya. Beliau bukan sahaja mencungkil
bakat dan membuka jalan malah membimbing Shahril sehingga berjaya.

Penampar Cikgu Rizal akan saya ingat sampai bila-bila, kalau dulu ia
menyakitkan tapi sekarang ia menjadi inspirasi untuk terus berjaya. Saya
sudah tunaikan hajatnya yang mahu melihat saya mewakili negara.

Kini saya mahu membuatkan dia bangga dengan pencapaian saya di


peringkat antarabangsa terutama untuk layak ke Olimpik 2020. Terima
kasih Cikgu Rizal, ujar Shahril

You might also like