You are on page 1of 2

SOALAN TEMU BUAL

1. Assalamualaikum/ salam sejahtera, boleh anda perkenalkan nama, umur, bidang


pengkhususan dan bangsa.
2. Apakah pendapat anda berkenaan konsep budaya dan bolehkah anda mengenal pasti aspek
kepelbagaian sosiobudaya di sekeliling anda bagi aspek bangsa, bahasa, struktur sosial,
kepercayaan dan adat resam dengan contoh yang sesuai.
3. Pada pendapat anda, apakah kesan dan isu yang timbul di sebalik kewujudan kepelbagaian
sosiobudaya di Malaysia?
4. Apakah inisiatif yang boleh diambil bagi mengatasi masalah yang telah anda nyatakan.
5. Sebagai seorang guru pelatih, apakah kepentingan penghayatan kepelbagaian budaya dalam
kalangan murid?
6. Pada pendapat anda, apakah peranan komunikasi dalam mendorong persefahaman antara
dua pihak.
7. Adakah komunikasi berkesan dapat mengatasi perselisihan faham yang berlaku kerana
perbezaan sosiobudaya?

Jawapan temu bual

Saya Mohammad Haziq Irsyad bin Che Mohd Zahari. Saya berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Saya
berbangsa Melayu dan saya menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi serta saya
tergolong dalam kalangan B40

1. Menurut pemahaman saya, kepelbagaian sosiobudaya di Malaysia merujuk kepada


kepelbagaian dari segi bangsa, bahasa, struktur sosial, kepercayaan, dan adat resam.
Kepelbagaian ini mendorong kepada perbezaan sudut ekonomi dan aspek pendidikan di
Malaysia dengan signifikan.
2. Ya, saya mempunyai ramai kawan yang berasal dari pelbagai bangsa sepanjang tempoh
pengajian saya di IPG. Komunikasi dan bahasa perantaraan yang sesuai merupakan kaedah
yang mapan dalam menyelesaikan masalah perselisihan faham sekiranya timbul perselisihan
faham.

Soalan Isi

1. Antara faktor yang dapat saya kenal pasti telah menyebabkan perselisihan faham atau dalam
kata lain telah menyinggung perasaan individu bangsa lain ialah faktor warna kulit,
pemakanan dan juga aspek pemakaian dan tahap intelektual yang berbeza bagi setiap
individu.
2. Komunikasi berkesan berperanan dalam menyelesaikan perselisihan faham yang berlaku
antara bangsa yang berbeza kerana setiap bangsa menggunakan bahasa yang berbeza jadi
agak sukar untuk menyampaikan sesuatu konteks dengan tepat di samping penggunaan
laras bahasa yang berbeza. Di Malaysia, bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar yang
paling utama dan bahasa ini perlu dikuasai oleh setiap individu dan melalui bahasa ini juga
komunikasi berkesan dapat dicapai kerana setiap bangsa menggunakan bahasa yang sama
dan menyampaikan satu konteks yang sama serta mudah difahami oleh setiap individu.
3. Pada pendapat saya, implikasi kepelbagaian sosiobudaya terhadap murid ialah akan berlaku
kepelbagaian aktiviti pembelajaran dan kaedah pembelajaran kerana timbul perbezaan
tahap kecerdasan murid dan latar belakang keluarga murid bagi memastikan topik
pengajaran tidak menyentuh sensitiviti sesuatu bangsa.

Seterusnya bagi implikasi terhadap masyarakat pula adalah guru perlu cekap menyesuaikan
diri dengan cara hidup dan budaya sesebuah masyarakat dan mengenal pasti cara hidup
keluarga murid di sesebuah tempat di mana guru ditempatkan. Hal ini demikian kerana cara
hidup di bandar dan luar bandar adalah berbeza di mana kehidupan luar bandar lebih
mementingkan kehidupan berjiran berbanding kehidupan di bandar yang lebih
mementingkan privasi.

Seterusnya bagi implikasi terhadap sekolah pula ialah berlaku kepelbagaian budaya kerja
dan budaya pengajaran di mana guru perlu cekap untuk menghadapi pelbagai situasi dan
bijak dalam menggunakan persekitaran sekolah yang pelbagai dalam melaksanakan
pengajaran

Akhir sekali, bagi implikasi terhadap guru pula adalah timbul kepelbagaian sikap dalam
kalangan guru yang mengajar dan hal ini mendorong kepada kepelbagaian kaedah
pengajaran dan tahap toleransi terhadap murid.

4. Pada pendapat saya, kepentingan pengetahuan berkenaan sosiobudaya merangkumi usaha


menambahkan pengetahuan berkenaan bangsa lain yang wujud di Malaysia, membantu
setiap individu membina dan mengekalkan interaksi positif antara kaum dan bangsa,
membantu setiap individu menjaga tutur kata yang positif dan tidak berbaur perkauman
serta tidak menyentuh sensitivity agama.

You might also like