You are on page 1of 2

BIDANG TUGAS PEMBANTU MAKMAL

RUJUKAN

i KPM. 500-1/3/3(3) bertarikh 9 Mei 2019 : Penghuraian Tugas Pembantu Makmal (Sekolah, Kolej

Matrikulasi dan Institut Pendidikan Kampus di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia)

ii Standard Kompetensi Pembantu Makmal KPM

iii Profil Kompetensi Pembantu Makmal Gred C19, C22

iv Profil Kompetensi Pembantu Makmal Gred C26

(A) PENGURUSAN MAKMAL SAINS

1. Melaksanakan tugas mengikut peraturan keselamatan makmal sains yang ditetapkan

2. Mengenal pasti peralatan dan keperluan makmal sains yang diperlukan

3. Mengurus keperluan bahan bantu mengajar di makmal sains

4. Menyedia dan memaparkan peraturan dan panduan keselamatan makmal sains

5. Memastikan makmal sains sentiasa berkeadaan bersih, teratur dan ceria

6. Menyelia dan memastikan kerja-kerja pembersihan yang tidak melibatkan bahan /radas seperti
membersihkan tingkap/sawang/lampu/lantai yang dilaksanakan oleh syarikat pembersihan

(B) PENYEDIAAN DAN PENGENDALIAN BAHAN DAN RADAS PERALATAN SAINS

1. Mengklasifikasikan bahan dan radas/peralatan di makmal sains dengan betul dan menepati
piawaian yang telah ditetapkan dalam sukatan setiap mata pelajaran

2. Menerima dan menyimpan bahan/spesimen/sampel mengikut peraturan pengendalian bahan


kimia dan radas

3. Menyediakan keperluan amali sepertimana permohonan guru melalui borang pesanan amali tiga
(3) hari bekerja sebelum amali dijalankan

4. Memastikan keperluan amali yang disediakan adalah mencukupi, berfungsi dan selamat digunakan

5. Menjalankan uji lari (Test Run) amali bersama-sama guru sebelum proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP) dilaksanakan

6. Mematuhi segala langkah keselamatan semasa mengendalikan bahan kimia dan peralatan sains

7. Mengambil tindakan yang sewajarnya jika berlaku sebarang kecemasan seperti kebakaran dan
kecederaan

(C) PENYENGGARAAN PERALATAN SAINS

1. Menguji dan memastikan peralatan boleh berfungsi dan selamat digunakan.

2. Menguji, mengenal pasti dan membaiki radas dan peralatan sains yang mengalami kerosakan kecil
tetapi masih boleh digunakan. Jika peralatan tidak boleh dibaiki, ia perlu dilupuskan mengikut
prosedur yang ditetapkan.

3. Merekodkan dan melaporkan kerosakan bahan/peralatan untuk tindakan Ketua Panitia/Ketua


Pembantu Makmal.
(D) PENGENDALIAN AMALI SAINS

1. Membantu guru semasa aktiviti amali dijalankan di makmal sains

2. Memastikan murid menjalankan amali mengikut prosedur keselamatan dan kebersihan.

3. Membantu mengenal pasti dan mengatasi masalah teknikal semasa pelaksanaan amali.

4. Memastikan peralatan yang digunakan mencukupi serta berfungsi sebelum, semasa dan selepas .

5. Memastikan bahan yang disediakan mencukupi dan memenuhi spesifikasi ditetapkan.156

6. Memastikan radas yang telah digunakan dibersihkan dengan sempurnanya mengikut prosedur
ditetapkan.

7. Memastikan pembuangan sisa amali dikendalikan mengikut prosedur yang ditetapkan.

(E) PENGURUSAN ASET/STOR MAKMAL SAINS

1. Membantu Pegawai Aset mengurus aset dan stor makmal sains seperti berikut:

a. mengkategorikan dan melabelkan peralatan di makmal sains

b. menyemak rekod setiap radas, bahan dan peralatan di makmal sains yang
dipertanggungjawabkan

c. mengurus aset dan stor makmal sains mengikut Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (TPA),
Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan (TPS) atau arahan dan pekeliling yang berkuat kuasa

2. Membantu pegawai aset melaksanakan pelupusan aset dan bahan sisa seperti berikut:

a. mengenal pasti peralatan yang rosak dan tidak ekonomik untuk dibaiki.

b. mengumpul dan menyenaraikan maklumat peralatan dan bahan sisa yang dicadangkan
untuk dilupuskan mengikut Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (TPA), Tatacara
Pengurusan Stor Kerajaan (TPS) atau arahan dan pekeliling yang berkuat kuasa.

c. memohon peruntukan daripada pihak pentadbir sekolah bagi melaksanakanpelupusan


bahan sisa/bahan kimia.

d. memastikan bahan sisa/bahan kimia/peralatan di kumpul/disimpan sementara di stor


bahan sisa/stor pelupusan.

e. menghubungi kontraktor bertauliah mengurus pelupusan bahan sisa/bahan kimia bagi


mendapatkan sebut harga pelupusan.

f. mengurus pelupusan bahan sisa/bahan kimia secara berjadual dan mematuhi peraturan
yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar.

g. mengurus pelupusan peralatan mengikut Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (TPA),
Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan (TPS) atau arahan dan pekeliling yang berkuat kuasa.

3. Melaporkan kepada ketua jabatan/pegawai aset sekiranya terdapat kehilangan aset/peralatan


makmal sains.

4. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke

semasa

You might also like