You are on page 1of 3

1.

Kekejaman jepun dan kesengsaraan hidup yang dihadapi oleh rakyat telah
membawa kepada perjuangan rakyat menentang jepun.
(a) Mengapakahmasyarakat tempatan menentang Jepun? [4 markah]
Sebab masyarakat tempatan menentang jepun ialah jepun
menutup sekolah inggeris dan cina. Selain itu, jepun telah
mencatu jualan makanan asas penduduk tempatan.
Seterusnya, jepun tidak melayan baik kaum cina. Akhir
sekali masyarakat mengalami masalah kebuluran.

(b) Jelaskan kebangkitan gerakan penentangan terhadap pendudukan


Jepun di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah. [8 markah]
Kebangkitan gerakan penetangan terhadap pendudukan jepun di
tanah melayu ialah penubuhan Rejim Askar Melayu untuk
menantang jepun di daratan. Selain itu, penubuhan MPAJA untuk
melindungi kaum cina di tanah melayu. Seterusnya penetangan
secara individu contohnya Gurchan singh yang telah menyebarkan
risalah tentang kekejaman jepun. Di Sarawak pula terdapat
pasukan yang dikenali sepagai operasi semut. Operasi semut
untuk meninjau pergerakan jepun dan membantu dalam
perancangan taktikal dan perang gerila. Di sabah pula terdapat
pemberontakan yang dikenali sebagai pemberontakan jesselton.
Pemberontakan ini telah menyerang pejabat pentadbiran, balai
polis dan kemudahan tentera jepun.

(c) Pendudukan jepun bukan sahaja meninggalkan kesan negative,


malahan membawa impak positif. Jelaskan impak positif tersebut.
Gunakan pengetahuan sejarah dan pengetahuan am anda. [8 markah]
Impak positif kehadiran jepun ialah dapat mewujudkan kerjasama
daripada pelbagai kaum di tanah melayu. Selain itu, muncul
semangat cinta akan negara yang sangat mendalam dikalangan
penduduka tanah melayu. Seterusnya, penjajahan jepun telah
melatih masyarakat untu hidup berdikari dan menjadi lebih kreatif
untuk meneruskan kehidupan harian. Kemudian, kehadiran jepun
juga telah menyemai perasaan benci terhadap kuasa asing
dikalangan penduduk tanah melayu. Penjajahan jepun juga telah
menyebabkan tanah melayu mewujudkan pasukan keselamatan
negara yang tersendiri. Walaupun dijajah dengan kejam, jepun
masih memelihara institusi raja-raja melayu di tanah melayu.
Akhir sekali, penjajahan jepun juga memberikan kenaikan
pangkat kepada penduduk tempatan berdasarkan peningkatan
Pendidikan.

You might also like