You are on page 1of 4

PERANCANGAN TAHUNAN KELAB DOKTOR MUDA SK BATU GAJAH 2022/2023

JAWATANKUASA KELAB DOKTOR MUDA 2022/2023

Pengerusi : Pn. Nur Nathirah binti Ghazali

Setiausaha : Pn. Azizah Binti Indah

Bendahari : Pn. Norhazura Binti Ramli

AJK : Pn. Noraisyah binti Rahman


En. Mohamed Syafiq bin Mohamad Karim

PENGENALAN

Ahli Kelab Doktor Muda terdiri dripada murid sekolah tahun 4, 5 dan 6 serta murid Kelas
Pendidikan Khas Pembelajaran (KPKP) yang terpilih dan terlatih sebagai ’Pembimbing Rakan
Sebaya’, yang bertindak sebagai pemangkin kepada perubahan pengetahuan, sikap dan
amalan kesihatan yang positif dalam kalangan murid Sekolah Kebangsaan Batu Gajah.

Doktor Muda ini diberi latihan mengenai asas kesihatan bagi menyediakan mereka menjadi
pendidik kepada rakan sebaya. Mereka bertindak sebagai role model, promoter dan motivator
kesihatan kepada rakan-rakan di sekolah.

Oleh kerana itu, pemilihan calon yang sesuai sebagai doktor muda amat penting. Lazimnya,
pelajar yang berminat, sihat, kemas, berpersonaliti menarik, memiliki sifat kepimpinan,
bertanggung jawab, berpengaruh, suka menolong dan cemerlang dalam akademik menjadi
kriteria dalam pemilihan Doktor Muda.
MATLAMAT

Kementerian Kesihatan Malaysia melaksanakan Program Doktor Muda dengan matlamat


melahirkan pelajar yang sihat, cergas dan cerdas. Tabiat yang sihat dibentuk di peringkat awal
kanak-kanak menjamin pengekalannya sepanjang hayat.

OBJEKTIF

1. Untuk membentuk tabiat kesihatan di kalangan murid sekolah rendah dengan meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran asas kesihatan mereka agar mereka dapat :

 Mengamalkan cara hidup sihat


 Menjadi pembimbing dan pendorong kepada rakan sebaya dan anggota keluarga ke
arah mengamalkan cara hidup sihat.
 Membantu anggota kesihatan dan pihak sekolah dalam menjalankan aktiviti kesihatan di
sekolah.

2. Menggalakkan ibu bapa atau penjaga supaya memberi perhatian wajar kepada kesihatan
anak- anak.

3. Memperkukuhkan penglibatan guru serta warga sekolah lain dalam usaha meningkatkan
kesihatan pelajar.

4. Mempertingkatkan kerjasama antara Jabatan Kesihatan dengan Jabatan Pendidikan dalam


menggalakkan amalan kesihatan yang baik di kalangan murid sekolah rendah.

SASARAN

Murid tahun 4, 5, 6 dan murid KPKP


PERANCANGAN AKTIVITI KELAB DOKTOR MUDA SK BATU GAJAH 2022/2023

BIL AKTIVITI TEMPOH PELAKSANAAN


1 Perlantikan AJK Kelab Doktor Muda 2022/2023 Mac
2 Pengenalan Kelab

 Pendedahan definisi Mac


 Objektif penubuhan kelab
 Perlembagaan kelab
 Mengenali latar belakang kelab

3 Persekitaran bersih

 Mengenali ciri-ciri persekitaran bersih Mei


 Ops tandas sekolah
 Ops kantin sekolah
 Aktiviti berkumpulan

4 Amalan kebersihan diri

 Mengenali cara-cara menjaga kebersihan Jun


tubuh badan.
 Penjagaan rambut
 Penjagaan kuku
 Penjagaan anggota tubuh badan
 Aktiviti individu dan kumpulan

5 Senyuman manis sepanjang hayat

 Gaya hidup sihat Julai


 Hidup tanpa tekanan, mengenali stress
dan punca
6 Pertandingan kuiz antara kumpulan

 Pertandingan dalaman antara ahli kelab Ogos

7 Mencegah demam denggi

 Mengenali punca demam September


 Membuat poster

8 Promosi keselamatan dan pencegahan


kecederaan.

 Langkah-langkah keselamatan di rumah Oktober


dan di sekolah
 Elak daripada cedera

9 Amalan makanan sihat

 Mengenali ciri-ciri makanan sihat November


 Aktiviti membuat silangkata

10 Amalan cara hidup sihat

 Bersenam Disember
 Mengukur BMI

11 Amalan kesihatan remaja

Januari
 Mengenali perubahan diri

You might also like