You are on page 1of 20

1

2016-2019. Hakmilik www.pullbackforextrading.com


Penafian
Semua yang terkandung dalam ebook ini adalah untuk tujuan pembelajaran semata-
mata. Tiada kandungan dalam ebook ini boleh dijualkan semula tanpa keizinan penulis.

EARNINGS DISCLAIMER

U.S. Government Required Disclaimer - Commodity Futures Trading Commission


Futures and Options trading has large potential rewards, but also large potential risk.
You must be aware of the risks and be willing to accept them in order to invest in the
futures and options markets. Don't trade with money you can't afford to lose. This is
neither a solicitation nor an offer to Buy/Sell futures, stocks or options on the same. No
representation is being made that any account will or is likely to achieve profits or losses
similar to those discussed on this web site. The past performance of any trading system
or methodology is not necessarily indicative of future results.

CFTC RULE 4.41 - HYPOTHETICAL OR SIMULATED PERFORMANCE RESULTS


HAVE CERTAIN LIMITATIONS. UNLIKE AN ACTUAL PERFORMANCE RECORD,
SIMULATED RESULTS DO NOT REPRESENT ACTUAL TRADING. ALSO, SINCE
THE TRADES HAVE NOT BEEN EXECUTED, THE RESULTS MAY HAVE UNDER-
OR-OVER COMPENSATED FOR THE IMPACT, IF ANY, OF CERTAIN MARKET
FACTORS, SUCH AS LACK OF LIQUIDITY. SIMULATED TRADING PROGRAMS IN
GENERAL ARE ALSO SUBJECT TO THE FACT THAT THEY ARE DESIGNED WITH
THE BENEFIT OF HINDSIGHT. NO REPRESENTATION IS BEING MADE THAT ANY
ACCOUNT WILL OR IS LIKELY TO ACHIEVE PROFIT OR LOSSES SIMILAR TO
THOSE SHOWN.

NO REPRESENTATION IS BEING MADE THAT ANY ACCOUNT WILL, OR IS LIKELY


TO ACHIEVE PROFITS OR LOSSES SIMILAR TO THOSE DISCUSSED WITHIN THIS
SITE, SUPPORT AND TEXTS. OUR COURSE(S), PRODUCTS AND SERVICES
SHOULD BE USED AS LEARNING AIDS ONLY AND SHOULD NOT BE USED TO
INVEST REAL MONEY. IF YOU DECIDE TO INVEST REAL MONEY, ALL TRADING
DECISIONS SHOULD BE YOUR OWN.

2
2016-2019. Hakmilik www.pullbackforextrading.com
BAHAGIAN 1(PENGENALAN)

1. Trading forex di rumah


2. Modal
3. Bagaimana keuntungan dijana(pips, P/L)
4. Kerugian dalam trading(penggunaan stoploss)
5. Keuntungan dalam trading(RRR)

BAHAGIAN 2(STRATEGY TRADING)

1. Asas strategy
2. Teknik CSM(Currency strength meter trading)
3. Basket Trading
4. Install Indicator

PENUTUP

3
2016-2019. Hakmilik www.pullbackforextrading.com
BAHAGIAN 1(PENGENALAN)

1. Trading forex di rumah


2. Modal trading dan leverage
3. Bagaimana keuntungan dijana(pips, P/L)
4. Kawalan kerugian dalam trading(penggunaan stoploss)
5. Menjana profit maksimum melalui risk-reward-ratio

MENGAPA ANDA MEMILIH TRADING FOREX

Proses perniagaan yang mudah

Bagi anda yang masih baru dalam bidang ini dan ingin menjana wang melalui forex dan
ingin tahu bagaimana ia dilakukan, saya akan beri penerangan ringkas mengenainya
untuk memudahkan pemahaman anda. Ia adalah bermula dari proses membuka akaun,
membuat deposit modal ke dalam akaun trading, kemudian trader akan melakukan
trading dan hasilnya nanti akan terbahagi kepada dua iaitu untung dan juga rugi.

Apabila seseorang trader itu menjana keuntungan, keuntungan tersebut boleh di


keluarkan(withdraw) terus ke akaun bank anda melalui berberapa kaedah seperti wire
transfer, local IB(introducing broker), kad debit/kredit, online payment processor(paypal,
neteller, webmoney dan lain-lain) dan juga kad debit broker.

Sekiranya seseorang trader itu kerugian proses menambah modal(deposit/topup) akan


dilakukan.

Trading menggunakan smartphone sahaja

Trading forex hari ini telah berkembang pesat seiring dengan kecanggihan teknologi
smartphone di mana kini bukan sahaja ia boleh dibuat di rumah, tetapi juga boleh dibuat
di mana-mana sahaja dengan akses melalui smartphone sahaja.

MODAL TRADING DAN LEVERAGE

Modal trading adalah berbeza mengikut kemampuan dan keperluan seseorang itu. Ada
yang menggunakan modal kecil serendah 10 USD dan ada juga yang menggunakan
10K USD ke atas.

4
2016-2019. Hakmilik www.pullbackforextrading.com
Leverage

Leverage adalah adalah suatu penggandaan modal mengikut jumlah tertentu yang
ditetapkan oleh broker. Ia adalah umpama pinjaman sementara bagi membolehkan
seseorang trader itu membuka posisi trade yang lebih besar atau kuantiti lebih banyak.

Terdapat berberapa leverage yang di tawarkan oleh broker bermula dari 1:10 hinggalah
1:2000. Bagi yang kurang jelas mengenai apakah perbezaan leverage kecil ini dengan
leverage besar, ia sebenarnya adalah bermaksud setiap 1 USD modal anda ia akan
digandakan kepada nilai leverage yang anda pilih, sebagai contoh anda memilih 1:500,
maka setiap 1 usd anda akan diganda 500 kali. Jika modal anda adalah 100 usd maka
dengan adanya leverage ia akan berganda menjadi 5,000usd. Dengan adanya leverage
berganda ini, ia akan memudahkan anda trading pada volume yang lebih besar atau
kuantiti trade yang lebih banyak walaupun cuma bermodalkan 100usd.

Akan tetapi berapakah jumlah open trade yang boleh dibuka atau maksima size volume
yang boleh dibuka untuk 1 pips trading itu hendaklah dirujuk kepada broker masing-
masing bagi mendapatkan keperluan margin secara tepat berapakah amaun yang
diperlukan untuk membuka posisi tersebut.

BAGAIMANA PENGIRAAN UNTUNG DALAM FOREX DIBUAT?

Keuntungan akan dikira melalui price entry di tolak dengan price close maka dapatlah
total profit atau total loss anda.

5
2016-2019. Hakmilik www.pullbackforextrading.com
Sebagai contoh anda memilih untuk trading EURUSD dan membuka posisi buy pada
price 1.11875 dan menutup posisi tersebut pada 1.13413.

Cara pengiraan adalah berikut;

1.11875 tolak 1.13413 = 1538 pips atau 154 pips.

KAWALAN KERUGIAN DALAM TRADING

Penggunaan stoploss(SL) adalah penting bagi mengawal kerugian dalam trading.


Penggunaan stoploss ini adalah bagi melindungi akaun dari kerugian total(margin call)
dan juga melindungi sesuatu entry itu dari kerugian besar atau floating loss yang lama.

Lock profit, breakeven dan trailing stoploss

Selain dari itu, SL juga boleh digunakan untuk melindungi profit trade dari sebarang
reversal trend yang mungkin akan menjadikannya loss jika ia tidak dilindungi. Jika ia
berlaku maka sesuatu entry itu akan dikira breakeven ataupun stopout tetapi masih
dalam keadaan untung.

6
2016-2019. Hakmilik www.pullbackforextrading.com
Beza antara lock profit, breakeven dan trailing stoploss adalah berikut;

LOCK PROFIT SL diubah di paras untung. Sebagai contoh


anda mempunyai open position profit
sebanyak 100 pips. Anda boleh lock profit
sebanyak 50 pips dari total floating tersebut
dengan mengubah price stoploss anda 50 pips
profit dari entry point.

BREAKEVEN Mengubah stoploss price pada entry price


untuk tujuan menghapuskan risiko reversal

TRAILING STOPLOSS Trailing Stoploss disetkan pada profit trade


mengikut jumlah tertentu di mana SL akan
berubah secara automatic mengikuti
pergerakan price semasa. Ia hamper sama
dengan kaedah lock profit tetapi bezanya ia
berlaku secara automatic hinggalah price
reverse dan hit SL dan close sebagai profit.

MENJANA PROFIT MAKSIMA MENGGUNAKAN RISK REWARD RATIO.

Apakah kaedah terbaik untuk menghasilkan keuntungan maksimum dalam trading?


Adakah dengan membuka entry sebanyak-banyaknya(layer)? Adakah dengan
membuka modal besar dengan leverage yang besar kemudian membuka entry juga
besar-besar?

Jawapan terbaik yang saya berikan adalah TIDAK SAMA SEKALI. Hendak menjana
untung besar tidak semestinya perlu modal dan leverage besar. Apatah lagi dengan
membuka entry banyak-banyak hingga screen chart anda bewarna hijau sama sekali.
Cara itu adalah salah kerana, jika punyai modal besar tetapi tidak punyai kemahiran
dan pengetahuan trade yang betul maka akan kerugian besar. Jika membuka posisi
banyak-banyak tetapi tidak mengikuti arah trend, maka akan kerugian besar pula.

Jadi apakah kaedah yang terbaik sebenarnya? Jawapan untuk anda adalah mempunyai
open trade dengan minimum SL dan maksimum profit target!

7
2016-2019. Hakmilik www.pullbackforextrading.com
Ya, dengan cara itu sahaja anda boleh menghasilkan profit maksimum dengan kerugian
minimum. Kerugian tidak boleh dielakkan dalam trading akan tetapi ia boleh dikawal
dan diletakkan pada paras terendah.

Contoh risk reward ratio terbaik

Untuk mendapatkan profit yang maksimum dan risk yang minimum, pertama sekali
adalah anda perlu tentukan berapa nilai risk anda kemudian anda hanya perlu
gandakan nilai profit target anda 2x ganda atau 3x ganda daripada risk tersebut.

Dengan menetapkan profit target yang besar sahaja anda boleh atasi loss trade anda
apabila trade anda mencapai target walaupun sebenarnya bilangan loss anda lebih
banyak berbanding profit trade anda.

Contoh;

10 trade dibuat.

3 win, 7 loss.

Risk Reward Ratio digunakan(sebagai contoh) adalah 1:3.

SL 50 pips, dan target profit 150pips(2x ganda SL), maka jika 3 sahaja winning trade
maka ia bersamaan 450pips. 7 loss trade bersamaan 350pips.

+450 tolak -350 = +150pips

Walaupun anda berdepan dengan 7 kerugian trade, akan tetapi dengan 3 winning trade
sahaja anda sudah boleh mengatasi kesemua kerugian tersebut dan menjana untung.
Inilah rahsia sebenar untuk menghasilkan keuntungan dalam trading!

Sila boleh ke post saya ini untuk belajar lebih lanjut :


http://pullbackforextrading.com/strategi-entry-piramid/

FREE GIFT UNTUK ANDA

Anda boleh memuat-turun secara percuma teknik swing trading moving average secara
percuma di sini http://www.ma.pullbackforextrading.com

8
2016-2019. Hakmilik www.pullbackforextrading.com
BAHAGIAN 2(STRATEGY TRADING)

5. Asas strategy
6. Teknik CSM(Currency strength meter trading)
7. Basket Trading
8. Install Indicator

ASAS STRATEGY

Trading buy dan sell adalah ditentukan berdasarkan bacaan meter sesuatu pair
tersebut. Trading boleh dibuat dengan cara buy pada pair yang mengukuh dan sell
pada pair yang lemah.

Cara trading ini tidak semestinya memerlukan seseorang trader itu merujuk pada chart
teknikal sekalipun jika dia mahu kerana entry akan dibuat berdasarkan bacaan meter
sahaja.

Bagaimana signal dihasilkan?

Sesuatu kekukuhan/kelemahan sesuatu matawang itu adalah berpunca dari bilangan


majority traders dalam satu-satu masa itu mengatasi jumlah trader yang lainnya pada
waktu tersebut. Apabila buyers 80% di dalam market dan seller Cuma 20% sahaja,
maka matawang itu akan naik ataupun mengukuh dan pasangan matawang itu akan
melemah.

Kekukuhan adalah berpunca dari bilangan buyers yang ramai dan perlemahan
berpunca dari bilangan sellers yang ramai. Dengan menggunakan custom indicator
CSM, anda boleh mengesan dengan mudah matawang yang kukuh dan lemah ini.

Base currency dan Quote currency

Cara mudah untuk memahami mengenai base dan quote currency ini adalah dengan
merujuk kepada matawang yang berada di sebelah kanan dan kiri dalam sesuatu pair di
mana matawang yang berada di sebelah kanan itu adalah base currency dan pair
yang berada di sebelah kiri itu adalah quote currency.

9
2016-2019. Hakmilik www.pullbackforextrading.com
Untuk pair EUR/USD sebagai contohnya, matawang EUR(EURO) adalah base
currency manakala USD(US DOLLAR) pula adalah quote currency.

Matawang Major

Berikut adalah antara senarai matawang-matawang utama dunia yang didagangkan di


Mocaz Financial Market.

Sila tekan CTRL+M pada MT4 MOCAZ anda ataupun sila klik di bahagian VIEW >
Market Watch untuk lihat paparan seperti di atas kemudian sila tekan butang kanan
tetikus anda pada senarai di atas dan pilih Show All untuk lihat senarai penuh.

10
2016-2019. Hakmilik www.pullbackforextrading.com
TEKNIK CSM(CURRENCY STRENGTH METER)

Teknik trading menggunakan strength meter ini bukanlah baru di negara ini. Ia telah
berada lama dan telah dibangunkan lebih banyak kaedah-kaedah yang lebih baik dan
lebih mudah kepada trader antaranya dalam bentuk dashboard excel dan juga indicator
yang lebih advance.

Di sini saya akan kongsikan kepada anda bagaimana untuk menggunakan teknik CSM
ini dan bagaimana hendak menjana profit daripadanya.

Saya andaikan pada waktu ini anda telah pun memasang(install) indicator CSM ini
seperti yang telah diterangkan pada mukasurat sebelumnya

Bacaan Meter kuat dan lemah(Strong vs Weak)

Bacaan meter adalah seperti dalam jadual di bawah.

11
2016-2019. Hakmilik www.pullbackforextrading.com
STRONG WEAK NEUTRAL
8.0-9.9 2.0-0.0 3.0-7.0
Berdasarkan jadual di atas, bacaan terbaik untuk trade adalah 8.0 dan 2.0 di mana
entry buy akan dibuat pada pair yang mendapat bacaan 8.0 ke atas dan sell pada pair
yang mempunyai bacaan 2.0 ke bawah.

8.0 ke atas = BUY


2.0 ke bawah = SELL
Jika bacaan neutral pula, sila elakkan untuk trade kerana dikhuatiri price tidak akan
bergerak trending dan anda mungkin akan terperangkap dalam market kurang aktif
seterusnya entry anda akan floating negative.

8 matawang major utama yang akan diperhatikan adalah EUR, GBP, USD, JPY, CHF,
CAD, AUD dan NZD.

Buy Strong dan Sell Weak

Buy akan dibuat berdasarkan matawang yang kukuh kerana situasi mengukuh itu
adalah berdasarkan matawang ini yang mempunyai bilangan buyers yang lebih ramai
dan mengatasi jumlah seller itu sendiri. Matawang ini adalah dalam keadaan
bullish/uptrend.

Sell pula dibuat kerana matawang tersebut melemah kerana bilangan sellers yang
ramai berbanding buyers. Matawang ini adalah dalam keadaan bearish/downtrend.

Buy base dan Sell Quote, dan Sell base untuk Buy Quote

Base currency mengukuh dan Quote currency melemah. Cthnya bacaan 8.0 pada GBP
dan 2.0 pada AUD, maka BUY GBPAUD.

Sell base, Buy Quote

Quote currency mengukuh manakala Base currency melemah. Cthnya bacaan 2.0 pada
GBP dan bacaan 8.0 pada AUD, maka SELL GBPAUD.

12
2016-2019. Hakmilik www.pullbackforextrading.com
Memilih signal yang profitable

Signal yang profitable mestilah satu dari pair tersebut dalam keadaan strong dan satu
lagi dalam keadaan weak.

Keadaan tersebut mungkin akan berlaku seperti berikut;

Base currency Strong dan Quote currency Weak iaitu BUY atau, Base currency Weak
dan Quote currency Strong iaitu SELL.

Sebagai contoh bacaan EUR adalah 8.0 dan USD pula 2.0 maka sila BUY EURUSD
dan SELL USDCHF.

Jika bacaan GBP adalah strong 8.0 dan JPY weak 2.0, maka sila SELL GBPJPY dan
BUY USDJPY.

Signal kurang profitable

Tidak semua signal yang dijana melalui CSM ini adalah betul-betul profitable maka apa
yang anda perlu lakukan adalah kenal-pasti signal tersebut jika hanya salah satu sahaja
matawang yang betul-betul strong tetapi pasangan matawang tersebut neutral, maka
sila elakkan dari mengambil signal tersebut. Jika tiada matawang yang betul-betul
strong dan weak juga sila elakkan dari membuka apa-apa posisi trade.

Exit trade

Anda telah pelajari mengenai Entry trade iaitu melalui penentuan strong dan weak pada
sesuatu matawang, kini kita akan memfokuskan pula mengenai exit trade.

Di bawah saya akan senarai 5 cara ringkas exit trade anda;

1. Merujuk kepada sesuatu bacaan tersebut.

Sebagai contoh jika bacaan yang sangat kukuh iaitu bacaan kuat 9.0 terhadap lemah
1.0, kebiasaannya sesuatu pair itu boleh bergerak melebihi 50pips hingga 100pips.
Kaedah yang anda akan gunakan sini adalah breakeven untuk hapuskan risk iaitu
mengubah Stoploss anda pada entry price apabila trade tersebut sudah profit.

2. Menggunakan teknikal chart untuk menentukan SL dan Exit point(TP)

Anda akan merujuk pada TF H1 ataupun H4 untuk mendapatkan kedudukan support


dan resistance sebagai rujukan Stoploss dan TP anda. Sebagai contoh jika price break
sesuatu resistance, ia akan bergerak menuju kepada resistance berikutnya. Anda akan
exit trade anda pada resistance tersebut.

13
2016-2019. Hakmilik www.pullbackforextrading.com
3. Menggunakan kaedah pivot point untuk entry dan exit.

Entry confirmation anda akan dibuat jika terdapat bacaan kukuh atau lemah terhadap
sesuatu pair kemudian anda akan merujuk kepada S1,S2,S3 atau R1,R2,R3 sebagai
exit point anda. Sebagai contoh terdapat bacaan GBP mengukuh pada bacaan 8.0 dan
USD melemah pada bacaan 2.0, anda akan melihat confirmation breakout pada
R1(resistance 1), membuka entry berdasarkan pergerakan itu dan exit trade apabila
price menyentuh R2(resistance ke-2).

Menggunakan kaedah scalping high risk

Scalping high risk adalah dengan cara membuka entry berlapis-lapis dalam kuantiti
yang banyak dengan nilai TP yang kecil iaitu sekitar 5-10pips terhadap mana-mana pair
yang mempunyai bacaan kukuh minima 8.0 berbalas 2.0 pada sesuatu pair.

4. Scalping secara basket trading(hedging antara pair).

Scalping cara ini adalah dengan cara membuka posisi trade pada semua pair yang
mempunyai base currency yang sama atau quote currency yang sama. Exit trade dibuat
apabila profit secara puratanya mencecah 100pips hingga 1,000pips dalam suatu masa
yang singkat. Pada waktu ini close trade dibuat berdasarkan overall profit yang
mencapai sasaran walaupun terdapatnya pair lain yang masih dalam loss trade.

Sebagai contoh AUD mencatat bacaan 9.0, maka semua pair yang mempunyai
matawang AUD akan dibuka posisi buy atau sell berdasarkan kedudukan matawang ini
sebagai base ataupun quote dalam pair tersebut.

Pair seperti AUDUSD, AUDJPY, AUDCHF, AUDCAD dan AUDNZD akan dibuka posisi
BUY kerana pengukuhan AUD ini manakala pair seperti GBPAUD, EURAUD akan
dibuka posisi SELL.

BASKET TRADING

1. Membuat belian dan jualan(buying & selling) pair berkaitan


2. 100pips exit point

Kaedah basket ini lebih kepada membuat belian dan jualan berdasarkan matawang
yang kukuh berbalas dengan matawang yang lemah atau, membuat buy/sell hanya
dengan mem-fokuskan sahaja kekuatan satu-satu matawang tanpa mengira samada
pasangan matawang itu melemah ataupun neutral.

8 matawang major utama EUR, GBP, USD, JPY, CHF, CAD, AUD dan NZD.

14
2016-2019. Hakmilik www.pullbackforextrading.com
2 keadaan utama yang akan kita utamakan untuk entry;

1. Jika bacaan kuat sesuatu matawang pada bacaan 8.0 dan 9.0
2. Jika bacaan lemah sesuatu matawang pada paras 2.0 ke bawah

Close Trade

Menggunakan script close all untuk memudahkan exit trade atau close semua trade
secara automatic. Sila muat-turun di laman membership di bahagian TUTORIAL
SCRIPT.

Entry berdasarkan bacaan meter

*note: Matawang base ataupun quote diganti dengan ‘xxx’. Sebagai contoh trade pada
matawang GBP maka pair seperti GBPAUD, GBPCHF, GBPUSD dan lain pair berkait
GBP sebagai base currency dalam pair itu, akan diringkaskan kepada GBPxxx.
Matawang seperti CADJPY, CHFJPY, EURJPY dan lain-lain pair yang berkait dengan
JPY sebagai quote currency dalam pair tersebut akan diringkaskan kepada xxxJPY.

MATAWANG JIKA BACAAN 8.0 KE ATAS

EUR BUY EURxxx


GBP BUY GBPxxx SELL xxxGBP
NZD BUY NZDxxx SELL xxxNZD
AUD BUY AUDxxx SELL xxxAUD
JPY SELL xxxJPY
USD BUY USDxxx SELL xxxUSD
CAD BUY CADxxx SELL xxxCAD
CHF BUY CHFxxx SELL xxxCHF

MATAWANG JIKA BACAAN 2.0 KE BAWAH

EUR SELL EURxxx


GBP SELL GBPxxx BUY xxxGBP
NZD SELL NZDxxx BUY xxxNZD
AUD SELL AUDxxx BUY xxxAUD
JPY BUY xxxJPY
USD SELL USDxxx BUY xxxUSD
CAD SELL CADxxx BUY xxxCAD
CHF SELL CHFxxx BUY xxxCHF

Ringkasan pemahaman:
Jika base currency kukuh, sebagai contoh GBP kukuh pada bacaan 8.0, maka buy
GBPxxx dan sell xxxGBP.

15
2016-2019. Hakmilik www.pullbackforextrading.com
INSTALL INDICATOR

Sila muat-turun terlebih dahulu indicator CSM di laman membership pullback.

Setelah itu sila extract file winrar/winzip menggunakan extractor. Sila simpan ke dalam
sebuah folder.

Setelah itu sila copy file tersebut.

Kemudian sila buka MT4 Mocaz anda. Seterusnya klik FILE kemudian klik bahagian
Open Data Folder.

16
2016-2019. Hakmilik www.pullbackforextrading.com
Anda akan di bawa ke satu paparan folder. Langkah seterusnya yang anda perlu
lakukan adalah double-click folder MQL4 untuk membuka(open) folder tersebut.

17
2016-2019. Hakmilik www.pullbackforextrading.com
Berikutnya sila buka folder Indicators yang terdapat di dalam folder MQL4 tadi.

Paste-kan file indicator CSM tadi di dalam folder ini.

Installation anda kini selesai!

Sila tutup dan buka semula MT4 Mocaz anda dan masukkan indicator tersebut pada
chart anda.

18
2016-2019. Hakmilik www.pullbackforextrading.com
Sila klik INSERT, kemudian INDICATORS, CUSTOM dan pilih Currency Strength
Meter.

Paparan CSM adalah seperti berikut;

Jika terdapat masalah pada indicator ini, anda boleh menggunakan indicator CSM lain
dari internet atau mana-mana laman forum yang menyediakan indikator ini secara
percuma.

19
2016-2019. Hakmilik www.pullbackforextrading.com
PENUTUP

Selamat mempraktiskan segala pengetahuan yang disampaikan dalam ebook ini.


Semoga dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat menambah pengetahuan anda
mengenai forex trading ini dan mempelajari teknik trading berdasarkan currency
strength ini.

Diharapkan juga ilmu yang disampaikan ini bermanfaat dan membantu menambah-
baikkan lagi skill trading anda selain menambah pengetahuan anda mengenai teknik ini.

Jika anda mendapati ilmu ini bermanfaat, anda digalakkan untuk kongsikannya kepada
rakan-rakan yang lama mahupun yang baru didalam dunia trading ini.

Sekian terima kasih.

Mohd Nasyit

Mohd Nasyit
Pengasas

www.pullbackforextrading.com

20
2016-2019. Hakmilik www.pullbackforextrading.com

You might also like