You are on page 1of 7

KESALAHAN EJAAN DAN IMBUHAN | NOTA SPM

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu tanpa menulis ayat itu semula.

1. Pengusha ternakan ayam diminta tidak menjual ayam ternakan mereka dengan harga tinggi suka

hati kepada pemborong ayam.

Ejaan : Pengusha → Pengusaha

Imbuhan : suka hati → sesuka hati

2. Pembenaan jambatan di kampung itu tergendala selama berapa bulan kerana masalah bekalan

simen.

Ejaan : Pembenaan → Pembinaan

Imbuhan : berapa → beberapa

3. Junainah hanya terdiam diri apabila disindir oleh rakan setugasnya kerana dia tidak

mahu membesar-besarkan cerita yang dianggap rimih itu.

Ejaan : rimih → remeh

Imbuhan : membesar-besarkan → memperbesar-besarkan

4. Perompak yang sangat merbahaya itu Berjaya diberkas berdasarkan bukti yang ditemui oleh

pihak polis.

Ejaan : Berjaya → berjaya

Imbuhan : merbahaya → berbahaya

5. Semua pelajar di sekolah itu diwajibkan melibat diri dalam kegiatan ko-kurikulum yang

dijalankan.

Ejaan : ko-kurikulum → kokurikulum

Imbuhan : melibat → melibatkan

6. Walau pun telah lama berada di luar Negara, sikap Daud yang keanak-anakmasih tidak

berubah.

Ejaan : Walau pun → Walaupun

Imbuhan : keanak-anak → keanak-anakan

7. Satu lapuran lengkap tentang kejadian kemalangan yang dilibatkan bas ekspres itu diserahkan

kepada Menteri Pengangkutan.

Ejaan : lapuran → laporan


1
@CikguroslanSMUAZ
KESALAHAN EJAAN DAN IMBUHAN | NOTA SPM

Imbuhan : dilibatkan → melibatkan

8. Kosmitik yang dibuat daripada bahan yang beracun tidak dibenarkan jualan di negara ini.

Ejaan : Kosmitik → Kosmetik

Imbuhan : jualan → dijual

9. Kedudukkan Lim Ah Boon di syarikat ayahnya dicemburu oleh adik-beradiknya.

Ejaan : Kedudukkan → Kedudukan

Imbuhan : dicemburu → dicemburui

10. Panel hakim memutuskan pihak pembangkang menang dalam debatan itu kerana pihak

pencadang gagal mengemukakan definasi tajuk perbahasan dengan tepat.

Ejaan : definasi → definisi

Imbuhan : debatan → perdebatan

11. Beranika jenis barang dijual di kedai yang meletak di hujung jalan itu dan harga yang

ditawarkan berpatutan juga.

Ejaan : Beranika → Beraneka

Imbuhan : meletak → terletak

12. Pelancung asing yang dating ke majlis kebudayaan itu turut terhibur oleh persembahan tarian

asli yang ditontonkan.

Ejaan : Pelancung → Pelancong / dating → datang

Imbuhan : ditontonkan → dipertontonkan

13. Calun lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang ingin melanjutkan pelajaran diingatkan supaya

menyertakan semua salinan sijil yang telah disah oleh pihak sekolah.

Ejaan : Calun → Calon

Imbuhan : disah → disahkan

14. Kehabisan peterol menyebabkan pelumba kereta dari Ghana itu tidak dapat menamatkan

perlumbaan kerana suntuk masa.

Ejaan : peterol → petrol

Imbuhan : suntuk → kesuntukan

15. Peninju yang berbadan gempal itu berjaya tumbang pencabarnya pada pusingan yang kelima.

2
@CikguroslanSMUAZ
KESALAHAN EJAAN DAN IMBUHAN | NOTA SPM

Ejaan : –

Imbuhan : tumbang → menumbangkan

16. Oleh sebab dia menghadap masalaah kewangan, dia terpaksa menolak tawaran yang diberikan

oleh pegawai harta tanah itu.

Ejaan : masalaah → masalah

Imbuhan : menghadap → menghadapi

17. Masih banyak orang yang mempercayai kaedah perubatan tradesional kerana mereka

menganggap kaedah tersebut mampu menyembuhi pelbagai penyakit kronik.

Ejaan : tradesional → tradisional

Imbuhan : menyembuhi → menyembuhkan

18. Runtuh akhlak dalam kalangan remaja mengakibatkan ramai remaja tersebut terjebak dengan

gejala gengsterisma.

Ejaan : gengsterisma → gengsterisme

Imbuhan : Runtuh → Keruntuhan

19. Lepasan sekolah teknik dan vokaysional akan diberi peluang bagi menceburidiri dalam bidang

perniagaan dan industri kecil.

Ejaan : vokaysional → vokasional

Imbuhan : menceburi → menceburkan

20. Walaupun tewas tetapi pasukan bola sepak remaja kebangsaan mempamirkanpermainan yang

menarik dan penuh semangat sukan.

Ejaan : mempamirkan → mempamerkan

Imbuhan : sukan → kesukanan

21. Kanak-kanak itu bertepok tangan sebaik-baik sahaja persembahan nyanyian

sempena disambut kemerdekaan tanah air selesai.

Ejaan : bertepok → bertepuk

Imbuhan : disambut → sambutan

22. Selepas upacara peresmian dewan, pegawai daerah itu dibawa lawatan ke bilik seminar.

Ejaan : peresmian → perasmian

3
@CikguroslanSMUAZ
KESALAHAN EJAAN DAN IMBUHAN | NOTA SPM

Imbuhan : lawatan → melawat

23. Pendidikan pra-sekolah dikenalkan kepada kanak-kanak dalam lingkungan usia 4 hingga 6

tahun bagi tujuan mendedahkan mereka pada persekitaran sosial.

Ejaan : pra-sekolah → prasekolah

Imbuhan : dikenalkan → diperkenalkan

24. Atlit yang mewakili negara dalam Sukan Asia akan menerima imbuhan

sekiranya menangi pingat dalam acara yang disertai.

Ejaan : Atlit → Atlet

Imbuhan : menangi → memenangi

25. Pemandu teksi di ibu kota sudah biasa diperangkap dalam kesesakan jalanraya terutama pada

waktu puncak.

Ejaan : jalanraya → jalan raya

Imbuhan : diperangkap → terperangkap

26. Pilihan raya kecil di kawasan itu bakal mengadakan berikutan kematian ahli parlimennya pada

awal minggu lepas.

Ejaan : –

Imbuhan : mengadakan → diadakan

27. Kami singgah di Restoren Dusun untuk menikmati pelbagai hidangan dan masak tradisional

Melayu pada minggu yang lalu.

Ejaan : Restoren → Restoran

Imbuhan : masak → masakan

28. Lima orang lelaki yang disyaki mencolek anak hartawan itu telah tertangkapoleh pihak polis di

sebuah gudang kosong yang terletak di Ipoh.

Ejaan : mencolek → menculik

Imbuhan : tertangkap → ditangkap

29. Kelayakkan dalam bidang perakaunan sangat penting kepada seseorang yang ingin melibat diri

dalam lapangan perniagaan.

Ejaan : Kelayakkan → Kelayakan

4
@CikguroslanSMUAZ
KESALAHAN EJAAN DAN IMBUHAN | NOTA SPM

Imbuhan : melibat → melibatkan

30. Majlis pelancaran album baharu penyanyi popular itu telah diadakan secara besar-besar di

sebuah hotel terkemuka di ibu kota.

Ejaan : –

Imbuhan : besar-besar → besar-besaran

31. Jabatan Alam Sekitar akan bertindak tegas kepada mana-mana pehak yang

melakukan kebakaran secara terbuka untuk menangani masalah jerebu yang semakin meruncing.

Ejaan : pehak → pihak

Imbuhan : kebakaran → pembakaran

32. Jabatan Pengangkutan Jalan akan menguatkuasa undang-undang dari semasa ke semasa

untuk mendisplinkan pengguna jalan raya terutama pada musim perayaan.

Ejaan : mendisplinkan → mendisiplinkan

Imbuhan : menguatkuasa → menguatkuasakan

33. Sebagai anak, kita mestilah sentiasa menjaga marwah keluarga dengan menghindari diri

daripada perbuatan yang mengaibkan keluarga.

Ejaan : marwah → maruah

Imbuhan : menghindari → menghindarkan

34. Penduduk Kampung Permai sedang bergotong royong untuk memperlebarkanjalan kerana

bilangan kenderaan yang melalui kampung itu semakin bertambah.

Ejaan : bergotong royong → bergotong-royong

Imbuhan : memperlebarkan → memperlebar

35. Dalam majlis itu, pelbagai persembahan telah mengadakan sempena hari keputeraan baginda

yang ke 52 tahun.

Ejaan : ke 52 → ke-52

Imbuhan : mengadakan → diadakan

36. Mereka kesali sikap pihak kontrekter yang tidak dapat menyiapkan projek perumahan tersebut

mengikut jadual yang terdapat dalam butir-butir perjanjian.

Ejaan : kontrekter → kontraktor

5
@CikguroslanSMUAZ
KESALAHAN EJAAN DAN IMBUHAN | NOTA SPM

Imbuhan : kesali → menyesali

37. Untuk mempastikan komputer sentiasa selamat samada daripada serangan virus atau daripada

penceroboh sistem komputer, beberapa panduan telah disediakan oleh pembekal.

Ejaan : samada → sama ada

Imbuhan : mempastikan → memastikan

38. “Saya mempunyai kaki tangan yang berpengalaman luas dalam bidang kecantikan

termasuk khidmatan menggunting rambut,” katanya dengan ramah.

Ejaan : kaki tangan → kakitangan

Imbuhan : khidmatan → perkhidmatan

39. Dalam perhimpunan raksaksa itu, Perdana Menteri telah menasihatkan rakyat supaya sentiasa

bersatu padu untuk mengekalkan perpaduan yang sudah terjalin sekian lama.

Ejaan : raksaksa → raksasa

Imbuhan : menasihatkan → menasihati

40. Untuk membenteras kejadian jenayah yang semakin berleluasa, pihak kerajaan

mestilah memperbesarkan pasukan anggota polis dengan menambahkan bilangan anggotanya.

Ejaan : membenteras → membanteras

Imbuhan : memperbesarkan → memperbesar

41. Dalam sambutan ulang tahun kemerdekaan kali ke 51 itu, pelbagai acara telah dirancangkan

termasuk acara boria yang akan disembahkan oleh peserta dari negeri Pulau Pinang.

Ejaan : ke 51 → ke-51

Imbuhan : disembahkan → dipersembahkan

42. Semua ejensi kerajaan diarahkan bergabung untuk menjalani kajian bagi mencari punca

sebenarnya yang menyebabkan berlakunya banjir besar sejak beberapa hari yang lalu.

Ejaan : ejensi → agensi

Imbuhan : menjalani → menjalankan

43. Kerajaan menggubalkan sesuatu dasar pertanian berasaskan keperluan negara dengan mengambil

kira masa depan sektor pertanian supaya sektor berkenaan dapat diurus dengan lebih efisyen.

Ejaan : efisyen → efisien

6
@CikguroslanSMUAZ
KESALAHAN EJAAN DAN IMBUHAN | NOTA SPM

Imbuhan : menggubalkan → menggubal

44. Sistem perkhidmatan kaunter yang disediakan di semua stesyen bas ekspres telah dikenali bagi

memudahkan pengguna serta meningkatkan perkhidmatan pengangkutan di negara kita.

Ejaan : stesyen → stesen

Imbuhan : dikenali → diperkenalkan

45. Bersempena dengan sambutan hari ibu, kita digalakkan untuk menghadiahkan ibu kita dengan

hadiah yang bertujuan untuk mengenang jasa mereka membesar kita sehingga dewasa.

Ejaan : digalakkan → digalakan

Imbuhan : membesar → membesarkan

46. Kementerian Pelajaran mendapati bahawa perlaksanaan dasar bahasa Inggeris

dalam matapelajaran sains dan matematik perlu dikaji semula untuk memperbaiki kelemahan

yang timbul.

Ejaan : matapelajaran → mata pelajaran

Imbuhan : perlaksanaan → pelaksanaan

47. Berita tentang kejayaan seorang pengkaji sejarah menemui pusara lama berusia 3000 tahun di

pinggir sungai itu telah merebak ke seloroh negara.

Ejaan : seloroh → seluruh

Imbuhan : menemui → menemukan

7
@CikguroslanSMUAZ

You might also like