You are on page 1of 2

SMK BANDAR BARU BANGI

SOALAN KAJIAN KES - MEI/JUN 2021


TINGKATAN 5
ARAHAN :
PILIH SALAH SATU tajuk di bawah dan laksanakan sebuah Kajian Kes
untuk 5 muka surat yang cemerlang.
Tarikh Penghantaran : 30 JUN 2021 ( Rabu )

Soalan 1
Sebuah negara yang berdaulat mempunyai kekuasaan penuh untuk mengatur segala hal
yang ada di dalam wilayah tanpa campur tangan kuasa asing. Pemahaman terhadap
konsep kedaulatan inilah yang memberikan kesedaran tentang cabaran bagi
mempertahankan negara.
a. Huraikan ciri-ciri sebuah negara yang berdaulat.
b. Bagaimanakah pemimpin dan kepimpinan negara melaksanakan hubungan baik
dengan negara luar sebagai sandaran kedaulatan negara.
c. Huraikan peranan anda sebagai rakyat untuk menghalang apa jua bentuk
penjajahan kuasa asing.

Soalan 2

Sebagai Raja Berpelembagaan, kedudukan Yang di-Pertuan Agong dan raja ditentukan
oleh Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri. Sebagai
rakyat Malaysia, menjadi tanggungjawab kita untuk memartabatkan institusi beraja
kerana institusi ini menjadi lambang kedaulatan negara. Bincangkan.
a. Huraikan kuasa dan peranan Yang di-Pertuan Agong mengikut perlembagaan.
b. Senaraikan alat-alat kebesaran Diraja yang menjadi lambang kekuasaan dan
kedaulatan Raja-raja Melayu.
c. Bagaimanakah anda menunjukkan kesetiaan kepada raja dan negara di dalam
prinsip ke- 2 Rukunegara.

Soalan 3
Kerjasama di antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri penting untuk
memastikan segala usaha pembangunan dapat memberikan manfaat demi kesejahteraan
rakyat di seluruh negara. Kerjasama tersebut meliputi pelbagai lapangan dan bidang.
a. Apakah maksud pembahagian kuasa.
b. Jelaskan perkara-perkara yang terkandung di dalam Senarai Bersama.
c. Huraikan dengan lebih lanjut tentang peranan dan kerjasama tersebut di dalam
pemuliharaan khazanah negara.
d. Hasilkan sebuah slogan yang menarik untuk kempen rakyat Malaysia menghayati
konsep pelancongan dalam negara.

KERTAS SOALAN
TAMAT

You might also like