You are on page 1of 2

GMGA1024 SULIT/CONFIDENTIAL

PEPERIKSAAN AKHIR
SEMESTER JANUARI SESI 2022/2023 (JJ221)
SECARA MOD ONLINE EXAM

KOD/NAMA KURSUS : GMGA1024 POLITIK DAN PENTADBIRAN

19 MEI 2022 (KHAMIS)


TARIKH :
MASA : 9.00 AM - 12.00 PM (3 JAM)

TEMPAT : SECARA ATAS TALIAN/UUM ONLINE LEARNING PACE

ARAHAN :

1. Kertas soalan ini mengandungi EMPAT (4) soalan dalam DUA (2) halaman tidak termasuk
muka hadapan

2. Calon dikehendaki menjawab SEMUA soalan

PERATURAN BERKENAAN KECURANGAN AKADEMIK TERPAKAI DALAM


PEPERIKSAAN AKHIR INI

NO. MATRIK:

(dengan perkataan ) (dengan angka)

NO. KAD PENGENALAN ID:

NAMA
PENSYARAH:

KUMPULAN:

1
SULIT/CONFIDENTIAL
GMGA1024 SULIT/CONFIDENTIAL

ARAHAN : Jawab SEMUA soalan.

SOALAN SATU

Kuasa adalah kebolehan menyatakan sesuatu dan memaksa untuk berbuat sesuatu.
Kuasa wujud setelah masyarakat merasakan mereka harus memberi sepenuhnya
kepercayaan dan hak kepada orang yang bakal memimpin.

a) Huraikan secara ringkas kepentingan kuasa politik kepada pemimpin.

(10 Markah)

b) Jelaskan TIGA (3) kepentingan keabsahan dalam konteks kuasa politik dalam
sesebuah negara. Sertakan contoh-contoh semasa yang bersesuaian bagi
menyokong hujah anda.

(15 Markah)

SOALAN DUA

Penyertaan politik adalah suatu cara individu dalam masyarakat menghubungkan dirinya
dengan suasana politik sekeliling. Ia juga merupakan kegiatan masyarakat yang bertujuan
untuk mempengaruhi kerajaan dalam proses pembuatan keputusan.

a) Jelaskan kaitan antara penyertaan politik dan parti politik.

(10 Markah)

b) Bicangkan TIGA (3) kepentingan penyertaan politik dalam konteks negara Malaysia.
Berikan contoh-contoh yang bersesuaian.

(15 Markah)

SOALAN TIGA

Bincangkan perbezaan antara negara Persekutuan (Federal) dan negara Kesatuan (Unitary).
Berikan contoh-contoh yang bersesuaian.

(25 Markah)

SOALAN EMPAT

Pandemik COVID-19 yang melanda dunia bermula pada tahun 2020 telah menyebabkan
pelbagai masalah dalam sektor kesihatan, sosial dan ekonomi. Bincangkan EMPAT (4)
tanggungjawab utama kerajaan dalam menangani permasalahan tersebut semasa tempoh
pandemik COVID-19 di Malaysia.
2
SULIT/CONFIDENTIAL

You might also like