You are on page 1of 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN KERAMAT

JALAN ENGGANG TIMUR 4


54200 TAMAN KERAMAT
SELANGOR DARUL EHSAN
Tel : 03-42579837 Faks : 03-42574344 emel : bea7606@btpnsel.edu.my

Rujukan Kami : SMKTK/07/06/001


Tarikh : 17 Mei 2013

En. Daud Bin Naim


Ketua Jabatan Bahasa & Komunikasi
Pusat Kepimpinan & Komunikasi Pendidikan
Institut Aminuddin Baki
Kementerian Pelajaran Malaysia Sri Layang
69000 Genting Highland

Tuan,

JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Persatuan Pengetua Sekolah Malaysia Daerah Gombak
akan mengadakan satu program dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Gombak seperti
butiran berikut :

Nama Program : Program Peningkatan Profesionalisme Pengetua dan Penolong Kanan


Tarikh : 13 Jun 2013
Tempat : Dewan Latihan Pejabat Pelajaran Daerah Gombak, SK Taman
Prima Selayang
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang

3. Sehubungan dengan itu, kami ingin menjemput tuan untuk menyampaikan ceramah.

4. Semoga dengan kerjasama dan penyertaan yang diberikan oleh pihak tuan dapat membantu
bagi melancarkan lagi perjalanan program ini, Jasa baik pihak tuan, kami dahului dengan ucapan
penghargaan dan jutaan terima kasih.

Sekian.

“SEHATI SEJIWA”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

( MURSIEDY BIN AB HAMID )


Pengetua
Merangkap
YDP MPSM Daerah Gombak

s.k. Fail Timbul

You might also like