You are on page 1of 3

C3011 - Ciri Asas Sistem Jalan Raya

C3010 - Ciri Asas Sistem Jalan Raya


i. Isipadu aliran
Bilangan kenderaan yang melalui sesuatu titik pada sebatang jalan
dalam satu jangkamasa tertentu, atau bilangan kenderaan yang
melalui sesuatu seksyen lorong atau jalan dalam masa tertentu.

ii. Purata lalu lintas harian tahunan (PLHT)


Jumlah isipadu tahunan dibahagi dengan bilangan hari dalam
tahun berkenaan.

iii. Purata lalu lintas harian (PLH)


Jumlah isipadu dalam tempoh masa tertentu, iaitu tempoh masa itu
haruslah lebih dari sehari dan kurang dari setahun, dibahagi
dengan bilangan hari hari dalam tempoh tersebut.

iv. Isipadu jam puncak


Isipadu setiap jam yang maksimum yang berlaku pada mana-mana
jalan

b. TUJUH kaedah yang boleh digunakan untuk mengukur laju.


i. Kaedah nombor pendaftaran kenderaan
ii. Kaedah pemerhati bergerak
iii. Kaedah enoscope
iv. Kaedah pneumatik
v. Kaedah gegelung aruhan
vi. Kaedah senapang radar
vii. Kaedah senapang laser
C3011 - Ciri Asas Sistem Jalan Raya

Andaikan isipadu lalu lintas di sepanjang jalan dalam sebuah Bandar ialah 600
kend/j. Kandungan isipadu lalu lintas terdiri daripada 150 buah motosikal, 50
buah bas panjang, 40 buah lori sederhana, 60 buah van kecil, dan selebihnya
adalah kereta dan teksi. Tukarkan isipadu kenderaan sejam kepada unit kereta
penumpang sejam.

Motosikal 150 x 0.75 = 112.50


Bas 50 x 3.00 = 150.00
Lori sederhana 40 x 2.50 = 100.00
Van kecil 60 x 2.00 = 120.00
Kereta dan teksi 300 x 1.00 = 300.00
Jumlah = 782.50 ukp/j

Isipadu 600 kend/j bersamaan dengan 782.50 ukp/j. ini bermakna kesan yang
dialami di atas jalan raya dengan pelbagai jenis kenderaan sebanyak 600 buah
adalah sama dengan keadaan jika 782.50 buah kereta penumpang.
EMPAT kegunaan data laju setempat kepada seorang Jurutera Jalan.
i. Menentukan bentuk aliran laju operasi berbagai-bagai jenis kenderaan
ii. Menentukan laju kenderaan di tempat bermasalah , samada terlalu tinggi
atau sebaliknya
iii. Untuk operasi lalulintas
a. Menentukan had laju
b. Menentukan laju selamat di selekoh dan jalan tuju ke persilangan
c. Menentukan jarak zon tidak boleh memotong
d. Menentukan kedudukan isyarat lalulintas
e. Menentukan kedudukan dan pelan masa lampu isyarat.
f. Menentukan zon sekolah
1. Menentukan zon kawalan laju.
1. untuk analisis kemalangan; hubungan laju dengan kemalangan dan
langkah pemulihan dan pencegahan
C3011 - Ciri Asas Sistem Jalan Raya

2. untuk kajian sebelum dan selepas, sebagai contoh untuk menilai


kesan sesuatu pembaharuan pada sistem kawalan
3. untuk rekabentuk geometri dan rekabentuk turapan
4. untuk menilai muatan yang berkaitan dengan laju yang diingini
5. untuk membantu penguatkuasaan peraturan laju
6. untuk penyelidikan

You might also like